Tuan Adam | Ep.12

Romance Completed 32195

Majlis resepsi berjalan dengan lancar, para tetamu juga ramai yang hadir memeriahkan majlis. Semua terdiri daripada saudara-mara dan kenalan rapat Puan Afifah serta Tuan Kim, ramai juga kaki tangan syarikat yang datang dan mengucapkan tahniah pada Tuan Adam dan Aisyah.

Semua memuji ketampanan Tuan Adam yang segak mengenakan baju berwarna hijau zamrud, dan kecantikan Aisyah memakai dress yang sepadan. Keserian mereka berdua terserlah bagai pinang di belah dua. Kenalan dan sahabat Puan Afifah juga sempat memuji Puan Afifah pandai mencari menantu.

" Aisyah, aku balik dulu ye," Syahira memeluk temannya itu erat.

" dah nak balik ke, tunggu la kejap lagi," Aisyah berkata sedih.

" haah, esok nak kena hantar adik aku balik asrama dah, dia pun ada nak beli barang sikit, sorry ye Aisyah, aku tak ada apa nak bagi kat kau," Syahira berkata.

" hish...kau datang ni dah cukup buat aku bahagia Yaya, kau bukan setakat kawan, tapi dah macam keluarga dah," Aisyah menggenggam jari jemari Syahira.

" thanks Aisyah, kalau ada apa-apa kau wasap aku ea? "

" okay, apa-apa kita rojer okay,"

" okay...tahniah sahabat," Mereka berpelukan erat. Syahira melepaskan pelukan dan bersalaman dengan Puan Afifah.

" selalu lah datang sini, borak-borak dengan Aisyah," Puan Afifah terus memeluk Syahira mesra.

" insyaallah Puan" Syahira menjawab segan. Dia bersalaman juga dengan Mak Dah dan Lisa sebelum melangkah pergi.

Setibanya di khemah makan, sempat lagi dia bertembung dengan Reza. Jejaka itu tersenyum padanya dan di balas dengan anggukan.

Reza memerhati Syahira masuk ke dalam kereta hingga kereta itu hilang dari pandangannya.

" uiii...sampai asap kereta hilang pun masih tenung lagi ye cik abang,?" Reza di kejutkan dengan suara Puan Afifah di sebelahnya. Entah bila ommanya itu berada di sisinya.

" errr...lapar pulak perut ni," Reza berlalu pergi tanpa menghiraukan Ommanya. Puan Afifah tersenyum geli hati melihat Reza yang salah tingkah.' Hai anak bujang..," Puan Afifah berbisik dalam hatinya.

***

" Aisyah, apa yang tercegat dekat singki tu?, dah dekat pukul dua belas ni, semua dah masuk tidur, Mak Dah pun kejap lagi nak masuk bilik, pergi lah tidur, berehat, esok kita sambung kemas," Mak Dah membebel sambil menyusun pinggan di almari.

Aisyah hanya tersengeh bak kerang busuk. Dia melihat telifon bimbitnya dan membaca mesej yang di hantar Tuan Adam satu jam yang lalu

Tuan Adam,
- sayang abang tunggu dalam bilik ni...bilik abang ea...cepat sikit...

Aisyah menggaru kepalanya yang tidak gatal seperti orang gelisah.

" lahhh..ingatkan dah pergi dah, tu yang tergaruk-garuk tu kenapa?," Mak Dah bertanya pelik.

" emm...Mak Dah, kalau Aisyah tidur bilik Aisyah boleh tak?," Aisyah bertanya.

" lah...kenapa pulak?, kamu kan dah bersuami, kena lah tidur bilik Tuan Adam,"

" tapi...,"

" dah pergi naik bilik sana, Mak Dah dah siap ni, kamu tak takut ke sorang-sorang kat dapur ni, mana lah tau kalau ada hantu ke..,"

" A..Aisyah naik dulu Mak Dah," belum sempat Mak Dah habis berkata..Aisyah sudah mencicit menaiki anak tangga.

" hah tau takut..., hey.. Aisyah...Aisyah.." Mak Dah menggelengkan kepalanya.

***

Aisyah mengetuk pintu bilik Tuan Adam, tetapi tiada sahutan. ' dah tidur ke?, agaknya kut, dah satu jam dia mesej tadi, harap lah dia dah tidur,' Aisyah berkata dalam hati.

Dia menolak daun pintu perlahan, suasana sedikit suram, hanya lampu di sisi katil terpasang. ' hah..tido dah,'. Dia berjingkit masuk dan perlahan-lahan menutup pintu bilik.

" ehem...," Aisyah terkejut bila ada tangan dari belakang menutup pintu, dia menoleh ke belakang, tepat-tepat wajahnya hampir dengan wajah Tuan Adam. Terasa nafasnya terhenti seketika kerana terkejut.

" a..abang...," Aisyah gugup, cuba mencari nafasnya yang hilang sebentar tadi. Tuan Adam terlihat menggoda dengan t-shirt putih longgar dan seluar paras lutut.

" lama abang tunggu, sayang pergi mana?," Tuan Adam berbisik lembut. Wajah mereka begitu hampir sehinggakan Aisyah dapat merasai deru nafas Tuan Adam. Dadanya turun naik kerana dengupan jantungnya tidak teratur ketika itu.

" err..kat dapur tolong mak Dah.," Aisyah menelan air liurnya. Tuan Adam menyentuh bibir Aisyah lembut. Aisyah terkaku. Perlahan-lahan Tuan Adam menarik tudung Aisyah.

Dia membelai rambut Aisyah dengan lemah lembut. Kini tangannya kembali di bibir Aisyah, diusapnya seperti tadi. Aisyah memejamkan matanya, takut dengan apa yang akan di lakukan Tuan Adam selepas ini.

Tuan Adam menarik dagu Aisyah lembut. Dia mendekatkan wajahnya dan mencium bibir Aisyah. Aisyah terkejut, terasa seperti seluruh tubuhnya terkena renjatan elektrik.

" sayang...," Tuan Adam tersenyum melihat Aisyah yang masih memejamkan matanya.

" kita sambung esok okay, abang tau sayang penat," Tuan Adam berbisik di telinga Aisyah. Aisyah membuka matanya, lidahnya masih kelu begitu juga seluruh tubuhnya terasa kaku.

" jom tidur, dah malam sangat ni," Tuan Adam berkata. Aisyah hanya mengangguk. Bepum sempat dia melangkah,tiba-tiba Tuan Adam mendukungnya membuatkan Aisyah terjerit kecil. Tuan Adam tersenyum dan membawa Aisyah ke katil.

" er..nak tidur dah?," Aisyah bertanya.

" kenapa? Sayang ada aktiviti lain selain tidur ke?,"

" emmm...jom tidur," Aisyah segera baring dan menarik selimut hingga ke kepala. Dia malu dengan Tuan Adam. Tuan Adam tersenyum menggoda.

Dia masuk ke dalam selimut dan merangkul tubuh kecil Aisyah ke dalam pelukannya. Wajah Aisyah benar-benar di dada Tuan Adam.

' Macam mana aku nak tidur kalau dia peluk macam ni!!?, sesiap tolong.!!!!!.' Aisyah menjerit dalam hati. Tuan Adam membelai rambut Aisyah. Mereka saling berpelukan sehingga tertidur.

***

" sayang...," Aisyah membuka matanya perlahan-lahan, silau dek lampu. Dia menggosok matanya dan menoleh ke sebelah. Tuan Adam sudah siap berbaju kurta dan bersongkok tersenyum padanya. Dia bingkas duduk.

" dah, sayang pergi mandi, abang tunggu, kita solat sama-sama," Tuan Adam membelai rambut Aisyah.

" dah masuk waktu subuh ke abang,"

" yup, tuala dan baju abang dah letak dalam bilik air, abang main cekut je tadi dalam bilik sayang," Tuan Adam berkata sambil tersengeh. Aisyah mengerutkan dahinya berfikir sejenak.' Tak kan lah dia ambil sekali..,'.

" ermmm...pakaian dalam pun abang dah ambil kan," Tuan Adam berkata teragak-agak.

" errr...Aisyah mandi dulu," Aisyah bangun dan berlari anak ke bilik air. Sebenarnya dia malu berhadapan dengan Tuan Adam.

Dia memegang dadanya yang berdebar-debar. Seperti yang Tuan Adam kata, pakaiannya sudah tersedia di bilik mandi, Aisyah menarik nafas dan dihembus perlahan.

' Okay Aisyah, releks, kau kena kuat hadap benda ni, dia dah jadi suami kau kot, apa nak segan...esok esok dia tau jugak apa yang ada kat badan kau ni, semua dari atas sampai bawah badan kau ni hak dia, kau kena kuat dan releks Aisyah..,' Aisyah membebel dalam hati. Dia membuka pakaiannya dan masuk ke bilik mandi.

***

Selesai solat subuh berjemaah, mereka turun ke bawah bersama. Terdengar suara riuh rendah di tingkat bawah.

" yahhh!!....bak sini lah...noona dapat dulu," Lisa menjerit sambil mengejar Min Ho. Mereka berlari dari dapur hingga ke ruang tamu.

" ehhh...adik dapat dulu lah...," Min Ho berlari ke arah Tuan Adam dan Aisyah. Mereka berkejaran mengelilingi suami isteri itu.

" yahhh!!! Aishhh...cinca..oo.,korang ni kalau tak bergaduh tak boleh ke, sini kau," Tuan Adam menjerit dan merangkul kepala Lisa dan Min Ho menggunakan kedua tangannya.

" hyung!!!"

" oppaaa!!"

Mereka menjerit serentak. Aisyah hanya mampu menggelengkan kepalanya dan tersenyum, dia mengatur langkah ke dapur dan membiarkan adik beradik itu bergurau senda. Terlihat Mak Dah dan Puan Afifah sedang sibuk menyediakan sarapan di dapur.

" apa yang diaorang rebutkan tu Mak Dah?," Aisyah bertanya.

" kuih keria semalam tu Aisyah, tinggal sebijik..., dah gasak berebut," Mak Dah bercerita. Aisyah tergelak kecil apabila mengetahui benda yang di rebutkan dua beradik itu.

" macam tu lah Aisyah perangai diaorang, ada je benda yang nak di rebutkan, Lisa tu tak nak mengalah...yang Min Ho pulak suka menyakat, hah..jadik lah berdua" Puan Afifah membebel sambil mengacau mee di kuali.

" best tengok diaorang bergurau," Aisyah berkata jujur. Dia tidak pernah merasa ada adik beradik, almaklumlah anak tunggal.

" best???....haduiii...kalau hari-hari boleh jadi gila tengok perangai diaorang tu, semua benda nak di rebut dan di buat berlumba, pening omma nak hadap hari-hari," Puan Afifah menggelengkan kepalanya. Aisyah tersenyum, lucu mendengar bebelan Ibu mertuanya itu.

" ada yang Aisyah boleh tolong?," Aisyah mendekati Mak Dah di singki.

" ehhh..pengantin baru duduk aja ye, rehat-rehat kan badan tu dulu, mesti penat malam tadi belum hilang lagi kan," Mak Dah berkata sambil melirikkan matanya pada Puan Afifah yang sudah tersenyum-senyum seperti faham maksud kata-kata Mak Dah itu.

" eh..mana ada penat, Aisyah okay aja," Aisyah menjawab bersahaja.

" tak apalah, rehat dulu, Mak Dah bagi peluang berehat, nanti esok ke lusa memang Mak Dah buli balik, jangan kata Mak Dah tak bagi peluang berehat" Aisyah tertawa manja memeluk Mak Dah yang membebelkannya.

Puan Afifah tersenyum melihat kemesraan mereka berdua. Tuan Adam yang baru masuk ke dapur menarik kerusi untuk dia duduk.

" abang nak air apa? Kopi?," Aisyah bertanya pada Tuan Adam.

" hah...pandai isteri abang, ni yang sayang lebih ni," Tuan Adam membuat aksi 'kiss' pada Aisyah.

" amboii..Mak Dah, orang tengah bahagia lah katakan, nampak bini dia je, kita dua orang kat sini dia tak pandang pun," Puan Afifah menyindir sambil melirik Tuan Adam.

" ehhh..ada omma dengan Mak Dah rupanya, tak perasan pulak Adam, almaklumlah..wajah bidadari Adam ni bersinar-sinar, silau sangat sampai tak perasan Omma dengan Mak Dah ada sekali," Tuan Adam menyakat ommanya.

" iya lah Adam, kami faham sangat, kan Mak Dah," Puan Afifah menjeling anak sulungnya.

" haah...bagi lah peluang Puan, orang tengah bahagia tu," Mak Dah dan Puan Afifah masing-masing mencebik. Aisyah dan Tuan Adam tertawa geli hati melihat riaksi mereka berdua yang seakan merajuk itu.

" omma, appa dengan Reza mana?," Aisyah bertanya sambil mengacau air kopi di dalam cawan.

" tadi sebelum subuh dah ke surau ikut Pak Wan, katanya nak jumpa kawan-kawan lama, ni diaorang mengeteh dekat luar lah ni, Appa kamu tu, kalau dah berborak mesti lupa kita dekat rumah ni," Puan Afifah bercerita.

" hah..abang kenapa tak ikut tadi?," Aisyah bertanya sambil menghulur cawan berisi air kopi pada Tuan Adam.

" abang nak ikut, tapi takut pulak sayang terlajak bangun, lena sangat tido tu yang abang tunggu dekat sebelah, bila azan abang terus kejut sayang, best ea..kena peluk sampai tak sedar subuh?" Tuan Adam menjawab sambil mengusik Aisyah.

" ish...abang ni," Aisyah mencubit lengan Tuan Adam.

" ouch," Tuan Adam menggosok lengannya dengan wajah berkerut seribu.

Mak Dah dan Puan Afifah saling berpandangan dan tersenyum penuh makna.

***

Tuan Kim, Reza dan Pak Wan menarik kerusi untuk duduk. Mereka singgah di kedai mamak bersama beberapa kariah mesjid yang juga kawan-kawan Tuan Kim.

Walaupun Tuan Kim orang Korea dan berharta, dia tidak kekok untuk bergaul mesra dengan orang-orang di situ. Kerana sikap merendah dirinya itu, ramai yang senang berkawan dengannya.

"Eh...lelaki yang bawa sayur tu bukan ke Pak Rasyid?," Tuan Kim bertanya pada Pak Wan dan menunjuk pada seseorang di kedai runcit berhampiran kedai mamak.

" iya lah tu Tuan, Rasyid tu meniaga sayur, pagi-pagi ni memang dia hantar sayur-sayur pada peniaga runcit," Pak Wan bercerita.

" ehh..mari lah ajak dia sarapan sekali," Tuan Kim berkata.

" tak apa appa, biar Reza yang panggil," Reza menawarkan dirinya untuk pergi memanggil Pak Rasyid.

Tuan Kim dan Pak Wan melihat dari jauh, Pak Rasyid yang di tegur oleh Reza terus menoleh pada Tuan Kim dan mengangkat tangannya. Tuan Kim tersenyum dan membalas mengangkat tangan. Reza dan Pak Rasyid beriringan menuju ke kedai mamak.

" Assalamualaikum," Pak Rasyid memberi salam dan menghulurkan tangan. Dia bersalam dengan semua orang.

" waalaikum salam, duduk lah Pak Rasyid, kita sarapan sambil borak-borak," Tuan Kim berkata mesra.

" alamak, segan pulak saya," Pak Rasyid berkata dan tersenyum.

" apa yang nak di segankan Rasyid, kita dah kenal lama dah, tak sangka pulak kau berjiran dengan Aisyah dulu, kalau aku tau dah lama aku cerita pada kau pasal budak tu," Pak Wan berkata.

Dia benar-benar terkejut bila terserempak dengan Rasyid di mesjid tempoh hari. Bila dia diberitahu yang Aisyah berteman rapat dan berjiran dengan anak Rasyid, barulah Pak Wan faham.

" Dah takdir Wan, aku pun tak ada cerita-cerita pasal Aisyah pada kau, apa-apa pun syukur budak tu selamat, Leman pun dah tak nampak bayang, aku dan Leha lah yang tengok-tengokkan rumah pusaka tu, itupun Tuan Adam yang bagi kunci," Rasyid bercerita.

" alhamdulillah, saya pun bersyukur sangat Aisyah selamat jadi menantu saya, semuanya Allah dah tentukan yang terbaik untuk kita semua," Tuan Kim berkata.

"Betul lah Tuan Kim, saya bersyukur dia di lertemukan dengan keluarga Tuan yang baik-baik semuanya," Rasyid membalas.

" Alhamdulillah...aminn,"

" Pak Cik, yaya sihat?," Reza bertanya pada Rasyid tiba-tiba.

" Yaya?..ohh..anak pak cik tu sihat aja, alhamdulillah, pagi-pagi dah tolong pak cik di kebun.." Rasyid menjawab mesra.

" aikk...tiba-tiba tanya anak dara orang kamu ni," Tuan Kim melirik pada Reza pelik.

" kirim salam pada dia ye pak cik" Reza berkata sambil tersenyum.

" insyaallah," Rasyid membalas senyuman Reza.

" apa cerita kamu Kim? Lama benar dekat Korea tu, ada projek ke?," Pak Hassan bertanya pada Tuan Kim.

" memang ada Hassan, alhamdulillah banyak projek yang masuk..," Tuan Kim beralih pula pada temannya itu. Mereka sudah kenal lama, sejak pertama kali Tuan Kim berpindah ke situ. Dari Pak Hassan menjadi muazzin sehinggalah menjadi imam mesjid di pekan itu sekarang. Mereka tetap berkawan walaupun jarang berjumpa.

***

" ish kenapa senyap aja villa ni?, mana pergi semua orang," Aisyah melangkah menuruni anak tangga ke bawah. Dia menjengah ke dapur, juga sunyi. Di atur pula kakinya ke luar laman, juga sunyi tiada sesiapa. Tuan Adam yang juga baru turun terus menghampiri Aisyah.

" sayang, senyap sunyi aja, mana semua orang?," Tuan Adam bertanya pelik.

" Aisyah tengah carik lah ni,"

" kejap....," Tuan Adam menjengah tempat letak kereta.

" hurmm...semua orang keluar lah tu, kereta Alpard tak ada kat park," Tuan Adam berkata sambil menggelengkan kepalanya.

" aik..tak bagi tau pun, kenapa tak ajak kita sekali," Aisyah menggaru dagunya yang tidak gatal.

" biar abang call," Tuan Adam mendail nombor telifon Lisa.

" hello..hah....Lisa, mana semua orang pergi, tiba-tiba sunyi villa ni, korang dekat mana?," Tuan Adam bercakap di telifon sambil bersandar di pintu. Aisyah hanya melihat sambil duduk di buaian.

" bwo!!!..cinca!!..yashh...araa..oo, yey..arasso..," Tuan Adam jelas dengan ekspresi terkejutnya. Aisyah juga terkejut bila suaminya itu menjerit kecil. Tuan Adam menamatkan talian sebelum bercekak pinggang. Aisyah tertanya-tanya kenapa Tuan Adam terkejut.

" kenapa abang? Ada sesuatu yang dah jadi ke?," Aisyah bingkas bangun dan menghampiri Tuan Adam.

" haah..sesuatu sangat...,"

" kenapa? Diaorang okay ajakan?," Aisyah bertanya bimbangan.

" sayang tak payah risau okay, diaorang tengah bersuka ria...on the way pergi cameron..," Tuan Adam berkata sambil mengusap kepala Aisyah lembut.

" hahhh!!?" Aisyah membutangkan matanya. Tak ada angin, tak ada ribut, tiba-tiba semua orang pergi tanpa memberitahu mereka.

" kannnn??....kita yang kahwin, diaorang yang pergi honeymoon, tak aci betul," Tuan Adam berkata tidak puas hati.

" sabar aja tau diaorang ni, mesti dah rancang awal, yelah...tiba-tiba je boleh senyap sunyi villa ni, tau -tau dah separuh jalan pergi cameron," Tuan Adam membebel lagi.

Aisyah ketawa kecil, dia berfikir siapa yang memberi idea pada mereka untuk meninggalkan deorang berdua di villa itu.

" sayang jangan tak tau, omma tu kalau dia kata nak berjalan, tak ada tangguh-tangguh, setengah jam pun boleh on, yang abang musykil, kenapa tak bawak kita sekali," Tuan Adam masih tidak puas hati.

" tak apalah, mungkin omma dan appa nak pergi jalan-jalan sebelum diaorang balik Korea, kita bila-bila boleh je kalau nak pergi, dah jom masuk, hari dah nak senja ni, tengok langit pun mendung semacam aja," Aisyah menarik tangan Tuan Adam mengajaknya masuk ke villa.

" abang, malam ni nak makan apa?,"

" apa pun boleh sayang, bagi abang racun pun abang makan," Tuan Adam menjawab sambil tersengeh.

" hish...jangan nak mengarut okay, Aisyah masakkan nasi goreng udang nak tak?,"

" boleh aja sayang, janji kenyang," Tuan Adam menjawab sambil meletakkan kepalanya di bahu Aisyah.

" allright," Aisyah tersenyum senang.

***

Aisyah sibuk membasuh pinggan kotor di singki. Mereka baru selesai makan malam dan Tuan Adam sudah masuk ke bilik. Aisyah ingin menyiapkan kerjanya cepat, terasa seram pula bila villa itu kosong. Di tambah pula gerimis di luar villa, sudah beberapa kali Aisyah terdengar petir berdentum.

" hish...seram pulak, yang laki aku ni boleh pulak nak membuang hajat dekat bilik dia, kot iya pun membuang lah kat tandas bawah ni, teman aku," Aisyah membebel.

Pinggan mangkuk kotor akhirnya siap di basuh. Aisyah mengelap tangannya dan mengatur langkah menuju ke tangga. Tidak sanggup berlama-lama di bawah.

Baru sahaja menapak lima anak tangga, guruh berdentum kuat diselangi kilat yang menyambar. Seraya itu, semua lampu terpadam, suasana gelap gelita.

Aisyah terjerit kecil, lututnya sudah menggeletar tetapi di teruskan juga melangkah. Hujan lebat sudah mulai turun menandakan akan berlaku ribut. Sejak Aisyah sampai ke villa, inilah pertama kali hujan selebat itu.

" abang!!!" Aisyah memanggil. Bibirnya terketar-ketar, terasa payah benar kakinya ingin melangkah.

" ABANG!!!!," Tiada juga sahutan dari Tuan Adam, mungkin kerana hujan lebat suaranya tidak didengari. Aisyah sudah menagis tersedu-sedu, dia terlalu takut, sejak dari kecil dia takut jika hujan lebat begitu. Selalunya dia duduk di dalam bilik dan berselubung dengan selimut.

Aisyah menghela nafas panjang.Hanya tangannya sahaja mampu berpaut pada dinding. Dengan bersusah payah, akhirnya dia berjaya naik hingga ke atas.

'kenapalah bilik laki aku ni dekat tingkat tiga' dia mengeluh dalam hati. Tiba-tiba kilat menyambar dan bunyi dentuman kuat.

" Arkhhh!!," Aisyah menjerit sambil memejamkan matanya. Tiba-tiba ada satu tangan menyentuh bahunya.

" arkhhh..hantuuuu!!!," Aisyah menjerit sekuat sambil menangis.

" sayang...hey...kenapa ni?..sorry abang lambat, tadi masih dalam toilet," Tuan Adam menarik tubuh Aisyah ke dalam pelukannya.

" abang...," suara Aisyah seperti orang tidak bermaya. Dia memeluk erat Tuan Adam sambil menangis.

" dah jangan menangis okay, jom kita pergi bawah, abang nak on suis," Tuan Adam mengajak, tetapi Aisyah makin kuat memeluknya.

" abang boleh tak kita hidupkan esok aja?, Aisyah tak larat nak turun naik tangga lagi," Aisyah merayu. Tuan Adam tidak jadi melangkah.
" abang tak kisah, tapi panas sikit lah, sayang okay tak,"
" tak apa, Aisyah okay, jom kita masuk bilik, penat sangat naik tangga tadi," dia mengesat air matanya di pipi dan melepaskan pelukannya.

"Kesiannya isteri abang ni, mesti takut sangat sampai menggigil, dah tak payah susah-susah nak jalan, meh sini," Tuan Adam berkata seraya mengendong Aisyah.

" abang...turunkan lah," Aisyah terkejut.' Dah lah gelap tak nampak muka, ada yang jatuh dua-dua,' Aisyah membebel dalam hati.

" sayang jangan risau okay, abang dah biasa dalam gelap ni, setakat Aisyah yang comel ni, abang larat lagi nak angkat," Tuan Adam berkata selamba seperti tahu apa yang Aisyah cakap di dalam hati. Tanpa sedar, Tuan Adam meletakkan Aisyah perlahan di katil.

" aik..cepatnya dah dalam bilik, mana pintu?," Aisyah bertanya. Tuan Adam ketawa geli hati mendengar soalan isterinya itu.

" aduh..sayang ni buat lawak pulak, tanya soalan macam tu, abang dah bukak sebelum keluar bilik tadi,"

" ohhh... hihihi," Aisyah ikut ketawa.

" lagi tadi abang carik telifon abang, nak guna sportlight...tapi tak jumpa pulak, sayang ada bawa fon?," Tuan Adam bertanya.

" alamak, Aisyah tertinggal dekat dapur kot, tadi rebut-rebut nak naik atas," Aisyah menjawab kesal.

" ermm...tak apalah, abang cuba carik lampu suluh dekat laci," Tuan Adam bingkas bangun. Dan tika itu juga, guruh berdentum kuat dan kilat menyambar hingga cahayanya tembus di balik cermin.

" abang!!!," Aisyah menjerit tangannya di gapai-gapai mencari Tuan Adam.

" abang ada ni sayang," Tuan Adam mencapai tangan Aisyah.

" abang duduk dekat Aisyah ajalah, jangan pergi mana-mana, takut," Aisyah merayu dengan suara bergetar. Tangannya menggigil kembali.

Tuan Adam menarik tubuh Aisyah ke dalam pelukannya. Dipeluk isterinya erat, dia mencium lembut dahi Aisyah. Rambut isterinya yang panjang itu di belai dengan kasih. Pertama kali dia melihat Aisyah ketakutan begitu, hatinya bimbang.

Aisyah memebalas pelukan Tuan Adam, hilang rasa segannya tika itu. Terasa tenang bila Tuan Adam membelai rambutnya. Tiba-tiba Tuan Adam menghela nafas panjang.

" kenapa abang? Sakit ke Aisyah peluk kuat sangat?," Aisyah bertanya dan ingin meleraikan pelukannya tetapi Tuan Adam menariknya kembali ke pelukan.

" ermm..ehemm...tak ada apalah, abang okay aja, Aisyah jangan risau okay," Tuan Adam menjawab dengan seuara bergetar sambil mencium ubun-ubun isterinya.' Ya Allah...sabarkan lah hatiku ini, kuatkan Iman aku untuk malam ini juga,' Tuan Adam berdoa dalam hati. Dia cuba menahan gelora nafsunya.

'sayang peluk abang macam tu, tak dengar ke jantung abang laju berdetak kat dalam?, kalau ikut hati abang nak je terkam sekarang.. fuhhh.... tahan..tahan..,'Tuan Adam berkata dalam hati. Nasib baik suasana gelap gelita waktu itu, kalau tidak pasti Aisyah melihat wajahnya yang sudah berpeluh sana-sini.

"Sayang, tak kan nak duduk macam ni sampai pagi, jom kita baring, lebih selesa, sayang pun tak penat," Tuan Adam berbisik di telinga Aisyah.

" okay, tapi Aisyah nak peluk abang boleh?" Aisyah berkata perlahan. Dia terus berbaring dan menarik selimut hingga ke dada.

Tuan Adam juga begitu. Kilat menyambar lagi, cepat-cepat Aisyah mencapai tubuh Tuan Adam dan di peluknya erat seperti tadi. Tuan Adam mengesat peluhnya dengan tangan, walaupun suhu bilik tidak panas dan hujan lebat di luar, entah kenapa badannya terasa hangat.

Dia membalas pelukan Aisyah. Lekuk tubuh isterinya jelas dirasai melekat di tubuhnya. Tuan Adam mengeluh halus.

"Abang..?," Aisyah memanggil lembut. Dia pelik bila Tuan Adam asyik mengeluh sedari tadi.

" sayang..tolong jangn buat suara manja..," Tuan Adam berkata, suaranya jelas bergetar.

" manja?..mana ada manja...abang dah kenapa sebenarnya ni...lagi tadi mengeluh..Aisy...," kilat menyambar lagi, Aisyah memejamkan mata dan tidak meneruskan kata-katanya.

Tiba-tiba bibirnya di kucup, membuatkan dia terkelu dan membutangkan mata akibat terkejut. Terasa deru nafas Tuan Adam di wajahnya. Jantungnya berdegup kencang, nafasnya jadi tidak teratur.
Tangannya di genggam erat dan di tarik lembut. Kini Tuan Adam betul-betul di atasnya. Bibirnya dilepaskan tetapi pipinya pula menjadi sasaran Tuan Adam.

" sayang...izinkan abang menjadi lelaki pertama dan terakhir untuk Aisyah..saranghe..," Tuan Adam berbisik lembut di telinga Aisyah.

" abang.." bibir Aisyah di kucup lagi, tetapi kini Aisyah membalas kucupan itu sebagai jawapan.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience