BAB 3

Mystery & Detective Series 7017

"Satu kes pembunuhan telah dilaporkan berlaku di Ampang semalam. Mangsa , Nik Hafidz Nik Fuad, 17 tahun , ditemui penduduk  meninggal dunia di dalam salah satu rumah kosong di dalam kawasan perumahan tempat tinggal mangsa. Pihak polis masih giat menjejaki pemjenayah yang terlibat dalam kejadian tersebut. Mangsa yang merupakan pelajar..."

Skrin tv bertukar gelap.

"HAHAHAHA" suara seorang wanita ketawa bergema disetiap penjuru bilik yang kelam itu.

" Polis memang takkan dapat jumpa aku lah." sambung nya lagi dengan sisa tawa yang masih berbaki.

Alat kawalan jauh ditangan diketuk-ketuk perlahan diatas meja.

"Kau tunggu, Ariff. Lepas ni kau pulak"

??????????????????????????????????

Rose Damia baring diatas katil miliknya sambil memandang kosong siling bilik. Dia asyik memikirkan kejadian petang tadi semasa melawat kubur Hafidz.

Flashback
Mereka berempat bersepakat untuk melawat Hafidz memandangkan proses pengebumian akan diadakan petang sehari selepas mayat Hafidz dijumpai.

Walaupun semua orang sudah bersurau, kelihatan Puan Intan masih duduk disisi kubur Hafidz sambil sebelah tangannya menyentuh batu nisan milik anaknya. Encik Fuad setia berdiri di belakang Puan Intan dan dari raut wajah Encik Fuad, jelas terpapar kesedihan yang ditanggungnya.

Mereka berempat berjalan menghampiri Puan Intan dan Encik Fuad.

"Assalamualaikum, makcik, pakcik" Rose memberi salam mewakili mereka berempat. Puan Intan memandang mereka sekilas sebelum memandang kearah lain. Mimik muka Puan Intan juga berubah.

"Waalaikumussalam. Korang nak lawat..." belum sempat Encik Fuad menghabiskan ayatnya, kata2 Encik Fuad dipintas oleh Puan Intan.

"Korang pergi balik. Aku taknak bising2 depan kubur anak aku. Aku dah taknak tengok muka korang semua lagi" kata Puan Intan perlahan namun masih kedengaran ketegasan didalam nada suaranya.

"Makcik, apa salah kami makcik? Dari semalam makcik asyik salahkan kami. Kami tak buat apa2 pun, makcik." Diana tidak dapat mengawal perasaannya ketika ini. Rose cuba menenangkan Diana tapi Diana segera menepis tangan Rose daripada terus memujuknya.

"KALAU KORANG TAK AJAK HAFIDZ KELUAR... ANAK AKU TAK MATI!!" Puan Intan semakin tidak mampu mengawal nada suaranya.

"Intan!! Awak tak boleh sabar ke?! Terima lah kenyataan yang anak kita dah takde. Tak perlu lah salahkan orang lain. Pihak polis pun tengah carikan pembunuh tu. Sabarlah"

Rose tidak mempedulikan orang sekeliling. Dia perasan akan seseorang yang memerhatikan mereka dari luar pagar di kawasan perkuburan tersebut.

"Korang, aku balik dulu. Ada hal nak buat" Rose meminta diri dan terus meninggalkan rakan2 nya.

Rose tekad untuk mengejar gadis misteri tersebut. Dia yakin bahawa selama ini gadis itu asyik memerhatikan mereka.

Gadis misteri tersebut segera meninggalkan kawasan tersebut setelah menyedari Rose sedang menghampirinya. Rose mempercepatkan langkahnya apabila kelibat gadis tersebut semakin jauh.

Rose tidak mampu untuk berlari memandangkan sekarang dia memakai baju kurung . Semakin lama, kelibat tersebut sudah tidak kelihatan pada pandangan Rose.

"Aduh.. Terlepas pulak" Rose bicara sendirian sambil bersandar pada sebatang pokok untuk menghilangkan lelah.

Rose terus berjalan menuju kerumahnya dengan perasaan yang agak kecewa.

'Walau bagaimanapun, aku akan tetap cari siapa kau'

End flashback

Rose masih lagi berkeadaan begitu diatas katilnya.

"Kau ada kaitan ke dengan aku? Kenapa kau ikut kitorang?" pelbagai persoalan bermain diminda Rose sekarang.

Done for Chapter 3. See you next part

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience