BAB 4

Spiritual Completed 1275

"Ustazah sorang je ke?" Tanyaku sambil berjalan kearah bangku yang disediakan. Angin petang bertiup perlahan-lahan menyamankan suasana.

"Dah berapa kali nak kena bagi tahu, jangan panggil ustazah. Panggil Kak Mai je. Kan lebih mesra." Rungut Ustazah Zuraihah.

"Yeala." Balasku sambil tersenyum. Peluh kecil masih lagi membasahi kulitku.

"Abang Qaiser dok layan Faiz dan Amirah kat taman permainan kanak-kanak. Jap lagi datang la tu." Beritahunya. Ustazah Zuraihah telah dikurniakan dua orang cahaya mata yang cukup comel. Faiz berumur 6 tahun dan Amirah berumur 4 tahun.

"Apahal akak nak jumpa saya? Macam penting je." Soalku. Agak kekok juga aku untuk memanggilnya akak walaupun jarak umur antara kami beza 10 tahun. Dia baru sahaja berumur 35 tahun. Namun oleh kerana sudah biasa memanggilnya ustazah, terasa janggal pula dengan panggilan kakak.

"Takde apa yang penting, saja akak nak jumpa Sylvia . Lagipun dah lama kita tak jumpakan." Memang, sejak aku dapat kerja kami sangat jarang bertemu. Kali terakhir bertemu lebih kurang 2 bulan lepas. Sedang kami asyik berbual, Ustaz Qaiser dan dua orang anaknya datang kearah kami. Kelihatannya dia kalut melayani karenah dua orang anaknya yang berlari-larian itu.

"Umi!" Jerit Faiz dan Amirah sambil berlari-lari kearah kami.

"Elok-elok, nanti jatuh!" Laung Ustaz Syamsul.

Ustazah Zuraihah mendepakan tangan untuk mendapatkan mereka. Kedua-dua anak yang comel itu berlari keriangan mendapatkan umi kesayangan mereka.

"Sylvia apa khabar?" Tanya Ustaz Qaiser sewaktu mendekati kami.

"Saya baik je. Ustaz macam mana?"

"Alhamdulillah, baik-baik je." Jawab Ustaz Syamsul.

"Alaa.. Sylvia ni, panggil abang Qaiser cukup la.Tak payah nak panggil ustaz. Kita ni dah macam satu keluarga." Ujar Ustazah Zuraihah. Permintaan tersebut membuatkan aku makin serba salah dibuatnya.

"Faiz, Amirah, salam dengan untie Sylvia !" Arah abang Syamsul. Kedua-kedua beradik itu berebut-rebut untuk bersalam. Mereka bersalam dan menciumi tanganku. Tersentuh hatiku dengan telatah mereka yang telah dididik sebegitu rupa.

Kak Mai mencapai beg sandang yang dibawa oleh Abang Qaiser lalu mengeluarkan satu bungkusan kecil dan kemudiannya dihulurkannya kepadaku.

"Apa ni Kak Zu?" Tanyaku teragak-agak untuk mengambilnya.

"Ini sekadar hadiah dari kami untuk Sylvia ." Jawab Abang Syamsul.

"Terima kasih." Ucapku. Aku menerima bungkusan itu dengan penuh tanda tanya mengenai isi kandungannya.

Sewaktu menghadapi makan malam, tiada lagi perbualan dan gurau senda antara aku dengan papa dan mama. Selalunya ada saja isu yang diperbualkan semasa makan bersama. Sekarang ini papa terutamanya lebih banyak membisu. Kadang-kadang pertanyaanku dijawabnya acuh tidak acuh sahaja. Malah, ada ketikanya pertanyaanku dibiarkan tidak berjawab. Rumahku menjadi sunyi tanpa gelak tawa. Hanya aku yang masih tinggal bersama mama dan papa. Abangku, Stewart telah tinggal bersendirian setelah berkahwin 4 tahun lalu. Papa dan mama hanya dikurniakan dua orang anak sahaja. Aku dan abangku, Stewart Tan.

Selepas menolong mama mengemas dapur, aku terus masuk ke bilikku. Suasana malam yang sunyi menyelubungi Kampung Pulau Melaka ini. Rumahku yang diperbuat daripada kayu dan batu sederhana besar ini dikelilingi oleh pokok-pokok kelapa. Bila waktu malam begini, aku selalu saja terkenang zaman kehidupan kampus ku di Kuala Lumpur. Selalunya kalau aku boring, aku dan rakan-rakan rumah sewaku akan keluar merewang-rewang ke kota yang tidak pernah tidur itu. Manakala Bangsar adalah port yang selalu kami kunjungi. Banyak kelab-kelab yang sesuai dengan citarasa kami sebagai gadis muda terdapat disana. Pelbagai jenis dan ragam manusia yang aku dapat lihat di sana termasuklah gadis-gadis dan lelaki melayu yang turut serta mengunjungi kelab tersebut. Kelihatannya mereka tiada beza dengan kami kerana aku lihat mereka tanpa segan silu meneguk minuman keras, berpelukan, bercumbuan dan macam-macam lagi di khalayak ramai. Pernah aku tanyakan hal itu kepada Kak Mai sewaktu mula-mula kenal dulu. Dia pernah memberitahuku bahawa agama Islam melarang umatnya minum minuman yang memabukkan, berkelakuan tidak senonoh, pergaulan bebas antara lelaki dan perempuan dengan tidak mempunyai batasan.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience