15

Other Series 3806

"WARGGHHGH!"

Aku segera lari ke hadapan pintu bilik pemeriksaan itu. Dari tadi, aku hanya mundar-mandir di hadapan bilik tersebut. Tombol pintu bilik tersebut aku pulas sekuat-kuat hati namun berkunci.

"Tak nakkkk.." Tangisan Rizqi kedengaran lagi.

Aku memulas pintu sekuat hati. Apabila tidak berjaya dibuka, aku menghentak pintu tersebut menggunakan badan. Celaka punya doktor. Kau buat apa pada Rizqi?

"Sabar, encik. Perkara ni memang normal terjadi." Nurse yang berdekatan cuba menenteramkan aku.

"Apa kata awak buka je pintu ni sebelum saya mengamuk?" Ujar aku menahan baran.

Nurse tersebut sedikit terkedu. Tangisan Rizqi yang masih tak berhenti buat aku semakin gelisah.

"Err.. mengikut prosedur orang luar tak boleh masuk serta semasa pemerik-"

Aku mengepal menumbuk. Aku hayunkan penumbuk tersebut ke pintu. Nurse tersebut terdiam.

"Orang luar ke tidak. Budak lelaki dalam bilik ni lebih percayakan saya daripada korang semua. Korang tak fikir macam tu ke?" Kesabaran kian menipis setipis kulit bawang.

Kcak!

Bunyi klik pintu kedengaran. Perhatian kami teralih pada pintu yang terbuka. Rizqi keluar dengan tidak berbaju berlari mendekati aku.

Aku melutut. Kami berpelukan.

"Abang, adik takut." Luah Rizqi.

Dr. Xenn keluar selang beberapa saat selepas Rizqi. Dahinya berkerut. Hampir bercantum kening.

"Saya rasa awak kena ikut ke dalam sekali semasa pemeriksaan. Dia nampak sangat tak selesa dan takut dengan saya walaupun saya jamin saya tak apa-apakan dia." Dr. Xenn berujar perlahan. Nafasnya sedikit termengah.

Pandangan maut yang aku berikan tidak diendahkan oleh Dr. Xenn. Barangkali dia sudah terbiasa dengannya. Nurse tadi tersenyum kelat.

Selepas menenangkan Rizqi, aku mengajak dia untuk melakukannya semula. Adanya aku, Rizqi bersetuju.

_______________❤️_______________

DR. XENN mengarahkan aku untuk terus ke pertemuan seterusnya dengan Puan Marisah. Katanya, hasil pemeriksaan akan diserahkan olehnya pada pihak polis yang bertugas. Salinan hasil pemeriksaan diberikan kepada aku untuk diberikan kepada Puan Marisah.

Tak berlengah, aku segera membawa Rizqi berjumpa dengan Puan Marisah. Menurut pengawal polis tempoh hari, Deraman, Puan Marisah merupakan polis penyiasat yang bertugas di bahagian Seksual, Wanita dan Kanak-kanak. Dia akan melakukan tugasnya untuk mengambil keterangan daripada Rizqi untuk dijadikan bahan bukti.

Aku dan Rizqi tiba di hadapan pintu bilik Puan Marisah setelah beberapa kali tersesat. Kami berjaya sampai di sini selepas bertanya orang-orang yang berdekatan.

Aku ketuk pintu.

Kcak. Pintu dibuka dari dalam.

"Err... Saya Haiqal. Saya nak buat report-" Aku sedikit kekok nak bercakap.

Puan Marisah tersenyum.

"Oh takpe. Dr. Xenn dah bagitahu pasal kamu. Deraman pun dah ada set kan temu janji kita." Lembut sahaja suara Puan Marisah. Pakaiannya sangatlah santai. Tidak seperti yang lain, dia langsung tidak memakai pakaian kerja atau pakaian polis.

"Jemputlah masuk, Encik Haiqal." Dia memandang Rizqi. Rizqi menyembunyikan diri di belakang.

"Adik pun masuk lah sekali."

Aku membuka langkah dan masuk ke dalam. Rizqi membuntuti langkah aku. Tangannya masih memaut pada baju aku.

"Korang boleh duduk. Buat je macam kat rumah." Puan Marisah mengalukan ketibaan kami. Dia membuka TV dan membuka rancangan kartun. Kemudian, dia pergi ke dapur.

Aku melihat-lihat sekeliling bilik itu. Sangat mesra kanak-kanak. Mungkin sebab itu, wanita itu memakai baju biasa. Supaya kanak-kanak yang datang tak merasa takut dan tegang melihat dia.

"Rizqi takut ke?" Soal aku perlahan pada si kecil itu.

Rizqi angguk. Aku mengusap kepala Rizqi dan tersenyum.

"Rizqi jangan takut. Abang ada kat sini. Nanti apa akak tu tanya, Rizqi jawab je macam mana Rizqi cerita kat abang haritu. Boleh?" Aku cuba menenteramkan dia.

Rizqi angguk lagi. Tapi kalini lebih laju. Dia membalas senyuman aku walaupun takut-takut.

Puan Marisah tiba dengan tiga buah cawan yang berisi air milo. Dia meletakkan cawan-cawan tersebut di hadapan pemilik masing-masing.

"Jemput minum. Tengok cerita kartun tu dulu. Adik jangan takut. Akak tak makan orang." Ujar Puan Marisah cuba menghilangkan sedikit keresahan Rizqi.

Wanita itu kemudiannya memandang aku.

"Saya percaya Dr. Xenn ada bagi result pemeriksaan?" Soal Puan Marisah.

Aku angguk dan mengeluarkan fail yang diberikan Dr. Xenn. Fail itu aku serahkan pada Puan Marisah.

Puan Marisah mengeluarkan segala maklumat yang ada dalam fail tersebut dan menelitinya ketika Rizqi sedang sibuk menonton rancangan kartun.

"Hurm.. okay. Kita akan mula ambil keterangan selepas rancangan kartun ni habis." Ujar Puan Marisah selepas dia habis membaca segala maklumat yang ada.

Aku angguk sebagai respon.

"Saya harap Encik Haiqal boleh bantu saya."

"Kalau saya boleh tolong, saya tolong."

_______________❤️_______________

"Nama akak, Marisah. Nama adik.. Rizqi. Betul?"

Rizqi angguk.

"Umur adik, 8 tahun?"

Rizqi angguk lagi.

"Akak lupa la.. berapa umur adik tadi?"

"La..lapan." Rizqi tergagap akibat takut.

"Adik takut ke?"

Rizqi angguk.

"Jangan takut. Akak tak makan orang pun." Puan Marisah senyum. Cantik sekali orangnya pada pandangan aku.

"Akak nak tanya pasal mak ayah adik, boleh?"

Rizqi pandang aku. Dia kelihatan ragu-ragu walaupun dia tahu memang itu tujuan kami datang ke sini. Aku angguk seperti memberi kebenaran.

"Bo.. boleh."

"Tapi, sebelum tu.. akak nak tanya sesuatu. Adik tahu tak beza tipu dengan betul?"

Rizqi angguk.

"Apa bezanya?"

"Ti.. tipu kalau orang cakap bohong. Betul kalau o.. orang cakap benar." Ujar Rizqi. Gagapmya masih tak hilang.

Puan Marisah senyum. Kepalanya terangguk-angguk. Kemudian, dia mengeluarkan sehelai kain berwarna merah.

"Kalau akak cakap kain ni warna biru, apa yang akak cakap ni betul ke tipu?"

"Tipu.."

"Kalau akak cakap akak perempuan, betul ke tipu?"

"Betul.."

"Okay.. kita teruskan."

Puan Marisah memandang aku. Memberi signal yang dia akan mulakan soalan yang bersifat sensitif.

Puan Marisah memulakan soalannya dengan nama ibu bapa Rizqi. Kemudian, perlahan-lahan dia menerokai perjalanan cerita Rizqi. Pada mulanya, Rizqi agak ragu-ragu dan tergagap bercerita. Namun, lama kelamaan dia mulai selesa dengan wanita tersebut. Pun begitu, saat bercerita tentang ayahnya Rizqi diam.

Tangan aku digenggam kuat oleh si kecil itu. Aku membalas genggamannya. Berharap ia boleh memberi kekuatan pada Rizqi.

"Akak ulang tau. Jadi, ayah adik suka raba adik masa adik tidur dan mak adik tak tahu sebab dia kerja?"

Rizqi angguk. Matanya sedikit berair.

"Lepas tu, ada apa lagi yang dia buat pada adik?"

"Ada.." Rizqi membalas. Suaranya sedikit serak. Matanya berkaca.

"Dia buat apa pada adik?"

"Dia.. dia.." Rizqi menangis. Entah kenapa, dia tak boleh menceritakannya pada wanita tersebut seperti mana dia ceritakan pada aku.

Dek kerana itu, Puan Marisah mengalihkan soalan yang melibatkan emaknya pula. Untuk kali ini, Rizqi tidak menangis dan dia boleh menceritakannya seperti biasa cuma masih nampak trauma yang dialaminya ketika bercerita.

_______________❤️_______________

SELESAI sahaja ambil keterangan, Puan Marisah menyuruh aku untuk membuat keterangan tentang ayah Rizqi. Menurutnya, ibu bapa juga boleh mengambil keterangan jika mendapati anak mereka didera. Tapi memandangkan aku bukan penjaganya yang sah, Puan Marisah memberi 'lampu hijau' untuk aku melakukannya.

Selepas itu, aku membawa Rizqi pulang ke rumah. Si kecil itu tampak keletihan. Aku pasti mindanya lebih letih daripada tubuhnya. Tiba sahaja di bilik aku, si kecil itu terus merebahkan badannya ke atas katil dan tertidur.

Aku tergeleng kecil. Melihatkan jam, aku bersiap-siap untuk mandi dan solat.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience