BAB 8

Spiritual Completed 1275

"Assalamualaikum encik! Kami nak buat laporan polis." Beritahu Abang Qaiser kepada anggota polis yang bertugas sewaktu kami melangkah masuk ke pejabat pertanyaaan IPD Kota Bharu.

"Sila duduk encik!"

"Laporan polis mengenai apa?" Soal salah seorang anggota polis yang bertugas.

"Mengenai serangan bersenjata." Jawab Abang Syamsul.

"Boleh berikan kad pengenalan." Pinta seorang lagi anggota polis. Aku dan Abang Qaiser menghulurkan kad pengenalan kami.

"Apa butir-butir laporannya?"

Aku menceritakan kepada anggota polis tersebut apa yang telah terjadi,begitu juga Abang Syamsul. Abang Qaiser telah menghubungi Kak Mai untuk memberitahu perkara tersebut. Aku pula telah menelefon papa supaya kedua orang tuaku tidak risau dengan kelewatanku. Selang lebih kurang 15 minit kemudian, Kak Mai melangkah masuk ke pejabat pertanyaan IPD Kota Bharu itu.

"Kak Zu!" Aku bangun menerpa Kak Mai dan memeluknya erat.

"Sylvia jangan risau." Pujuk Kak Mai untuk menenangkan aku sambil memelukku erat. Gejolak jiwaku sedikit tenang dengan belaian kasih itu.

"Zu tolong temankan Sylvia kejap. Abang nak solat maghrib dulu." Kak Mai mengangguk tanda akur dengan permintaaan Abang Qaiser itu. Kami mungkin perlu menunggu sedikit masa lagi kerana pegawai penyiasat akan merekodkan keterangan kami berdua di bawah Seksyen 112 Kanun Acara Jenayah. Pegawai Penyiasat akan merekodkan keterangan kami dengan lebih terperinci lagi berbanding dengan laporan polis. Laporan polis yang dibuat hanyalah sekadar laporan awal bagi pihak polis membuka kertas siasatan berkaitan dengan kejadian itu.

Aku sampai dirumah lebih kurang pukul 10.30 malam. Setelah selesai urusan membuat laporan polis tadi, kami singgah makan di Dataran Usahawan yang terletak di perkarangan Stadium Sultan Muhammad IV. Mungkin disebabkan terlalu lama berada di IPD Kota Bharu menyebabkan perut kami minta segera di isi.

Papa dan mama menyambutku ditangga. Setelah parkir kereta, aku berlari keluar dan terus memeluk mama yang berada di tangga rumah. Papa memandang Abang Qaiser dan Kak Mai yang mengekoriku dengan kereta masing-masing penuh curiga. Aku memeluk mama sambil menangis terisak-isak. Mama merangkulku erat walaupun dia masih tertanya-tanya apa sebenarnya yang telah berlaku.

"Kenapa ni?"Tanya mama sambil merangkul tubuhku ke ruang tamu.

"Sylvia takut ma." Jelasku sambil menangis.

Mama terus memeluk tubuhku erat. Mujur juga Abang Qaiser berkebetulan berada disitu. Kalau tidak entah apa yang akan terjadi padaku. Mungkin aku akan jadi mangsa kerakusan nafsu Michele buat kali kedua. Atau mungkin juga hanya jasadku sahaja yang tinggal kerana dirobek pisau konco-konco Micheal itu. Aku memejamkan mata rapat-rapat tatkala membayangkan apa yang akan berlaku padaku sekiranya tanpa pertolongan Abang Syamsul.

"Siapa yang punya angkara ni?!" Soal papa bernada dendam sambil memandang kearah Abang Qaiser dan Kak Zu. Aku tahu papa tidak berapa suka pada Abang Qaiser dan Kak Mai kerana sangka papa, mereka berdualah punca aku berhasrat untuk memeluk Islam. Prasangka tersebut telah menutup pandangan dan hati papa mengenai jasa kedua-dua insan mulia itu yang telah menyelamatkan aku semasa aku terlibat dalam kemalangan hampir meragut nyawaku suatu ketika dulu. Dan hari ini, sekali lagi insan mulia itu telah menyelamatkan aku dari kerakusan dan kejahatan Micheal.

"Micheal yang buat onar uncle." Jawab Abang Syamsul.

"Apa pula yang Micheal buat?!" Tanya papa sedikit terkejut. Mungkin dia tidak pernah menyangka bahawa Micheal akan terus berusaha untuk mendapatkan aku kembali.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience