BAB 19

Mystery & Detective Series 7017

"Kenapa kau buat semua ni, Rose. Aku kan kawan kau." tanya Diana dengan nada suara yang terketar-ketar.

"Kawan? Aku just nak bagitahu kau, aku takde kawan tikam belakang macam kau. So, im sorry. Kau bukan kawan aku, ok" kata Rose sambil berjalan mengelilingi Diana yang diikat pada kerusi. Ditangan Rose terdapat sebilah pisau yang kelihatan sangat tajam.

"Apa maksud kau? Rose, kau dah lupa ke. Aku tak pernah sakitkan kau! Aku anggap kau macam adik beradik aku sendiri! Macam tu kau kata tikam belakang! Hah!! " Diana semakin tidak dapat mengawal suaranya. Dia rasa begitu kecewa kerana rakan yang dianggap kawan baik tersebut sanggup menuduh dia sebegitu rupa.

“Kau jangan cakap, kau yang bunuh Ariff dan Hafidz" tiba2 nada suara Diana mengendur dihujung bicara. Dia masih tidak bersedia untuk menerima sebarang kenyataan.

“Yes, aku yang bunuh diorang. Puas hati?" Kini Rose berada betul2 dihadapan Diana sambil mendekatkan mukanya ke muka Diana.

"KAU MEMANG GILA LAH, ROSE!!!" Diana cuba menendang Rose tetapi Rose terlebih dahulu berundur beberapa tapak menjauhi Diana.

“KAU YANG GILA!! KAU RAMPAS HAK AKU!!. AKU TAK NAK LIBATKAN KAU DALAM KES ARIFF DAN HAFIDZ TAPI KAU PAKSA AKU, DIANA!!" Rose yang kelihatan tenang sebentar tadi telah berubah emosi 100%.

“Apa kau merepek ni, Rose. Apa yang diorang buat sampai kau sanggup bunuh diorang." satu demi satu air mata Diana gugur. Dia sukar menerima kenyataan baru diterimanya itu.

“Kau nak tahu sangat kan apa yang diorang buat kan. Ok, biar aku terangkan.

***flashback***

“Weh, aku risau lah dengan markah exam ni" kata Hafidz secara tiba2 kepada Ariff yang duduk disebelahnya di bangku kantin sekolah. Tempat yang mereka duduk berbelakangkan dinding dan agak jauh daripada pelajar yang lain.

“Buat apa kau nak risau. Kau kan selalu dapat tempat second dalam kelas. Relax ah" jawab Ariff selamba sambil menikmati makanan yang dibelinya.

“Kau cakap memanglah senang. Kau tak kenal parents aku. Diorang punya strict tu kan... Haish. Diorang cakap, kalau aku tak dapat tempat pertama dalam kelas, diorang akan rampas phone aku. Mana aku tak stress macam ni. Macam lah si Imran tu nak sangat bagi kedudukan dia tu"

"Aku rasakan, macam tipis sangat peluang kau nak dapat tempat pertama. Sebab paper yang kita dah dapat tu, semua markah Imran lagi tinggi kan daripada kau." kata Ariff seperti menambahkan lagi kegusaran dalam hati Hafidz.

“Tulah. Tapi, aku still ada peluang."

"Peluang apa?" tanya Ariff yang masih tidak menangkap maksud yang diutarakan oleh Hafidz.

"Aku still ada peluang kalau Imran gagal salah satu subjek. " ujar Hafidz dengan senyuman yang sukar dijelaskan.

"Uish, mustahillah dia fail dalam exam. Macam lah kau tak kenal si otak robot tu. "

“Tapi aku ada cara untuk gagalkan dia"

“Kau jangan macam2 Hafidz. Kau kena ingat, dia tu kawan kita."

"Alah, kalini jer."

"Ermm, o..ok. Kau nak buat apa" tanya Ariff dengan nada yang serba salah.

“Macam ni, aku sure sangat Cikgu Luq belum periksa kertas exam math kita. And aku nak masuk dalam bilik Cikgu Luq lepastu ambil kertas exam Imran. Amacam?" Hafidz mengutarakan cadangannya yang pertama.

"Habistu, mestilah cikgu hairan kalau kertas exam Imran hilang."

“Selalunya ada kertas exam lebih. Mesti ada kertas exam tu atar meja cikgu. Kita ambil dan tulis jawapan yang salah pada kertas tu and tulis nama Imran. Benda senang jer."

"Kau ni kan. Aku taknak terlibat ok." Ariff kembali menumpukan perhatiannya kepada makanan yang dibelinya. Dia perlu makan dengan segera sebelum waktu rehat tamat.

“Come on, Ariff. Be a man, friend. " Hafidz menepuk bahu Ariff beberapa kali umpama memberi semangat kepada Ariff.

"Aku tolong kau kali ni jer. " Akhirnya Ariff memberi kata putus kepada Hafidz.

"Mantap. Tapi kita kena buat cepat sikit before cikgu sign markah exam kita"

Ariff mengangguk dalam keadaan serba salah.

Tanpa mereka sedari, ada sepasang telinga yang sedang mendengar perbualan mereka disebalik dinding. Rose segera berlalu sebelum ada orang yang menyedari kehadirannya disitu.

_______________________________

(Beberapa hari kemudian)

“Tengku Imran, sila berdiri!"

Seisi kelas agak terkejut mendengar suara tegas Cikgu Luqman meminta Imran untuk berdiri.

Imran bangun dengan perasaan bercampur baur antara takut dan keliru. Rose terlebih dahulu berasa cuak kerana seakan tahu apa yang akan berlaku.

“Saya kecewa dengan keputusan kamu kalini, Imran. Kamu satu2 nya pelajar kelas ni yang gagal dalam subjek yang saya ajar"

Kata2 Cikgu Luqman sangat memeranjatkan pelajar yang berada didalam kelas tersebut lebih2 lagi Imran. Dia tidak sangka yang dia akan gagal dalam peperiksaan sedangkan dia yakin dia boleh mencapai target yang ingin diperolehi.

Tanpa sesiapa perasan, Rose memandang tajam kearah Hafidz seakan akan menyimpan dendam

***flashback end***

“And then, aku dapat tahu yang parents Imran marah teruk dekat Imran" Rose masih berjalan mundar mandir dihadapan Diana.

“Disebabkan benda kecik tu, kau sanggup jadi pembunuh?"

“Apa kau kata? Kecik?? Kau tahu tak disebabkan diorang, Imran dapat malu!! Diorang memang silap besarlah sebab cari pasal dengan orang yang aku sayang"

“Aku tak pernah tahu pun yang kau sayangkan Imran" Diana agak terkejut dengan pengakuan daripada Rose tadi.

"Aku memang dah lama sukakan dia. And sebab tu lah jugak kau ada kat sini. Kau tahu tak?!" Rose berjalan menghampiri Diana. Rose mendekatkan wajahnya ketelinga Diana seakan-akan ingin membisikkan sesuatu.

"Aku tak suka kau rampas hak aku" Rose membisik perlahan di telinga Diana.

"Tapi apa aku buat" Diana masih bingung dengan kenyataan yang dinyatakan oleh Rose tadi. Setahu dia, dia tidak pernah menganggap Imran sebagai teman lelakinya. Begitu juga layanan Imran terhadap Diana.

“Biar aku explain." Rose mengambil sebuah kerusi yang berada dipenjuru bilik dan diletakkan dihadapan Diana lalu dia duduk betul2 berhadapan dengan Diana.

"Ada satu hari tu, aku ajak Imran keluar. And dia tolak. After that aku jumpa dia duk lepak dengan kau. Simple. Tapi kau faham kan" Rose mendongakkan kepada Diana menggunakan pisau yang dipegangnya dari tadi.

“Aku betul2 tak expect dia sanggup tipu aku semata mata nak jumpa dengan kau." sambung Rose dengan pisau masih berada di dagu Diana.

“Aku... aku tak tahu, Rose. S..sumpah aku tak tahu. Aku pernah jumpa dia sekali jer. Tu pun terserempak jer" Kata Diana dengan nada suara yang terketar-ketar.

“KAU JANGAN TIPU AKU, DIANA!!!" Rose mengangkat tinggi pisau yang dipegang dan bila2 masa sahaja pisau tersebut akan menikam tubuh Diana...

Enjoy your reading...

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience