Tuan Adam | Ep.1

Romance Completed 32128

"Aisyah....keluar kau...berani kau lari dari aku..Aisyah!!" Terdengar suara garau
di dalam hutan. Derap langkah kaki juga jelas kedengaran. Di sebalik sebatang pokok besar, ada seorang gadis bersandar dengan nafas turun naik. Peluh diwajahnya mengalir laju. Matanya melilau kesana sini mengawasi sesuatu. 'YaAllah selamatkanlah hambamu ini' bisik hatinya.

"Baik kau keluar sekarang Aisyah...sebelum aku yang jumpa kau...nahas kau nanti...kau jangan ingat kau boleh lepas dari aku...keluar!!" Suara garau itu semakin menghampiri pokok yang di sandar gadis itu. Tiba- tiba hujan lebat turun mencurah-curah. Pemilik suara garau itu kebingungan, pelik hujan tiba- tiba turun. Wajahnya jelas kelihatan marah.

"Sial!!! Kau tak boleh lari dari aku Aisyah...baik kau balik...kalau tak...mereput lah kau dalam hutan ni" lelaki yang bersuara garau itu menjerit dalam hujan. Gadis yg bernama Aisyah itu hanya mampu menekup mulutnya sambil menggigil ketakutan.

Dia mengintai dari balik semak. Selang beberapa minit, hujan masih juga lebat. Akhirnya lelaki itu berputus asa dan melangkah pergi. Aisyah menarik nafas lega. Dia terduduk lesu, air matanya mengalir bersama air hujan. Mengenang nasibnya yang malang.

"YaAllah...tidak ada bahagiakah untukku? Aku tak boleh balik rumah, dan tak tau nak kemana, kau beri lah aku pertunjuk YaAllah. Selamatkanlah aku..." dia merayu dalam tangisan. Setelah puas menangis, dia bingkas bangun dan melangkah.

" kau kena kuat Aisyah...selagi kau bernyawa...kau mesti bertahan hidup..walaupun dalam hutan.." dia berkata dengan berbekalkan semangat yang ada. Perlahan-lahan hujan mulai reda. Aisyah masih melangkah, walaupun badannya sudah keletihan. Seluruh badannya mengigil kesejukan. Sayup-sayup telinganya menangkap bunyi air mengalir. Dia gagahkan diri untuk terus berjalan.

Tidak lama kemudian, dia melihat ada sebatang sungai mengalir di hadapannya. Badannya sungguh tidak bermaya untuk meneruskan perjalanan. Dia melabuhkan punggungnya di sebuah batu. Penglihatannya tiba-tiba kabur dan dia tidak sedarkan diri. Dia terbaring keseorangan di atas batu.

"Alhamdulillah reda jugak hujan...kalau tak memang tak merasalah ulam daun tenggek burung ni." Pak Wan bercakap sendiri. Dia berhenti di tepi sungai, topinya di letak atas batu besar yang ada di tepi sunggai itu. Dia membasuh tangannya dan membasuh semua daun yang baru di petik. Selesai membasuh,segera dia berdiri dan mengelap peluh di wajahnya menggunakan lengan baju. Tiba-tiba matanya terpandang sesuatu di seberang sungai. Ada sesusuk tubuh sedang terbaring di sebuah batu. Hatinya mula di pagut ketakutan.

" apa pulak tu..dah senja ni... takkan la ada orang dalam hutan senja-senja ni. Nak tengok ke tak ye..kalau jin naya aku..tapi kalau manusia... kenapa dia berbaring kat situ...hishhh...apa nak buat ni" Pak Wan kebingungan. Hatinya berbelah bagi, akhirnya dilangkahkan juga kaki menyeberangi sungai. Sesampainya di batu itu dia melihat seorang anak gadis terbaring dengan wajah pucat dan berkaki ayam. Hatinya dihimpit rasa kasihan.

" dik..adik..bangun.." dia menggoyangkan bahu gadis itu, tetapi tiada tindak balas.

" pingsan budak ni...kesiannya...nak tak nak terpaksa aku bawak balik" dengan bersusah payah Pak Wan memapah gadis itu menyeberangi sungai. Nasib baik sungai itu cetek dan arusnya tidak deras. Termengah-mengah Pak Wan sesampainya di rumah, sehinggakan tidak larat untuk memanggil isterinya. Gadis yg di papahnya itu di sandar tepi pintu. Dia terduduk mengambil nafas.

"Abang...dah kenapa duduk kat lantai macam tu? Muka tu macam penat sangat je...hah mana daun yg dipetik?" Muncul Mak Dah, isterinya itu terus menerus berleter sehinggakan tidak perasan gadis tersandar di tepi pintu.

"Allah...."Pak Wan tepuk dahi kerana dia terlupa membawa pucuk pucuk ulam yang dipetiknya tadi. Dia terlalu bimbangkan gadis itu sehinggakan terlupa ulamnya yang di letak atas batu bersama topinya. Mak Dah pelik melihat suaminya menepuk dahi.

" awak dah kenapa bang? Pelik saya tengok, jawab nye tidak..terus tepuk dahi"

" abang tertinggal kat sungai Idah...gara-gara budak ni lah...penat pun tak habis lagi ni" Pak Wan berkata sambil menjuirkan bibirnya kearah gadis yang belum sedarkan diri itu. Mak Dah terus menoleh ke sisinya.

" Allahhuakbar....subahanallah.." Mak Dah tersandar ke pintu kerana terkejut. Diurut dadanya berkali-kali.

"Abang...anak dara sapa awak bawak balik ni? Ni budak ni pucat semacam je...mana awak jumpa ni bang," Mak Dah terus melekapkan telapak tangannya di dahi gadis itu. Panas.

" nantilah abg cerita, hari pun dah nak gelap...baik kita angkat budak ni masuk dulu...kesian dia..pingsan dari tadi tak sedar- sedar," Pak Wan berkata seraya bangun dari duduknya. Mak Dah mengangguk dan terus memapah gadis itu di bantu Pak Wan.

***
Dia termengah-mengah, nafasnya turun naik. Seluruh badannya menggigil sehinggakan suaranya tidak dapat keluar dari kerongkong. Matanya mengintai di celah lubang dinding. Terlihat beberapa orang lelaki melilau kesana sini. Air matanya tidak dapat di bendung, terus mengalir di pipi. Perasaan takut menguasainya. Dia hanya mampu berharap lelaki- lelaki itu tidak menemuinya.

"Hei.." tiba-tiba ada satu tangan menepuk bahunya. Dia terkejut ketakutan. Dengan sekuat hati dia menjerit.

"Anak...anak...bangun," Mak Dah mengoncang lembut bahu anak gadis yang di bawa suaminya pulang kemarin. Pelbagai persoalan bermain di fikiran Mak Dah, tentang asal usul gadis tersebut. Dari cerita suaminya, gadis itu di jumpai di seberang sungai. Tetapi di seberang sungai itu hutan tebal. Masa dia mahu mengelap tubuh gadis itu terlihat banyak kesan lebam- lebam seluruh badan dan kakinya teruk terluka. Jika benar gadis ini sesat, mesti keluarganya sudah sibuk mencari. Sudah dua hari gadis itu tidak sedarkan diri. Meracau racau dalam tidur.

"Anak bangun...anak..," Mak Dah mencuba lagi untuk mengejut gadis tersebut.

" tolong lepaskan aku, tolong jangan apa-apakan aku...aku merayu," terdengar gadis itu bersuara lemah. Mak Dah berusaha mengoncang bahu gadis itu. Tiba-tiba, gadis itu bangun dan terus memeluk Mak Dah.

"Aduh tercekik..eh..eh" Mak Dah yang terkejut terus melatah.

"Tolong...saya merayu..lepaskan saya" rupanya gadis itu masih mengigau. Mak Dah menepuk lembut belakang badannya. Dipeluknya dengan kasih sayang. Menimbun rasa simpati di hati tuanya melihat keadaan gadis tersebut. Selang beberapa minit gadis itu melepaskan pelukannya. Dia memegang kepalanya yang terasa berat. Dia melihat Mak Dah di hadapannya. Tiba-tiba dia menjauh ke hujung katil dengan wajah ketakutan.

"Mak cik siapa? Saya kat mana ni?" Matanya melilau kesana sini, melihat keseluruh isi bilik tersebut. Akhirnya dia melihat ke wajah Mak Dah. Dia mahu bersangka buruk tetapi hatinya kuat menyatakan wanita separuh baya di hadapannya itu, orang baik-baik. Mak Dah tersenyum senang. Dia menghampiri gadis itu dengan lemah lembut.

" anak ni apa nama?"dia bertanya sambil mengusap tangan gadis itu.

"Saya..A..Aisyah...mak cik?" Teragak-agak Aisyah menjawab.

" nama mak cik Saidah...panggil Mak Dah je," Mak Dah tersenyum.

" Aisyah lapar tak? Jom kita makan..dah dua hari Aisyah pingsan," Mak Dah berdiri dan menghulurkan tangannya. Dengan teragak-agak Aisyah menyambut huluran tangan Mak Dah. Seluruh badannya terasa sakit. Perlahan-lahan Mak Dah memapahnya ke dapur.

Sesampainya di dapur, mulut Aisyah ternganga luas. Seumur hidupnya, dia tidak pernah melihat dapur semewah itu. Segala kabinet dan peralatan memasak tersusun rapi. Kabinet dapurnya semua berwarna putih bersih. Dapur moden mewah. Meja makannya juga panjang, tidak seperti di rumahnya. ' dapur je dah besar macam rumah aku, berapa luas rumah ni agaknya, ni dah macam istana' bisiknya dalam hati.

" eh..lahh..kenapa berdiri je tu...aisyah duduk dulu ye..nanti Mak Dah bawa makanan"Mak Dah menegur Aisyah yang leka memerhati sana sini. Aisyah mengangguk dan menarik salah satu kerusi di meja makan. Kerusi di meja itu ada dua belas kesemuanya. Selang beberapa minit Mak Dah datang dengan dulang di tangannya.

" Aisyah..ni ada bubur ayam..Aisyah mkn la ye," Mak Dah menari kerusi di sebelah Aisyah dan melabuhkan punggungnya. Aisyah masih teragak-agak untuk makan.

"Aisyah jangan risau ye, Mak Dah ni orang baik, sebenarnya banyak yang Mak Dah nak tanya kamu,..macam mana kamu boleh pingsan tepi sungai tu?" Aisyah termenung mengingat kembali peristiwa yang menimpanya.

***

"Pak Ngah nak bawa Aisyah ke mana pagi-pagi ni?" Aisyah bertanya. Pagi itu selesai solat subuh, Pak Ngahnya meminta dia bersiap dan mengajaknya keluar. Katanya ada sesuatu yang perlu di uruskan.

Bila di tanya berkali- kali, Pak Ngahnya hanya mampu memandang wajahnya dengan pandangan kosong. Hatinya di pagut kebimbangan. Bukan sehari dua dia mengenal Pak Ngahnya itu. Sikap pak cik nya yang sorang itu memang berlainan dengan sikap ayahnya yang lemah lembut. Jauh di dalam hatinya mengatakan yang Pak Ngahnya mahu menjualnya kerana kalah judi.

" Pak Ngah, nak jual Aisyah ke?" Takut-takut Aisyah bertanya. Pak Ngahnya sedikit terkejut, tetapi riaksinya cuba di sembunyikan. Dia berdehem dengan suara garaunya.

" apa yang kau merepek ni Aisyah, aku nak bawa kau keluar jalan- jalan aja, dah jom kita singgah warung Mak Teh," Pak Ngahnya berkata dengan lemah lembut. Melihat sikap Pak Ngahnya itu makin membuat hati Aisyah bimbang. Hatinya kuat menyatakan, yang Pak Ngahnya itu mahu menjualnya pada taukeh judi di pekan.

" hoii...apa yang kau tercegat tepi motor tu? Cepat sarapan, aku tak banyak masa ni," lamunan Aisyah terhenti bila di jerkah Pak Ngahnya. Cepat-cepat dia membontoti pak ciknya itu.

***

" amboi Leman...cantik awek, mesti si Ah Seng sayang kau lebih lepas ni," terdengar suara lelaki menegur pakciknya.

" kau diam boleh tak, aku takut dia dengar, naya aku,"sedang Aisyah memilih sarapan, dia terdengar perbualan Pak Ngahnya. Tangannya yang memegang senduk untuk mencedok mee menggigil. Jantungnya berdegup laju. Pak Ngahnya mahu menjual dia pada tauke judi di pekan. Patutlah bila Pak Ngahnya balik pagi tadi, wajahnya lain benar. Dia mesti mencari jalan untuk melepaskan diri sementara dia belum ke pekan. Dia nekad.

" Mak Teh, nak tumpang bilik air boleh?" Aisyah bertanya Mak Teh yang sedang sibuk membungkus nasi lemak.

" eh..boleh boleh, kamu masuk je kat pintu dapur tu ya," Mak Teh menjawab sambil tersenyum. Aisyah mengangguk faham. Dia segera bergegas ke rumah Mak Teh yang bersambung dengan gerai.

Sesampainya di dapur Mak Teh, dia berhenti melangkah. Matanya melilau ke sana sini. Semuanya kawasan hutan. Dia buntu untuk lari kemana. Tidak mungkin dia mahu pulang ke rumah. Pasti Pak Ngahnya menyeretnya nanti. Rumahnya sudah tidak selamat.

" Aisyah!!!" Aisyah terkejut mendengar namanya di panggil. Pak Ngahnya memangil dari warung. Dia tidak menunggu lama. Di atur langkahnya menuju ke dalam hutan. Dia berlari secepat yang boleh. Entah macam mana dia tersandung akar pokok dan tersungkur ke tanah. Selipar yang di pakainya putus sebelah.

" Aisyah!!" Aisyah terkejut. Dia bingkas bangun tanpa memakai seliparnya. Dia tahu, jika Pak Ngahnya dapat menangkapnya tika itu, habis dia di belasah nanti. Cepat- cepat dia mengorak langkah. Semakin lama, semakin jauh dia masuk ke dalam hutan.

Kakinya sudah penat untuk melangkah. Akhirnya dia bersandar di balik pokok besar, mengambil nafas.

"Aisyah....keluar kau...berani kau lari dari aku..Aisyah!!" Terdengar suara garau
di dalam hutan. Aisyah terkejut, segera dia mengintai di balik pokok. 'YaAllah, macam mana dia boleh tau aku ke sini,selamatkan aku Ya Allah'.Aisyah menekup mulutnya sambil menangis.

***

" Astagfirullahhalazim, jadi kamu lari dari pakcik kamu tu, sebab dia nak jual kamu pada bapa ayam?,"Mak Dah yang khusyuk mendengar cerita Aisyah bertanya simpati.

" ya Mak Dah, sejak arwah umi dan abah meninggal, Pak Ngah yang jaga saya. Dia tinggal dengan saya, walaupun dia adik kandung abah, perangai dia memang jauh beza, boleh di katakan hampir setiap hari, saya di belasah kerana dia kalah berjudi dan balik dalam keadaan mabuk," Aisyah bercerita dengan air mata mengalir ke pipi. Mak Dah mengusap belakangnya lembut.'patutlah badan dia lebam-lebam..YaAllah kesiannya' hati Mak Dah berbisik simpati.

" sudah lah kalau begitu, Aisyah jangan risau lagi ya, mulai sekarang duduk dengan Mak Dah ya, anggap je Mak Dah ni macam umi Aisyah," Mak Dah berkata lembut, tangannya masih mengusap belakang Aisyah.

" tapi saya segan, kalau Mak Dah bagi saya bekerja dengan Mak Dah saya sanggup, tanpa gaji pon boleh, janji saya dapat tempat berteduh,"Aisyah berkata sambil menggenggam tangan Mak Dah penuh harap. Mak Dah tertawa mendengar rayuan Aisyah.

" macam mana Mak Dah nak bagi Aisyah kerja, Mak Dah pun makan gaji kat sini, dah dua puluh tahun, Mak Dah dan Pak Wan berhidmat dengan keluarga ni. Semua kerja di Villa Hutan ni Mak Dah dan Pak Wan yang uruskan. Kami tinggal bertiga saja, bila kamu ada baru lah berteman Mak Dah, kalau tak.. boring sorang-sorang je perempuan," Mak Dah membebel tanpa henti. Aisyah mengangguk faham. Dia mengagak orang yang ketiga itu pasti Tuan di Villa Hutan ini.

"Aisyah jangan lah risau, Mak Dah dan Pak Wan dah talifon Puan semalam, dia izinkan Aisyah tinggal dengan kami,"Mak Dah tersenyum. Aisyah membalas senyuman Mak Dah. Lega hatinya, bila berjumpa juga orang baik seperti Mak Dah dan Pak Wan. Dia bersyukur Allah makbulkan doanya.

"Mak Dah, kalau Aisyah minta sesuatu boleh?"

"Apa dia tu?"

"Mak Dah ada tudung tak? Aisyah tak biasa kalau tak pakai tudung," Aisyah bertanya segan.

" ohh...maaf maaf...tudung Aisyah Mak Dah dah basuh..kalau Aisyah nak guna tudung Mak Dah pun boleh, "

" terima kasih Mak Dah," Aisyah terus memeluk Mak Dah erat.

"Adoii..tercekik ko mati...eh..eh," Mak Dah melatah kerana terkejut dengan pelukan Aisyah. Aisyah segera melepaskan pelukannya.

"Maaf Mak Dah maaf.." Aisyah meminta maaf. Mak Dah tertawa geli hati melihat raut wajah Aisyah yang seba salah itu.

" Aduhaiii...kamu jangan lah terkejut, Mak Dah ni melatah aja," Mak Dah menyambung tawanya. Aisyah hanya mampu tersengeh.

" sudah lah, kamu makan dulu ya, Mak Dah nak ke dapur kejap, nanti lepas makan, kamu pusing- pusing lah tengok Villa Hutan ni, mesti kamu suka," Mak Dah berkata ssmbil berjalan ke dapur. Aisyah mengangguk. Dia mula menyuap bubur ayam di hadapannya. Tekaknya masih terasa perit.

***

Aisyah berjalan-jalan di taman bunga betul-betul di hadapan Villa Hutan itu. Semua pokok bunga dijaga rapi oleh Pak Wan dan Mak Dah. Segala macam bunga ada, seronok dia melihatnya. Teringat pada uminya yang rajin bercucuk tanam. Sedang dia leka melihat taman bunga itu, ada sepasang mata sedang mengintainya di tingkat atas villa. Mata itu merenung tajam kearahnya.

"Aisyah, mari sini, Mak Dah nak tunjuk sesuatu," terdengar Mak Dah memanggilnya dari dalam rumah. Aisyah terus melangkah masuk. Dia melihat Mak Dah sudah suap dengan bakul di tangan.

"Mak Dah nak ke mana?" Aisyah bertanya pelik.

" jom, kita pergi kebun, mesti Aisyah suka" Mak Dah menarik tangan Aisyah ke muka pintu dapur. Dia menyuruh Aisyah menyarung selipar yang ada dan mengikutnya ke belakang villa.

Tidak jauh dari situ kelihatan ada sebuah kebun sayur. Kebun itu di penuhi dengan bermacam- macam sayuran. Ada kacang pokok kacang panjang, terung, timun dan banyak lagi. Mak Dah menuju ke arah sebaris pokok cili.

" Mak Dah ke yang tanam semua ni?" Aisyah bertanya sambil mengekori Mak Dah.

"Haah...ni lah hobi Mak Dah,Aisyah,"

" bestnya tengok kebun sayur Mak Dah ni, subur betul..pandai Mak Dah bercucuk tanam," Aisyah memuji.

" Mak Dah, Pak Wan mana? Sejak dari tadi Aisyah tak nampak dia," Aisyah bertanya sambil matanya melilau kesana sini. Dia perasan yang Pak Wan masih belum kelihatan sejak dia sedar dari pingsannya.

"Pak Wan kamu tu pergi pekan, katanya nak cari daging kambing, Tuan Muda teringin nak makan sup kambing," Mak Dah berkata sambil membungkuk memetik buah terung. Aisyah mengangguk - angguknkan kepalanya. Melihat Mak Dah termengah- mengah membawa bakul, dia segera menghampiri Mak Dah.

" biar Aisyah je yang angkat Mak Dah," Aisyah menawarkan dirinya untuk menolong.

" ehhh...tak payah susah- susah, kamu tu belum baik betul, biar Mak Dah yang buat, kamu rehat dulu, jangan renyah sangat ye," Mak Dah melarangnya. Aisyah tersengeh sambil membetulkan tudungnya. Dia berfikir sejenak, Mak Dah cakap mereka tinggal bertiga masuk dirinya berempat. Mungkin yang Mak Dah panggil Tuan Muda tu pemilik villa tersebut. Tetapi bayang pun tidak kelihatan, dan siapa pula Puan yang Mak Dah talifon?. 'Sebenarnya siapa majikan Mak Dah ye'. Dia mengaru-garu dagunya yang tidak gatal. Pelbagai persoalan muncul di fikirannya.

" alhamdulillah, banyak dapat kutip hasil, jom kita ke dapur, Mak Dah nak masak..kejap lagi Pak Wan balik lah tu,"Mak Dah memimpin tangan Aisyah. Mereka beriringan masuk ke dapur. Aisyah duduk di kerusi sambil melihat Mak Dah menyiang sayur di singki.

"Mak Dah, Aisyah nak tanya sikit boleh?,"

"Boleh, tanyalah"Mak Dah menjawab sambil tersenyum.

" sebenarnya siapa pemilik villa ni Mak Dah?"

" villa ni Tuan Kim Tai Joon yang punya, tapi dia tak duduk sini, sekarang dia menetap di Korea dengan Puan Affifah, yang tinggal dengan kami ni anak sulung mereka Tuan Muda Adam Shah. Tapi..," Mak Dah tidak jadi meneruskan kata-katanya.

"Tapi..kenapa Mak Dah?,"Aisyah yang khusyuk mendengar terus bertanya. Mak Dah menoleh sambil tersenyum.

"Tak da apalah, nanti kamu akan tau juga," Mak Dah berkata seakan menyembunyikan sesuatu. Belum sempat Aisyah bertanya, terdengar suara Pak Wan di luar rumah. Bergegas Mak Dah menuju ke luar menyambut suaminya. Aisyah berfikir- berfikir sendiri.'jadi pemilik villa mewah ni orang korea, mungkin isteri dia orang Malaysia, wahhh...hebat-hebat' hatinya berbisik. Tidak lama kemudian muncul Pak Wan dan Mak Dah dengan penuh tangan menjinjing bag plastik.

"Alhamdulillah, kamu dah sedar, apa nama tadi Idah?"Pak Wan bertanya Mak Dah.

"Aisyah..."

" ha...Aisyah, Pak Wan syukur sgt kamu dah sedar, lega kami...macam mana, dah rasa sihat?" Pak Wan bertanya sambil menarik kerusi dan melabuhkan punggungnya.

" saya makin sihat Pak Wan, terima kasih sebab Pak Wan bawa saya balik, kalau tak mesti saya..." Aisyah berkata sayu.

" sudah sudah, janji kamu dah selamat sekarang, perkara yang lepas tu biarlah lepas, ye" Pak Wan memotong kata-kata Aisyah, dia sudah di maklum kan oleh Mak Dah tentang kisah Aisyah. Lega hatinya dapat menolong anak gadis itu.

"MAK DAH!!!!," mereka dikejutkan dengan suara pekikan dari tingkat atas. Mak Dah kelam kabut naik ke tingkat atas sambil di perhatikan oleh Pak Wan dan Aisyah. Pak Wan menggelengkan kepalanya.

" Haii...apa lah nak jadi dengan Tuan Adam tu," Pak Wan mengeluh. Aisyah yang masih terkejut dengan jeritan itu masih terdiam kaku. Pak Wan yang menyadari hal itu tertawa lucu.

" janganlah kamu heran Aisyah, itu suara Tuan Muda Adam, dia memang kalau nak apa-apa mesti menjerit panggil kami. Dah lama dia tak keluar dari bilik dia tu, hurmmm...bila lah dia nak terima kenyataan. Baiklah Aisyah, Pak Wan nak berehat dulu ye, kejap lagi dah masuk waktu zohor," Pak Wan meninggalkan Aisyah berseorangan dengan tanda tanya. 'Keluarga orang kaya ni memang pelik pelik ke? Hishh...tak kisah la Aisyah, janji kau dah selamat sekarang, diaorang dah bagi kau tumpang tinggal pun dah kira bersyukur sangat' dia berkata sendiri dalam hati.

Mak Dah mengetuk pintu bilik sebelum menolak daun pintu. Dia mengintai ke dalam. Serta merta bau hapak menusuk hidungnya. Berkerut-kerut muka Mak Dah menahan bau itu.

"Tuan Adam..., ada apa Tuan panggil Mak Dah,?" Mak Dah segera bertanya walaupun bayang Tuan Adam pun belum di lihatnya.

"Saya nak makan kambing," terdengar satu suara betul-betul di belakang Mak Dah. Mak Dah menoleh.

" ohhh singa kau nak makan aku ke tak..ehh..ko nak apa..ehh..astagfirullah," Mak Dah terkejut sambil mengurut dadanya.

Siapalah yang tidak terkejut jika melihat keadaan diri Tuan Adam ketika itu. Rambutnya panjang sampai ke dada dengan serabut tidak bersikat, begitu juga jambangnya. Sebijik macam singa. Memang patut Mak Dah terkejut. Pandangan matanya tajam merenung Mak Dah.

"Maaf Tuan Adam, terkejut Mak Dah tiba- tiba Tuan ada kat situ," cepat-cepat Mak Dah meminta maaf. Dia menunduk takut jika Tuan Adam mengamuk. Tuan Adam melangkah ke katil dan menghempaskan dirinya.

" saya nak makan kambing,"

"Baik, nanti Mak Dah masakkan," Mak Dah berkata dan ingin berlalu pergi.

" saya nak perempuan tu yang masak," Mak Dah yang baru ingin melangkah terus berhenti. Dia menoleh kembali pada Tuan Adam.

"Maksud Tuan, Aisyah?"

" ya, suruh dia cepat,saya nak dia yang masak, kalau Mak Dah yang masak, siap Mak Dah, sudah... tutup pintu bila keluar," Tuan Adam berkata sebelum baring membelakangi Mak Dah. Mak Dah melangkah longlai turun ke bawah. Dia serba salah dengan permintaan Tuan Adam. Aisyah yang melihat Mak Dah sedang menuruni anak tangga nenghadiahkan senyuman pada wanita itu. Tetapi Mak Dah mengelamun dan tidak perasan.

" Mak Dah, kenapa ni... nampak risau aja," Aisyah menegur. Mak Dah menarik kerusi dan duduk di sebelah Aisyah.

" Tuan Adam nak makan kambing,"

"Jadi?,"

" tapi...dia.."

"Tapi apa Mak Dah?"Aisyah bertanya pelik.

"Dia nak kamu yang masak, kamu boleh ke masak kambing tu," Mak Dah memandang wajah Aisyah penuh mengharap. Aisyah sedikit terkejut dengan permintaan Tuan Adam.

" boleh tu boleh Mak Dah, tapi sedap ke tidak saya tak jamin, Tuan Adam tu nak ke rasa masakan saya," Aisyah berkata.

" itu lah Aisyah, Mak Dah pun pelik dengan Tuan Adam tu, tiba-tiba dia minta kamu yang masak, tak apa lah kamu masakkan aja, sedap atau tak kita fikirkan kemudian,"

Aisyah hanya mengangguk dengan permintaan Mak Dah. Dia akan cuba sehabis baik untuk masak kambing itu nanti.

***

Setelah satu jam lebih memasak, akhirnya sup kambing sedia untuk di hidangkan. Aisyah mencedok sup ke dalam mangkuk yang beralaskan pinggan. Dia menyorong mangkuk pada Mak Dah.

" lebih baik kamu yang hantar sup tu ke atas, baru Tuan Adam percaya kamu yang masak," Mak Dah berkata. Aisyah serba salah dengan permintaan Mak Dah.

" tak pa biar Mak Dah teman kamu ye," kali ini baru Aisyah mengangguk setuju. Mereka beriringan menaiki anak tangga. Sesampainya di bilik paling hujung di tingkat tiga villa itu, Mak Dah mengetuk dahb pintu.

"Tuan Adam, ni Aisyah ada hantar sup kambing," Mak Dah berkata sambil memandang wajah Aisyah yang kalut.

" Suruh dia bawa masuk," terdengar sahutan dari dalam. Mak Dah menggangguk pada Aisyah tanda Aisyah boleh masuk ke dalam bilik. Mak Dah membuka pintu bilik dengan berhati-hati. Aisyah melangkah masuk dengan mangkuk sup di tangannya. Tiba- tiba pintu di tolah dari dalam dan Mak Dah masih di luar bilik. Dia menoleh dan terkejut melihat ada satu lembaga mengerikan di hadapannya.

" Arkhhhh, hantu.." Aisyah memejamkan matanya dan menutup wajahnya dengan mangkuk sup di tangan.

" Aisyah...Aisyah...kenapa tu, Tuan..jangan apa apakan Aisyah.. Ya Allah... macam mana ni," Mak Dah yang masih beraada di luar kebingungan. Dia mendengar jeritan Aisyah dari dalam. Berkali- kali dia memulas tombol pintu, tetapi pintu di kunci dari dalam. Dia segera bergegas mendapatkan Pak Wan.

Aisyah masih memejamkan matanya.'Ya Allah, makhluk apa yang ada dalam bilik ni, Pak wan dengan Mak Dah ni bela jin ke, bau bilik ni pun semacam je,Ya Allah selamatkanlah hambamu ini'. Dia mengintai ke lantai terlihat ada sepasang kaki sedang melangkah ke arahnya. Dia berundur setapak kebelakang. Perasaan takut menguasai diri. Tangannya menggigil, sehingga mangkuk supnya ikut bergetar.

"Aisyah!!.." terdengar suara Pak Wan di sebalik pintu. Aisyah tidak dapat mengeluarkan suara. Tekaknya terasa perit. Tiba-tiba ada satu tangan mencapai mangkuk sup yang di pegangnya dengan agak kasar.

"Arkhhh..."Aisyah menjerit takut.

" kau dah kenapa? Pekak telinga aku ni asyik dengar kau menjerit aja," ada satu suara lelaki menegur dengan nada dingin. Aisyah perlahan- lahan membuka matanya. Dia melihat ada seorang lelaki sedang duduk di kerusi sambil memeluk kaki sedang menghirup sup di atas meja. Wajahnya di penuhi jambang hingga ke dada. Dia terkaku melihat manusia di hadapannya itu. Tiba-tiba pintu di buka dari luar, terjegul Pak Wan dan Mak Dah di muka pintu dengan wajah kalut. Lelaki yang berjambang itu menandang sinis mereka berdua.

" Aisyah, jom turun makan," Mak Dah memanggil. Aisyah yang leka melihat Tuan Adam itu sedikit terkejut dan ingin mengorak langkah. Bila dia lalu di sebelah Tuan Adam, tiba-tiba pergelangannya di capai. Terkejut dia dengan tingkah Tuan Adam yang tidak semena-mena itu.

" dia kena tunggu saya habis makan, baru dia boleh makan," Tuan Adam berkata bersahaja sambil tangan sebelah menghirup sup. Pak Wan dan Mak Dah saling berpandangan. Mereka memandang Aisyah yang sudah terpaku. Aisyah tiada pilihan selain mengangguk. Pak Wan dan Mak Dah tiada pilihan lain selain meninggalkan Aisyah disitu menunggu Tuan Adam makan.

Selang beberapa minit, Tuan Adam melepaskan cengkaman tangannya. Aisyah melihat mangkuk sup yang dibawanya tadi sudah licin. 'Wah sedap sangat ke sup kambing aku tu,' bisik Aisyah dalam hati.Tuan Adam berdiri, baru Aisyah perasan yang Tuan Adam itu tinggi orangnya. Kulitnya putih seperti orang cina, walaupun bilik itu lampunya agak suram, kulit Tuan Adam tetap kelihatan cerah. Aisyah terpaku melihat Tuan Adam yang mendekati wajahnya pada Aisyah.

"Sup kambing kau tak sedap,"dia berbisik di telinga Aisyah. Jantung Aisyah seakan terhenti berdegup. Wajahnya pucat kaku. Tuan Adam melangkah ke katilnya dan menghempaskan dirinya.

" keluar tutup pintu, malam ni hantarkan aku sup lagi," terdengar suara Tuan Adam memberi arahan. Aisyah menghembus nafas panjang. Dia segera membawa mangkuk dan berlalu keluar.

Share this novel

sheallya
2020-11-21 20:10:38 

aloo sekejap je tamat teringin nak tengok episod reza dengan yaya tu


NovelPlus Premium

The best ads free experience