BAB 16

Mystery & Detective Series 7017

Awal pagi lagi Diana sudah bersiap dengan mengenakan blaus simple berwarna kuning langsat. Hari ini dia telah berjanji untuk keluar dengan tunangnya, Amar.

Perhatiannya beralih apabila kedengaran bunyi yang menunjukkan adanya notifikasi masuk. Dia mencapai phone miliknya.

Amar: saya dah ada kat luar.

Diana : Ok

Balas Diana ringkas lalu mencapai beg silangnya dan menuju keluar dari rumahnya.

"Hai" Sapa Diana sambil masuk kedalam kereta milik Amar.

"Hai." Amar melemparkan senyuman nipis kepada Diana sebelum senyumannya semakin pudar. Ada sesuatu yang menggusarkan hati Amar.

"Amar, awak ok?" Tanya Diana yang perasan akan perubahan air muka Amar.

"Nothing" Amar cuba melemparkan senyuman semanis mungkin agar Diana tidak mengesyaki apa2.

"ok" Diana kembali memandang kehadapan.

'Sorry , Diana' detik hati Amar.


__________________________

Diana membuka matanya perlahan namun terasa agak sukar tambahan pula dia terasa kepalanya berasa sakit dibahagian belakang.

Apabila dia hampir membuka keseluruhan matanya, dia perasan bahawa dia kini berada disebua bilik yang agak kelam. Suasana dibilik itu sangat gelap kerana hanya ditemani oleh cahaya lampu daripada sebuah lampu kecil yang betul2 berada diatas kepalanya.

Ketika dia cuba untuk bergerak, dia menyedari bahawa kini dia diikat disebuah kerusi kayu yang hampir reput.

**flashback**

"Diana? Harini kita nak keluar makan kat mana?" Tanya Amar sambil menumpukan perhatian kearah jalan raya.

" Saya ikut awak jer" Kata Diana sambil memandang sekilas kearah Amar.

Beberapa meter kemudian, Amar memandu keretanya memasuki satu lorong kecil.

"Amar? Kita nak pergi mana ni?" Diana agak panik apabila menyedari bahawa mereka ini sedang melalui laluan yang dikelilingi hutan tebal disekelilinnya.

Tidak lama selepas itu, Amar memberhentikan keretanya ditengah-tengah lorong kecil tersebut.

" Kenapa,Amar? Everything is gonna be okay, right?"

Amar mengambil sesuatu didalam poket seluarnya.

"I'm sorry, Diana"

Sepantas kilat Amar menekup mulut Diana dengan menggunakan kain yang telah diletakkan cecair chlorine terlebih dahulu.

**Flashback end**

Diana berhenti meronta apabila kedengaran seperti seseorang sedang membuka pintu bilik tersebut.

Kemudian seorang lelaki memasuki bilik tersebut dan menghampiri Diana.

"K..kau siapa?" tanya Diana dengan suara yang agak gementar.

Setelah beberapa langkah menghampiri Diana, barulah Diana mampu mengecam lelaki tersebut.

"Amar? Kenapa..?" Diana tidak mampu menahan air matanya daripada keluar.

"Kenapa awak buat saya macam ni?" sambung Diana dengan suara yang perkahan taoi masih mampu didengari oleh Amar.

Amar hanya mendiamkan diri sambil memandang kebawah.

"JAWABLAH, AMAR!!" Diana tidak mampu lagi menahan perasannya. dia cuba untuk menendang kaki Amar tapi kedudukan mereka agak jauh menyebabkan Diana tidak mampu mencapai kaki Amar.

Beberapa detik kemudian, Amar memandang kearah pintu dan kelihatan seorang gadis sedang memasuki bilik tersebut. Gadis tersebut berjalan perlahan kearah Diana dan kemudiannya berhenti apabila berada hampir lebih kurang satu meter daripada Diana.

Diana amat terkejut apabila susuk tubah yang amat dikenalinya kini sedang berdiri dihadapannya.

"Rose??"

Done for Chapter 16. Thankyou kepada sesiapa yang sudi baca novel ni sampai lah Chapter ni. Mesti korang tak expect kan Rose macam tu. Tapi masih ada kejutan lepas ni, so stay tune. See you guys, next part. Jangan lupa comment banyak2, okay. Bye, love you guys.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience