BAB 11

Mystery & Detective Series 7017

"Apa yang korang jumpa?" Inspektor Irfan terus menerjah Sarjan Iskandar sebaik sahaj tiba di tempat kejadian.

Sarjan Iskandar menunjukkan ke arah dinding banglo usang tersebut. "Cuba kau tengok dinding tu"

Inspektor Irfan memerhatikan bahagian yang ditunjukkan oleh Sarjan Iskandar. Dia terpaksa membongkokkan sedikit badannya untuk melihat dengan lebih jelas lagi apa yang terdapat pada dinding tersebut.

Didinding tersebut kelihatan tulisan yang agak sukar dikenal pasti kerana kabur. Setelah memerhatikan dengan lebih teliti, Inspektor Irfan mendapati tulisan tersebut merupakan nota rahsia berbentuk nombor.

"Aku rasa suspek yang tinggalkan nota ni. Berkemungkinan nota ni ditulis menggunakan batu atau apa2 objek tajam."  Terang Sarjan Iskandar setelah melihat Inspektor Irfan begitu teliti memerhatikan nota misteri tersebut.

Inspektor Irfan hanya menganggukkan kepala mendengar penjelasan daripada Sarjan Iskandar.

"Kejap lagi aku datang balik. Aku pergi ambil buku aku kat kereta jap" ujar Inspektor Irfan  sambil kakinya laju diatur keluar dari bangunan tersebut.

Ketika dia semakin menghampiri keretanya, dia terlihat seakan-akan tubuh manusia sedang berdiri lebih kurang 10 m dari tempat dia berdiri.

"WOI!!" Laung Inspektor Irfan lantas berlari kearah susuk tubuh tersebut.

Setelah perasan akan kehadiran anggota polis tersebut, susuk tubuh tersebut segera berlari kearah hutan tebal yang berada disekeliling.

Inspektor Irfan terus mengejar manusia yang berpakaian serba hitam beserta mask itu. Disebabkan kakinya yang panjang, Inspektor Irfan dapat melajukan lariannya.

Setelah beberapa minit, akhirnya sasaran Inspektor Irfan berjaya ditangkap. Manusia berpakaian serba hitam itu cuba melepaskan diri namun begitu sukar baginya melawan kudrat lelaki yang sedang menahannya.

"Kau siapa dan kenapa kau berada kat tempat tadi?" Inspektor Irfan terus menyoal suspek tersebut namun tiada sebarang jawapan diterima.

Setelah beberapa saat suspek tersebut masih berdiam diri, Inspektor Irfan cuba membuka mask hitam yang dipakai oleh suspek yang baru ditangkapnya. Namun, semasa dia hampir mencapai mask tersebut,dia merasakan seperti belakang kepalanya dihentak menggunakan objek keras lalu dia tidak sedarkan diri

Done for Chapter 11. Thank you kepada semua supporter author walaupun author hanyalah pemula. Thanks again.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience