Tuan Adam | Ep. 3

Romance Completed 32128

Musim buah sudah tiba, Aisyah seronok melihat dusun yang mengelilingi villa. Rupanya Villa Hutan dibina berhampiran sungai dan di kelilingi dusun. Ada sebuah tangga batu yang di bina khas untuk ke sungai. Dari cerita Mak Dah, sebelum Tuan Kim dan Puan Afifah pindah ke korea, mereka sekeluarga selalu berkelah di tepi sungai tersebut. Patutlah ada pasir berhampiran sungai, Tuan Kim yang meletaknya di situ untuk anak -anak mereka bermain.

" Apa yang kamu menungkan tu Aisyah, ni ada enam biji durian, suruh Mak Dah buatkan tempoyak ye, dah terasa-rasa kat tekak Pak Wan ni" lamunan Aisyah terhenti, dia tersengeh dan mengangguk faham.

Segera dia menuju ke dapur mendapatkan Mak Dah. Mak Dah sedang leka mengopek ikan bilis sambil mulutnya menyanyi halus. Aisyah menggelengkan kepalanya dan tersenyum lucu melihat telatah wanita separuh baya itu. Durian yang dibawanya diletak ke bawah berhampiran sinki. Dia menghampiri Mak Dah.

" hah...ayo goyang dumang, bikin hati senang," Aisyah menyergah Mak Dah dari belakang.

" oiiii...bikin hati senang, masalah jadi hilang...ayooo goyang dumang...eh..eh.. hish..budak ni kan," Mak Dah menepuk bahu Aisyah yang sudah mengekek ketawa geli hati. Aisyah memang suka menyakat Mak Dah bila wanita itu sedang leka berkhayal. Merah padam mukanya akibat ketawa.

" hah..yelah,suka lah sangat ye, nanti esok lusa melatah ni jangkit baru tau," Mak Dah berkata geram. Aisyah tersengeh sambil memeluk Mak Dah.

" banyaknya durian, mungkin malam tadi hujan tu yang banyak gugur," Mak Dah yang baru sedar ada durian di situ membelek- belek raja buah itu.

" Mak Dah, Pak Wan suruh buat tempoyak," Aisyah menyampaikan pesan Pak Wan sambil duduk mengopek ikan bilis.

" Hai, Pak Wan kau.. kalau buat banyak- banyak siapa yang nak makan, kita bertiga aja yang makan," Mak Dah mengambil dua biji durian dan meletakkan di tepi pintu dapur.

" Tuan Adam kan ada Mak Dah," kata Aisyah bersahaja.

" Tuan Adam kesayangan kamu tu, mana makan durian Aisyah, bau pun dia boleh muntah, ni Pak Wan kutip banyak-banyak ni, kalau dapat baunya naik sampai ke atas, nasib la kalau ada singa mengamuk," Mak Dah membebel sambil mencari parang di bawah singki. Aisyah berhenti mengopek ikan bilis. Dia termenung sejenak dan menggaru- garu dagunya yang tidak gatal. Tiba-tiba dia tersenyum seorang diri. Mak Dah yang perasan dengan tingkah laku Aisyah memandang pelik.' Tak kan dah gila budak ni senyum sorang-sorang' bisiknya dalam hati.

" yes..yes..," Aisyah melompat girang. Mak Dah yang ingin duduk di bangku pendek terduduk ke lantai apabila mendengar jeritan girang Aisyah.

" hish budak ni, lama-lama terkeluar jantung Mak Dah tau, asyik terkejut je," Mak Dah membebel sambil membetulkan duduknya.

" Mak Dah, bila nak buat tempoyak tu,"

" nak buat lah ni, karang Pak Wan kau tu merajuk pulak," Mak Dah berkata selamba sambil mencatukkan parang pada buah durian.

" Amboi...mengata kita ke tu," Pak Wan datang tiba-tiba.

" nah...ambik ko parang ni...hush..hush..," Mak Dah masih lagi melatah. Nasib baik dia tidak menghunus parang di tangannya pada Pak Wan.

" abang!!!! Kot ya pun, bagi la salam, nasib tak melayang parang ni tadi, ni sama je dua ni, ada je nak menyakat kita, karang mogok tak nak masak baru tau," Mak Dah tidak berhenti membebel. Pak Wan tersengeh, sebenarnya cuak juga dia melihat Mak Dah melatah sambil memegang parang, silapnya juga suka menyakat isterinya itu.

" Idah, sebelum senja ni abang nak ke pekan, nak hantar durian sebakul pada si Chong, hari tu dia ada tanya, daripada terbuang lebih baik jual, dapat juga untung," Pak Wan duduk di bangku sambil mengipas-ngipas menggunakan topinya.

" jangan lambat sangat balik tu,"

" baiklah dinda," Pak Wan menjawab dalam nada bergurau. Mak Dah menjeling manja. Aisyah seronok melihat mereka berdua. Walaupun tidak dikurniakan anak, mereka berdua tetap setia antara satu sama lain. Suatu hari nanti dia juga ingin seperti itu, cinta sepanjang hayat.

***

"Aisyah, elok-elok kat rumah, hari ni air tak ada tau, baju yang belum basuh tu biarkan aja, tapi kalau kamu rajin nak ke sungai, boleh je basuh kat situ, kalau takut tak payah ya, tunggu air ada," Mak Dah memesan panjang lebar. Aisyah mengangguk faham. Dia memerhati sehingga kereta Pak Wan sudah tidak kelihatan dek pandangan.

Dia memusingkan badannya dan tersenyum jahat. Bergegas dia masuk ke villa. Ada sesuatu yang telah dirancangnya sejak semalam. Dia membuka peti sejuk dan mengeluarkan baki tempoyak semalam. Dia pergi ke sebuah laci kabinet dapur dan mengeluarkan sebilah gunting. Dia membawa keduanya dan berlalu ke tingkat atas, sempat dia menjeling ke arah jam di dinding, menujukkan baru pukul enam lima puluh minit.

Terjengket-jingkit dia melangkah sehingga ke pintu bilik Tuan Adam. Perlahan-lahan dia memulas tombol pintu dan menolaknya. Suasana bilik gelap, hanya samar-samar tubuh Tuan Adam berbaring di atas katil sedang tidur lena. Dia tidak menyadari kehadiran Aisyah. Aisyah menarik nafas dan melangkah perlahan-lahan, tidak inggin Tuan Adam terbangun. Kalau tidak, musnah rancangannya.

Dia menyudu tempoyak didalam mangkuk dan menyapunya pada rambut Tuan Adam. Di ambilnya pula gunting dan menggunting janggut Tuan Adam. Habis janggut lelaki itu, bagaikan di gigit tikus mondok sahaja rupanya.

"Ermm.."tiba-tiba Tuan Adam menggerakkan badannya.Aisyah kelam kabut mencapai mangkuk dan segera berlari ke luar bilik. Tuan Adam mula bangun dan menggosok matanya.

Matanya terus segar bila terbau sesuatu yang tidak menyenangkan. Aisyah segera bersembunyi dalam biliknya. Nafasnya turun naik kerana terkejut dan takut.' maaf Tuan, harap-harap Tuan tak halau saya,' Aisyah berkata dalam hati.

"MAK DAH...PAK WAN!!!!!"terdengar jeritan Tuan Adam di tingkat atas. Aisyah berdiri kaku di balik pintu bilik. Selang beberapa minit suasana masih sunyi. Aisyah tertanya-tanya.' Biar betul dia ni, memang tak makan saman ni,'. Perlahan-lahan Aisyah menolak daun pintu. Dia menjenggulkan kepalanya, mengintai keadaan di luar. Sunyi.

"Hai, cara ni pon tak jalan, memang keras hati Tuan Adam ni," Aisyah membebel sendiri. Dia terjingkit-jingkit melangkah keluar bilik dan menuju ke dapur. Bayang Tuan Adam tiada di mana-mana. Dia menarik nafas lega.

"Baiklah, masa untuk kerja," dia mencapai penyapu di balik pintu dapur lalu menyapu koridor luar. Selang beberapa minit dia ke mesen basuh.

"Alamak, air kan tak ada, kejap....Tuan Adam macam mana?" Aisyah kalut.

"Rasanya dia okay kot, kalau tak mesti dia dah mengamuk, hurmm...Mak Dah kata boleh basuh kat sungai, lagi pun sepuluh helai ja ni, berani ke tak pergi sungai? Redah ajalah, baca bismillah," Aisyah membebel sendiri. Dia memasukkan baju kotor ke dalam bakul dan menuju ke pintu. Disarungnya selipar sebelum memulakan langkah. Berhati-hati dia menuruni tangga. Terdengar bunyi air sungai mengalir. Aisyah tersenyum senang.

"Tempat cantik macam ni nak takut apa? seronok ada lah,"Aisyah berlari anak menuju ke sungai. Terdengar burung berkicau diselangi bunyi air berarus. Sungguh nyaman dan merdu. Dia mencangkung di sebelah batu besar dan mencapai bakul baju yang di bawanya. Belum sempat dia mencapai baju, tiba-tiba ada sesuatu keluar dari celah batu tegak berdiri. Aisyah yang terkejut terus menjerit.

"ARKHHH....HANTU SUNGAI!!!!!"akibat terlampau terkejut, dia pingsan tidak sedarkan diri. Terlihat ada sepasang kaki melangkah menghampirinya.

***

Aisyah memegang kepalanya yang berdenyut. Pandangannya kabur, dia cuba membuka matanya lebih luas. Samar-samar dia melihat tubuh seseorang di hadapannya. Dia cuba untuk bangun dan menggosok kedua matanya.

Bila dia mendogak ke depan, dia melihat ada susuk tubuh tidak berbaju sedang membelakanginya. Aisyah membutangkan mata, lidahnya kelu. Tubuh di hadapannya berpusing ke arahnya. Seorang lelaki berwajah bersih sedang mengelap badannya menggunakan tuala. Aisyah ternganga dan terus memejamkan mata.

"Awak siapa, kenapa saya ada dekat sini, awak nak buat apa culik saya ni, saya tak ada buat salah apa-apa pun,"Aisyah ketakutan, badannya menggigil. Lelaki di hadapannya tersenyum sinis.

" kau kata tak buat salah ye," lelaki itu menghampiri Aisyah. Aisyah mengangguk dan masih memejamkan matanya. Tanpa dia sedar wajahnya sangat hampir dengan lelaki itu.

"Hei," Aisyah terus membuka matanya bila suara lelaki itu sangat hampir dengannya. Dia terkejut dan bingkas untuk bangun, tetapi tangannya di tarik dan dia terjatuh ke katil. Kali ini tubuh lelaki itu sedang menindihnya. Mereka amat rapat. Lelaki itu merenung tajam Aisyah.

" to..tolong..jangan buat saya macam ni, dosa... kalau awak nak sangat, nikah dulu dengan saya, tapi jangan perkosa saya," Aisyah berkata sambil menitiskan air matanya. Dia benar-benar ketakutan. Lelaki itu ketawa geli hati.

" aku nak denda kau, sebab kau dah buat salah, kau cabar aku, aku tak kacau hidup kau, tapi kau kacau hidup aku, sekarang terima balasan kau," Lelaki itu berkata seakan berbisik di telinga Aisyah sambil tersenyum sinis. Tangan Aisyah menolak badan lelaki itu, tetapi tangan lelaki itu lebih dulu bertindak. Tangan Aisyah di tarik ke atas dan mendekatkan wajahnya ke wajah Aisyah seperti ingin mencium bibirnya.

Aisyah memejamkan mata sambil menangis. Dia pasrah. Selang beberapa minit lelaki itu bangun dan ketawa terbahak-bahak. Aisyah segera duduk dan menyandarkan dirinya di kepala katil. Wajahnya sudah basah dengan air mata. Dia tidak kenal lelaki itu, kepalanya semakin berdenyut pening. Lelaki itu duduk di sofa sambil merenung Aisyah. Tuala yang mengelap badannya di letakkan di bahu. Matanya merenung tajam.

" kau tak kenal aku?" Dia bertanya. Aisyah hanya mampu menggelengkan kepalanya. Lelaki itu tersenyum sinis.

" tempat ni pun kau tak kenal?" Lelaki itu bangun dan duduk di sisi Aisyah. Aisyah segera melihat keseluruh ruang bilik itu.' Bilik ni macam bilik....Tuan Adam.. takkanlah lelaki ni... TUAN ADAM?' Aisyah benar-benar terkejut. Dia terus berdiri tegak di sebelah katil. Dia membongkokkan badannya.

" maaf Tuan Adam, saya pergi dulu," Aisyah berkata sebelum berlari ke luar. Tuan Adam tersenyum geli hati, hatinya puas dapat mengenakan Aisyah. Dia menghempas badannya ke katil.

Aisyah terus masuk ke biliknya dan mengunci pintu. Dia melihat baju yang di pakainya, t-shirt putih besar dan kepalanya tidak bertudung. Dia terduduk dan menangis semahunya.

" sampai hati Tuan buat aku macam ni," Tuan Adam lelaki kedua dalam hidupnya yang melihat auratnya selain arwah abah. Aisyah teringat pesan abahnya, 'Aisyah, kalau sayang abah, jaga aurat ye, jaga kesucian kamu sampailah kamu bersuami, cukuplah abah dan suami kamu yang melihat auratmu Aisyah,' Aisyah menangis tersedu-sedu.

" maafkan Aisyah abah, lelaki kedua tu bukan suami Aisyah," Aisyah menangis sambil memeluk lututnya.

***

Pintu bilik Aisyah di ketuk dari luar. Aisyah terkejut, dia menuju ke pintu dan membukanya. Tuan Adam berdiri di depan pintu, gayanya betu-betul berubah. Rambutnya di sikat kemas, dia memakai baju t-shirt putih dan mengenakn seluar sukan. Aisyah hanya menunduk, lidahnya kelu. Tuan Adam melihat wajah Aisyah yang sembab,'teruk sangat ke aku menyakat dia, rasa bersalah lah pulak,' Tuan Adam berdehem.

" Mak Dah dan Pak Wan mana? Aku tak nampak,"

" diaorang pergi pekan," Aisyah menjawab pendek. Dia menunduk kerana malu berhadapan Tuan Adam.

" hummm....aku lapar, masakkan aku sesuatu," Tuan Adam berkata sambil bersandar tepi pintu. Aisyah serba salah, sebolehnya dia tidak mahu berdua-duaan dengan Tuan Adam. Tuan Adam yang sedar dengan riaksi Aisyah segera faham.

" jangan risau, aku makan kat bawah, dah cepat masak...aku bagi lima belas minit...tak kisah la maggie ke apa, dah siap panggil aku kat depan," Tuan Adam berkata dan melangkah pergi. Aisyah mengeluh. Tika itu air matanya laju sahaja ingin keluar. Di gagahkn juga melangkah ke dapur.

Tuan Adam duduk di sofa dan mencapai alat kawalan televisyen. Dia menekan punat on , kepalanya di sandar ke sofa. Sudah lama benar dia tidak menonton televisyen, bukan berbulan..tetapi bertahun. Matanya melihat ke televisyen, tetapi fikirannya jauh melayang. Terkenang memori yang amat pahit untuk di telan.

Tuan Adam berdiri di hadapan kedai bunga. Dia membelek setiap jenis bunga di hadapannya dengan wajah girang. Hatinya sungguh senang kerana ingin berjumpa dengan buah hatinya. Dia tidak menyangka akan terserempak dengan Katrina di Ipoh. Kekasihnya itu ada memberitahunya akan ke luar Kuala Lumpur atas urusan kerjanya sebagai model, tetapi tidak pula memberitahu lokasinya. Memang kuat jodohnya dengan Katrina, baru seminggu lepas dia melamar buah hatinya itu, hari ini mereka bertemu dalam kebetulan.

" ya, encik cari bunga apa?," pelayan kedai bertanya.

" ermmm....awak ada bunga lily?" Tuan Adam terus bertanya.

" ada..encik nak berapa? Kalau nak gubah, kami boleh buatkan sekali," pelayan itu bertanya ramah, tangannya lincah mencapai beberapa kuntum bunga lily.

" boleh awak buat spesial sikit, bagi nampak cantik, saya nak bagi pada tunang saya," pelayan itu mengangguk bila mendengar permintaan Tuan Adam. Dia berlalu ke dalam kedai. Selang beberapa minit pelayan itu kembali dengan sejambak gubahan bunga lily yang di susun cantik bersama beberapa bunga yang lebih halus. Tuan Adam tersenyum puas.

" awak ada kad?.."

" sila ikut saya ke kaunter, ada banyak pilihan kad di situ," pelayan itu berkata sebelum mengiringi Tuan Adam ke kaunter pembayaran. Selesai membayar harga bunga dan menulis kad ucapan, Tuan Adam bergegas menuju ke sebuah hotel berhampiran. Dia berlari- lari anak dengan senyuman yang tidak lekang di bibir.

Tiba-tiba kakinya berhenti melangkah, matanya terpaku bila melihat dua manusia tidak jauh di hadapannya. Senyuman di wajahnya serta-merta hilang. Matanya merenung tajam melihat tingkah kedua manusia itu.

" sayang, you ni memang tak sabar tau, kan i dah janji dengan you malam ni kita jumpa, you nak jugak melekat dengan i," terdengar suara wanita itu merengek manja, sambil tangannya memeluk lengan lelaki berkaca mata hitam di sebelahnya.

" you kan baby i, i tak tahan tengok orang asyik pandang you aja, mana boleh biarkan baby i yang seksi ni duduk sorang-sorang kat hotel, malam ni i teman you," lelaki itu berkata dengan tangannya melengkar di pinggang wanita tadi.

Tuan Adam yang berhampiran mereka mendengar dengan wajah merah menahan marah. Pasangan hangat bercinta itu memasuki lif dengan tawa riang. Mereka tidak sedar Tuan Adam mengekori mereka. Tuan Adam melihat tingkat berapa mereka berhenti di atas lif, dia menekan butang lif di sebelah dan terus mengekori mereka. Bunga lily di tangannya sudah terjuntai ke bawah, waktu itu fikiran dan hatinya tidak seiring. Fikirannya berkata logik, tetapi hatinya menidakkan. ' tak mungkin Rina curang...tak mungkin'.

Dia keluar dari lif dan terlihat bayang mereka berdua sedang berjalan di koridor,dia melangkah mengekori mereka dari jauh. Pasangan itu berjalan sambil berpelukan, sangat mesra. Dia tidak percaya Katrina semesra itu dengan lelaki lain,sedangkan dia amat menghormati wanita itu dan menjaga batasnya.

Pasangan itu berhenti dan wanita itu mengeluarkan kad dari dalam beg tangannya. Tuan Adam terus melangkah menghampiri. Daun pintu di tolak dan mereka ingin melangkah masuk, tetapi ada satu tangan menghalang.

" what the...." wanita itu terkejut dan terus menoleh ke sisinya. Jelas wajahnya pucat apabila melihat pemilik tangan itu.

"A...Adam..." lidahnya terus terkelu, cepat- cepat dia melepaskan pelukannya di lengan lelaki berkaca mata hitam tadi.

" hey bro, tak best lah kacau awek orang, baby.. you kenal ke mamat poyo ni," lelaki itu bertanya sambil memeluk bahu wanita itu, tetapi tangannya di tepis.

" i tak sangka memang betul you, Rina, i tak boleh terima semua ni, hancur hati i," Tuan Adam berkata sayu. Hatinya hancur berkecai, harapannya untuk berkahwin dengan Katrina musnah.

" Adam, i boleh jelaskan, semuanya salah faham ok.. Dia manager i, dia cuma hantar i balik hotel..thats all, you can trust me, please Adam," Katrina berkata dan mencapai tangan Adam, tetapi tangannya di tepis kasar.

" hey beb, manager what?.. you kan baby i, apa semua ni, i tak faham lah, wait... dont tell me you and you..." lelaki itu berkata sambil memandang wajah Tuan Adam. Tuan Adam merenung wajah Katrina dingin, sedingin hatinya kini. Katrina sudah menangis teresak-esak.

" bro, apa semua ni?,"

" kalau kau nak tau, perempuan yang kau panggil baby ni, tunang aku...," Tuan Adam memberitahu dan mencampakkan jambakan bunga lily di wajah Katrina. Dia berpaling dan ingin melangkah tetapi Katrina mencapai tangannya sambil melutut.

"Please Adam, maaf kan i, you tak boleh tinggalkan i macam ni, i masih tunang you, i tak buat macam apa yang you fikir, please Adam, i masih sayangkan you," Katrina merayu dengan linangan air mata. Tuan Adam menarik tangannya. Dia menarik nafas dalam dalam sambil memejamkan mata. Dia memusingkan badannya kembali dan merenung tajam ke wajah Katrina.

"Rina, i rasa cukuplah sampai sini, lepas ni jangan carik i lagi, i tak da masa nak layan perempuan macam you, cukuplah tiga tahun i hambakan cinta i pada you, tapi i bersyukur Allah nak tunjuk siapa you sebenarnya sebelum kita jadi suami isteri, i tak tahu apa kurangnya i pada you Rina. Usaha i untuk setia dengan you, rupanya sia-sia, kalau you suka dengan cara hidup you yang macam ni, teruskan. Jangan datang merayu untuk cinta i lagi, Assalamualaikum,"

Tuan Adam berlalu tanpa menoleh ke belakang, langkahnya di atur laju. Terdengar raungan Katrina dan sumpah seranah lelaki yang di tipunya. Tuan Adam melangkah dengan airmatanya berlinang di pipi, jatuh juga air mata lelakinya itu.

***

"Tuan...tuan," Aisyah mengapai-gapai tanganya di wajah Tuan Adam. Tuan Adam tersedar dari lamunannya. Aisyah melihat mata Tuan Adam sedikit merah, seperti orang menangis, timbul tanda tanya di hati.

" ada apa?," Tuan Adam bertanya dingin. Wajah Katrina terus lenyap di fikirannya. Dia merenung Aisyah yang sedang berdiri di sebelah.

" tadi Tuan cakap kalau dah siap masak suruh panggil Tuan, tapi banyak kali saya panggil Tuan diam aja," Aisyah menjelaskan. Dia masih menunduk dan tidak mahu melihat wajah Tuan Adam.

" ok..jom," Tuan Adam bingkas bangun dan mencapai tangan Aisyah, tetapi cepat-cepat Aisyah menarik tangannya. Tuan Adam tidak jadi melangkah, dia menoleh melihat Aisyah yang jelas ketakutan. Dia tersenyum lucu.' Comel pulak bila tengok dia ni,' hatinya berbisik.

" janganlah cuak sangat, aku nak ajak kau teman aku makan aja, tak kesian ke tengok aku makan sorang- sorang, kalau kau tak nak teman, aku tak jadi makan," Tuan Adam mengugut. Aisyah merengus halus, bibirnya di ketap geram.

" baiklah, saya temankan Tuan makan," Tuan Adam tersenyum senang. Mereka beriringan ke meja makan. Di atas meja ada sepinggan cucur ikan bilis. Tuan Adam menarik kerusi dan melabuhkan punggungnya. Aisyah hanya berdiri kaku di sebelah.

" duduklah, tak penat ke kau berdiri macam tu," Tuan Adam menarik kerusi di sebelahnya dan menyuruh Aisyah duduk. Aisyah masih teragak-agak, tetapi dia tetap duduk di sebelah Tuan Adam. Tuan Adam tersenyum lagi.

" sedap ke cucur ikan bilis ni," dia bertanya sambil memusing-musinkan pinggan berisi cucur ikan bilis itu.

" rasalah," Aisyah berkata perlahan bagai tidak kedengaran suaranya. Tuan Adam melirik ke arah Aisyah.

" cuba kau rasa dulu, mana tau kau bubuh racun dalam ni, sia-sia je kalau aku mati," Tuan Adam berkata dengan wajah curiga. Aisyah menjeling, di capainya sebiji cucur dan digitnya sedikit.

" puas hati?" Menyampah pula dia melayan kerenah Tuan Adam yang makin mengada-ngada. Tuan Adam masih memandang dengan riak wajah curiga. Aisyah merengus.

" kalau tak nak makan saya letak kat dapur," dia bingkas bangun dan mencapai pinggan berisi cucur ikan bilis itu. Tiba-tiba, Tuan Adam mencapai tangannya dan menyuap baki cucur yang digigit ke dalam mulut.

"Emmm...baru sedap," selamba sahaja Tuan Adam mengunyah, dia mecapai pinggan di tangan Aisyah dan berlalu ke tuang tamu. Aisyah masih kaku di meja makan. Jantungnya berdegup laju, masih terkejut dengan tingkah laku Tuan Adam yang tidak semena-mena itu.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience