Tuan Adam | Ep14

Romance Completed 32128

Sudah tiga bulan Tuan Adam dan Aisyah melayari alam berumah tangga. Hidup mereka disulami gurau senda dan gelak tawa. Tiada sehari pun hidup mereka suram, sentiasa ceria dan gembira. Pak Wan dan Mak Dah juga turut merasakan kehangatan kisah cinta mereka.

" Aisyah, okay tak ni, selalunya Aisyah ikut Tuan Adam ke offis, Mak Dah tengok kamu ni lemah semacam," Mak Dah berkata sambil mengelap tangannya yang basah.

" Aisyah salah makan agaknya Mak Dah, asyik rasa loya aja tekak, lepas tu rasa badan ni bisa-bisa, tak larat sangat," Aisyah berkata sambil membaringkan wajahnya di meja dapur.

" bunyinya teruk tu, nak Mak Dah call Tuan Adam?," Mak Dah bertanya bimbang.

" ish..jangan lah Mak Dah, dia baru je pergi kerja, dah lah ofis tu jauh..,tak apa nanti kalau Aisyah rasa tak tahan sangat, minta Pak Wan hantar ke klinik," Aisyah berkata sambil memejamkan matanya.

Belum sempat Mak Dah menjawab Aisyah berlari ke bilik air, terdengar suara Aiayah muntah.

" hish..lain macam je aku tengok budak ni, kena pergi klinik ni" Mak Dah berkata sambil berlari anak menuju bilik air.

***

Aisyah mengusap perutnya lembut dengan senyuman di wajah. Mak Dah dan Pak Wan saling memandang dengan riaksi yang sama. Berita yang baru di dengari mereka tadi amat menyentuh hati.

" Aisyah kena hati-hati lepas ni, jangan buat kerja berat okay, kandungan tu masih muda, jalan pun tak boleh lasak sangat" Mak Dah memberi nasihat. Aisyah mengangguk faham, senyumannya makin lebar.

" Aisyah dah bagi tau Tuan Adam ke ni, ke nak Mak Dah yang bagi tau" Mak Dah bertanya.

" errr...nanti dulu lah Mak Dah, Aisyah nak buat suprise," Aisyah menjawab. Mak Dah dan Pak Wan mengangguk faham.

***

Tuan Adam memberi salam sebelum melangkah masuk ke villa. Dia merebahkan badannya di sofa sambil tangannya melonggarkan tie di leher.

Tiba-tiba ada satu tangan berlengkar di lehernya. Dia tersenyum senang, walaupun matanya terpejam, tangan yang lembut itu amat di kenalinya. Terasa penatnya tika itu terbang melayang entah kemana.

" abang, buka mata," Aisyah berbisik di telinga Tuan Adam lembut. Tuan Adam membuka matanya. Dia melihat ada satu gambar hitam putih di hadapannya, tetapi dia tidak dapat mengecam apa yang ada pada gambar itu.

" apa ni sayang?," Dia bertanya pelik. Aisyah tersenyum, dia sudah mengagak Tuan Adam akan bertanya begitu.

" ni lah gambar baby kita," Dia berbisik lembut di telinga suaminya. Aisyah terus duduk di sisi Tuan Adam.

" baby?..kita?," Tuan Adam bertanya masih tidak faham.

" yup, abang dah nak jadi appa," Aisyah berkata dengan senyuman.

" cin..cinca!!!??," Tuan Adam menjerit kecil sebelum memeluk Aisyah. Dia mengendong isterinya dan mendekatkan telinganya di perut Aisyah. Mereka berpusing-pusing sambil berpelukan. Gelak tawa mereka memecah di ruanga tamu itu.

" gumawo sayang...gumawo..," Tuan Adam berkata romantis sebelum mencium ubun-ubun Aisyah.

Aisyah memejamkan matanya bila menerima kehangatan ciuman dari suami yang amat di cintainya itu. Tanpa mereka sedar, ada empat pasang mata mengintai dari dapur. Mak Dah mengesat hujung matanya dengan tangan.

" seronok kan bang tengok diaorang," Mak Dah berbisik.

" mudah-mudahan, mereka akan bahagia hingga ke syurga" Pak Wan membalas kata-kata isterinya.

***

" abang...boleh lah..., Aisyah nak ikut," Aisyah merayu sambil membetulkan kolar kemeja Tuan Adam.

Tuan Adam tersenyum sambil mengusap perut isterinya yang sudah membesar. Kandungan Aisyah sudah masuk enam bulan. Aisyah yang kecil molek itu semakin comel di matanya.

" bukan abang tak nak sayang ikut, tapi abang tak sampai hati tengok sayang tunggu abang kat office tu, kalau dekat rumah kan boleh berehat, nak tidur pun selesa, kalau sayang boring, nanti suruh Pak Wan bawa jalan- jalan okay," Tuan Adam berkata dengan lemah lembut. Dia tersenyum melihat wajah Aisyah yang sudah mencuka.

" iyalah...faham," Aisyah menjawab dengan memuncungkan mulutnya. Entah sudah berapa kali dia memujuk ingin mengikut ke pejabat tetapi di larang suaminya itu.

" jangan lah buat muka comel macam tu," Tuan Adam menarik lembut mulut Aisyah.

" abang balik jangan lewat sangat tau, Aisyah masak sedap-sedap hari ni," Aisyah berkata ceria. Tuan Adam mengangguk.

" baik bos, dah jom," Tuan Adam berkata sebelum mengendong Aisyah.

" abang, tak penat ke angkat Aisyah hari-hari? Dah lah tiga tingkat," Aisyah membebel. Sejak dia mengandung, suaminya itu akan mengendongnya naik dan turun, alasannya tidak mahu Aisyah kepenatan.

" bukannya isteri abang ni berat sangat pun, bersyukur jugak dapat isteri comel macam sayang," Tuan Adam berkata selamba.

" Mak Dah bising nanti," Aisyah berkata bimbang. Selalunya bila terserempak degan Mak Dah mereka berdua akan di bebel, apa tidaknya, dengan keadaannya itu yang sedang sarat, agak berbahaya Tuan Adam mengendongnya naik dan turun tangga.

" sebab tu abang pelan-pelan ni," Tuan Adam berkata lembut. Walaupun berat isterinya itu akan naik sekali ganda dari berat asal, tiada masalah baginya. Berat Aisyah masih belum mencecah tujuh pulah lagi, masih mampu diangkat, mungkin bila mencecah sembilan puluh, dia juga tidak larat.

" aduhai!!...budak dua orang ni, Mak Dah dah ingatkan banyak kali, tetap jugak degil, boleh gugur jantung ni tau, bahaya kamu tau tak, hishhh....," Mak Dah sudah bercekak pinggang menunggu mereka di tingkat bawah. Wajahnya penuh kebimbangan.

" nasib lah, kamu ni kecik je orangnya, kalau badan macam Mak Dah ni, mau patah pinggang si Adam tu," Mak Dah membebelkan Aisyah.

" kalau macam Mak Dah, saya pun tak sanggup," sempat lagi Tuan Adam mengusik Mak Dah.

" Mak Dah jangan lah marah, nanti tak comel," Aisyah berkata sambil tersengeh. Taun Adam meletakkan Aisyah di sofa dengan lemah lembut.

" okaylah, abang nak pergi dah ni, sayang jangan lupa sarapan, makan vitamin dan susu ye, saranghe...," Tuan Adam mencium dahi Aisyah dengan penuh kasih. Aisyah tersenyum sebelum menarik wajah Tuan Adam dan mencium pipi suaminya itu.

***

Tuan Adam baru sahaja selesai bermesyuarat, dia melihat jam di tangannya. Masih ada setengah jam sebelum pukul lima. Dia duduk di kerusinya melepaskan lelah.

Tiba -tiba telifonnya berbunyi. Ada satu nombor yang tidak dikenali tertera di skrin henfon.

" hello?,"

"Adam, i ni," Tuan Adam mengerutkan dahinya.

" Rina?,"

" yes.. i Rina,"

" kenapa you call i? Apa lagi you nak dari i?," wajah Tuan Adam menunjukakan riaksi kurang senang.

" maafkan i Adam, i tak bermaksud nak ganggu hidup you, i sedar i banyak buat salah dekat you, i betul-betul dah berubah, cuma i tengah ada masalah, hanya you je yang i kenal untuk tolong i hadap masalah i ni,"Katrina berkata sambil menagis teresak-esak.

" you ingat i akan percaya dengan you, sudah lah Rina, kita dah tak ada apa-apa hubungan lagi, you carilah orang lain," Tuan Adam berkata dingin.

" Adam please, i merayu, i kena kejar along sekarang ni, i dah tak ada job, i tak ada duit, i cuba mintak tolong dady, tapi i takut, hanya you aja boleh selamatkan i Adam, i janji lepas ni i dah tak ganggu hidup you lagi, semua kawan i dah lari Adam, please," Katrina merayu.

" you nak i buat apa?," Adam bertanya sambil mendengus.

" boleh i jumpa dengan you sekarang?,"

" dekat mana?," Tuan Adam bertanya acuh tidak acuh.

" nanti i share location," Katrina menjawab.

" thank Adam...tahanks," Katrina berkata. Tuan Adam mematikan talian dan mengeluh berat. Dia menaip sesuatu di telifonnya.

- sayang Abang ada kerja sikit, mungkin balik agak lewat, sayang makan dulu ye, jangan tunggu abang tau...saranghe..

***

Aisyah membaca mesej yang baru di terimanya. Dia mengeluh, wajahnya sudah mencuka. Mak Dah melirik padanya sambil memotong timun.

" Tuan Adam balik lewat lagi ke?,"

" selalu macam ni, asyik sibuk aja, apa tah yang ada dekat ofis tu, kalau dah pergi mesti melekat, susah nak balik," Aisyah merungut.

" ish..tak baik macam tu, kan Tuan Adam pergi cari nafkah untuk Aisyah, untuk baby jugak, dah jangan asyik nak masam je muka tu, nanti baby keluar muka masam sebiji mak dia..," Mak Dah memberi nasihat. Aisyah tersengeh. Sejuk sedikit hatinya.

Share this novel

YAZNI-ERNIE
2020-10-20 01:50:45 

hi dear. tqvm. update sampai dua chapter. pg ngn mlm. love u.


NovelPlus Premium

The best ads free experience