" makan sorang aja ke? " Syahira yang sedang asyik menyuap nasi ke mulut terkejut bila ditegur seseorang. Dia mendongak dan melihat Reza menarik kerusi di hadapannya dengan cawan di tangan.
" uhuk...," Dia tersedak lantas mengurut dadanya yang perit. Terkejut dengan kehadiran Reza di situ sampaikan tersedak nasi.
' Alamak!! perangai betul lah kau ni yaya, dah tau nak makan kenapa tak pergi ambil air sekali,' Syahira membebel dalam hati kerana terlupa mengambil air minuman.
" nah, minum ni," Reza yang perasan Syahira tiada air di atas meja, menyorong cawannya pada gadis itu sambil tersenyum.
Syahira teragak-agak untuk menyambut cawan yang di hulur Reza. ' aduhaii... nak ambil air dia, rasa malu...tapi tekak dah tercekik ni,'. Dalam rasa serba salah, dia mencapai cawan yang di hulur lelaki itu sebelum menoleh ke kanan dan minum air sehingga habis. Baru lega tekak dan dadanya.
" thanks..," Syahira menghulur kembali cawan yang sudah kosong pada Reza. Reza tertawa kecil melihat Syahira yang salah tingkah itu. Syahida yang tersedar terus mencapai kembali cawan itu dan menunduk malu.
" sorry..,"
" gwencana...opss..maaf dah terbiasa pulak, mesti awak pelik dengar bahasa saya" Reza berkata ramah.
" tak apa awak, saya faham," Syahira berkata dan tersenyum.
" awak faham?"
" gwencana tu maksudnya ' tak apa' kan?,"
" wahh..., awak ada belajar bahasa korea ke?," Reza bertanya teruja.
" ehh..tak lah, saya ni cuma peminat peminat drama Korea aja, sikit -sikit tau lah," Syahira tersenyum malu.
Dia ingin menyuap nasi di pinggan tetapi segan bila ada Reza di hadapannya. Reza yang mengerti terus bingkas bangun.
" ermm..awak makan lah dulu, saya ambil kan air untuk awak ye," Reza mencapai cawan yang kosong tadi sebelum melangkah pergi. Syahira menarik nafas lega.
" Amboi..cik kak, ayunya makan, ada cik abang teman ke,?" Aisyah menepuk bahu Syahira yang sedang memerhati Reza pergi. Terjungkit bahunya akibat terkejut.
" ish kau ni, sorang..sorang terkejutkan aku, pendek umur aku karang, lemah jantung, asyik terkejut," Syahira membebel dan menyuap nasi ke mulut.
" terkejut sebab cik abang bagi ait ke?," Aisyah masih mengusik Syahira. Dia menarik kerusi dan duduk di sebelah temannya itu.
" daripada kau bebel kan aku, baik kau ambil nasi, teman aku makan ni," Syahira berkata.
" memang nak makan pun,"
" mana makanannya,?" Syahira bertanya pelik bila Aisyah berlenggang kangkung sahaja tanpa membawa makanan di tangan.
" tu...Tuan Putera aku pergi ambil kan," Aisyah memuncungkan bibirnya pada Tuan Adam yang sedang mencedok lauk ke pinggan. Syahira mencebik.
" yelah, orang ada laki, boleh lah nak romantik bagai, aku je lah makan sorang-sorang," Syahira berkata dengan nada cemburu.
" rasanya tak kot," Aisyah menyimpul senyum sambil mengangkat kening pada Syahira.
" tak apanya?,"
" tuuu.." Syahira melihat Aisyah menunjuk ke arah Tuan Adam dan Reza beriringan menuju ke arah mereka berdua. Syahira terus terbatuk.
" eh..kenapa pulak kau ni?," Aisyah bertanya mengusik. Dia faham benar dengan Syahira yang gelabah bila malu.
" awak okay ke?, miane...lambat hantar air, tengok awak makan terasa lapar pulak perut ni, tu yang singgah ambil nasi," Reza berkata dengan ramah dan menghulurkan cawan berisi air pada Syahira.
" gomaweo " Shida berkata perlahan dan menyambut cawan yang di hulur. Reza tersenyum mesra. Tuan Adam yang melihat mereka bertanya dengan isyarat mata pada Aisyah, Aisyah hanya mengangkat kening dan tersenyum.
" abang, satu pinggan aja ke?," Aisyah bertanya bila Tuan Adam hanya membawa satu pinggan berisi nasi dan lauk.
" tadi janji nak suapkan abang," Tuan Adam berkata selamba.
" ish..mengadanya, mana ada sudu," Aisyah berbisik malu di hadapan Syahira dan Reza.
" mana best pakai sudu, pakai tangan lah," Tuan Adam berkata sedikit merengek.
Aisyah membutangkan matanya, memberi isyarat pada Tuan Adam tentang Syahira dan Reza yang memerhatikan mereka berdua. Tetapi Tuan Adam buat tidak fahama, Aisyah mengetap bibir geram.
" alah kak, tak payah layan, hyung saja je nak buli akak tu," Reza berkata.
Walaupun Aisyah muda setahun darinya, dia tetap menghormati permintaan abangnya untuk memanggil Aisyah kakak.
" kau diam," Tuan Adam memotong kata-kata adiknya.
" cepat lah sayang...lapar ni," Tuan Adam berkata manja dengan mata terkelip-kelip memandang Aisyah.
" Yahh!!!," Syahira dan Reza menjerit kecil serentak, geli mendengar Tuan Adam berkata begitu. Mereka mencebik melihat Tuan Adam yang buat muka selamba seperti tiada perasaan.
" korang makan je lah ye, anggap jek kitaorang tak wujud kat sini," Aisyah berkata malu.
Dia menjeling Tuan Adam di sebelahnya, tetapi Tuan Adam membalas jelingannya itu dengan kenyitan mata.
" awak, baik kita makan je, jangan tengok diaorang ni, silap -silap boleh hilang selera nanti," Syahira berkata pada Reza. Lelaki itu mengangguk.
" yup..setuju sangat," Mereka berdua beralih tempat duduk di kerusi sebelah, jauh sedikit dari Aisyah dan Tuan Adam.
" abang ni kenapa mengada sangat, malu tau tak," Aisyah berbisik geram pada Tuan Adam.
" saja nak bagi diaorang dating," Tuan Adam berkata sambil melihat Reza dan Syahira sedang makan berdua.
" saja aja kan...,"
" sayang cepat lah suap, perut ni dah berkaraoke dah," Tuan Adam berkata manja. Aisyah mengetap bibirnya geram dengan perangai Tuan Adam yang tidak dapat dijangka itu.
***
" kak Aisyah..boleh tak urutkan bahu Lisa?,penat lah," Lisa yang barus sahaja turun dari atas berkata dan bersandar pada Aisyah yang sedang mengisi cenderahati ke dalam beg kertas di ruang tamu.
" sana lah budak penyibuk, jangan kacau bidadari oppa, kak Aisyah oppa punya sorang," Belum sempat Aisyah berkata, Tuan Adam sudah menolak kepala Lisa ketepi dan dia berbaring di riba Aisyah.
" Yahhh!!!! OPPA!!!," Lisa menjerit tidak puas hati kepalanya di tolak ketepi. Dia menumbuk badan Tuan Adam geram yang sudah berbaring di riba Aisyah.
Tuan Adam membalas dengan menjelirkan lidahnya pada Lisa. Aisyah hanya mampu menggelengkan kepalanya melihat perangai budak -budak mereka berdua. Puan Afifah yang baru keluar dari dapur terus menghampiri mereka.
" amboiii, suka hati korang aja nak buli menantu omma? dua-dua bangun!!. Aisyah sudah lah tu, hari dah malam ni, pergi berehat, esok ada majlis lagi, biar omma dan yang lain buat kerja tu ye, Adam kamu pun pergi naik atas tidur," Puan Afifah menarik tangan Aisyah lembut menyuruhnya berdiri.
" jom sayang, teman abang tidur," Tuan Adam berkata penuh makna sambil menarik tangan Aisyah lagi sebelah. Tetapi tangannya tiba-tiba di pukul oleh Puan Afifah.
" ouch!!omma!!..," Tuan Adam mengaduh dan menggosok tangannya yang perit.
" jangn kacau Aisyah malam ni, biar dia tidur bilik dia, Adam ingat tak penat ke, sabar lah sikit," Puan Afifah berkata dan menarik Aisyah menuju ke bilik. Aisyah tersenyum mengejek pada Tuan Adam, suaminya itu buat muka kesian.
" padan muka...," Lisa berkata mengejek oppanya.
" diam..buat kerja ni," Tuan Adam membaling beg kertas pada Lisa tetapi sempat di elak oleh adiknya itu. Lisa mentertawakannya.
Tuan Adam mengeluh dan melangkah menaiki tangga dengan malas. ' baru nak manja-manja dengan isteri, nasib kau lah Adam, tidur sorang lah malam ni'.
***
Aisyah memejamkan matanya, badannya letih, tetapi matanya masih juga tidak mahu lelap. Dia pun tidak tahu kenapa. Tiba-tiba telifonnya berbunyi menandakan ada mesej yang masuk. Dia mencapai dan melihat siapa yang menghantar mesej.
Tuan Adam,
- sayang... abang datang bilik sayang boleh tak?
Aisyah,
- kalau omma tau macam mana
Tuan Adam,
- abang senyap-senyap lah turun..abang tak boleh tidur ni..
Aisyah,
- Errr...takut lah, nanti kantoi...
Tuan Adam,
- please sayang...abang merayu ni...
Aisyah,
- Hurmm...okay
Aisyah tersenyum sebelum menghela nafas panjang. Dia bangun dan melangkah ke pintu bilik. Perlahan-lahan dia membuka pintu dan mengintai ke arah tangga.
Selang beberapa minit terlihat Tuan Adam menuruni anak tangga sambil tersenyum lebar. Aisyah menggelengkan kepalanya bila melihat Tuan Adam sedang berjengket menuruni anak tangga. Tiba-tiba..
" Adam...nak kemana tu, dah dekat pukul satu tak tidur lagi?...jangan cakap nak ke bilik Aisyah ye... dia dah tidur tu jangan kacau," Puan Afifah menuruni anak tangga di belakang Tuan Adam.
Aisyah terus menutup pintu biliknya kerana terkejut. Tuan Adam pula sudah terkaku di tangga.
" err..Adam nak pergi minum air lah omma, tekak haus..," Tuan Adam berkata sambil tersengeh.
" iyalah tu, cepat pergi ambil air sebotol bawa masuk bilik, jangan bagi alasan asyik turun nak minum air, nanti tersalah masuk bilik pulak..," Puan Afifah berkata selamba sebelum naik semula je atas.
Tuan Adam menelan air liurnya.' Omma ni..ada deria ke enam ke apa, mcam mana dia tau niat aku ni,'.
Aisyah yang mencuri dengar perbualan Puan Afifiah dan Tuan Adam melihat telifonnya yang berbunyi.
Tuan Adam,
- sayang...kantoi dengan omma..
jumpa esok aja okay, good nite..sweet dream..
Aisyah,
- okay..
Aisyah tersenyum geli hati. 'Sabar lah encik suami, tak lari mana pun isteri awak ni, ceh aku ni... gaya macam dah bersedia sangat jadi isteri...padahal takut sebenarnya, malam ni okay lagi tak menghadap si dia, esok apalah nasib aku,' Aisyah membebel dalam hati sambil membayangkan situasi dia dan Tuan Adam di atas katil bersama. Dia cepat-cepat menggelengkan kepalanya.
" hish..cepat lah mata ni tidur, asyik fikir yang bukan-bukan aja," Aisyah memejamkan matanya dan menarik selimut ke dada.
***
Suasana pagi itu agak kelam kabut. Masing-masing ada tugas tersendiri. Paling sibuk Puan Afifah dan Mak Dah. Tuan Kim dan Pak Wan pula sibuk menguruskan keadaan di luar villa.
Semuanya perlu siap sebelum tetamu datang.
Waktu menunjukkan pukul 7.30 sedangkan jemputan bermula pukul 11 tengah hari, cuma tinggal beberapa jam sahaja lagi sebelum majlis bermula.
Mak Dah dan Puan Afifah sibuk menyediakan set makan damai di dapur. Makanan untuk tetamu mereka tempah sahaja dengan katering. Majlis resepsi itu ringkas sahaja, atas permintaan Tuan Adam dan Aisyah.
Puan Afifah hanya mengikut sahaja kehendak anak dan juga menantunya itu tanpa bantahan, janji mereka berdua bahagia. Dia bersyukur kerana Aisyah berjaya menawan hati anak bujangnya itu.
Selepas semua dugaan yang Tuan Adam hadapi, Puan Afifah berharap anak bujangnya itu akan menyulam bahagia selepas ini, tiada lagi duka di hatinya.
"Assalamualaiakum...Mak Dah," Syahira memberi salam di muka pintu dapur. Mak Dah dan Puan Afifah menjawab salam serentak.
" Ya Allah, kenapa tetamu masuk dari belakang ni, kenapa tak lalu depan aja..kesiannya," Puan Afifah menyambut Syahira di muka pintu dan memeluk teman baik menantunya itu. Syahira tersenyum malu.
" segan nak lalu depan Puan, saya ni bukan tetamu," Syahira berkata merendah diri.
" ish ada pulak gitu, ni dah makan belum? Mak Ayah datang tak?" Puan Afifah bertanya mesra.
" saya belum makan lagi Puan..tadi Ayah hantar saya dulu, nanti tengah hari mereka baru datang sebab ada orang nak beli sayur pagi ni" Syahira menjawab sopan.
" lah tak makan lagi ke, kesiannya..emm..Reza.." Puan Afifah memanggil Reza yang baru masuk ke dapur.
" yes omma..," Dia menjawab sambil tersenyum pada Syahira.
" pergi bawa yaya makan dekat luar, teman dia makan sekali..kesian ni belum makan lagi," Puan Afifah menyuruh.
" err...tak apa lah Puan..nanti saya makan sendiri..kesian Reza," Syahira cuba mengelak. Sebenarnya dia segan bila berduaan dengan Reza.
" eh..saya pun belum makan lagi, jom makan dengan saya," Reza mengajak sambil tersenyum manis. Syahira teragak-agak.
" pergilah makan dulu, nanti boleh teman Aisyah dalam bilik," Puan Afifah menyuruh sambil tersenyum. Mahu atau tidak, terpaksa juga Syahira turutkan permintaan Puan Afifah sambil mengangguk perlahan. Segan pula bila Puan Afifah beria-ria mengambil berat tentang dirinya.
" jom...," Reza berkata dan melangkah ke ruang tamu. Syahira mengekorinya dari belakang. Puan Afifah memandang mereka dengan senyuman lebar di bibir.
" Puan..apa yang di berangankan tu," Mak Dah menegur. Pelik melihat Puan Afifah tercegat di situ sambil tersenyum.
" berangankan masa depan Mak Dah,"
" hah?," Mak Dah pelik.
" jom kita siapkan cepat, saya pun nak pakai baju cantik-cantik ni," Puan Afifah berkata dan mencapai udang di atas meja.
***
" Aisyah!!!," Syahira menjerit kecil sambil menjengah di pintu bilik. Aisyah terkejut sebelum tersenyum melihat temannya itu.
" masuk lah wey, aku belum siap apa pun lagi ni, tunggu Lisa nak makeupkan, baru gosok tudung ni" Aisyah menyuruh Syahira masuk ke bilik.
" suka tengok pelamin kau, ringkas tapi sweet je, ala-ala korea gitu..cute," Syahira duduk di birai katil sambil melihat Aisyah yang sedang menggosok tudung.
" itu kerja adik ipar aku lah si Lisa, bab- bab menghias ke..kecantikan ke..comel-comel ni..bagi kat dia, memang kreatif budak tu," Aisyah bercerita.
" ohh...Aisyah, Reza tu kerja ke ataupun masih study?," Syahira bertanya penuh minat.
" study lagi, tahun akhir, tahun depan dah habis lah tu, orang bijak ni sekejap je dah habis study, kalau orang macam aku ni agaknya mau ulang2 jek," Aisyah tertawa kecil.
" study kos apa?,"
" bisness kot..tak pasti pulak aku," Aisyah menjawab.
" ohh..dia dah ad girlfreind tak?,"
" jap..yang kau tanya aku banyak sangat soalan ni kenapa ek?," Aisyah menoleh pada temannya. Syahira tersengeh.
" kau minat dia ea?..," Aisyah bertanya sambil mengecilkan matanya memandang Syahira.
" ish kau ni, aku saja aja tanya...yelah tengok dia tu gaya budak buku aja, cute pulak pakai spec pagi ni," Shida berkata sambil tersenyum-senyum.
" cehh...kalau suka tu cakap ajalah,"
" segan lah, aku ni bukan pandai sangat pun, mana padan dengan dia,"
" habis, aku dengan Tuan Adam tu, sepadan ke?," Aisyah bertanya selamba.
" kau lain, sebab Tuan Adam tu memang cintakan kau sungguh," Syahira menjawab.
" aminnn....," Aisyah berkata selamba.
Belum sempat Syahira membalas, pintu bilik di ketuk dari luar. Lisa menjengah dengan kepalanya.
" unni, dah mandi belum, kita nak makeup-makeup ni," Lisa berkata sambil tersengeh.
" akak dah mandi dah, nak makeup dah ke..tak awal sangat?," Aisyah menjawab sambil melirik jam di dinding.
" awal apanya, kau ingat makeup ni siap dalam lima minit ke?," Syahira berkata sambil menggelengkan kepalanya.
" iya ke?,"
" okay lah, nak pakai baju dulu ke ni?," Aisyah bertanya pada Lisa.
" kita makeup dulu lah unni, nanti baru pakai baju, takut rimas, baju pun senang nak pakai kan," Lisa sudah melangkah masuk dan menjinjit beg makeupnya.
Dia meletakkan beg di meja solek dan menyusun peralatan makeupnya di situ. Shida dan Aisyah ternganga kagum.
" wahhh...banyak betul alatan makeup, kita tak pernah tau pun kan Aisyah alatan makeup banyak macam gini, tau bedak compac dengan lip bam je," Shida berkata teruja.
" hihi...Lisa ambil kelas makeup dekat korea, minat sangat dengan makeup kak, ni yang teruja dapat makeupkan kak Aisyah," Lisa bercerita ramah.
Shida sekadar menganggukkan kepalanya,' hurmm...semua family Tuan Adam ni peramah, dari Tuan Adam, Reza, Lisa..Puan Afifah..Min Ho pun menegur juga tadi..Tuan Kim pun sama...haiii..untungnya kawan aku sorang ni, betullah segala yang berlaku tu ada hikmah.
Dulu aku menangis tengok kau kena pukul dengan Pak Ngah kau hari-hari, habis badan kau berbirat sana sini. Aku yang sapukan ubat dekat belakang badan kau pun dah terasa ngilu, apatah lagi engkau yang merasakannya.
Masa kau menghilang hari tu, aku mati-mati ingat kau di jual Pak Ngah kau, aku berkeras nak buat report..tapi Mak dan Ayah aku tak bagi, takut tersalah sangka sebab pak ngah kau pun hilang sekali, seminggu aku menangis Aisyah...
Mak pujuk aku kata kau dah pindah dengan Pak Ngah kau...aku sentiasa doakan kau selamat danBahagia..., harapan aku hanya nak jumpa kau suatu hari nanti, akhirnya doa aku termakbul bila kau muncul tiba-tiba depan rumah aku, dengan berita yang gembira...
Aku lah orang paling bahagia Aisyah..., syukur kau di beri kebahagiaan kini, aku harap penderitaan kau dah berakhir...sungguh kau lah sahabat dunia akhirat aku,' Syahira mengalirkan air matanya.
" ehh..kau kenapa yaya?, tetiba menagis ni," Aisyah yang sedar temannya tu menitiskan air mata terus bertanya. Risau jika Syahira kenapa-napa.
" tak ada apalah...aku happy tengok kau dah kahwin...happy sangat sampai keluar air mata," Syahira berkata sambil mengesat air matanya. Dia tersengeh.
" akak jangn sedih okay, Lisa boleh kenalkan akak dengan abg Reza, mana tau, esok lusa Lisa makeup kan kak yaya pula," Lisa ketawa kecil sambil mengusik Syahira.
" ish..Lisa ni, segan akak," Syahira berkata malu.
" tak payah kenalkan Lisa, diaorang dah bermesra dah pun," Aisyah berkata selamba sambil menarik kerusi di hadapan meja solek.
" uiii...kau ni...ayat tu boleh buat orang salah faham tau, aku borak kosong je dengan dia," Syahira malu bila Aisyah berkata begitu di hadapan Lisa. Takut Lisa tersalah faham.
" dari borak kosong boleh jadi borak ber'isi'.. kan Lisa kan..," Aisyah mengusik temannya.
" betul..betul..betul..," Lisa menyokong, mereka menepuk tangan bersama.
" uittt korang ni, taulah akak dan adik ipar..., ada hati nak kenakan aku ya," Syahira bercekak pinggang, pura-pura marah.
" well...kita kan geng...," Lisa dan Aisyah berkata serentak.
" iyalah...aku je yang tak ada geng,...," Shida buat-buat merajuk pula.
" eh..merajuk ke tu...tak pe..nanti kita panggil oppa dia kan Lisa," Aisyah berkata pada Lisa, masih mengusik Syahira.
" boleh..boleh...kita tak payah susah nak pujuk-pujuk dah, ada yang pujuk, kan kak," Lisa juga tidak kurang juga ingin mengusik.
" aku balik karang baru tau," Shida berkata sambil baut muka garangnya.
" okay..okay.. aku gurau je lah, saja nak mengusik kau," Aisyah berkata sambil ketawa. Syahira menepuk peha Aisyah sekuat hati.
" ouch.." Aisyah berkata sambil menggosok pehanya yang perit.
" padan muka..," Shida berkata puas. Sejujurnya, dalam hati Syahira ada kuntum-kuntum bunga yang mula bermekaran.
Share this novel