BAB 14

Mystery & Detective Series 7017

Inspektor Irfan duduk diatas kerusi didalam pejabatnya sambil memerhatikan nota yang ditulis oleh Sarjan Iskandar.

""

"Apa kebenda ni? Kau ingat aku ni ahli nujum ke apa?" Inspektor Irfan menggaru kepalanya yang tidak berasa gatal.

"Aku ingat Makin banyak klu, lagi senanglah nak tafsir. Kalau macam ni lah, sampai aku tua pun belum tentu siap" Inspektor Irfan membebel.

" Dari luar lagi dengar kau membebel. Kau ni kalah makcik2 tau" tiba2 sahaja Sarjan Iskandar muncul didalam pejabat Inspektor Irfan.

" Benda yang kau salin ni lah. Aku syak suspek tu anak cikgu addmath" terselit sedikit gurauan didalam ayat Inspektor Irfan.

" Alah.. Kau kan pandai. Inspektor paling pandai pada abad ni. Setakat kod tu apalah sangat. Kau combined jerlah dengan nota before ni. Mana tau dapat bukti ke?" Sarjan Iskandar mengambil tempat dihadapan Inspektor Irfan.

" Sedap mulut kau cakap. Kau ingat ni soalan budak tadika ke apa?"

Inspektor Irfan mengeluarkan buku notanya didalam laci Dan dihalakan kepada Sarjan Iskandar beserta nota yang mengandungi kod bernombor.

"Hah? Cuba kau tengok benda ni" kata Inspektor Irfan.

" Erm, jom gi makan. Aku laparlah" Sarjan Iskandar cuba mengalih perhatian Inspektor Irfan.

"Kau ni kan. Cakaplah kau tak nak penuhkan otak kau tu." Inspektor Irfan kembali menarik nota tersebut mendekatinya.

"Aku memang nak ajak kau makan pun. Terpesong sikit tadi" Sarjan Iskandar mempertahankan dirinya.

"Aku taknak" jawab Inspektor Irfan ringkas sambil matanya kembali memerhatikan dua kod tersebut.

" Hek eleh kau ni. Member ajak taknak keluar. Kalau si Maya tu ajak laju jer kau kan" kata2 Sarjan Iskandar telah sedikit mengganggu tumpuan Inspektor Irfan terhadap kerja yang dilakukannya.

" Apa kaitan dengan Maya nyer?"

" Kau mana pernah reject kalau dia ajak keluar." Sarjan Iskandar memandang kearah Inspektor Irfan dengan pandangan yang dipenuhi makna.

" Kepala otak kau"

"Alah, jom ah. Aku dah kebulur tahap kronik dah ni" Sarjan Iskandar membuat suara comel walaupun tak lah comel sangat.

" Menyampah betul aku dengan kau ni. Jom ah. Tapi kau belanja" Inspektor Irfan bangun daripada kerusi dan ingin mencapai kunci keretanya.

"Memang tak ah aku nak belanja kau. Aku tengah sengkek sekarang ni"

" Ok, aku tak jadi ikut kau" Inspektor Irfan kembali duduk dikerusinya.

"Weh, aku gurau jer. Dah ah. Jom, aku belanja" Sarjan Iskandar turut bangun daripada kerusinya.

"Biasalah. Orang taknak nampak lonely kan. Kenalah ajak member lepak" Inspektor Irfan sempat memerli Sarjan Iskandar sebelum keluar menuju keluar dari bangunan tersebut.

"Aku tahu aku single. Kau duk diam jer"

Dalam perjalannya menuju ketempat parkir kereta, mereka terserempak dengan Maya.

" Weh, Maya. Kau dari mana?" Sarjan Iskandar terlebih dahulu menegur Maya yang kelihatan agak tergesa-gesa memasuki balai polis tersebut.

" Aku baru sudah lunch. " Maya tersenyum kearah Sarjan Iskandar dan Inspektor Irfan.

Inspektor Irfan masih terpegun ditempat dia berdiri. Ada sesuatu yang menarik perhatiannya.

'kenapa hoodie ni cam familiar' monolog hati Inspektor Irfan memandang hoodie hitam yang dipakai oleh Maya.

" Irfan?" Maya menghayunkan tangannya dihadapan Inspektor Irfan.

" Ye?" Inspektor Irfan baru tersedar dari lamunannya itu.

" Asal kau pandang aku macam tu?" tanya Maya.

" Takde pape. Cantik hoodie"

Masih terdapat seribu satu persoalan dalam fikiran Inspektor Irfan.

Done for Chapter 14. Thank you kepada semua supporter2 yang sentiasa baca story ni. I really appreciate it.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience