BAB 18

Mystery & Detective Series 7017

**Flashback**

Maya meneruskan langkah tanpa mempedulikan Sarjan Iskandar. Tidak lama selepas itu, Maya mengeluarkan handphone miliknya dan mendail nombor seseorang.

"Bila kita nak jumpa?"

"Kau siapa" tanya seseorang dihujung talian sana.

"Aku lah yang kau nak jumpa sangat tu" Ucap Maya perlahan agar tidak dapat didengari oleh sesiapa.

Tiba2 Rose teringat akan gadis msteri berpakaian hitam yang sudah beberapa hari menghilangkan diri.

"Kau hantar location" ujar Rose sebelum mematikan panggilan.


____________________________

"Sekarang aku dah ada depan mata kau, so, kau nak tanya apa." Rose agak tersentak apabila seorang wanita terus duduk dihadapannya disebuah cafe. Terlebih dahulu Rose sampai dilokasi yang dijanjikan lalu mencari tempat yang agak jauh dari orang lain agar perbincangan mereka tidak terganggu.

Rose memerhatikan susuk tubuh dihadapannya. Wanita yang berada dihadapannya memakai blaus berwarna putih dan berseluar hitam bukan seperti pakaian biasa yang dipakai oleh gadis misteri.

"Kau.. perempuan yang.." Belum sempat Rose menghabiskan ayatnya, terlebih dahulu Maya menyampuk.

"Takkan lah aku nak pakai serba hitam pulak kat sini. Kang tak pasal2 orang panggil polis datang sini seebab ingat aku nak merompak cafe ni" ujar Maya memerli Rose.

"By the way, nama sebenar aku Maya" Maya menghulurkan tangannya untuk bersalam dengan Rose.

Rose menyambut tangan Maya dengan agak lama sebelum tiba2 menggenggam kuat tangan Maya. Maya agak terkejut tetapi dia cuba mengawal riak wajahnya.

"Kenapa kau asyik ikut aku hah?" Rose mendekatan wajahnya dengan wajah Maya sambil tangannya masih menggenggam kuat tangan Maya. Walau bagaimanapun dia masih mengawal suaranya agar tidak dapat didengari oleh pelanggan yang lain.

"Kalau ye pun, kau lepaskanlah tangan aku. Macam mana aku nak explain macam ni" Maya masih bertindak tenang agar tidak menaikkan amarah Rose.

Rose melepaskan tangan Maya sebelum kembali menjauhi Maya

"Kenapa dari aku sekolah lagi kau asyik ikut. Kau nak apa hah?' Kau siapa?" Rose cuba mengawal suaranya.

" Aku sepatutnya tanya kau siapa?" ujar Maya dengan nada suara yang sukar ditafsirkan.

"Kau ingat aku tak kenal kau ke, Rose Damia?"

"Maksud kau?" Rose masih tidak memahami keadaan yang telah berlaku.

"Aku tahu kau yang.."

“Kau jangan sesekali cuba gagalkan rancangan aku. Atau aku akan pastikan kau meringkup dalam penjara." kata Rose beserta nada yang berbaur ugutan.

"Kau nak sumbat aku dalam penjara? Kau tak kenal aku siapa, Rose. Sekali petik jer, aku boleh ringkupkan kau dalam penjara"

"Tapi, aku taknak halang niat kau. Sebab mereka ada kaitan dengan aku. " Maya bersandar pada kerusi sambil menyilangkan.

Rose seakan memahami keadaan tersebut dan yakin bahawa Maya tidak akan cuba merosakkan usahanya.

"Mereka ada kaitan? Kaitan apa" tanya Rose cuba mentafsir maksud kata2 Maya tadi.

"Itu aku rasa tak perlu kut bagitahu. Nanti ada masa aku explain. Sebenarnya aku berdendam dengan Hafidz and Ariff jer. Tapi kalau kau nak bunuh Diana. Its up to you tapi aku taknak masuk campur"

" Memang selama ni aku buat kerja sendiri pun" kata Rose dengan nada yang memerli.

"Aku rasa tu jer kut untuk harini. Macam aku cakap tadi, kau boleh panggil aku Maya. And you?"

"Miey" ujar Rose ringkas lalu bangun meninggalkan Maya dimeja tersebut.

Done for this Chapter. Enjoy your reading

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience