BAB 1

Mystery & Detective Series 7017

"Tengku Imran!!"

Imran menoleh kebelakang setelah terdengar namanya dipanggil. Dihadapannya kini kelihatan seorang gadis masih berpakaian sekolah. Bila mereka berhadapan, ketinggian gadis tersebut hanyalah setaraf bahunya. 'comel' bisik hati Imran

"Kau ni dah pekak ke hah?! Dari tadi aku duk melalak panggil kau, kau tak dengar pun. Malu aku pelajar lain duk tengok aku kejar kau. Tak pasal2 orang lain ingat aku ni dah tergila-gilakan kau. " bebel gadis tersebut.

" Hah, ada apa, Rose? Cepatlah sikit. Aku nak kena jumpa pengetua ni. " ujar Imran sambil melihat jam tangannya sepintas lalu.

Sebenarnya, Tengku Imran sudah lama memendam perasaan terhadap Rose Damia. Mereka mula rapat sejak Tingkatan 1 sehingga sekarang. Kini mereka sudah berada di Tingkatan 5. Tengku Imran ingin meluahkan perasaan terhadap Rose namun  mereka masih muda. Mereka ingin fokus tentang study terlebih dahulu. Jadi, Tengku Imran hanya pendamkan hasratnya. Kini mereka semakin rapat sebagai kawan baik bersama-sama 3 lagi sahabat mereka, iaitu Hafidz,Diana dan Ariff.

"Weh!! Kau dengar tak apa aku cakap ni." Rose menampar lengan Imran kerana dari tadi Imran merenung wajahnya tanpa memberi perhatian terhadap apa yang dia cuba sampaikan.

"Hah? Kau cakap apa?"

"Ya Allah, Tengku Imran. Aku cakap sekali jer. Tadi... Parents Hafidz cakap kat aku yang dari semalam lagi Hafidz tak balik rumah. Hafidz... Hafidz hilang!" Rose cuba menerangkan sekali lagi dengan nada yang agak cemas.

"Ha... Ha... Ha. Lawak sangat. Kau ingat Hafidz tu budak kecik ke hah nak hilang camtu jer. Dia tu dah lah lelaki. Siapa nak culik dia? Hadoi lh" ujar Imran dengan sisa ketawa dihujung ayat.

"Dahlah, aku dah lewat nak jumpa pengetua ni." sambungnya lagi

"Ok,fine. Kau taknak percaya kan. Kalau jadi apa-apa kat Hafidz, kau jangan rasa bersalah pulak."

Rajuk Rose sambil berjalan meninggalkan Imran dibelakang.

"Rose... Ok2 aku percayakan kau. Bila parents Hafidz bagitahu kau pasal benda ni" Imran bertanya bagi mengelakkan Rose terus merajuk. Tambahan pula muka Rose yang serius menunjukkan bahawa dia tidan bergurau dengan perkara tersebut.

Rose kembali menghadap Imran.

"Tadi masa kat depan pagar sekolah, ibu Hafidz tanya aku, ada nampak tak Hafidz. Aku cakap lah tak sebab Hafidz kan tak datang sekolah harini. And then dia cakap yang Hafidz dari semalam tak balik rumah. Diorang pun buntu nak cari kat mana lagi sebab Hafidz mana ada kawan lain dah selain kita. Tu pun ibu Hafidz mintak tolong kita carikan Hafidz." panjang lebar Rose menerangkan perkara tersebut.

"Takkan lah Hafidz buat hal kot. Petang kelmarin pun dia tak join kan study group kita." Imran memicit dahinya.

"Diana dan Ariff dah tahu pasal ni?" Tanya Imran setelah beberapa detik mereka menyepi memikirkan tentang sahabat mereka.

"Belum. Aku nak bagitahu pun diorang dah balik"

"Macam ni, kau call Diana, aku call Ariff ajak jumpa tempat kita selalu lepak. Jangan bagitahu lagi Diana. Dia tu mudah gelabah sikit. Kang tak pasal2 dia orang first pergi report balai polis" Imran memberikan cadangan. Imran membatalkan niatnya untuk berjumpa dengan pengetua kerana ada something yang lebih penting dia perlu selesaikan.

"Ok lah kalau macam tu. Aku balik dulu. Dah lewat ni. Nanti takut Mak Yah risau" ujar Rose meninggalkan Imran bersendirian tanpa sempat Imran berkata apa2

??????????????????????????????????

Kedua-dua ibu bapa Rose merupakan ahli perniagaan yang berjaya. Hidup Rose serba mewah. Dia bersyukur kerana keluarganya mampu memberikannya kesenangan. Namun dia tetap rasa kurang. Kekurangan kasih sayang.

Dari kecil sehingga sekarang Rose dibesarkan oleh pembantu rumah mereka, Mak Yah. Ibu bapanya selalu sibuk sehinggakan tidak mempunyai masa untuk bersama-sam dengan anak tunggal mereka. Rose lebih selesa berkongsi apa2 sahaja dengan Mak Yah kerana Mak Yah sentiasa ada masa bersama Rose.

Biasanya Rose akan dijemput oleh driver ayahnya, Pak Mat. Tetapi harini Rose terpaksa pulang berjalan kaki kerana Pak Mat mengambil cuti untuk harini.

Setibanya Rose di pintu pagar hadapan sekolah, tiba-tiba Rose terasa air menitik di tangannya. Rose memandang kelangit, kelihatan langit mendung menandakan hujan akan lebat sebentar lagi. Dengan segera Rose berlari kearah pondok perhentian bas yang terdekat. Dia terpaksa menunggu disitu sehingga hujan reda.

"Aduh... Dah lewat ni. Mesti Mak Yah risau." kata Rose sendirian

Tiba-tiba seseorang berpakaian serba hitam memakai mask turut berteduh di bawah sana. Dia menurunkan hoodie dikepala nya dan dia mengikat rambutnya yang panjang menggunakan pengikat rambut yang berada ditangannya. Selepas itu dia kembali mengangkat hoodie dikepalanya sehingga menutupi keseluruhan rambutnya.

Rose berasa pelik dengan pakaian yang dipakainya. Tak ubah macam penyamun. 'Takkan lah penyamun show off macam ni jer' bisik hati Rose.

Gadis tersebut perasan Rose asyik memerhatikannya. 'Aku kenal kau siapa. Dan nanti kau akan kenal aku siapa' gadis tersebut tersenyum sinis disebalik mask yang dipakai.

Done for Chapter 1. enjoy your reading

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience