BAB 2

Spiritual Completed 1275

Bunyi deringan telefon menghentikan imbauan fikiranku. Tertera nama pemanggil Ustazah Zuraihah pada skrin telefonku. Aku tersenyum sendiri.

"Hello ustazah." Jawabku.

"Hello Sylvia , apa khabar?" Soal satu suara dari corong telefon.

"Baik. Ustazah apa khabar?"

"Saya sihat walafiat."

"Boleh tak akak nak jumpa Sylvia ?" Soal Ustazah Zuraihah.

"Bila?" Tanyaku kembali.

"Pukul 5.30 petang esok di Taman Perbandaran Tengku Anis, boleh?"

"Saya akan cuba." Jawabku riang.

Ustazah Zuraihah adalah antara orang yang bertanggungjawab dalam menyemaikan bibit keinginanku untuk memeluk Islam. Aku percaya bahawa Tuhan telah mentakdirkan dia dan suaminya Ustaz Qaiser untuk menyelamatkan nyawaku dan seterusnya menyelamatkan akidahku. Apabila aku sedar setelah tiga hari pengsan di HUSM, antara orang yang pertama aku lihat ialah Ustazah Zuraihah, suaminya Ustaz Qaiser dan mamaku. Pada mulanya aku agak hairan kerana seorang perempuan bertudung labuh dan seorang lelaki berkopiah datang melawatku. Padahal aku tidak pernah mengenali mereka sebelum ini apatah lagi mempunyai apa-apa hubungan kekeluargaan.

"Sylvia !" Seru mama tatkala melihat aku membuka mata buat pertama kali. Ada aliran air mata pada bibir mata kedua-dua perempuan tersebut. Perempuan bertudung itu melihat kearahku dengan pandangan yang berkaca-kaca.

Akibat kemalangan itu, aku mendapat cedera parah. Diagnosis awal doktor mendapati aku mengalami cerebral concussion, cerebral hematoma,closed fracture right radius ulna, closed fracture left tibia fibula, crack fracture left humerus dan luka-luka di seluruh badan. Aku dimasukkan ke wad selama dua minggu sebelum dibenarkan keluar. Melalui cerita yang diberitahu mama, perempuan bertudung tersebut bernama Ustazah Zuraihah. Dia dan suaminyalah orang yang pertama memberikan bantuan kepadaku selepas kemalangan berlaku. Mengikut cerita mama, ketika itu mereka juga dalam perjalanan dari arah Bandar Tumpat menuju ke Kota Bharu. Mereka sempat melihat keretaku melanggar pokok sena dan kemudiannya berpusing sebelum terhumban ke dalam sawah di sebelah kanan jalan. Merekalah orang yang telah menyelamatkan aku. Tanpa bantuan pertama mereka, mungkin itulah malam terakhir buatku menghirup udara di dunia ini.

Sejak dari peristiwa itu, aku seolah-olah terhutang budi dengan pasangan tersebut. Mereka juga selalu menghubungiku untuk bertanya khabar keadaanku. Selalu juga datang melawat aku selama berada dalam wad di HUSM dan pernah juga datang melawatku di rumah. Aku terpaksa berehat di rumah lebih kurang 6 bulan untuk sembuh. Nasib baiklah masa itu aku masih belum bekerja lagi. Sampai sekarang pun kadang-kadang bekas kecederaan yang kualami ini masih terasa lagi sakitnya.

Aku bernasib baik, dengan bantuan Ustaz Qaiser aku telah mendapat kerja sebagai pegawai perhubungan awam disebuah syarikat perkapalan yang beribu pejabat di Bandar Kota Bharu. Aku suka bekerja disitu walaupun ia bukanlah bidang pengajian yang ku ambil semasa di universiti dulu. Semua staff termasuk bos memahami keadaanku serta memberikan bantuan dan kerjasama yang sewajarnya.

"Sylvia !" Aku dengar seseorang memanggilku sewaktu aku melangkah keluar dari lif untuk lunch.

"Michael!" Detik hatiku apabila terpandang wajah bekas teman lelakiku itu. Selepas peristiwa hitam itu terjadi, hubungan kami putus serta-merta. Apatah lagi setelah aku membuat laporan polis terhadap Michael yang telah memperkosaku itu yang menyebabkan dia telah didakwa di bawah seksyen 375 & 376 Kanun Keseksaan kerana merogol. Namun dia bernasib baik kerana mendapat khidmat peguam yang hebat menyebabkan mahkamah telah memutuskan bahawa pihak pendakwa telah gagal untuk membuktikan kes itu melampaui keraguan yang munasabah. Oleh itu mahkamah telah membebas dan melepaskan Michael.

Sejak peristiwa itu juga, aku telah memutuskan semua hubunganku dengan Michael. Aku selalu mengelak daripada bertemu dengan lelaki yang telah menodai masa depanku itu. Aku benci untuk melihat wajahnya yang telah mengambil kesempatan terhadap kelemahanku waktu itu.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience