BAB 9

Spiritual Completed 1288

Setelah naik keatas rumah, Abang Qaiser lalu menceritakan dan menjelaskan apa yang sebenarnya telah berlaku pada papa dan mama. Sesekali papa dan mama mengeleng-ngeleng kepala mendengar kelakuan jahat Micheal.

"Uncle langsung tak sangka Micheal akan bertindak sejauh itu." Ujar papa.

"Dia mungkin akan terus berusaha selagi Sylvia berada masih belum dalam genggamannya." Sampuk Abang Syamsul.

"Kami ucapkan terima kasih pada Qaiser kerana telah menyelamatkan Sylvia dari Micheal. Jasa baik Qaiser itu tidak dapat balas." Aku dengar suara papa ada sedikit getar hujungnya. Pada pendapatku, itulah antara kata-kata papa yang paling ikhlas.

"Saya ucapan jutaan terima kasih diatas budi abang menyelamatkan saya tadi. Kalau abang tak ada, mungkin saya dah jadi korban Micheal buat kali kedua." Ucapku pada Abang Qaiser sewaktu dia mula melangkah turun dari rumahku. Kalau ikutkan hati, ingin aku memeluknya sebagai tanda penghargaan yang tidak terhingga. Namun bila memikirkan ianya tidak sopan mengikut kaca mata Islam, aku batalkan sahaja niatku itu.

"Bersyukurlah Sylvia . Dah tugas abang antara kita sesama manusia menolong antara satu sama lain yang dalam kesusahan. Mungkin ini hari Sylvia , esok lusa mungkin giliran abang pulak untuk Sylvia tolong." Jawabnya.

"Sudahlah Sylvia , kitakan dah macam keluarga. Masa Sylvia susah, sudah kewajipan kami menolong." Sampuk Kak Mai sambil memelukku ketika pasangan tersebut hendak pulang. Hanya Tuhan yang tahu betapa bersyukurnya aku dapat mengenali pasangan ini. Mereka tidak pernah terasa berat untuk memberikan pertolongan.

Papa berjabat tangan lantas memeluk Abang Qaiser sebelum lelaki budiman itu masuk kedalam jepnya. Amat jarang papa memeluk seseorang kecuali orang tersebut amat disanjung dan dikasihi dalam hidupnya. Mungkin papa sudah mula nampak kebaikan, ketulusan dan keikhlasan Abang Qaiser itu.

Jam telah menunjukkan pukul 11.00 malam sewaktu Abang Qaiser dan Kak Mai pulang. Aku masuk ke bilik air untuk mandi. Badan rasa macam melekit dan kurang selesa. Terasa sejuk dan nyaman sewaktu air mencurah menyelusuri segenap tubuhku. Aku membiarkan air paip membelai tubuhku buat seketika sehingga tubuhku kembali segar. Setelah selesai mandi dan mengelap tubuh, aku mengenakan gaun tidur satin. Aku rasa kurang enak badan sedikit. Mungkin disebabkan perasaanku masih lagi dikuasai gerun dan takut bila memikirkan kejadian petang tadi.

Pada mulanya aku bercadang hendak meneruskan pembacaan buku yang dihadiahkan Kak Zu. Tapi badanku rasa lain macam, seram sejuk sahaja. Aku berbaring atas katil dan menyelimut tubuhku.Aku tidak tahu pukul berapa aku terlena. Aku hanya tersedar apabila jam loceng berbunyi tepat pukul 7.00 pagi. Walau bagaimanapun terasa berat hendak bangun. Tubuhku terasa panas. Aku membatalkan hasratku untuk bangun.

"Nampaknya kena minta cuti hari ni." Bisik hatiku. Aku sambung kembali tidurku buat seketika.

"Sylvia !" Tidurku terganggu seketika apabila aku terdengar ketukan pintu dan suara orang memanggil namaku. Aku lihat jam mejaku menunjukkan pukul 10.00 pagi.

"Sylvia !" Sekali lagi namaku diseru.

"Masukla ma, pintu tak berkunci." Jawabku. Mama membuka pintu bilikku dan melihat kearahku dengan penuh hairan.

"Sylvia tak pergi kerja ke" Tanya mama.

"Tak ma. Sylvia rasa tak sedap badan la."

"Panasnya badan Sylvia !" Mama bersuara dengan sedikit terkejut tatkala dia meletakkan tangan kanannya ke dahiku.

"Sylvia rehat dulu. Tengahari nanti kita pergi klinik." Sambung mama lagi.

Aku rasa terlalu letih dan penat. Usahkan hendak jawab pertanyaan mama, hendak membuka kelopak mata pun hampir tidak mampu. Tubuhku terasa terlalu lemah dan tidak berdaya. Walaupun mama memberitahu bahawa badanku panas, namun aku rasa terlalu sejuk sehingga ke tulang sum-sum. Sebab itulah aku menyelimuti tubuhku dengan selimut yang tebal. Aku tidak sedar bilakah mama meninggalkan aku sendirian dalam bilikku itu kerana aku terlelap semula.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience