BAB 10

Mystery & Detective Series 7017

"I love you,sayang. Im yours. Not her. Aku dah lama sukakan kau, tapi kenapa kau cintakan dia. However, sikit jer lagi benda nak settle. And then, kau akan jadi milik aku forever. Aku akan buat kau tunduk kat aku. HAHAHHAHAHA"

Suara yang sama bergema diruangan bilik yang sunyi itu.

????????????????????

Setelah berminggu-minggu pihak polis menyiasat tentang kejadian pembunuhan Ariff, pihak polis menemukan sesuatu yang amat mencurigakan ditempat kejadian. Kelihatan satu nota tulisan tangan yang tertulis sesuatu yang sukar ditafsir. Mereka mengesyaki nota tersebut sengaja ditinggalkan oleh penjenayah sebagai klu identitinya.

"GDJHRBXJABCMBWBIA"

" Apa maksud nota ni?" ujar Inspektor Irfan sendirian sambil meneliti nota tersebut menggunakan sarung tangan. Pihak forensik sudah memeriksa nota tersebut namun tiada sebarang kesan cap jari ditinggalkan pada nota tersebut.

Kini pihak polis mula membuka semula kes kematian Hafidz kerana mereka mengesyaki nota tersebut juga mungkin mempunyai kaitan dengan kes tersebut.

Sepanjang 5 tahun kariernya sebagai pihak polis, dia tidak pernah mempunyai kes serumit kes ini. Baginya, penjenayah tersebut mesti membuat perancangan yang amat teliti sebelum mula bertindak.

"Kau siapa? Kenapa erk aku susah sangat nak cari kau?" Inspektor Irfan menyandar lemah pada kerusi didalam pejabat peribadinya.

Inspektor Irfan mengambil sebatang pen lalu menyalin semula nota tersebut didalam buku catatannya. Kemudian dia cuba untuk menafsir nota rahsia terebut namun usahanya menemui jalan buntu kerana dia tiada sebarang klu untuk membantunya menyelesaikannya.

"Arghh!!" Inspektor Irfan membaling pen tersebut kelantai.

Tidak lama selepas itu, telefon miliknya berbunyi menandakan ada mesej yang masuk.

Irfan, kau datang tempat kejadian sekarang. Ada something kitorang nak tunjuk- Sarjan Iskandar

Sepantas kilat Inspektor Irfan mencapai kunci kereta didalam laci mejanya lalu menapak keluar dari pejabatnya.

Done For Chapter 10. See you soon

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience