BAB 12

Spiritual Completed 1275

"Sylvia tak apa-apa?" Tanya Abang Qaiser sewaktu dia menghampiriku yang terbujur berbungkus atas tanah. Dia membuka ikatan yang mengikat dan membalut tubuhku.

"Saya tak apa-apa." Jelasku yang masih lagi ketakutan sambil menolong Abang Qaiser merungkaikan ikatan pada tubuhku.

Apabila terungkai sahaja kesemua ikatan pada tubuhku, aku terus memeluk Abang Qaiser kerana terlalu gembira dilepaskan dari ketakutan.

"Terima kasih abang." Ucapku ikhlas sewaktu aku memeluk tubuh Abang Syamsul. Dia kelihatan tergamam dan kaku dengan tindakanku itu.

"Jom balik! Semua orang sedang menunggu Sylvia ." Jelas Abang Qaiser ketika dia merungkaikan pelukanku. Aku mengangguk tanda patuh. Dia mengarahkan aku duduk sambil melunjurkan kedua-dua kakiku.

"Pejam mata dan tenangkan fikiran." Arah Abang Qaiser padaku. Dia membacakan sesuatu dan menghembuskan ke ubun-ubunku.

"Sesungguhnya tiada tuhan selain Allah dan Nabi Muhammad itu pesuruh Allah." Bisiknya ditelinga kananku.

"Tiada daya mahupun upaya kecuali dengan izin Allah, tuhan Yang Maha Tinggi dan Maha Besar KekuasaanNya." Dibisikkan pula ketelinga kiriku. Itulah kalimah terakhir yang aku dengar sebelum aku tidak sedarkan diri.

"Dengan nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang. Tiada daya mahupun upaya kecuali dengan izin Allah yang Maha Tinggi dan Maha Besar kekuasaanNya. Bangunlah Sylvia ! Bukalah matamu." Itulah kata-kata pertama yang aku dengar setelah sedar dari pengsan. Perlahan-lahan aku membuka kedua-dua kelopak mataku.

Aku dapati diriku terbaring diatas katil hospital dan dikerumuni oleh keluarga dan sanak-saudaraku termasuk Abang Qaiser dan Kak Zu.

"Segala puja dan puji buat Allah, tuhan yang mentadbir sekalian alam." Ucap Abang Qaiser setelah melihat aku membuka mata sambil tersenyum kearahku.

"Sylvia !" Mama terus memelukku sambil menangis terharu. Aku tidak tahu kenapa mama begitu bersedih sekali. Aku hanya sekadar mengalami mimpi buruk sahaja dan kenapa perlunya sampai sanak saudaraku juga turut hadir sama. Kalau pun aku sakit, mungkin hanya sekadar demam biasa sahaja dan bukannya sakit tenat.

"Mama, saya lapar dan dahaga la." Tiba-tiba sahaja tekakku rasa kering dan perutku bergelombang minta diisi.

Apabila waktu melawat telah tamat, sanak-saudaraku mula beransur pulang. Apatah lagi apabila keadaanku semakin sembuh walaupun masih tidak bermaya. Hanya tinggal keluargaku dan Abang Qaiser serta Kak Mai saja. Daripada cerita mama, rupa-rupanya aku telah tidak sedarkan diri hampir seminggu lamanya. Pelbagai cara telah diusahakan termasuklah perubatan moden di hospital. Namun doktor gagal mengesan sebarang penyakit. Malah mengikut pemeriksaan doktor, aku tidak menghadapi sebarang penyakit dan sistem tubuhku adalah normal. Aku telah diletakkan dibawah pengawasan dan pemerhatian pasukan pakar khas di HUSM Kubang Kerian bagi melihat perkembanganku. Dalam ketika itulah, Abang Qaiser menawarkan khidmatnya apabila mengikut pemerhatiannya aku sebenar telah diculik oleh sesuatu di alam bawah sedar. Pada mulanya papa dan mama agak keberatan untuk membenarkan Abang Qaiser meneruskan usahanya. Namun setelah diyakinkan oleh Abang Qaiser bahawa usahanya itu tidak akan merugikan atau memudaratkan sesiapa. Rupa-rupanya sangkaan Abang Qaiser itu betul dan usahanya itu berhasil. Patutlah aku dahaga dan lapar sangat, hampir seminggu aku tidak sedarkan diri.

"Terima kasih abang." Ucapku setelah mama habis menceritakan apa sebenarnya telah berlaku.

"Dah jadi tanggungjawab abang sesama manusia untuk membantu yang dalam kesusahan." Jelas Abang Syamsul.

"Sylvia rehatlah dulu. Sylvia pun masih penat dan tak sihat sangat lagi tu." Nasihat Kak Zu.

Ketika itu Abang Qaiser mengelilingi katilku dalam bilik kelas 1 itu beberapa kali sambil membacakan sesuatu. Papa,mama dan abangku Stewart sekadar melihat sahaja.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience