BAB 5

Spiritual Completed 1275

"Kita tak boleh menilai kebenaran Islam itu melalui perlakuan umatnya kerana ramai umat Islam sendiri yang tidak memahami ajaran agama Islam. Seperti juga Buddha, tak semua penganut Buddha benar-benar faham dan mengamalkan ajaran Buddha. Malah, ada antara mereka yang melakukan perkara yang dilarang dalam ajaran Buddha. Betul tak?" Jelasnya. Aku mengangguk tanpa menyetujui penjelasan Kak Mai itu.

"Oleh itu, kebenaran Islam itu perlu dilihat atau dinilai melalui al-Quran dan ajaran nabi secara keseluruhannya. Orang yang terbaik untuk diikuti dari segala segi mengenai Islam ialah Nabi Muhammad s.a.w." Tambah Kak Mai lagi.

Memang benar apa yang dikatakan Kak Mai itu. Jika hendak dibandingkan ajaran Islam sebagaimana yang diberitahu Kak Mai dengan kelakuan umatnya yang pernah aku lihat jelas bertentangan ajaran Islam tersebut. Aku pernah membaca kisah bagaimana Cat Steven atau Yusuf Islam yang terkenal itu. Beliau memberitahu bahawa terbukanya hati beliau untuk memeluk Islam apabila mengkaji al-Quran yang telah dihadiahkan seseorang kepadanya. Beliau menegaskan, jika melihat kepada kelakuan dan akhlak umat Islam sendiri sudah pasti beliau tidak akan memeluk Islam kerana perlakuan mereka jelas bertentangan dengan ajaran Islam.

Jam baru menunjukkan pukul 9.00 malam. Terasa juga boring macam ni. Sejak peristiwa hitam tersebut, aku tidak lagi selalu keluar malam. Waktu malamku kebanyakkannya kuhabiskan dalam bilikku sahaja. Sama ada aku membuat kerja pejabat yang kubawa balik ke rumah atau melayari internet ataupun membaca apa sahaja bahan bacaan. Kulihat bungkusan yang diberikan Kak Mai dan Abang Qaiser masih lagi belum dibuka berada atas meja studyku. Aku mencapai bungkusan tersebut dan membukanya berhati-hati. Aku dapati bungkusan tersebut rupa-rupanya sebuah buku bertajuk 'Islam Pilihanku'. Kubaca sepintas lalu sinopsis yang terdapat dikulit belakang buku tersebut.

"Oo..mengenai pengalaman orang-orang yang memeluk Islam rupanya." Bisik hatiku.

Aku mulakan pembacaanku bagi mengisi kebosanan malamku. Agak menarik juga kandungan buku tersebut yang menceritakan pengalaman orang-orang memeluk agama Islam. Bagaimana tercetusnya keinginan mereka untuk memeluk Islam, tentangan yang terpaksa mereka hadapi serta perasaan mereka.

Aku terjaga dari lena apabila jam mejaku berdering pukul 7.00 pagi. Aku tidak pasti bila aku terlena semalam. Namun, buku yang aku baca semalam berada atas meja disudut tepi katilku. Aku diselimut kemas bagi mengelak kesejukan.

"Pasti mama." Selalunya mama yang akan menjengok bilikku sebelum dia masuk tidur. Dialah yang akan menutup lampu bilikku serta menyelimutkan aku apabila aku terlena.

Aku bangun bersiap-siap untuk pergi kerja. Hari ini aku ada appointment dengan wakil Syarikat Syabab Corporation, sebuah syarikat pengimport kenderaan yang semakin meningkat maju di negeri ini. Aku mengenakan singlet putih dibaluti dengan kot kelabu dan dipadankan dengan seluar panjang kelabu sebagai satu suit. Dengan sedikit makeup yang nipis, aku menggayakan penampilanku di hadapan cermin solek dalam bilikku. Rasa lebih yakin dan berketerampilan untuk bertemu dengan client hari ini.

Selepas lunch, aku masuk ofis dengan perasaan yang penuh kegembiraan. Pertemuan dengan wakil Syabab Corperation tadi nampaknya mempunyai peluang yang agak cerah. Pada dasarnya, mereka telah bersetuju untuk mendapatkan khidmat syarikatku bagi mengendalikan pengimportan kereta syarikat mereka. Aku harap, urusan tersebut akan ada kesinambungan sehingga termeterainya perjanjian antara kedua-dua syarikat. Aku masuk pejabatku untuk menyiapkan laporan mengenai pertemuanku tadi. Aku perlu menyerahkan laporan tersebut kepada pengarah syarikat untuk diteliti dan tindakan lanjutnya.

Sedang aku asyik menyiapkan repot, telefon dalam bilikku berdering minta dijawab.

"Miss Sylvia , ada orang nak cakap ditalian satu." Beritahu operator.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience