BAB 5

Mystery & Detective Series 7017

Ariff tersedar dari lenanya kerana terasa bahagian belakang kepalanya sakit. Dia cuba bergerak tetapi badannya diikat disebuah kerusi kayu yang kelihatan hampir rosak. Dia meronta-ronta untuk melepaskan diri namun masih tidak berjaya kerana ikatan yang ketat. Dia memandang sekeliling. Kini dia berada di dalam sebuah bilik kosong dan diterangi dengan lampu malap yang berada betul-betul diatas kepalanya.

Dia terlihat satu susuk tubuh sedang berdiri didepan pintu bilik tersebut dan sedang memerhatikannya. Ariff tidak dapat melihat dengan jelas wajah pemilik tubuh tersebut memandangkan suasana bilik yang gelap.

Tidak lama selepas itu, susuk tubuh tersebut berjalan menghampiri Ariff dan semakin lama, wajah nya dapat dilihat dengan jelas.

"Kk.. Kau. Kenapa kau buat aku macam ni?"

"Sebab..." suara gadis tersebut sangat perlahan namun Ariff masih dapat mendengarnya.

"Kau dah ganggu hak aku..."

??????????????????????????????

"Lewatnya balik malam ni, Rose. Biasanya kamu tak pernah keluar malam " Mak Yah menegur Rose yang baru pulang dan kelihatan sedang meletakkan sandal miliknya didalam rak kasut. Rose agak terkejut dengan sapaan Mak Yah tadi.

"Eh, Mak Yah. Tak delah. Tadi Rose pusing2 Aeon Mall, tak perasan dah pukul 11. Mama dan papa dah balik?" tanya Rose kerana kereta Encik Daus tidak kelihatan di bawah garaj.

"Lah... Datuk dan Datin tak bagitahu Rose ke. Mereka pergi Langkawi. Outstation katanya" kata Mak Yah.

"Ooh... Mak Yah, Mak Yah ada masak tak? Lapar.." tanya Rose sambil memegang perutnya.

"Ish kamu ni. Pergi mall takkan lah tak makan. Dah, Mak Yah dah masak dah. Ingatnya nak simpan sebab Mak Yah ingat Rose dah makan" Mak Yah segera kedapur untuk memanaskan lauk yang dimasaknya untuk makan malam tadi.

Selepas memanaskan lauk, Rose membantu Mak Yah menyediakannya diatas meja makan.

"Jom lah makan sekali Mak Yah" ajak Rose yang melihat Mak Yah hanya menyediakan satu pinggan sahaja.

"Rose makanlah. Mak Yah dah makan tadi. Mak Yah teman kamu jelah yer" kata Mak Yah sambil duduk dihadapan Rose.

"Terima kasih Man Yah teman Rose makan. Kalau mama dan papa, memang taklah nak tunggu Rose makan macam ni" nada suara Rose bertukar sayu dihujung bicaranya.

"Ish, kamu ni, Rose. Datuk dan Datin kan sibuk. Kamu ni Mak Yah dah anggap macam anak Mak Yah sendiri dah. Dah... Jangan fikir sangat lah. Makan tu cepat"

"Baik, Mak Yah"

Done for Chapter 5. See you next part

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience