BAB 12

Mystery & Detective Series 7017

Inspektor Irfan cuba membuka matanya namun terasa amat berat.

"Kau dah sedar?" kedengaran satu suara menyapa disebelahnya. Kini dia baru menyedari bahawa dia sedang berada didalam biliknya. Dia memandang disebelah dan kelihatan seorang gadis bertubuh agak tinggi dan berambut panjang yang sengaja dibiarkan tanpa diikat.

"Maya? Kau buat apa kat sini?" dia bertanya dengan nada yang serak sambil memegang kepalanya yang masih terasa sakit.

"Iskandar cakap kau pengsan tadi. Kat lokasi kau bertugas tu?" kata gadis yang bernama Maya itu sambil duduk diatas sofa dipenjuru kamar milik Inspektor Irfan itu.

"Kau tak ingat ke apa dah jadi?" tanya Maya lalu menyilangkan tangannya didada.

"Weh.. Aku ada hal nak settle kan kat sana" dengan cemas, Inspektor Irfan cuba untuk bangun dari katil tersebut.

"Kalau kau nak tengok kod misteri tu, aki dah salinkan untuk kau" kata Sarjan Iskandar yang tiba2 muncul didalam bilik tersebut sambil menghulurkan sekeping kertas kepada Inspektor Irfan.

"Is, kau ada jumpa sesiapa tak kat sana?"

"Nope. Aku nampak kau sorang jer kat sana. And aku hairan sebab ada kesan lebam dekat belakang kepala kau."  Sarjan Iskandar dudk disebelah Maya setelah menyerahkan kertas yang tertulis kod kepada Inspektor Irfan.

"Seingat aku, aku cuba kejar someone. Dia nampak curiga giler. Aku dah dapat dah dia tapi tiba2 jer kepala aku sakit. Maybe ada someone yang pukul kepala aku" Inspektor Irfan cuba mengingati kembali kejadian yang terjadi kepada dirinya tadi.

Inspektor Irfan meneliti sekilas nota yang ditulis oleh Sarjan Iskandar sebelum bangkit daripada katilnya.

"Weh, kau nak pergi mana tu."  Maya bersuara setelah melihat Inspektor Irfan sedang berusaha untuk beredar dari situ.

"Kerja" kata Inspektor Irfan pendek lalu terus keluar dari bilik tersebut meninggalkan Maya bersama-sama dengan Sarjan Iskandar.

"Gila kerja betul pakwe kau tu" kata Sarjan Iskandar sambil menyiku lengan Maya yang berada disebelahnya.

"Gila apa kau. Memang tak ah aku suka kat Irfan tu."  kata Maya lalu segera beredar dari situ sebelum dirinya diusik dengan lebih teruk. Dia sudah biasa dengan Sarjan Iskandar yang sering menyatakan bahawa dia mempunyai perasaan terhadap Inspektor Irfan.

"Kalau kau ni perempuan. Dah lama aku doakan kau dua kahwin. Mana tak nya. 24 jam asyik berkepit jer" Maya sempat bersuara dihadapan bilik tersebut sebelum mengatur kembali langkahnya keluar.

"Kau ingat aku gay ke hah!" Sarjan Iskandar menguatkan suara agar dapat didengari oleh Maya.

Maya meneruskan langkah tanpa mempedulikan Sarjan Iskandar. Tidak lama selepas itu, Maya mengeluarkan handphone miliknya dan mendail nombor seseorang.

"Bila kita nak jumpa?"

Done for Chapter 12. Sorry kepada yang tertunggu-tunggu. Stay tune yer. Bye, love you, guys

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience