BAB 11

Spiritual Completed 1275

"Siapa engkau!" Tanya lelaki sami itu sambil melilau mencari dari manakah datangnya suara tersebut.

"Siapa aku tak penting. Yang penting, lepaskan gadis itu sekarang!" Arah suara tersebut.

"Siapa kau nak memberi arahan?! Kalau aku tak nak lepaskan dia, apa yang kau nak buat?" Tanya lelaki sami itu sambil mengejek.

"Sekiranya kau engkar, akan ku bakar kalian dengan ayat-ayat Allah!" Ketika itu muncul satu cahaya dari balik kabus dan kegelapan alam. Seorang lelaki berjubah dan berserban mempunyai wajah yang bercahaya.

"Abang Syamsul!" Aku hampir menjerit kegembiraan sewaktu melihat kemunculan Abang Qaiser itu. Aku tahu dia adalah utusan yang datang untuk menyelamatkan aku.

"Kenapa kau selalu masuk campur urusan aku hah!" Sergah Micheal yang berada disisi lelaki sami itu.

"Tugasku adalah untuk menghalang kejahatan kau!"

"Jangan fikir kau mampu untuk melawan kami!" Serentak dengan itu lelaki sami itu mengarahkan mahkluk yang berwajah hodoh itu menerkam dan menyerang Abang Syamsul. Aku terdengar Abang Qaiser membacakan sesuatu yang tidak kufahami. Tiba-tiba makhluk yang berwajah hodoh itu seperti terpempan pada dinding lalu terpelanting ke belakang.

"Kamu tak mampu melawan ayat-ayat Allah!" Tegas Abang Syamsul. Dia hanya bersedia dalam keadaan berdiri tegak dengan kedua-dua tangannya memeluk tubuh.

Makhluk berwajah hodoh itu bangun dengan penuh kepayahan dan menerkam kearah Abang Qaiser namun sekali lagi dia seolah-olah terpampan pada dinding lalu terpelanting. Kali ini Abang Qaiser mengambil langkah untuk menyerang pula. Aku dengar dia membacakan sesuatu.

"Aahhggg...!!" Mahkluk berwajah hodoh itu melolong apabila tiba-tiba sahaja api yang entah dari mana datangnya mula membakar dirinya. Lelaki sami dan Micheal terkejut melihat apa yang dialami oleh makhluk tersebut. Mereka ingin cuba membantu tetapi api yang membakar makhluk tersebut begitu marak. Manakala mahkhluk tersebut menggelupur kepanasan terbakar sambil melolong kesakitan dan akhirnya tiada apa yang tinggal dari makhluk kecuali hanya debu.

"Celaka!" Sumpah sami itu lalu melepaskan jurus bola berapi ke arah Abang Syamsul. Abang Qaiser mengelak ke kiri menyebabkan bola api itu tersasar.

Aku lihat Abang Qaiser mengisar-ngisar tumit kaki kanannya ke tanah. Manakala ibu jari kanannya ditekankan ke telapak tangan kiri sambil membacakan sesuatu yang tidak kupasti butirnya. Sami itu cuba mengambil peluang di atas kekhusyukkan Abang Qaiser untuk mengatur serangan kedua. Kali ini sami itu melepaskan dua bola api kearah Abang Qaiser seperti tembakan meriam. Namun dengan sedikit gerakan seperti meliut, sekali lagi kedua-dua bola api itu tersasar daripada mengenai Abang Syamsul.

"Cis!!" Sumpah kedua-dua lelaki itu sambil meludah. Aku lihat Abang Qaiser masih lagi dalam keadaan seperti tadi. Ibu jari kanan menekan tapak tangan kiri manakala tumit kaki kanannya dikisar-kisar pada tanah.

"Aaahhrrgg!!!" Tidak semena-mena sami itu bertempik kuat. Dia terduduk ke tanah sambil tangan kanannya memegang kepala dan tangan kirinya menekan dada seolah-olah sedang menahan kesakitan yang teramat sangat.

"Aku dah cakap, tapi kamu degil. Sekarang rasakan kehebatan ayat-ayat Allah ini." Abang Qaiser terus membacakan sesuatu dalam posisinya seperti tadi menyebabkan sami itu menggelupur sambil menjerit.

"Aku mengaku kalah! Lepaskan aku!" Sami itu merayu dalam kesakitan.

"Aku tak berurusan dengan syaitan." Tegas Abang Qaiser lalu aku lihat mulutnya terkumat-kumit membaca sesuatu. Micheal ketakutan dan cuba mencari perlindungan.

"Kamu seharusnya diberikan pengajaran kerana berurusan dengan syaitan untuk merosakkan manusia!" Dengan tiba-tiba pancaran kilat menyambar sami dan Micheal menyebabkan mereka hangus terbakar sekelip mata.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience