Tuan Adam | Ep.9

Romance Completed 32128

Tuan Adam sudah tidak tahan melihat Aisyah di perlakukan seperti itu. Dia menghampiri Aisyah tetapi tangannya sempat di capai Katrina.

" sayang, dah lama i tak lepak dengan you dekat atas, jom lah," Katrina berkata manja. Tuan Adam merenung Katrina tajam, kali ini kesabarnya di tahap kemuncak.

" BERAMBUS KAU DARI SINI!!!," Tuan Adam menjerit sekuat hati, nafasnya turun naik, wajahnya memerah sehingga kelihatan urat timbul di lehernya. Tangan Katrina di tepis kasar.

Katrina tersentak begitu juga Aisyah, masing-masing terkedu melihat Tuan Adam yang sudah menyinga.

" sayang...," Katrina berkata dengan bibir menggeletar. Tuan Adam merenungnya tajam.

" bukan i yang buat salah, tapi maid you yang...,"

" TAK KISAH LAH DIA BUAT APA SEKALI PUN...KAU SIAPA NAK JEJAK KAKI DEKAT SINI!!!??? KAU SIAPA!!!??? " Aisyah terkaku di situ melihat Tuan Adam yang sedang marah.

Baru kali ini dia melihat Tuan Adam sebegitu marah. Mak Dah dan Pak Wan berlari anak menuju ke ruang tamu bila mendengar suara Tuan Adam menjerit-jerit.

" kenapa you jerit dekat i...,"

" sebab kau tak layak nak dilayan macam manusia, Katrina, jadi tolong...aku dah tak sanggup lagi nak tengok muka kau, aku cuma mintak kau jangn kacau aku dan family aku, jangan jejak dekat sini lagi...," Tuan Adam berkata tegas. Tangannya di kepal, cuba menahan rasa geramnya. Ikukan hati, mahu sahaja dia menumbuk Katrina, tetapi dia masih dapat mengawal keinginannya itu.

" you ingat i takut?...you pun kenal i Adam... selagi i tak dapat apa yang i nak, i tak akan mengalah...yang you nak bela sangat perempuan kampung ni dah kenapa?,.." Katrina berkata berani walaupun suaranya sedikit bergetar. Tuan Adam menghampiri Aisyah dan memeluk bahunya.

" sebab PEREMPUAN KAMPUNG ni, aku akan jadikan dia pedamping aku sampai aku mati, tak ada siapa pun yang boleh ganti tempat dia...kau nak tau apa beza kau dan dia?...kau musnahkan hidup dan harapan aku...tapi dia pulihkan aku dan bagi aku harapan untuk hidup...jauh beza mulia dia dengan kau, biar aku kenal dia sekejap, dari kenal kau bertahun tapi tak bagi makna dalam hidup aku, kau pun kenal aku macam mana Rina, sekali aku serahkan perasaan aku, aku sungguh-sungguh... bukan macam kau!!...,"

" untuk pengetahuan you... sekarang aku dah serahkan perasaan cinta aku dekat dia, sebab aku yakin dia tak kecewa kan aku... macam kau buat dulu..., move on lah Rina, buat apa kau nak kejar aku balik? sedangkan bertahun kau tinggalkan aku mereput sorang- sorang.., dia yang jadikan aku macam sekarang ni, bukan kau...please..," Tuan Adam berkata panjang lebar. Aisyah mendongak, memandang Tuan Adam, air matanya mengalir di pipi...perasaannya bercelaru tika itu.

" okay fine!!!..tak apa Adam...kali ni you boleh lepas,tapi you akan menyesal sebab tolak i...perempuan ni nak harta you aja, i nak tengok bila dia kikis duit you nanti...masa tu you yang akan mengemis mintak maaf dengan i," Katrina berkata sambil tersenyum sinis sebelum melangkah ke luar villa.

Tuan Adam mengeluh berat, dia memandang Aisyah di sisinya dan melepaskan pelukan di bahu Aisyah. Aisyah sudah nenagis teresak-esak. Mak Dah dan Pak Wan menghampiri mereka.

" aku mintak maaf Aisyah," Tuan Adam berkata lembut. Melihat Aisyah menagis begitu bagaikan hatinya yang di siat-siat. Pedih dan sakit.

" saya nak masuk bilik," terdengar suara Aisyah perlahan.

" baiklah...," Tuan Adam membalas.

" Adam...," Pak Wan menepuk bahu Tuan Adam. Tuan Adam meraup mukanya sebelum menghenyakkan punggungnya di sofa.

" kenapa nasib saya tak semudah omma dan appa Pak Wan..Mak Dah, saya cuma nak ikut macam mereka, setia selamanya..., ingin meletak keyakinan dalam perhubungan, tetapi kesetian saya di pijak-pijak..., jujur dalam hati, saya baru belajar mencintai Aisyah..., tapi saya takut akan lukakan hati dia," Tuan Adam berkata lirih. Mak Dah dan Pak Wan saling berpandangn. Mak Dah mengatur langkah menuju ke bilik Aisyah, manakala Pak Wan duduk di sisi Tuan Adam.

" Adam, kadang-kadang, kita ni diuji untuk mendapatkan sesuatu yang lebih bernilai dalam hidup kita, jadikan kisah silam sebagai tauladan dan sempadan, banyak hikmah yang ada, segalanya sudah di takdirkan, rajinlah bermunajat pada Allah, mintak pertolongannya, jika benar Adam jujur dengan Aisyah dan ingin menghalalkan perhubungan antara kamu berdua, Alhamdulillah, Pak Wan sokong sepenuhnya..., yang penting kamu yakin dengan diri kamu," Pak Wan memberi nasihat.

Tuan Adam bersandar di sofa sambil memejamkan matanya. Dia benar-benar kesal atas segala perbuatan Katrina. ' Aisyah, yakin kah kau pada aku,' hatinya berbisik.

***

" Aisyah...," Mak Dah memanggil lembut. Aisyah memeluk bantal sambil duduk di katil, wajahnya di benamkan ke bantal. Dia masih menangis.

" sudahlah...jangn di bazirkan air mata tu," Mak Dah duduk di sebelah Aisyah.

" Mak Dah, Aisyah takut...," Aisyah memeluk Mak Dah sambil mengangis teresak-esak, sungguh dia rindukan Umminya.

Mak Dah mengusap belakang Aisyah lembut, matanya juga sudah berkaca-kaca. Sedih melihat Aisyah menagis begitu. Sejak Aisyah datang buat kali pertama di villa , dia sudah berkenan dan jatuh sayang pada gadis itu. Aisyah sudah dianggap seperti anaknya sendiri.

" Aisyah takut kalau buat keputusan yang salah, Mak Dah," Aisyah berkata dalam tangis.

" yakinlah dengan hati kamu Aisyah, buat solat istikarah, mintak petunjuk darinya," Mak Dah berkata lembut.

" Aisyah dah buat Mak Dah,..,"

" ada jawapan?," Mak Dah bertanya. Aisyah mengangguk perlahan.

" Tuan Adam yang muncul... tiga kali Aisyah buat..dan ketiga-tiganya hanya Tuan Adam yang muncul,"

" Alhamdulillah, Aisyah kena yakin dengan jodoh..., lapangkan hati dan fikirkan yang baik-baik, insyaallah semuanya akan okay," Mak Dah memberi semangat dan tersenyum pada Aisyah. Hatinya lega mendengar apa yang dikatakan Aisyah. Syukur kerana doanya termakbul.

***

" hoi...apa yang kau intai tu, apa kau cari?,"
Faiz di sergah dari belakang. Dia memusingkan badannya kerana terkejut.

Ada dua lelaki yang tidak di kenali sedang berdiri di hadapannya. Jelas sekali wajah mereka tidak menyenangi perbuatan Faiz itu.

" apa yang kau buat depan rumah aku ni?, kau nak merompak ke?," tanya salah seorang dari mereka.

" encik ke pemilik rumah ni,?," Faiz bertanya tanpa menghiraukan pertanyaan dari lelaki itu.

" haah...kenapa?," lelaki itu berkata sedikit kasar.

" ada orang nak berjumpa dengan encik, berkaitan dengan Aisyah," Faiz berkata sambil melihat riaksi terkejut dari mereka.

" Aisyah?...jadi budak tu masih hidup," dua lelaki itu ketawa senang hati.

" tapi sebelum tu, encik kena sediakan segala dokumen berkenaan Aisyah," Faiz berkata serius.

" apa maksud kau ni, aku nak balik anak sedara aku tu, aku berhak pada dia," Leman bertanya bengis. Dia masih tertanya-tanya siapakah Faiz?

" kalau encik nak berjumpa dengan Aisyah, sila penuhi syarat yang saya katakan, ini kad saya, encik boleh hubungi saya bila semuanya sudah tersedia, assalamualikum," Faiz menghulurkan sekeping kad dan segera melangkah ke keretanya. Leman dan Sani sekadar memerhati kereta Faiz meninggalkan halaman rumah.

" akhirnya, aku ada harapan nak bebas balik Sani," Leman tersengeh melihat kad di tangannya. Sani ikut tersengeh, dia lega kerana Leman akan segera keluar dari rumahnya.

***

" baik!.. kau cakap aja bila nak jumpa," Tuan Adam berkata di telifon sambil memeluk tubuh.

Dia menerima panggilan telifon dari Faiz berkenan Leman, bapa saudara Aisyah. Ada urusan penting yang perlu di selesaikan. Selang beberapa minit talian di matikan. Tuan Adam tersenyum puas. Dia mendail satu nombor di telifon bimbitnya.

" assalamualaikum appa, gwencana..., appa Adam ada benda nak cakap, benda penting...," Tuan Adam menalifon Tuan Kim. Dia meluahkan segalanya pada Tuan Kim dan menjelaskan segala rancangannya.

***

" betul ke dia nak jumpa dekat mamak ni Sani," Leman bertanya pada Sani.

" betul lah, masa aku terserempak dengan anak sedara kau dulu pun dekat mamak ni," Sani menarik sebuah kerusi sebelum duduk, di ikuti Leman.

Tidak lama kemudian terlihat kelibat Faiz sedang menuju ke arah mereka bersama seorang lelaki tinggi berkaca mata hitam. Mereka berdua segera duduk di hadapan Leman dan Sani.

" baiklah, aku dah sediakan apa yang kau nak, tapi aku nak Aisyah dulu, baru aku bagi segala dokumen ni," Leman berkata dahulu. Faiz dan Tuan Adam saling berpandangan.

" berapa hutang kau pada Ah Seng?," Tuan Adam bertanya selamba. Jelas Leman terkejut dengan pertanyaan Tuan Adam.

" kau ni polis ke?,"

" aku bukan polis dan bukan orang Ah Seng, tapi aku nak tolong kau," Tuan Adam jawab mendatar.

" apa yang kau melawak ni, aku tak percaya, siapa kau tiba-tiba nak tolong aku," Leman tarik senyum sinis.

"Aku bakal suami pada anak saudara kau, aku nak tolong kau dengan bersyarat, kau kena jadi wali nikahkan aku dengan Aisyah, aku akan langsaikan hutang kau, hidup kau akan bebas," Tuan Adam menjelaskan tujuannya. Leman seperti berfikir panjang.

" kalau encik Leman nak tau, Tuan Adam sudah langsaikan segala hutang encik pada Ah Seng," Faiz berkata. Leman dan Sani saling berpandangan.

" dan, kalau encik setuju untuk menjadi wali, Tuan Adam akan memberikan wang tunai 30 ribu ringgit pada encik," Leman dan Sani sedikit terkejut mendengar penjelasan Faiz.

" kenapa kau sanggup nak bagi semua ni?," Leman bertanya seperti tidak percaya.

" sebab...Aisyah lebih bernilai dari semua tu, permintaan terakhir aku...lepas Aisyah sah menjadi isteri aku, aku tak nak kau ganggu hidup dia, lagi elok kalau kau berambus terua dari sini," Tuan Adam berkata serius.

Dibalik cermin mata hitamnya dia merenung tajam pada Leman. Hatinya menahan geram melihat pak cik Aisyah itu, teringat Aisyah menceritakan pak ciknya yang ingin menyerahkan Aisyah pada Ah Seng. Sani berbisik sesuatu di telinga Leman.

" baik...aku ikut kata kau, kalau setakat jadi wali aku tak ada masalah, aku pun tak heran dengan budak Aisyah tu, menyusahkan hidup aku aja, bila kau nak nikah? Sekarang pun boleh...janji kau bagi duit yang kau cakap tu," Leman berkata sambil tersenyum. Faiz dan Tuan Adam saling berpandangan.

" ada lagi syaratnya...,"

" apa lagi korang ni?," berkerut kening Leman.

" aku nak geran tanah rumah tu, sebab tu bukan milik kau," Tuan Adam berkata lagi.

" kau kan kaya, apa yang kau heran sangat dengan rumah buruk tu," Leman berkata tidak senang.

" baiklah...aku gandakan duit tu jadi 50k.." Faiz menoleh pada Tuan Adam, dia tidak percaya sahabatnya itu sanggup memberikan sebanyak itu pada Leman.

" okay...," Leman dan Sani saling berpandangan dan tersenyum.

" aku akan uruskan semuanya, nanti aku akan contact bila dah selesai dan aku nak kau bawa geran tanah tu pada hari pernikahan, kalau semua syarat tu tak ada, kau tak akan dapat dut 50k tu," Tuan Adam berkata sebelum melangkah pergi.

" jangan cuba nak lari, kalau tak saya akan serahkan encik pada polis, saya harap encik berfikir dengan bijak," Faiz juga bagun dan mengekori Tuan Adam. Leman bersandar di kerusi sambil melihat kelibat mereka hilang di pandangan.

" ini peluang kau Leman, lepas kau dapat duit tu, kau boleh lari pergi golok, tak adalah kau nak menghadap pihak polis lagi," Sani bersuara.

" aku pelik, kenapa Aisyah tu bernilai sangat pada dia, sanggup berhabis duit untuk budak tak guna tu,"

" kalau hati dah sayang Leman, apa pun sanggup, apa lagi yang kau nak fikirkan...lepas aja walikan diaorang tu, kau bebas...duit pun dapat," Leman sekadar menganggukkan kepalanya mendengar kata-kata Sani.

***

" aku nak aja tumbuk muka dia tadi Faiz," Tuan Adam melepaskan cermin matanya setelah berada di dalam kereta. Ikutkan hati, mahu sahaja dia menyerahkan Leman pada pihak polis, tapi dia tidak mahu ada dendam di hati Leman buat Aisyah. Bakal isterinya itu juga pasti sedih jika tahu satu-satunya ahli keluarga di sumbat ke dalam penjara. Dia mahu semuanya kembali aman dan tenang. Soal duit tidak menjadi masalah.

" aku faham Adam, ni bila kau nak bukak cerita pasal Aisyah?, aku ni jumpa pun belum, nampak hujung tudung aja tadi, teruja pulak aku nak kenal dengan dia," Faiz saja ingin menyakat Tuan Adam.

" kau jangan nak melebih, kang kau yang dapat ni dulu," Tuan Adam menunjukkan penumbuknya. Faiz ketawa mengekek. ' hai Adam2...kau ni kalau dah sayang, apa pun sanggup,' dia berbisik dalam hati.

" aku gurau je bro, kau ni kalau dengan perempuan yang kau sayang, apa pun kau sanggup nak bagi, Katrina tu memang tolak tuah betul," Faiz berkata selamba. Tuan Adam menoleh ke arahnya.

" opsss...sorry bro," Faiz cepat-cepat meminta maaf bila sedar kesilapannya.

" tak apa lah Fiz, aku dah tak ada kena mengena lagi dengan Katrina tu, cukup lah apa yang aku dah lalui dulu,sekarang aku fokus pada Aisyah aja, macam mana aku nak bahagiakan dia," Tuan Adam membalas sambil tersenyum.

" betul la tu Adam, tapi kenalkan lah aku dengan bakal isteri kau tu, nak tgok jugak cun ke tak cun," Faiz tersengeh.

"Biar dia cun kat mata dan hati aku je,"

" cehhh...pujangga lah sangat, ni nak aku hantar kau balik terus atau kau nak singgah mana-mana?," Faiz bertanya.

" balik lah, lama sangat aku tinggalkan bidadari aku tu," Tuan Adam saja ingin mengusik Faiz.

" iya lah bro, kau sorang aja yang ada orang nak, aku ni siapalah yang pandang," Faiz buat-buat merajuk. Tuan Adam ketawa terbahak-bahak.

" bukan tak ada orang nak, kau je jual mahal," Tuan Adam berkata sambil memegang perutnya kerana banyak ketawa. Mereka ketawa berdua sebelum beredar pulang.

***

" assalamualaikum...," Aisyah yang sedang menyiram sayur di belakang villa terdengar sayup-sayup suara orang memberi salam. Dia berhenti menyiram dan melangkah ke pintu dapur.

" Aisyah...," Puan Afifah sudah berada di dapur dan terus memeluk Aisyah. Aisyah terkejut dengan kehadiran Puan Afifah di villa itu. Puan Afifah tersenyum bahagia melihat Aisyah yang sedang terkejut.

" Puan..., tak cakap pun nak balik, saya belum masak lagi," Aisyah berkata masih dalam keadaan terkejut. Mak Dah tiba-tiba muncul dengan beg plastik di tangan. Dia meletakkan beg plastik di atas meja.

" eh...tadi bukan Mak Dah kata nak ke pekan hantar kuih ke?," Aisyah bertanya pelik.

" haah, dengan ambil Puan sekali, Puan saja nak bagi kejutan pada kamu, tu yang Mak Dah tak bagi tau," Mak Dah tersengeh.

" Puan sorang aja ke?," Aisyah bertanya.

" haah, darling... lusa baru uncle dan adik-adik Adam sampai, baru dapat cuti," Puan Afifah menjawab senang. Dia tidak lepas memandang wajah Aisyah sedari tadi sehinggakan Aisyah terasa malu di pandang begitu.

" Aisyah tau tak, auntie orang paling happy sekarang ni, tak sabar rasanya," Puan Afifah berkata dan kembali memeluk Aisyah. Aisyah memandang Mak Dah dan memberi isyarat kenapa?, Mak Dah hanya mengangkat bahu.

" kalau Aisyah nak apa-apa, just bagi tau okay," Puan Afifah berkata dan melepaskan pelukannya. Aisyah yang masih pelik, hanya menganggukkan kepalanya, seperti burung belatuk.

" okaylah, you...i nak rehat dulu ye, lenguh tengkuk ni," Puan Affifah berkata mesra pada Mak Dah. Mak Dah memberi isyarat okay pada Puan Afifah. Aisyah segera menghampiri Mak Dah bila Puan Afifah sudah melangkah pergi.

" Mak Dah, kenapa Puan balik tiba-tiba?," Aisyah tidak sabar bertanya.

" ada lah tu, kenapa?," Mak Dah seperti ingin menyembunyikan sesuatu.

" macam ada hal penting aja," Aisyah masih tertanya-tanya.

" penting la tu kot,"

" Mak Dah, cakap la betul-betul," Aisyah seperti dapat menghidu Mak Dah menyembunyikan sesuatu padanya. Mak Dah buat muka selamba sambil menyusun bawang di bakul, dia buat- buat tidak nampak renungan Aisyah.

***

Tuan Adam melangkah masuk ke villa, dia baru sahaja menguruskan segala dokumen pernikahannya dan mendaftar kursus pra perkahwinan untuk dia dan Aisyah.

"Omma!?," Dia terkejut melihat ommanya sedang menonton telivisyen bersama Aisyah.

" hai...lambat balik, Adam pergi mana?," Puan Affifah bertanya sambil tersenyum. Tuan Adam melirik pada Aisyah yang sedang menonton.

" Adam ada hal sikit," Tuan Adam menghampiri Puan Afifah dan menghulurkan tangan untuk bersalam dan disambut mesra oleh Puan Afifah.

" omma kata nak balik lusa, awal sampai...appa mana?," Tuan Adam bertanya.

" appa dengan adik-adik balik lusa, Lisa baru dapat cuti lusa," Puan Afifah menjawab pertanyaan Tuan Adam.

" ohh...baiklah, Adam naik dulu nak solat," Tuan Adam berkata dan melirik Aisyah yang tidak menghiraukannya.

Tuan Adam mengatur langkahnya menuju ke tangga, barulah Aisyah memandang Tuan Adam, tetapi dia tidak menyangka Tuan Adam akan berpaling menghadapnya. Dia gelabah dan terus mengalihkan pandangannya. Wajahnya jelas memerah menahan malu. Tuan Adam tersenyum senang dan menyanyi sambil menaiki anak tangga.

***

Aisyah yang baru sahaja selesai menunaikan solat isyak di kejutkan dengan satu mesej dari Tuan Adam.

-buka pintu sekarang-

Aisyah mengerutkan dahinya, dia segera bangun dan membuka pintu bilik dengan perlahan. Tuan Adam sudah berdiri tegak di depan pintu bilik dengan kertas di tangannya.

" ni jadual kursus, start esok...pakai baju kurung yang aku belikan tu, jangan lambat pukul 7.30 aku tunggu depan pintu," Tuan Adam berkata dan menghulurkan kertas itu pada Aisyah sebelum melangkah pergi. Aisyah tidak sempat untuk bertanya apa-apa, Tuan Adam sudah menapak menaiki anak tangga.

" kertas apa ni," Aisyah membaca isi kertas itu.

- jadual kursus pra-perkahwinan-

" ohh..kursus kahwin..hah!!.KURSUS KAHWIN!???," Aisyah membutangkan matanya terkejut.

" Tuan betul serius ke nak kahwin dengan aku ni?, cepatnya...," Aisyah yang masih bertelekung berlari anak menaiki tangga. Dia menuju ke bilik Tuan Adam.

" Tuan, saya nak cakap sikit," Aisyah berkata mengah, akibat berlari menaiki tangga.

" kau tak di benarkan cakap dengan aku sampai esok," Tuan Adam berkata dari dalam bilik.

" Tuan, apa semua ni, saya tak faham...kenapa saya kena pergi kursus kahwin bagai," Aisyah bertanya tidak puas hati.

" esok aku bagitau!, dah...pergi tidur.. esok aku tau pukul 7.30 kau dah siap, ikut kata aku kalau tak nak aku heret kau..," Tuan Adam berkata tegas. Aisyah mensengus geram.

' kejap baik..kejap macam singa, aku pun tak faham, sikit-sikit nak paksa, susah sangat ke nak cakap baik-baik, eee...geramnya,' Aisyah merungut dalam hati.

Dia melangkah pergi dengan kertas yang sudah ronyok di tanganya. Tuan Adam mengintai dari celah pintu sambil tersenyum melihat tingkah Aisyah yang tidak puas hati.

***

Seperti yang di janjikan, tepat pukul 7.30, Tuan Adam sudah terpacak menunggu di depan pintu bilik Aisyah. Selang beberapa minit daun pintu di buka dari dalam.

Aisyah keluar dan terkejut melihat Tuan Adam berdiri tegak di hadapannya. Dia melihat Tuan Adam dari atas hingga ke bawah. Tuan Adam mengenakan baju kurta warna hijau zamrud dan berseluar putih serta bersongkok.

Dia terpana melihat penampilan Tuan Adam yang menyerlahkan ketampanannya itu. Tuan Adam menjentikkan tangannya di hadapan Aisyah.

" taulah bakal suami kau ni handsome, sabar ye sayang, jangan terkam sekarang, belum halal lagi, nanti bila dah halal...abang rela kalau sayang nak buat apa-apa pun...," Tuan Adam mengenyitkan matanya.

Aisyah terus menunduk malu, wajahnya terasa panas. Tuan Adam senang dapat menyakat Aisyah, dia juga terpana bila melihat penampilan Aisyah yang sedondon dengannya. Aisyah yang berkulit putih mulus itu amat sesuai dengan warna hijau zamrud, nampak menyerlah sungguh keayuan gadis itu.

" ehemm...saya tak cakap pun nak kahwin dengan Tuan, memandai jek," Aisyah berkata dengan perlahan.

" ohh..iya ke...aku tak dengar dari mulut kau, tapi aku dengar dari hati kau, dalam hati tu kata dah setuju...betul kan," Tuan Adam sengaja memancing. Aisyah salah tingkah, panas di wajahnya belum juga surut.

" kata nak pergi pukul 7.30, nanti lambat nak salahkan saya pulak," Aisyah menonong menuju ke pintu ruang tamu tanpa menghiraukan Tuan Adam. Tuan Adam tersenyum nakal, dia menggikuti langkah Aisyah dari belakang.

***

Selama tiga hari berturut-turut Tuan Adam dan Aisyah menghadiri kursus pra -perkahwinan di pekan. Aisyah hanya menurut segala permintaan Tuan Adam. Hari ini hari terakhir mereka berkursus, Tuan Adam mengajak Aisyah pergi ke satu butik pengantin. Aisyah hanya menurut tanpa membantah.

" Assalamualaikum, Tuan Adam memberi salam dan menolak daun pintu butik di susuli Aisyah di belakangnya.

" waalaikumsalam, Adam...kenapa lambat sangat...penat tau Omma dengan Mak Dah tunggu," rupa-rupanya, Puan Afifah sudah berada di butik itu sedari awal. Aisyah memandang Mak Dah meminta jawapan, tetapi Mak Dah hanya tersengeh.

" Aisyah, omma nak Aisyah pilih, baju mana yang Aisyah suka," Puan Afifah memeluk bahu Aisyah dan menggelarkan dirinya Omma. Aisyah kelu untuk berkata-kata.

" A..Aisyah tak pandai pilih, auntie je lah yang pilih," Aisyah berkata gugup. Seumur hidupnya tidak pernah dia melihat baju-baju secantik itu.

Baginya semua baju di hadapannya cantik dan menarik, susah untuk membuat pilihan. Puan Afifah tersenyum mendengar kata-kata Aisyah.

" okaylah...nanti omma pilih tiga, Aisyah pilih salah satu ye," Puan Afifah berkata, dia faham Aisyah yang masih dalam keadaan terkejut dengan segala persiapan yang di lakukan.

Aisyah mengangguk sahaja. Puan Afifah menuju ke bilik simpanan baju dan memilih baru sesuai untuk bakal menantunya di temani Mak Dah. Tuan Adam dan Aisyah duduk menunggu di sofa.

Selang beberapa minit, Puan Afifah keluar dengan baju di tangannya. Ada tiga helai baju... warna putih, krim dan peach..,semuanya ringkas dan kemas, sesuai dengan Aisyah yang sentiasa berpenampilan ringkas. Aisyah terpana melihat kesemua baju yang cantik di hadapannya.

" ni semua omma yang pilih, Aisyah boleh la try, cuba tengok mana yang sesuai," Puan Afifah menghulurkan ketiga-tiga baju pada Aisyah.

Aisyah memandang Tuan Adam. Tuan Adam mengangguk. Aisyah bangun dan menuju ke ruang persalinan.

***

" Tuan boleh saya cakap dengan Tuan sekejap?," Asyah bertanya pada Tuan Adam apabila pintu bilik Tuan nya itu di buka dari dalam.

Tuan Adam yang baru sahaja bangun dari tidur menggosok matanya. Aisyah memandangnya penuh harapan. Dia hanya mengangguk.

" jom," Tuan Adam melangkah menuju ke perpustakaan.

" ada apa Aisyah?," Tuan Adam bertanya lembut.

" saya nak tanya Tuan sesuatu,"

" tanyalah,"

" kenapa Tuan pilih saya?,"

" kerana Allah," Tuan Adam menjawab yakin.

" Tuan cintakan saya?," Aisyah bertanya lagi.

" Hanya Allah aja yang tahu," Tuan Adam merenung Aisyah lembut. Dia sendiri tidak tahu ingin mengambarkan perasaannya pada Aisyah, yang pasti dia tidak boleh berjauhan dengan gadis itu.

" terima kasih kerana berusaha untuk jadikan saya yang halal buat Tuan, tapi saya masih belajar untuk terima Tuan, adakah Tuan akan sabar bila saya tidak melayan Tuan sebagai isteri nanti?," Aisyah masih bertanya. Dia ingin mendengar segala jawapan dari Tuan Adam. Tuan Adam tersenyum mendengar soalan yang di ajukan.

" kita ada seumur hidup untuk saling mengenal dan memahami, jadi jangan risau, aku akan sabar menunggu hati kau terbuka sepenuhnya untuk aku. Aisyah... menjadikan kau halal untuk aku, seperti mimpi jadi kenyataan," Tuan Adam berkata sambil tersenyum. Aisyah membalas senyuman itu dan mengangguk.

" saya bersyukur jika Tuan benar-benar ikhlas....saya terima Tuan menjadi kekasih halal saya, insyaallah...bimbinglah saya untuk menjadi isteri solehah," Aisyah berkata dengan yakin. Tuan Adam terharu mendengar pengakuan Aisyah.

" saya turun dulu," Aisyah berkata dan melangkah pergi. Tuan Adam mengucap syukur di dalam hati. Dia lega Aisyah dapat menerimanya.

***

Tuan Kim dan anak-anaknya tiba di hadapan pintu villa, mereka terlewat tiga hari dari jadual sepatutnya kerana Tuan Kim terpaksa menyiapkan kerja.

" Appa, rasanya omma marah tak?" Lisa bertanya sedikit berbisik.

" noona...apa kata kita masuk senyap-senyap" Min Ho berkata. Lisa mengangguk setuju. Mereka berjengket menuju ke pintu villa.

" Assalamualaikum...omma!!!," tiba -tiba Reza memberi salam dan memanggil ommanya. Lisa dan Min Ho menoleh.

"Oppa!!,"

"Hyung!!!,"

Mereka menjerit serentak. Masing-masing menjeling Reza yang berwajah selamba seperti tidak berbuat salah.

" aishhh...cinca..., noona..," Min Ho memandang Lisa memberi isyarat, Lisa yang mengerti mengangguk.

" hana..tul..set..," mereka mengejar Reza. Reza yang faham, terus melarikan diri.

Mereka saling berkejaran dengan gelak tawa. Tuan Kim hanya memandang sambil menggelengkan kepala. Muncul Puan Afifah di muka pintu dengan apron yang masih melekat di badan. Dia bercekak pinggang sambil melihat ke arah suami dan anak-anaknya.

" YAHHH,!!!," dia menjerit sekuat hati. Anak-anaknya terkejut mendengar suara ommanya menjerit.

Masing-masing memandang ke pintu villa. Tuan Kim juga terkejut mendengar Puan Afifah menjerit.

" baru sampai?...ingatkan tak nak datang terus...," Puan Afifah berkata dengan nada marah. Tuan Kim tersengeh.

" yeobo...miane...ada hal mendadak," Tuan Kim menghampiri Puan Afifah. Dia menghadiahkan senyuman manis pada isterinya tetapi di balas dengan jelingan.

" cepat masuk, tak kesian ke omma buat sorang-sorang, MERAJUK!!," Puan Affifah berkata dan berlalu pergi. Tuan Kim dan anak-anaknya saling berpandangan.

***

Reza, Lisa dan Min Ho masuk ke bilik masing-masing begitu juga Tuan Kim. Puan Afifah sibuk di dapur menolong Aisyah dan Mak Dah memasak. Tuan Adam keluar ke pekan mencari barang di temani Pak Wan.

" Aisyah, Adam suka sangat makan kambing, tapi dia agak memilih, kalau tak sedap dia terus tak nak makan," Puan Afifah memberitahu. Aisyah mengangguk faham.

" walaupun Adam tu nampak cerewet, dia tak kisah pun nak makan apa, janji sedap untuk dia makan," Puan Afifah memandang Aisyah yang sedang menyiang ikan siakap di singki. Dia senang melihat Aisyah yang tidak kekok membuat kerja rumah. Dia bersyukur kerana anaknya memilih Aisyah sebagai isteri.

" Puan, Tuan tu kuat merajuk tak?," Aisyah bertanya.

" kalau dulu memang suka merajuk, manja sangat dengan omma, tapi sejak dia berkawan dengan Rina, dah jarang dia mengadu apa-apa, memang omma risau sangat, sebab omma dekat korea, dia jauh dekat sini," Puan Affifah berkata sedikit berbisik. Aisyah hanya mengangguk perlahan.

" Aisyah, tau tak tentang Adam dan Rina?"

" tau juga, tapi tak banyak sangat auntie," Aisyah tersenyum, dia teringat Tuan Adam cerita padanya yang Omma dan Appanya tidak tahu dia dan Rina pernah bertunang.

" dulu omma risau, tapi sekarang omma bersyukur sangat, sebab nak dapat anak perempuan lagi sorang," Puan Afifah berkata riang dan memeluk bahu Aisyah mesra. Aisyah membalas dengan senyuman manisnya.

" annyohasayo..omma..unni...Mak Dah, saranghe..muah..muah..,"tiba-tiba mereka di kejutkan dengan suara Lisa. Aisyah dan Puan Afifah menoleh ke belakang melihat Mak Dah yang sedang di peluk Lisa.

" Allah!!! Mati aku...tercekek," Mak Dah melatah dek kerana Lisa memeluk erat Mak Dah.

" hish...bertuah punya budak,"Mak Dah membebel. Lisa tersengeh manja.

" unni, buat apa," dia menghampiri Aisyah.

" tengah siang ikan, nah ambik ni," puan Afifah mengangkat ikan di dalam singki dan di berikan pada Lisa.

" ARKHHHH....OMMAAAAA" Lisa menjerit ketakutan sambil mencicit lari ke ruang tamu. Mereka mentertawakannya.

" anak dara sorang tu memang susah nak turun dapur, semua takut..siang ikan takut, siang ayam takut, tapi kalau dah siap masak laju pulak makan," Puan Afifah membebel.

" OPPA!!!!" Terdengar Lisa menjerit di ruang tamu.

" hah...balik pun anak bujang tu, tengah hari baru muncul, dari pagi keluar," Puan Afifah membasuh tangannya dan mengatur langkah ke ruang tamu.

Aisyah baru siap menyiang tiga ekor ikan siakap sebesar lengannya. Dia membasuh ikan itu dan di letakkan atas dulang kecil.

" Mak Dah, ikan ni nak masak asam pedas je ke?," Aisyah mengelap tangannya yang baru di basuh.

" sekor masak stim, masak tiga rasa dan masak asam pedas," Mak Dah berkata dan menghampiri Aisyah.

" okay, ni kita nak masak sayur apa?,"

" hah, yang tu jangn risau, karang Puan yang sediakan sayur, hari ni kita makan sayur korea," Mak Dah tersengeh.

" sayur korea?,"

" Mak Dah tak ingat nama dia, sebut je lah sayur korea, kemici..kamci..entah lah" Mak Dah menggaru kepalanya yang tidak gatal.

" ohhh...kimci..,"

" haah, kimci..hahaha," Aisyah tertawa kecil melihat Mak Dah yang geli hati.

***

" eh..bila sampai, kenapa tak call oppa?," Tuan Adam bertanya bila Lisa menjerit di hadapannya.

" rindunya dengan oppa, sarangheyo..."

" kitaorang takut kena bebel dengan omma, oppa kan tau kalau omma membebel tak cukup sehari," Lisa mengadu, dia tidak sedar Puan Afifah sudah tercegat di belakangnya. Tuan Adam memberi isyarat pada Lisa, dan Lisa menoleh ke belakang.

" OMO!!, omma!!!," Lisa terkejut dan melompat ke belakang Tuan Adam. Sempat dia mengurut dada dengan wajah terkejutnya.

" ohhhh...mengata ye, korang ni memang ikut perangai appa tau, suka buat omma marah," Puan Afifah sudah memuncungkan mulutnya tanda merajuk.

" sudah- sudah...kalau layan Omma dengan Lisa, memang tak habis sampai esok, rosak ketenagan villa ni, baik oppa carik kak Aisyah," Tuan Adam berkata sebelum melangkah ke dapur. Lisa terkaku melihat Puan Afifah memandangnya tidak puas hati. Dia hanya mampu tersengeh memandang ommanya.

***

Puan Afifah sudah menyiapkan segala persiapan untuk majlis perkahwinan Tuan Adam dan Aisyah. Dia bersetuju untuk mengadakan majlis yang ringkas atas permintaan Tuan Adam dan Aisyah. Hanya saudara mara dan kenalan terdekat yang di jemput, semuanya keluarga sebelah Puan Afifah, itupun tidaklah ramai kerana Puan Afifah anak tunggal.

" Aisyah, hari ni kita pergi ambil baju nikah dan baju sanding ya," Puan Afifah berkata lembut.

" baik omma" Dia menjawab dan memanggil Puan Afifah dengan panggilan omma kerana sering dimarahi Puan Afifah kerana memanggil panggilan auntie.

" Aisyah pergi panggil Adam, bagitau awal-awal takut dia lupa nanti," Puan Afifah mengarah sambil menyusun bunga telur di pahar. Aisyah mengangguk dan bingkas bangun.

***

"Tuan....," Aisyah mengetuk pintu dan memanggil Tuan Adam. Tiada sahutan dari dalam.

" Tuan...,"

" salah password...," Tuan Adam berkata selamba. Aisyah mengerutkan dahinya...pelik.

" password?,"

" apa passwordnya?...,"

" passwordnya...ABANG...," Tuan Adam menjawab sambil menahan tawa.

" Abang?," Aisyah yang masih bingung bertanya. Dia tidak faham kenapa Tuan Adam berkat begitu.

" kuat sikit...,"

" ABANG??," Aisyah sedikit menjerit, tiba-tiba pintu di buka dari dalam. Tuan Adam terjegul di pintu bilik sambil tersenyum menggoda.

" ye sayang, kenapa jerit-jerit panggil abang ni? Sayang rindu ke? Sabarlah...," Tuan Adam berkata dan mengenyitkan matanya. Aisyah ternganga, kini dia baru faham yang Tuan Adam sengaja ingin menyakatnya.

" Tuan ni kalau tak kenakan saya satu hari, tak boleh ea..ada je nak carik pasal," Aisyah berkata bengang. Tuan Adam sudah bersandar di tepi pintu sambil merenung Aisyah.

" jangan lah panggil Tuan, dah sedap tadi panggil abang..,"

" ehh..tadi tu kan password..," Aisyah sengaja memerli. Tuan Adam tertawa kecil melihat Aisyah menjelingnya.

"Sayang...,"

" Tuan, bila saya dah sah jadi isteri Tuan, baru saya panggil Tuan..abang okay..bukan setakat abang je..nak panggil kanda...darling..sayang...baby..honey
.. bucuk..pon boleh," Aisyah membebel geram.

" uiiii...bucuk ea...tak terfikir pulak, hahaha," Tuan Adam ketawa mengekek.

Share this novel

YAZNI-ERNIE
2020-10-10 13:38:18 

hi ...dear....best citer u ni.i like'it.


NovelPlus Premium

The best ads free experience