BAB 4

Mystery & Detective Series 7017

Walaupun sudah berminggu-minggu pihak polis melakukan siasatan mengenai kes pembunuhan Hafidz, tiada sebarang bukti atau kesan Hafidz telah diculik dan dibunuh. Rakaman daripada cctv ditaman perumahan itu juga tidak menunjukkan sebarang pergerakan yang mencurigakan.

Minggu ini juga minggu terakhir pelajar Tingkatan 5 sebelum menduduki SPM. Rose, Diana , Ariff dan Imran perlu fokus untuk ujian yang akan mereka duduki tidak lama lagi.

Dalam minggu yang sama, Rose selalu terlihat bayangan gadis misteri tersebut dimana-mana. Firasatnya kuat menyatakan bahawa gadis misteri itu memang memerhatikan mereka. Tapi siapa? Setahu Rose, dia dan rakan-rakannya tidak mempunyai sebarang musuh.

Rose tidak pasti sama ada rakan-rakannya mengetahui tentang gadis yang mengekori mereka. Rose mengambil keputusan untuk merahsiakannya daripada pengetahuan yang lain.

??????????????????????????????

2 bulan kemudian...

Setelah hampir 1 bulan setengah menganggur, Ariff mengambil keputusan untuk bekerja sementara menunggu surat tawaran kemasukkan ke universiti. Ariff berhasrat untuk bekerja di sebuah kedai buku yang baru buka memandangkan kedai tersebut sedang mencari pekerja.

Tengku Imran pula mula belajar mengenai selok belok perniagaan ayahnya. Bagi Imran, belajar menguruskan syarikat tersebut lebih awal memudahkan lagi urusan Imran mengambil alih syarikat ayahnya nanti.

Rose juga mula menceburi bidang perniagaan ibu bapanya. Memandangkan Rose merupakan anak tunggal, maka syarikat ibu bapanya akan diambil alih olehnya.

Diana pula dikatakan sudah bertunang. Rakan-rakannya tidak begitu kenal dengan tunang Diana kerana mereka dijodohkan dengan pilihan keluarga. Walaupun sudah bertunang, Diana tidak berhasrat untuk berkahwin dalam masa yang terdekat kerana dia ingin mengejar impiannya terlebih dahulu.

Walaupun masing-masing mempunyai hal tersendiri, mereka sering berkumpul dan menceritakan pengalaman masing-masing.

Tentang gadis misteri? Hanya Rose sahaja yang perasan akan kehadiran gadis tersebut. Walaupun sudah beberapa minggu bayangan tersebut tidak kelihatan, perasaan ingin tahu dalam diri Rose semakin menebal. Sudah beberapa kali Rose cuba menjejaki gadis tersebut, namun tidak berjaya.

??????????????????????????????

Pagi ni Rose berhajat untuk keluar berjoging dengan Diana. Semasa sedang bersiap, Rose menerima satu mesej daripada Diana yang menyatakan dia tidak dapat keluar bersama-sama kerana ada hal yang perlu diselesaikan.

"Keluar dengan Encik Tunang lah tu." Rose kembali meletakkan phone miliknya diatas meja solek. Alang-alang dia sudah bersiap, maka dia pun terpaksalah keluar sendirian.

Setelah selesai, dia pun turun untuk bersarapan terlebih dahulu.

"Good Morning, Mak Yah" sapa Rose sambil duduk didepan meja makan. Dihadapannya kini kelihatan satu pinggan sandwich dan satu mangkuk besar mi goreng. Rose mengambil sandwich lalu meletakkannya diatas pinggan.

Tidak lama selepas itu , Puan Rina dan Encik Daus turun dengan tergesa-gesa.

"Morning mama , papa" sapa Rose seperti biasa.

"Morning. Mama dan papa dah lewat ni. Kami pergi dulu yer" tanpa sempat Rose bersuara, mereka sudah pun keluar dan kedengaran bunyi enjin kereta dihidupkan.

Rose sudah terbiasa dengan keadaan itu. Rose cuma teringin sangat bersarapan atau makan bersama-sama dengan ibu bapanya seperti orang lain. Rose memandang kosong sandwish dihadapannya. Selera makannya hilang serta merta.

"Rose, Datuk dan Datin kan busy. Rose kenalah faham yer" Mak Yah yang menyedari perubahan air muka Rose lantas menepuk perlahan bahu Rose. Harapnya Rose berasa sedikit terubat dengan pujukannya.

"Yer, Mak Yah. Rose faham. Rose dah biasa macam ni. Takpelah, Rose keluar dulu. Pergi dulu Mak Yah" Rose terus bangun dari kerusi dan mencapai kasut sukannya didalam rak kasut.

Done for Chapter 4. See you next chapter ☺

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience