BAB 14

Spiritual Completed 1275

"Takpela, akak nak raikan Sylvia ."

Kak Mai membantu mama mengangkut barang-barang ke dalam kereta Wiranya. Jarak rumahku dengan HUSM tidaklah jauh sangat. Lebih kurang 20 minit perjalanan sahaja. Dia kelihatannya memandu dengan tenang.

"Akak, selepas hantar mama boleh tak kita keluar kejap?" Aku pinta jasa baik Kak Mai untuk menemani aku.

"Sylvia nak ke mana dengan Kak Zu?" Soal mama dari tempat duduk dari belakang.

"Sylvia nak ambil angin kejap ma." Jelasku.

" Takpe untie, saya pun cuti tengahari ni."

Selepas menghantar mama ke rumah dan mengeluarkan semua barang-barang, Kak Mai memandu keretanya ke arah Pantai Cahaya Bulan. Hari ini adalah hari kerja, jadi waktu tengahari begini pantai masih belum ramai pengunjung. Cuaca cerah sekali dan angin bertiup sepoi-sepoi bahasa. Ombak pula hanya sederhana kuat menghempas pantai. Kak Mai memarkir kereta di bawah bayangan pokok kelapa yang berderetan. Dia mematikan enjin dan menurunkan tingkap bagi membolehkan kami merasai kesegaran hembusan bayu laut.

" Saya perlukan nasihat dan pandangan akak." Aku memulakan bicara setelah suasana sunyi seketika.

"Cakaplah, akak akan cuba sedaya mungkin."

"Saya inginkan penjelasan mengenai Islam." Kak Mai menarik nafas dalam sekali mendengar pertanyaanku itu.

"Islam itu maknanya selamat. Sesiapa yang memeluk Islam dan beramal dengan apa yang disuruh serta meninggalkan apa yang dilarang nescaya dia akan selamat dunia dan akhirat. Islam itu mempunyai lima rukun iaitu mengucap dua kalimah syahadah, menunaikan solat lima waktu, puasa di bulan Ramadhan, mengeluarkan zakat dan menunaikan haji ke Mekah bagi yang mampu." Jelas Kak Zu.

"Habis tu kenapa ada orang Islam yang membuat kesalahan dan perbuatan dosa?" Aku pernah melihat ada orang Islam yang meminum arak serta berzina sewaktu aku berkunjung ke kelab-kelab malam suatu ketika dulu.

"Kita jangan menilai Islam dengan berpandukan kepada penganutnya. Bahkan asas utama Islam ialah bahawa sesungguhnya kita beriman dan bersaksi tiada tuhan yang patut disembah selain Allah dan kita juga yakin dan percaya bahawa Nabi Muhammad itu rasulnya. Beriman pula mempunyai tiga syarat iaitu bersaksi atau mengakui dengan lidah, yakin dengan sebenar-benarnya dengan hati dan mengamalkan apa yang diyakini itu dengan anggota. Sekiranya mana-mana orang Islam yang tidak memenuhi ketiga-tiga syarat iman ini, maka dia bukanlah seseorang yang benar-benar beriman."

"Iman pula mempunyai enam rukun iaitu beriman kepada Allah, Beriman kepada malaikat, beriman kepada rasul, beriman kepada kitab-kitab, beriman kepada ketentuan baik dan buruk, beriman kepada hari kiamat." Sambung Kak Mai dengan panjang lebar. Dia memandang kearahku dengan seolah-olah menanti soalanku yang seterusnya.

"Kalau saya masuk Islam, macam mana hubungan saya dengan papa dan mama?" Hal inilah yang paling memberatkan kepala aku. Perkara inilah juga yang sering diungkit oleh papa dan mama.

"Islam tidak pernah memutuskan hubungan antara anak dan ibu bapa seseorang walaupun mereka berlainan agama. Bahkan Islam mengajar seorang Muslim supaya terus menjaga perhubungan kekeluargaan serta menghormati kedua ibu bapanya yang berlainan agama. Mereka perlu patuh kepada arahan, suruhan dan permintaan kedua-duanya selagi mana ianya tidak bercanggah dengan ajaran Islam. Dalam Islam, haram dan berdosa hukumnya seorang anak memutuskan perhubungan dengan kedua orang tuanya."

"Sekiranya saya memeluk Islam, pada pendapat akak apa yang perlu buat atau ada atau apa-apa sahaja untuk saya lebih memahami Islam?" Tanyaku.

"Akak cadangkan supaya Sylvia berkahwin dengan seseorang yang boleh membantu Sylvia untuk lebih memahami Islam."

"Perlukah begitu?" Aku rasa seperti masih belum bersedia untuk menjalani kehidupan berumah tangga.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience