BAB 7

Spiritual Completed 1275

"Apa ni? Lepaskan aku!" Jeritku sambil meronta.

"Mana kau nak lari ah!" Jerkah Micheal sambil ketawa. Dua konconya memegangku.

"Apa yang kau nak lagi?!"

"Aku nak semua yang ada pada kau!" Jerkah Micheal sambil mencengkam leherku. Aku meronta-ronta kelemasan. Namun semakin kuat aku meronta, semakin kuat genggaman kedua-dua konco Micheal itu. Micheal bersama dua orang konconya itu ketawa melihat aku tidak mampu melawan.

Namun dengan tiba-tiba satu tendangan singgah ke dada Micheal menyebabkan dia melayah ke belakang. Kemudian kedua-dua konconya yang memegangku tercampak ke tepi. Aku terpinga-pinga sebab kelibat siapa tidak dapat ku lihat kerana kepantasan dan ketangkasannya.

"Abang Syamsul!" Bisik hatiku apabila dia berdiri di sebelah ku.

"Jangan cuba mengambil kesempatan keatas kaum yang lemah." Abang Qaiser memberikan amaran. Aku mendekatinya dan berlindung dibelakangnya.

"Jangan campur urusan kami, kalau kau tak nak menyesal." Balas Micheal tanpa memperdulikan amaran Abang Syamsul.

Aku memegang lengan Abang Qaiser dan merapatkan badanku pada belakangnya kerana aku ketakutan sewaktu melihat kedua-dua orang suruhan Micheal mengeluarkan pisau dari saku seluar mereka.

"Sylvia jangan takut, InsyaAllah kita selamat." Ujar Abang Qaiser seolah-olah mengetahui isi hatiku.

Salah seorang daripada mereka menerkam ke arah abang Qaiser dengan pisau terhunus. Secara pantas abang Qaiser melarikan tubuhnya ke kanan sambil menepis tangan konco Micheal itu dengan tangan kirinya. Kemudiannya abang Qaiser susuli sepakan padu ke dada lelaki itu menyebabkan dia terundur ke belakang dan jatuh tersungkur. Abang Qaiser hanya berdiri tegap dalam keadaan siap siaga menanti sebarang kemungkinan serangan. Melihat salah seorang daripada mereka tertiarap, seorang lagi masuk sambil melibas pisau ditangannya ke kiri dan ke kanan. Aku yang berlindung dibelakang abang Qaiser rasa seram sejuk dan gerun. Tidak dapat kubayangkan sekiranya pisau itu merobek perut kami, pastinya akan terburai segala isi perut kami dibuatnya. Abang Qaiser mengelak ke kiri sambil menangkap tangan kanan penyerang itu lalu memulasnya kebelakang. Kemudian dia menyepak kaki kanan penyerang itu menyebabkan lelaki itu jatuh terlentang dan disusuli dengan sepakan kemuka lelaki tersebut. Aku lihat ada darah yang tersembur keluar dari mulut dan hidung lelaki itu.

Micheal kelihatan tergamam apabila kedua-dua konconya itu tidak dapat mengatasi ketangkasan abang Syamsul.Walaupun begitu, dia cuba untuk mengawal emosinya agar tidak menunjukkan perasaannya kepada kami. Dalam ketika itu, kedua-dua konconya bangun dengan kepayahan sambil mengesat darah yang mengalir dari mulut dan hidung mereka dengan lengan.

"Cis!" Sumpah salah seorang daripada mereka sambil meludah air liur yang bercampur dengan warna kemerahan.

"Yeah!!" Secara tiba-tiba, Micheal dan dua orang konconya itu melancarkan serangan secara serentak ke arah kami. Aku yang terkejut terus berlindung dibelakang Abang Syamsul. Aku terdengar Abang Qaiser seperti membacakan sesuatu.

Aku terkejut dan tergemam apabila melihat Micheal dan dua orang konconya tiba-tiba terpelanting ke belakang tanpa sempat menghampiri kami. Abang Qaiser pula kelihatan tenang dengan kedudukan bersedianya dari tadi. Ketiga-tiga lelaki itu terlentang atas lantai tempat parking kereta.

"Jom, cepat masuk kereta! Pandu ke balai polis!" Arah Abang Qaiser sambil mengheret tanganku ke arah kereta. Dengan pantas aku membuka pintu dan masuk ke dalam Satria Neo ku. Aku memandang ke arah Abang Qaiser dengan perasaan cemas.

"Sylvia jangan risau, abang ikut dari belakang." Dia seperti tahu gelojak perasaanku. Aku lihat dia berlari pantas ke aras pacuan empat rodanya.

Aku terus memecut Satriaku keluar dari kompleks membeli belah di ikuti oleh Abang Qaiser melalui Jalan Hamzah kearah Jalan Ibrahim untuk ke IPD Kota Bharu. Ketika itu jalan agak lengang sedikit. Dalam tergesa-gesa parkir kereta di hadapan Affin Islamic Bank kerana IPD Kota Bharu berada di seberang jalan. Abang Qaiser memarkir jepnya disebelah keretaku. Kami kemudiannya bersama-sama berlari melintas jalan masuk ke IPD Kota Bharu.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience