BAB 13

Spiritual Completed 1275

"Sylvia rehatlah. InsyaAllah, tak ada apa-apa yang akan ganggu Sylvia lagi." Ujar Abang Syamsul. Mereka bersalaman sebelum meninggalkan aku ditemani mama. Sebelum berpisah, papa memeluk Abang Qaiser erat.

Aku menghantar mereka berdua dengan pandangan. Dua insan yang telah banyak berbudi padaku. Kini semakin kuat bertugu hasrat hatiku. Apabila kesihatanku mengizinkan nanti, akan kucuba realisasikannya.

Walaupun aku telah sedar, namun pihak HUSM masih lagi tidak membenarkan aku pulang. Mereka kata, masih perlu buat pemerhatian ke atasku untuk tempoh 24 jam lagi. Sekiranya tidak ada apa-apa yang berlaku dalam tempoh tersebut, aku akan dibenarkan keluar. Mengikut Dr. Abd. Rashid, ketua pasukan doktor pakar yang merawatku, apa yang berlaku keatasku merupakan antara kes yang pelik dalam sejarah perubatan HUSM. Jadi mereka perlukan maklumat lanjut bagi rekod hospital serta bagi tujuan kajian mereka nanti.

Buat kesekian kalinya mama menemani aku dalam wad. Dia telah menemani aku di HUSM sejak aku mula-mula dimasuk wad. Tiada apa yang menarik dan menyeronokkan berada dalam wad. Malah kebosanan merupakan peneman utama aku disana. Siaran tv tidak sedikit pun menarik perhatianku. Mungkin oleh kerana terlalu letih dan penat, aku terlena.

Pagi ini aku terjaga awal dari lenaku. Aku bangkit sewaktu azan subuh dilaungkan dari Masjid Sultan Ismail Petra yang jaraknya tidak berapa jauh dari HUSM. Kubiarkan mama terus melayani mimpinya yang tidur atas kerusi malas dalam bilikku itu. Aku berdiri di beranda sambil menghirup udara pagi yang masih segar itu. Dari tingkat 10 ini aku dapat lihat masjid dan kawasan sekitar HUSM. Jalan raya masih belum sibuk dengan kenderaan. Aku mengenakan zip pada baju sejukku bagi mengurangkan rasa sejuk angin pagi yang agak kuat berhembus itu. Aku melontar pandanganku ke arah menara masjid. Suara imam membacakan ayat-ayat terasa seperti menusuk kalbuku. Ia mengingatkan aku pada mimpiku semalam.

Aku didatangi seorang lelaki yang memakai jubah putih dan berkopiah. Wajahnya tidak berapa jelas dalam pandanganku namun ia bercahaya.

"Adakah kamu benar-benar nak masuk Islam?" Soal lelaki tersebut padaku.

" Benar.." Jawabku sedikit gugup.

"Adakah kamu yakin Islam itu benar?" Soalnya lagi.

"Ya."

"Adakah kamu tetap akan memeluk Islam walaupun kamu akan mendapat tentangan?"

"Aku tetap akan peluk Islam." Jawabku tegas.

"Kiranya benar begitu, ku doakan kamu agar menjadi seorang muslimah yang solehah. Semoga Allah merahmati hidupmu selama-lamanya." Selepas dia menghabiskan kata-katanya, lelaki itu terus hilang dari pandangan.

Lamunan mimpiku tamat apabila seorang petugas membawa masuk sarapan pagi buatku. Dia berpesan supaya bersiap kerana doktor akan masuk melawatku lebih kurang pukul 8.30 pagi. Aku kemudiannya mencapai tuala lalu masuk ke bilik air untuk mandi. Aku membiarkan air paip terus mengaliri segenap pelusuk tubuhku biar kesejukan air menghilangkan kepanasan beban yang kutanggung ini.

Selepas pasukan doktor masuk dan membuat pemeriksaan ke atasku, mereka memberikan kebenaran padaku untuk pulang ke rumah setelah berpuas hati mengenai perkembangan kesihatanku. Walaupun begitu, aku perlu datang untuk pemeriksaan secara berkala selepas ini.

Sedang aku membantu mama mengemaskan barang-barang, Kak Mai datang melawatku.

"Macam na keadaan Sylvia hari ni?" Tanya Kak Mai sambil memelukku.

"Baik kak." Dia merenung kearahku dengan satu renungan yang cukup dalam maknanya.

"Akak tak kerja ke hari ini?" Soalku kerana jam menunjukkan pukul 11.00 pagi.

"Akak ambil cuti separuh hari sebab nak jemput Sylvia ." Jawapan Kak Mai itu membuatkan aku terharu dengan tindakannya itu. Dia sanggup untuk mengambil cuti semata-mata untuk menjemput aku dari hospital.

"Susahkan akak je. Saya boleh balik dengan teksi la."

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience