BAB 8

Mystery & Detective Series 7017

Seperti biasa, Rose akan keluar ke taman permainan setiap hujung minggu. Tapi kali ini dia tidak bercadang untuk keluar kemana-mana. Tambahan pula dia sedang menunggu mesej daripada seseorang.

"Dia ni bila nak hantar location? Ke dia tipu aku? Kau ni pun Rose, percaya sangat dengan orang lain. Arghhh.... Sepatutnya aku dah dapat dia haritu..." Rose berguling-guling diatas katil bersaiz Queen miliknya.

Dia berasa sangat menyesal kerana melepaskan gadis misteri tersebut begitu sahaja. Rose mendapatkan telefonnya dan mendail nombor seseorang.

"Amar, kau buat macam kita plan. Kalau boleh harini aku nak settlekan semua." Rose segera mematikan panggilan dan mendail nombor lain. Berkali-kali dia cuba dial nombor yang sama tapi tidak bersambung.

"Imran tukar number phone ke? Asal tak bagitahu aku?" monolog Rose sendirian. Dia cuba call Diana.

"Kenapa kau call aku ni? " belum sempat Rose bersuara, Diana bersuara terlebih dahulu.

"Kau ni pun Diana, sabarlah. Aku tak cakap apa2 lagi"

"Ok2. Awak nak apa call saya pagi2 ni, Cik Puteri." Diana sengaja memaniskan suara untuk menyakat Rose.

"Ish, kau ni. Aku just nak tanya, kau ada contact Imran tak?"

"Rose, aku lupa nak bagitahu kau. Haritu aku ada pergi kedai buku. Lepastu aku terserempak dengan Imran. Dia cakap dia tukar number. Nanti aku bagi number baru dia."

"Oh, patutlah dah lama dia tak contact aku. Ok lah kalau macam tu. Aku tunggu tau" Rose mematikan panggilan.

Selepas panggilan tamat, Rose segera membuka Whatsapp dan dia dapat mesej daripada Diana. Tanpa membuang masa, dia terus menelefon Imran.

"Assalamualaikum, Imran. " Rose memulakan perbualan.

"Waalaikumussalam. Siapa ni?"

"Rose. Aku dapat number baru kau dari Diana tadi." Rose keluar dari biliknya dan segera menuju kedapur.

"Oh, Rose. Sorry lah aku tak bagitahu kau aku change number."

"Takpe. Kau busy tak? Kalau tak, aku nak ajak kau lepak" Rose membuka peti sejuk dan mencapai jus oren.

"Sorry lah , Rose. Aku busy sekarang. Aku ada meeting dengan client. Nanti kalau aku free, aku call kau, ok?" Imran serba salah ingin menolak permintaan Rose. Walaupun harini hujung minggu, Imran sudah berjanji dengan client untuk berjumpa.

"Takpe lah kalau kau busy. Aku saja jer tanya kot2 boleh jumpa kau kan. Kalau macam tu, nanti kau bagitahu aku kalau kau free." Rose menceriakan suara agar Imran tidak berasa bersalah.

"Imran, aku letak dulu yer. Nanti kita chat lain kali."

"Ok, bye. Assalamualaikum"

"Waalaikumussalam" Rose memandang kosong telefon ditangannya.

"Boring nya" Rose duduk disalah satu kerusi diruang makan sambil meneguk jus oren ditangannya.

"Hujung minggu ni pun, bukannya boleh lepak dengan parents. " Rose berbicara sendirian.

"Mak Yah, kenapa Mak Yah berhenti" Rose meletakkan kepalanya diatas meja makan.

Beberapa hari lepas, Mak Yah telah berhenti menjadi pembantu rumah kerana keadaan dirinya yang sudah tua. Lagipun, Rose sudah besar. Dia sudah pandai menjaga diri sendiri.

"Kenapa erk aku ni kurang dapat kasih sayang?" sambung Rose lagi. Kepalanya masih diletakkan diatas meja.

Pagi ni, dia hilang selera makan untuk sarapan. Dia belum menjamah apa2 makanan. Ibu bapanya sudah beberapa hari di Indonesia, jadi tinggallah Rose sendirian.

"Aku akan pastikan aku dapat kasih sayang yang sepatutnya aku dapat" bicaranya sebelum kembali menuju kearah bilik tidurnya.

??????????????????????????????

Done for Chapter 8. See you next part

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience