BAB 2

Mystery & Detective Series 7017

" Kenapa korang panggil aku datang sini." tanya Diana kepada Rose dan Imran sambil duduk berhadapan dengan Rose.

"Kita tunggu Ariff dulu" jawab Imran yang berada desebelah Rose.

Kini mereka berada di sebuah taman permainan dikawasan taman perumahan tempat mereka tinggal. Disini merupakan tempat biasa mereka akan lepak atau mengadakan study group.

"Sorry weh kalau korang tunggu lama" ucap Ariff yang baru tiba dan terus duduk disebelah Diana. Kini posisi mereka ialah Rose berhadapan dengan Diana manakala Imran menghadap Ariff.

"Eh jap, mana Hafidz! Korang berdua ada ajak dia tak?" tanya Diana yang baru perasan ketiadaan Hafidz sekarang.

"Tunggu lah aku nak bagitahu. Kita jumpa ni pun sebab Hafidz lah" Imran memberitahu terlebih dahulu tujuan mereka berkumpul.

"Macam ni, aku cakap ni korang jangan terkejut tau." Imran memandang Rose sekilas sebelum meneruskan kata2 nya.

"Hafidz hilang. Parents dia bagitahu Rose tadi dan dia ingat Hafidz ada keluar dengan kita. Semalam pun Hafidz tak join study group kita dan kemungkinan dia hilang dalam perjalanan kesini. Mungkin lah sebab before start study group, dia cakap dia otw kat aku. Malam tu lost contact. Asalnya aku tak ambil kisah pun, aku ingat maulybe dia demam ke apa. " Imran menerangkan satu persatu perkara yang berlaku dan membuat sedikit andaian tentang kehilangan Hafidz.

"Wait.... What?! Susah weh aku nak percaya. Takkan lah Hafidz hilang camtu jer. " Diana sedikit gelabah dengan apa yang diberitahu oleh Imran sebentar tadi.

"Diana, kau jangan gelabah. However kita kena jugak cari jalan penyelesaian macam mana nak cari Hafidz." Rose cuba menenangkan Diana yang agak risau tentang keselamatan sahabatnya.

Tanpa mereka sedari , seseorang sedang memerhatikan mereka.
"Pandai kau berlakon. Kita tengok siapa antara korang yang akan hilang pulak" bicaranya dan tersenyum sinis disebalik mask hitam yang dipakainya.

"Apa kata kalau kita start cari Hafidz esok. Esok weekend, so kita ada masa nak cari dia. Takkan lah nak harapkan pihak polis jer. Hafidz tu dah lah kawan kita"  usul Ariff memberikan cadangan.

Semua menganggukkan kepala tanda setuju dengan cadangan tersebut kecuali Rose. Rose perasan akan seseorang yang hampir saja dengan gadis di perhentian bas semalam melalui pakaian yang dipakainya. Figura tersebut segera meninggalkan taman permainan tersebut setelah Rose menyedari kehadirannya disitu.

"Rose? Kau ok tak?" tanya Imran yang menyedari tingkah laku Rose yang agak pelik dan asyik memerhatikan sesuatu.

"Oh.. Aku ok"

??????????????????????????????????

Dalam perjalanan pulang, mereka pulang bersama kerana mereka tinggal di taman perumahan yang sama. Dalam perjalanan pulang, mereka terlihat ramai orang berkumpul di sebuah rumah lama yang sudah tidak berpenghuni. Walaupun berada dalam kawasan kejiranan yang sama, rumah ini berada agak jauh dari rumah2 yang lain dalam taman perumahan tersebut.

"Aku tak sedap hatilah. Apa kata kita pergi tengok" kata Rose dan dia yakin sesuatu telah berlaku disana. Semua mengiakan kata2 Rose dan mereka berjalan kearah rumah lama tersebut.

Dihadapan rumah tersebut terdapat kereta dan trak polis. Pita kuning juga dipasang disekeliling rumah tersebut.

Tidak jauh dari tempat mereka berdiri, kelihatan seorang wanita sedang menangis dengan teresak-esak dan dipujuk oleh orang disekelilingnya. Yang lebih mengejutkan mereka ialah wanita tersebut merupakan ibu kepada Hafidz, Puan Intan.

Tanpa membuang masa mereka berempat menuju kearah Puan Intan.

"Makcik?" tegur Diana. Orang disekeliling Puan Intan memberi laluan kepada kami untuk bercakap dengan Puan Intan.

"KORANG BERAMBUS LAH!!! SEBAB KORANG ANAK AKU MATI!!!" mereka amat terkejut dengan kenyataan dan jerkahan dari Puan Intan. Sebelum ini Puan Intan melayan mereka dengan baik memandangkan mereka kawan rapat kepada anaknya, Hafidz.

"Sabar, Intan..." suami Puan Intan, Encik Fuad cuba menenangkan isterinya yang hilang kawalan.

Diana dan Rose tidak dapat mengawal air mata lagi dengan perkara yang diberitahu. Sukar dipercayai kawannya yang amat rapat dengan mereka telah pergi. Imran dan Ariff masih terkaku di tempat mereka berdiri.

Kemudian, sebuah mayat yang dilitupi dengan plastik hitam diusung keluar dari rumah tersebut dan dimasukkan kedalam trak polis.

Beberapa minit kemudian, seorang anggota polis menghampiri Encik Fuad.

"Encik ni ahli keluarga mangsa?" tanya anggota polis tersebut kepada Encik Fuad.

"Ya, saya" jawab Encik Fuad. Dari raut wajahnya, kelihatan Encik Fuad cuba mengawal perasaan sedih.

"Encik perlu hadir kehospital untuk pengecaman mayat."

"Baik."

"KORANG BUAT APA LAGI KAT SINI!! BALIK LAH!!! KORANG MEMANG NAK TENGOK ANAK AKU MATI KAN!!!" Puan Intan masih belum dapat mengawal perasaannya. Segala kemarahan dilemparkan kepada mereka berempat. Puan Intan rasa menyesal kerana mengizinkan anak mereka keluar untuk berjumpa dengan rakan2 nya.

"KALAU ANAK AKU TAK KELUAR, DIA TAKKAN MATI!!!" tengking Puan Intan lagi.

"Intan.. Dah2 lah. Benda dah jadi kan. Kesian kat budak2 tu. Diorang tak bersalah" pujuk Encik Fuad dengan lembut agar dapat melembutkan hati isterinya.

"Encik, kitorang balik dulu yer" Imran mengundur diri terlebih dahulu sebelum Puan Intan tidak dapat mengawal dirinya.

Rose, Diana dan Ariff pun mengiyakan kata2 Imran tadi.

"Ye lah. Maafkan pakcik yer."

"Takpa, kami faham" kata Rose dan memberikan senyuman nipis kepada Encik Fuad sebelum berlalu pergi.

"Satu dah tak de. Siapa pulak lepas ni erk?"

Done for Chapter 2

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience