PROLOG

Mystery & Detective Series 7017

Seorang gadis berjalan disekitar ruangan bilik itu sambil mengheret kayu lebih kurang berukuran 1 meter panjang. Keadaan yang sunyi membolehkan derapan kaki gadis tersebut kedengaran dengan jelas.

"LEPASKAN AKU LAH, BETINA!!!"
Ruang bilik yang gelap itu bergema dengan teriakan dari seorang lelaki. Di penjuru bilik tersebut, kelihatan seorang lelaki telah diikat disebuah kerusi kayu. Walaupun berkali-kali lelaki tersebut cuba melepaskan ikatan, namun masih tidak berjaya.

"Kalau aku lepaskan kau, apa aku dapat?" ujar gadis tersebut dengan nada yang perlahan namun masih dapat didengari oleh lelaki tersebut. Lelaki itu tidak mampu melihat wajah sebenar gadis tersebut kerana keadaan bilik yang gelap.

"KALAU KAU BUNUH AKU PUN, BUKANNYA KAU DAPAT...."

"No, aku dapat something." terlebih dahulu kata-katanya dipintas tanpa sempat menghabiskannya.

"APA KAU DAPAT HAH BETINA!!" lelaki tersebut masih mengeraskan suara.

"Aku....." belum sempat lelaki itu bersedia, di merasakan sesuatu yang keras telah menghentak perutnya dengan kuat.

"Dapat....."satu lagi hentakan diterima oleh lelaki tersebut dibahagian belakang menyebabkan lelaki tersebut jatuh tersungkur dengan keadaan dirinya yang masih terikat dengan kerusi.

Cecair likat merah mulai keluar dari mulut lelaki malang itu.

"HALANG KAU DARI GANGGU HAK AKU!!" Tanpa belas kasihan, gadis tersebut terus memukul lelaki dihadapannya itu bertalu-talu seolah-olah dirinya dirasuk.

Keadaan lelaki tersebut amat lemah dan pandangannya kini mulai kabur. Dalam keadaan itu, dia masih mampu mendengar apa yang gadis tersebut bisikkan ditelinganya.

"Ni balasan kau sebab kau cuba jatuhkan Tengku Imran." suara gadis itu kembali perlahan seperti pada awalnya

Tengku Imran, nama yang amat dikenalinya. Tapi siapa gadis ini? Tiada apa yang mampu dia lakukan selain membiarkan dirinya yang semakin lemah itu diperlakukan dengan kejam sekali.

"Okey, aku pun dah takde pape nak buat kat kau, so aku biarkan kau pergi dengan tenang yer, sayang"

Ni novel pertama author kat novel+ ni, so harap semua orang enjoy baca novel saya, PSYCHO GIRL

Share this novel

Mrs . J
2021-06-07 16:45:29 

next please !!


NovelPlus Premium

The best ads free experience