14

Other Series 3806

Hari ini merupakan sehari sebelum temu janji yang telah ditetapkan oleh pengawai polis yang bernama Deraman tempoh hari.

Petang itu, Radin telah menghubungi aku dan mengajak aku pergi ke kenduri khawin. Tentulah bukan kenduri khawin dia. Lambat lagi budak tu khawin. Kata Radin, aku dialu-alukan untuk membawa Rizqi. Sempat juga dia mengusik aku.

"Tapi, get ready lah hilang market price. Sebab awek-awek kat sana mesti ingat kau duda anak 1. So, status bujang kau dah hilang harga market kau jadi secondhand. " Ujar Radin sebelum dia ketawa semasa kami sedang telefon.

Tak berlengah, aku memberitahu Rizqi dan kami segera bersiap-siap. Teruja juga budak tu nak pergi majlis khawin. Tak pasti sama ada dia pernah pergi atau tidak sebelum jumpa dengan aku.

_______________❤️_______________

MULUT aku terlopong. Begitu juga Rizqi. Besar betul tempat majlis ni diadakan. Jauh betul pintu masuk dengan pelamin. Meja-meja makan penuh dengan orang. Ramai orang yang menghadiri majlis itu. Pun begitu, tempat itu masih nampak luas walaupun dipenuhi ramai orang.

"Tutup mulut tu, Qal. Masuk setan kang." Usik Radin. Aku pantas menutup mulut. Rizqi juga sama. Si kecil itu menyorok disebelah aku yang bertentangan dengan Radin. Kiranya aku di tengah lah. Rizqi nampak sedikit takut dengan Radin. Tapi pada aku, dengan semua orang pun dia takut kecuali aku.

"Bapak besar tempat ni. Kaya betul family kau." Aku memuji. Majlis khawin ni dianjurkan oleh keluarga Radin memandangkan pengantin tu sendiri merupakan kakak sepupu Radin.

Radin tersengih sendiri.

"Mana ada kaya. Kau pun tahu mak aku kerja apa, kan?" Balas Radin, merendah diri.

Aku angguk. Memang aku kenal emak si Radin ni.

"Maksudnya, kau lah yang kaya. Mesti kau tolong sekali untuk majlis ni. Kau kan anak tunggal." Balas aku.

Rizqi hanya mendengar saja. Kepalanya mendongak melihat aku dan Radin yang lebih tinggi daripadanya.

"Dah, dah. Jom lah kita makan sebelum makanan habis." Radin mengelak daripada membalas kata-kata aku.

"Ha yela. Nanti kau tunjukkan aku pada pengantin. Aku bukannya kenal kakak kau tu." Balas aku.

Kenapa keluarga Radin yang sponsor majlis khawin kakak sepupu dia? Sebab kakak sepupu dia merupakan anak yatim. Ibu bapa dia yang merupakan pak cik dan mak cik sedara Radin telah meninggal dalam satu kemalangan nahas.

"Boleh je."

Radin membawa kami ke tempat makan. Ak membuntuti langkah kawan baik aku itu sambil memimpin tangan Rizqi.

"Jom, adik."

_______________❤️_______________

AKU bersandar pada kerusi. Perut sendiri yang sedikit buncit aku usap. Sendawa aku lepaskan perlahan. Kekenyangan. Sedap betul nasi minyak yang disajikan. Aku memandang Rizqi yang sedikit lambat menghabiskan makanan. Biasalah budak-budak.

Aku toleh kepala apabila perasan sedang diperhatikan.

"Kau tengok apa?" Soal aku setelah mengetahui siapa yang melihat aku. Radin. Pemuda tersebut tersenyum.

"Tengok kau lah. Seronok betul usya Rizqi ni." Usik Radin.

Rizqi menoleh ke arah kami apabila namanya dipetik.

"Biarlah. Dia tercekik ke apa, senang lah aku nak respon." Bidas aku. Suka betul mamat ni menyakat orang.

"Hahahahaha.. prihatin betul. Untung Rizqi ada abang macam abang Haiqal ni." Ujar Radin pada Rizqi pula. Rizqi menyambut kata-kata Radin dengan senyuman. Suka betul si kecil itu melihat aku diusik.

"Abang, nak basuh tangan." Rizqi memanggil aku setelah dia selesai makan.

"Kalau abang tunjuk, boleh?" Radin mencelah.

Kami berdua memandang Radin serentak. Rizqi berjeda lama sebelum mengangguk. Entah apa yang difikir.

Radin memimpin Rizqi ke tempat basuh tangan.

Suasana hingar-bingar melekakan aku sebentar. Aku terpukau sendirian.

"Mama... " Sayup-sayup terdengar suara tangisan dalam keramaian itu.

Aku menoleh ke sana-sini. Mencari-cari suara tangisan kanak-kanak yang memanggil ibunya. Mata aku besarkan.

"Huwaarghh... Mama.."

Tak lama mencari, akhirnya aku berjaya mengesan kanak-kanak tersebut. Aku berjalan menghampiri budak tersebut. Selang beberapa meja saja dari meja aku.

Aku menghampiri budak itu. Bulu roma aku meremang. Deja vu. Teringat pertemuan aku dengan Rizqi dulu.

Aku melutut dan sedikit menunduk.

"Adik okay?" Soal aku lembut.

Budak tersebut menggeleng.

"Ma.. mama adik mana?" Soal budak tersebut.

"Kita cari mama adik sama-sama eh?" Aku cuba memujuk budak tersebut.

Budak tersebut masih lagi dalam tangisan. Aku mengeluh kecil.

"Nama adik apa?" Soal aku lagi.

"A.. Adif."

"Okay, Adif. Kita cari mama Adif sama-sama okay. Tapi, Adif tak boleh nangis." Pujuk aku.

Adif mengangguk. Dia menahan tangis. Air mata yang meleleh di pipi dikesat menggunakan tangan. Aku mengeluarkan tisu yang aku rembat di meja tadi. Kemudian, aku lap hingus Adif yang berjejeran menggunakan tisu tersebut.

"Ha.. kan hensem kalau tak nangis." Puji aku.

Adif tersenyum dipuji. Dia malu-malu.

"Okay, Adif ingat tak mama pakai baju apa? Kalau abang dukung Adif, Adif boleh cam mama Adif tak?" Soal aku kemudian.

Adif mengangguk yakin.

"Okay, mari sini. Abang dukung. Lepas tu, kita jalan-jalan cari mama Adif." Ujar aku. Tangan aku depakan ke hadapan. Adif mendekati aku.

Sekejap sahaja di sudah berada dalam dukungan aku. Bukan dukung alah-alah princess atau piggyback tau. Dukung yang guna satu tangan tu.

Mata Adif meliar mencari susuk tubuh ibunya. Kepalanya kejap-kejap menoleh. Aku teruskan berjalan.

Buk!

Entah macam mana, aku boleh tak perasan dan terlanggar seseorang.

"Maaf.. eh lah Haiqal, kat sini kau rupanya." Rupanya orang yang aku langgar tu Radin. Nasib baik. Aku melihat Rizqi yang berada di samping Radin. Rizqi pula melihat kanak-kanak yang berada di dukungan aku. Wajahnya sedikit berubah.

"Kau pergi mana? Penat kitorang cari kau
Tu anak sape pulak kau rembat?" Soal Radin.

"Oh.. ni Adif. Dia sesat. Aku tolong cari mak dia ni." Balas aku mudah. Adif memandang dua orang di hadapan aku. Mata Adif dan Rizqi bertembung. Nampak ketara wajah Rizqi yang cemburu.

"Lah.. kenapa kau tak pergi dekat emcee je. Kan diorang boleh buat announcement ?"

Aku terdiam. Ye tak ye juga eh?

"Haah la. Kenapalah aku tak terfikir tadi?" Balas aku tersengih sedikit.

"Dah jom. Aku bawa kau pergi jumpa emcee."

"Okay."

_______________❤️_______________

"TERIMA kasih, encik! Kalau hilang Adif ni, saya tak tahu lah nak buat apa. Terima kasih sangat-sangat." Kedua-dua tangan wanita yang bergelar mama kepada Adif itu memegang kuat tangan kanan aku. Sangat beremosi dalam menyampaikan terima kasihnya. Aku faham. Dia antara emak yang sayang sungguh-sungguh pada anaknya.

"Dah memang tanggungjawab saya." Balas aku dengan jawapan yang agak klise.

Wanita itu kemudian beralih pada anaknya. Dia memeluk Adif dan menggomol si kecil itu. Pada agakan aku, Adif berada dalam lingkungan umur 5 ke 6 tahun.

"Mama minta maaf, Adif. Cuainya mama Adif ni. Anak sendiri boleh lupa." Aku terdengar suara wanita itu dari jauh.

"Terima kasih, Encik.."

"Haiqal."

"Terima kasih, Encik Haiqal. Saya Qalish. Ni kad saya. Kalau Encik Haiqal perlukan bantuan, jangan malu-malu untuk hubungi saya. Lagi-lagi kalau melibatkan anak Encik tu." Ujar wanita sambil menghulurkan kad yang tertera nombor telefonnya.

"Ha?" Aku tercengang. Anak? Aku menoleh pada Rizqi yang berada di samping aku. Si kecil itu masih menjeling pada Qalish dan Adif.

"Takpe. Saya faham masyarakat kita yang sekarang suka pandang serong pada duda yang beranak. Kalau perlukan bantuan, saya sedia membantu. Sekali lagi terima kasih sangat-sangat." Ujar Qalish sambil meletakkan kadnya di tangan aku.

"Er.. saya bukan du-" Tak sempat aku menghabiskan bicara, Qalish sudah berlalu pergi. Radin sudah peach gelak di belakang.

Tapi, tak lama kemudian, Adif berpatah balik. Dia menghampiri aku. Aku melutut dan menunduk sedikit.

"Kenapa Adif?"

Tak cakap banyak, si kecil itu terus peluk aku. Rizqi agak terkejut melihatnya. Tak puas hati betul wajahnya.

"Mama suruh Adif cakap terima kasih dengan abang." Si kecil itu berujar.

Aku terangguk. Kemudian, si kecil itu berbisik pulak pada aku.

"Mama macam suka abang je. Abang nak jadi papa Adif tak?"

Uhuk. Aku terbatuk. Lah, Qalish tu janda ke? Patut lah senang-senang dia mendudakan aku. Kemudian, Adif berlari meninggalkan kami dan kembali pada ibunya. Dia melambai-lambai ke arah kami. Aku membalas lambaiannya. Radin juga sama. Cuma Rizqi sahaja yang buat bodoh.

"Dah. Jom kita balik. Penat pulak aku." Ujar aku. Aku pandang Radin. Radin pandang aku balik. Dia sambung gelak. Cis. Tak guna punya mamat.

"Hahahahah. Comel la. Anak bapa." Gelak Radin sambil menuding ke arah kami berdua.

"Ish kau ni..." Aku membuat muka.

"Jom la balik. " Rizqi bersuara dengan nada serius. Tidak manja seperti biasa. Kemudian, dia berlalu pergi. Menuju ke pintu masuk yang juga merupakan pintu keluar.

Kami berdua terdiam. Kami berpandangan.

"Kau buat apa kat dia tadi?" Soal aku, tegas pada Radin.

Radin mengangkat kening.

"Aku pula? Sepatutnya aku yang tanya, kau buat apa pada dia?" Dia menyoal aku kembali.

"Aku buat apa ?" Aku agak keliru.

"Kau ni tak peka lah. Dia jeles lah dengan Adif tu. Budak-budak kan. Mana suka orang fav dia memanjakan orang lain. Diorang kan selfish." Balas Radin.

Aku diam. Yeke?

Aku melihat figura Rizqi yang membelakangi aku dan Radin. Kami mengikut langkah Rizqi dari belakang.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience