Tuqn Adam | Ep.15

Romance Completed 32128

Seperti yang di janjikan, Tuan Adam dan Katrina berjumpa di sebuah restoran tidak jauh dari pejabat Tuan Adam.

" apa yang you nak?," Tuan Adam terus bertanya. Dia malas membuang waktu untuk Katrina.

" you orderlah makan dulu,"

" tak apalah, i tak biasa makan dekat luar, wife i dah masak dekat rumah," Tuan Adam berkata selamba. Katrina tersenyum kelat.

" kalau ye pun order lah air," Katrina berkata cuba mengawal emosinya. Dia mengangkat tangan dan seorang pelayan restoran menghampiri. Katrina memesan air fresh oren dan Tuan Adam memesan sirap limau.

" cepatlah cakap apa you nak dari i, i tak banyak masa nak berbual kosong," Tuan Adam berkata sinis. Dia memandang Katrina dengan pandangan dingin.

" i tengah susah sekarang Adam, i lari dari ah long, i tak ada duit nak bayar hutang, i dah lama tak dapat job,"

" so..apa kena mengena dengan i?," Adam bertanya selamba.

" i nak pinjam duit dengan you, i janji i bayar balik, please Adam, you aja harapan i sekarang, i janji dengan you, kali ni aja, lepas ni i tak akan ganggu hidup you," Katrina berkata sambil mengesat air matanya.

" macam mana i nak percaya dekat you Rina?, muka you ni tak meyakinkan langsung," Tuan Adam berkata sambil merenung Katrina.

" tolonglah Adam, i dah berubah, selama you berkahwin, i tak pernah kacau hidup you kan?, i sedar i dah tak ada peluang dah, cuma kali ni je i merayu dengan you, tolong lah i," Katrina berkata sambil menagis teresak-esak. Tuan Adam mengeluh. Hatinya berbelah bagi.

" sorry, i pergi toilet kejap," Katrina melangkah ke dalam restoran.

Tuan Adam meraup wajahnya dengan telapak tangannya. Selang beberapa minit, pelayan datang dengan air yang di pesan. Dia segera meminum air sirap yang di pesannya tadi untuk melegakan tekak yang kering.

Pening memikirkan kemahuan Katrina. Tidak lama kemudia Katrina kembali dimeja. Tuan Adam memicit kepalanya. Tiba-tiba matanya terasa mengantuk. Entah kenapa dia pun tidak tahu. Matanya mahu terpejam sahaja ketika ini.

" Adam are you okay?," Katrina bertanya bimbang. Tuan Adam memandang, tetapi wajah Katrina agak kabur dari pandangannya.

" i okay," Katrina tersenyum sumbing mendengar jawapan dari Tuan Adam itu. Dia memberi isyarat pada pelayan tadi.

" ni upah you," pelayan itu hanya mengangguk dan mencapai sampul yang di hulur Katrina.

" Adam, i rasa you penat sangat ni, apa kata you rehat dekat bilik i dulu," Katrina berkata dan mencapai lengan Tuan Adam. Tetapi tangannya di tepis kasar.

" jangan lah degil, you dah teruk sangat ni, jom ikut i," Katrina berkata senang. Tuan Adam cuba membuka matanya, tetapi pandangannya berpinar-pinar, dia tersedar akan sesuatu.

" apa yang you dah bagi dekat i Rina?," Tuan Adam bertanya lemah. Katrina tersenyum sinis.

" you buat silap bila setuju nak jumpa dengan i Adam, tapi i tau, you masih sayangkan i, sebab tu you masih ikut apa yang i suruh, kesian dekat wife you...mesti dia risau you tak balik hari ni, dan i tak akan izinkan you balik, walau apa cara sekalipun," Katrina berbisik di telinga Tuan Adam sambil ketawa sinis. Seronok dia melihat Adam begitu.

" sial kau Rina...," Tuan Adam berkata semakin lemah, sebelum pandangannya gelap gelita.

***

Aisyah masih mundar mandir di ruang tamu. Jam sudah menunjukkan pukul sebelas malam, tetapi bayang Tuan Adam belum juga muncul. Dia rasa tidak sedap hati, pelbagai kemungkinan bermain di fikirannya.

Tapi dia cepat-cepat tepis jauh perasaan sebegitu. Dia berdoa supaya suaminya selamat pulang ke rumah. Sudah berpuluh kali dia menalifon Tuan Adam tetapi suaminya itu tetap juga tidak menjawab.

" Aisyah, nak Pak Wan pergi ke pejabat ke, tengok Tuan Adam," tiba-tiba Pak Wan bertanya. Risau pula dia melihat Aisyah begitu.

" tak apalah Pak Wan, rasanya kejap lagi sampai lah tu, Pak Wan dan Mak Dah pergilah tidur dulu, Aisyah nak tunggu abang Adam balik," Aisyah berkata. Pak Wan mengeluh sambil mengangguk faham sebelum mengatur langkah ke biliknya. Penat mundar mandir, Aisyah duduk di sofa. Dia mengusap perutnya bila anaknya itu bergerak-gerak.

" mana appa ni sayang," dia berkata bimbang. Tiba-tiba telifonnya berbunyi. Ada satu video di whattsapnya. Dia tersenyum bila mesej itu dari Tuan Adam.

Tetapi senyuman itu tidak lama bila dia melihat isi video itu. Telifonnya tercampak ke lantai. Selang beberapa minit ada mesej lain yang masuk.

Terketar-ketar tangan Aisyah mencapai telifonnya di lantai. Air matanya yang sudah mencurah di pipi di kesat dengan tangan. Dia membaca mesej yang baru di terima.

{ sorry dear.., honestly...Adam masih cintakan i, dah lama hubungan kami kembali semula...but dia tak sampai hati nak bagi tau dekat you, almaklumlah you kan tengah preggy...

Ikutkan hati i...i tak sanggup nak menipu you lama-lama...dari dulu i dah cakap you ni bukan test Adam, tapi you degil, Adam just nak permainkan you je...,

mesti you pelikkan..kenapa sejak sebulan dua ni dia tak bagi you ikut dia pergi ofice, sebab dia tak nak you tau hubungan kami,...sorry again, hari ni bukan i tak pujuk dia suruh balik, i dah pujuk okay...

tapi dia berkeras nak temankan i, i tak boleh nak menolak, you faham kan...jadi i rasa bersalah kalau tak bagi tau dekat you, macam ni lah...you pun dah tau kan hubungan i dengan Adam sekarang, up to you nak buat apa, okay...poorgirl..,}

Terketar-ketar Aisyah membaca mesej itu. Perasaannya tika itu bercampur baur. Perlahan-lahan dia bangun dan mengatur langkah ke tangga.

Telifonnya di biarkan di sofa. Dia melangkah menaiki anak tangga perlahan-lahan. Segala kenangan bersama suaminya terbayang di mata. Terasa hatinya di siat-siat dengan pisau. Dia berhenti melangkah dan menagis teresak-esak. Lututnya menggigil, terasa tidak berdaya tika itu.

" semunya palsu?, Ya Allah kuatkan aku," Aisyah berkata lirih. Dia gagahkan juga kakinya melangkah menuju ke bilik. Sesampainya di bilik, dia duduk sebentar di katil menghilangkan lelah.

Setelah hilang penat, dia mencapai beg baju dan liletakkan di atas katil. Dia membuka pintu almari dan mengambil beberapa helai baju yang tergantung. Dia tidak menagis lagi, tetapi wajahnya tidak menunjukkan sebarang perasaan.

Bajunya di lipat sebelum di susun ke dalam beg itu. Hampir lima belas minit dia mengemas begnya sebelum di zip. Dia menuju ke meja solek dan duduk di kerusi. Di bukanya laci dan mencapai sekeping kertas beserta pen.

Dia mengeluh berat sebelum mula menulis, tiba-tiba tangisnya pecah kembali, dia teresak-esak sambil tangannya menulis di kertas. Selesai menulis, dia melipat kertas itu dan di letakkan atas meja solek. Dia kembali mencapai seuatu di laci. Pasportnya.

***

" abang!!!," terdengar suara Mak Dah menjerit dari tingkat atas. Pak Wan segera menaiki tangga dan bertembung dengan isterinya itu. Wajah Mak Dah penuh kebimbangan.

" kenapa ni Idah terjerit-jerit,"

" Aisyah...Aisyah dah hilang abang, dia tak ada dalam bilik, biliknya tersusun kemas,saya cari merata, tapi tak jumpa," Mak Dah berkata cemas.

" agaknya Tuan Adam bawak dia pergi berjalan kut," Pak Wan berkata menenangkan Mak Dah.

" hah..ke..kereta, jom jom," Mak Dah menarik suaminya itu menuruni anak tangga dan berlari anak menuju ke luar villa.

" kan betul saya cakap, Aisyah hilang, dia lari rumah abang...tengok kereta dia dah tak ada," Mak Dah sudah terduduk.

" agaknya dia pergi cari Tuan Adam, sebab malam tadi Tuan Adam tak balik, awak pasti ke dia lari rumah, mungkin dia pergi ke pejabat, kalau lari, mesti dia bawa kain baju kan, ni mesti dia pergi jumpa Tuan Adam," Pak wan membuat andaian.

Mak Dah segera bangun dan bergegas menaiki tangga dan menuju bilik Tuan Adam, cepat-cepat di bukanya almari pakaian. Melihat pakaian Aisyah yang tinggal beberapa helai, Mak Dah terduduk kembali. Sah!!.Aisyah dah lari.

Selang beberapa minit Pak Wan muncul di muka pintu. Dia melihat isterinya yang terduduk di hadapan almari yang terbuka. Dia menghampiri isterinya itu yang sudah menagis teresak-esak. Terdengar bunyi kereta di luar villa.

" Aisyah!!!! Sayang!!!," Tuan Adam memanggil Aisyah dari tingkat bawah. Beberapa minit kemudian dia muncul di muka pintu bilik. Keadaannya kusut masai.

" Mak Dah, Aisyah mana?, telifon dia ada dekat sofa bawah tapi saya panggil lagi tadi dia tak datang," Tuan Adam bertanya dalam termengah-mengah. Soalannya dibiarkan sepi tanpa jawapan.

" kenapa Pak Wan dengan Mak Dah ada dalam bilik saya? Saya tanya Aisyah mana?," Tuan Adam bertanya lagi. Pak Wan mengeluh berat, dia menghampiri Tuan Adam dan nenepuk bahu Tuannya itu.

" Pak Wan pun tak tau apa masalah antara kamu berdua, tapi Pak Wan harap kamu banyakkan bersabar Adam," Pak Wan berkata. Tuan Adam sudah berdebar-debar, seakan dapat merasakan sesuatu yang tidak kena. Mak Dah bangun dan menghampirinya.

" Adam pergilah carik Aisyah, Mak Dah risau sangat, dia tengah sarat tu, apa-apa boleh terjadi, tolong Adam, bawa Aisyah balik," Mak Dah berkata dalam tangisan. Tuan Adam terduduk di katilnya.

" apa sebenarnya ni?," Tuan Adam bertanya, suaranya bergetar.

" Mak Dah rasa Aisyah dah lari, baju-baju dia semua tak ada, tinggal berapa helai aja dalam almari, kereta dia pun tak ada dekat luar, Adam pergilah carik dia" Mak Dah bercerita. Tuan Adam segera mengatur langkahnya meninggalkan Mak Dah dan Pak Wan. Dia menuju kekereta dan cepat-cepat berlalu dari situ. Fikirannya serba tidak kena.

" kenapa kau bodoh sangat Adam?, kenapa mudah kau nak percaya kan setan macam Rina tu? Ya Allah, bantulah aku. Aisyah...sayang dekat mana?, kenapa tinggal kan abang macam ni?" Tuan Adam berkata sendiri dengan air mata di pipi. Kereta yang di pandunya terus melucur laju.

***

Min Ho mengeliat sambil menuruni anak tangga. Tiba-tiba loceng pintu berbunyi. Dia pelik,' siapa yang datang pagi-pagi ni,?. Dia melangkah menuju ke pintu utama. Perlahan-lahan dia membuka pintu.

" no..noona??..," Min Ho menggosok matanya tidak percaya. Mana tau dia masih bermimpi? Aisyah tersenyum memandangnya.

" OMMA!!!APPA!!!," Min Ho menjerit. Tidak sampai beberapa minit, seisi rumah itu bergegas mendapatkan Min Ho, terkejut mendengar jeritan tadi. Masing-masing masih mamai. Terkulat-kulat mereka melihat tetamu di awal pagi.

" Aisyah??," Tuan Kim bertanya, masih kurang pasti.

" AISYAHH!!!," kali ni mereka terjerit sedikit. Aisyah tersengeh dan menunjukkan lambang sarangheyo menggunakan jarinya. Wajahnya sedikit pucat, mungkin kerana cuaca yang sejuk.

" annyohasayo...omma,appa," Aisyah berkata.

" Aisyah, kenapa kamu seorang aja, Adam mana?," Tuan Kim bertanya sebelum mencapai lengan Aisyah untuk mengajaknya masuk.

" Adam...," belum sempat dia meneruskan kata-kata, tiba-tiba dia terkulai di pelukan Tuan Kim.

" omo..omo..yah...wea erei..., Reza, Min Ho..cepat tolong angkat kakak kamu," Puan Afifah berkata panik. Mereka membawa Aisyah ke bilik Tuan Adam di tingkat atas. Masing-masing bimbang dengan keadaan Aisyah, lagi-lagi Aisyah sedang sarat begitu.

***

"Betul Tuan Adam, Aisyah tak ada kat sini, lagipun dah dua hari kami tak berhubung, saya betul-betul tak tahu dia dekat mana," Syahira berkata sungguh-sungguh.

Tuan Adam mengeluh berat. Dia bersandar di keretanya sambil memicit kepala yang masih pening.

" Aisyah lari rumah ke?," Syahira bertanya teragak-agak.

" ermm..tak apalah Yaya, kalau dia ada hubungi awak, awak terus call saya ye, terima kasih," Tuan Adam berkata lirih sambil menghulurkan kad namanya pada Syahira. Gadis itu sekadar mengangguk dan menyambut huluran itu.

***

" you..., nak bagi tau Adam tak?," Puan Afifah bertanya.

" jangan dulu sayang, i rasa mereka tengah ada masalah, mungkin Aisyah ke sini untuk lari dari Adam, kita tunggu keadaan tenang dulu, biar Aisyah selesa dengan kita, sekurang-kurangnya dia pergi pada kita bukan ke tempat yang kita tak tau," Tuan Kim berkata dan melepaskan nafas perlahan. Puan Afifah juga begitu.

" agaknya apa yang berlaku ye darling, i risau lah you.., i risau kesihatan Aisyah, dengan dia tengah sarat macam tu, apa yang Adam dah buat,?" Puan Afifah membebel.

" its okay sayang, bertenang dulu, nanti kita tanya Aisyah elok-elok," Tuan Adam mengurut lembut tangan Puan Afifah.

" harap tak ada perkara yang serius jadi,"

" i pon harap macam tu,"

***

Tuan Adam melangkah lemah ke sofa ruang tamu. Di henyak punggungnya ke sofa dengan keluh kesah. Wajahnya sugul. Satu hari dia mencari Aisyah tetap juga tidak jumpa isterinya itu,sudah berkali-kali dia meronda di pekan, kelibat Aisyah pun dia tidak nampak.

Dia menyandarkan dirinya di sofa sambil memejamkan mata. Mak Dah ingin bertanya, tetapi cepat-cepat di tegah oleh Pak Wan.

" jangan ganggu dia, biarkan dia berehat dulu, satu hari dia tak makan, tak minum...mandi pun belum," Pak Wan berbisik.

" habis tu, Aisyah macam mana abang," Mak Dah berkata bimbang.

" insyaallah, kita doa kan dia, biar Allah lindung, walau di mana pun dia sekarang," Pak Wan memujuk sambil menepuk-nepuk bahu isterinya lembut.

" saya kena juga bagitau Tuan dan Puan, mereka mesti di beritau," Mak Dah berkata, Pak Wan mengangguk setuju.

***

" APA YANG YOU BUAT DEKAT I RINA?," Tuan Adam menyinga, dia terkejut bila bangun pagi itu sambil di peluk Katrina. Dengan tubuhnya yang tidak berbaju. Katrina hanya tersenyum sinis. Dia puas melihat riaksi Tuan Adam begitu.

" eh..you tanya i kenapa, tanya diri you sendiri, apa yang you buat dekat i malam tadi," Rina berkata selamba. Tuan Adam menumbuk meja yang berhampiran dengannya. Dia menghampiri Rina dan menarik rambut wanita itu kasar. Kini amarahnya memuncak. Sabarnya hilang.

" sakit Adam!!!," Katrina menjerit kecil, perit rambutnya di tarik begitu.

" kenapa dalam dunia ni ada setan bertopengkan manusia macam kau ni, Kenapa!!!!?" Tuan Adam berkata dengan suara yang terketar-ketar akibat terlalu geram. Katrina ketawa di buat-buat.

" i dah cakap Adam, you milik i sorang, kalau i tak dapat you, tiada sorang pun boleh ganti tempat i, you yang tak faham, you rasa wife you percaya dekat you ke bila dia nampak kita macam ni,...daripada you bising dekat i, lebih baik you pujuk wife you...iyalah, satu malam dia call you, tapi you tak sedar pun," Katrina berkata dengan sisa tawanya.

" kalau apa-apa jadi dekat wife i, i tak teragak-agak nak bunuh you Rina,"Tuan Adam berkata sebelum mencampak Katrina ke katil dan melangkah pergi.

Katrina ketawa terbahak-bahak sebelum menangis tersedu-sedu.

" aku cuma cintakan kau aja Adam...kenapa kau tak faham...ARKKKHH!!!!," dia menjerit dan melempar segala barang yang ada di hadapannya.

***

Tuan Adam menumbuk sofa geram, bila teringat peristiwa hitam pagi itu. Tangannya tersentuh sesuatu, dia mencapai barang itu, rupanya telifon Aisyah yang tertinggal di sofa.

Tadi dia terlupa telifon itu ada di situ. Dia menyentuh skrin telifon, keningnya berkerut sebelum wajahnya memerah menahan marah. Dia membaca mesej di whattsap isterinya sebelum menekan video yang di hantar. Air mata jantannya mengalir laju. Dia menagis tersedu-sedu.

" Aisyah...maafkan abang...maafkan abang sayang..," Dia merintih. Kini semangatnya seperti di bawa terbang entah ke mana. Dia melangkah longlai menaiki tangga menuju biliknya yang kini sunyi.

Terbayang-bayang wajah Aisyah menyambutnya, gelak tawa iaterinya. Dia menghampiri meja solek isterinya dan mencapai gambar mereka berdua. Dia perasan ada sehelai kertas yang di selitkan pada gambar itu. Dia membuka kertas yang sudah berlipat kemas.

* Abang...maafkan Aisyah, Aisyah terpaksa pergi, walaupun beribu kali Aisyah menidakkan apa yang Aisyah nampak... tapi hati ni tetap juga sakit... Aisyah keliru abang... maafkan Aisyah ye, sebab tak minta izin abang.... Aisyah tak dapat tipu apa yang Aisyah rasa... hati ni rasa sakit sangat, sampaikn susah Aisyah nak bernafas... doakan Aisyah ya... abang jangan lupa makan... Aisyah nak tenangkan fikiran...izinkan Aisyah pergi.. Assalamualaikum abang...
Saranghe..*

Tuan Adam menagis semahunya. Dia mencium gambar isterinya dan di peluk erat. Hatinya hancur berkecai. Kecewa kerana dia melukai hati orang yang amat di cintainya itu.

***

" hello, you..." Puan Afifah menjawab panggilan dengan tenang. Dia sudah menduga apa yang bakal di dengarinya.

" Puan, Aisyah hilang..., Adam dah carik dia merata, tapi tetap tak jumpa, Mak Dah dengan Pak Wan risau sangat, ada tak Aisyah bagi tau Puan apa-apa,?" Mak Dah berkata. Jelas suaranya kebimbangn.

Puan Afifah mengeluh lembut, dia memandang menantunya yang sedang berbual riang bersama Lisa dan Min Ho.

" Mak Dah, jangan risau ya, Aisyah sebenarnya ada dekat sini, dia sihat...tapi you jangan bagi tau Adam dulu ye, i tak nak perasaan Aisyah terganggu," Puan Afifah berkata dengan berbisik.

" betul ke puan? Alhamdulillah...syukur Ya Allah, tapi Puan saya pun tak sampai hati tengok keadaan Adam, satu hari dia tak makan...asyik berkurung dalam bilik," Mak Dah berkata sedih. Puan Afifah mengeluh berat.

" Mak Dah tau tak kenapa diaorang jadi macam ni?,"

" Mak Dah tak tau Puan, cuma malam semalam Tuan Adam tak balik rumah, satu malam Aisyah menunggu di ruang tamu, tapi pagi tadi Mak Dah baru perasan Aisyah dah tak ada dekat rumah," Mak Dah bercerita.

" tak apalah Mak Dah, kita bagi masa sikit, nanti i cuba tanya Aisyah, Mak Dah tolong tengok-tengokkan Adam ya," Puan Afifah berkata serba salah.

" baik Puan," Talian di matikan.

***

Tuan Adam terbaring kaku sambil memeluk gambar Aisyah. Dia merenung kosong ke dinding. Kini semangat dan jiwanya di bawa pergi bersama isterinya itu. Fikirannya juga kosong, tidak dapat berfikir kemana hala tujunya untuk mencari Aisyah.

Tiada satu pun petunjuk di tinggalkan Aisyah. Isterinya itu pergi membawa rajuk di hati sebelum sempat dia menjelaskan segalanya. Di tatapnya gambar Aisyah yang sedang tersenyum.

" kemana Aisyah pergi?, abang sunyi sayang...kenapa tinggalkan abang sorang-sorang, Aisyah tau tak abang cuma cintakan sayang sorang aja," Dia berkata lirih. Air matanya kembali mengalir. Dulu dia pernah kecewa begini, tetapi kini sakitnya itu berganda-ganda.

***

" Aisyah...omma nak tanya sikit ni," Puan Afifah berkata lembut sambil mengusap tangan Aisyah. Aisyah menoleh pada ibu mertuanya dan tersenyum.

" tanya apa omma,"

" apa yang dah berlaku sebenarnya?"

" maksud omma?," Aisyah pura-pura tidak faham.

" kamu bergaduh dengan Adam ke?," Puan Afifah bertanya. Aisyah mengeluh lembut.

" tak bergaduh pun omma, Aisyah merajuk aja," Aisyah berterus terang.

" merajuk? Kenapa? Apa yang Adam dah buat?," Puan Afifah bertanya tidak sabar.

" urmmm....biarlah Abang Adam cerita sendiri dekat omma, Aisyah nak cerita pun tak sanggup," Aisyah berkata sambil menunduk. Dia cuba menahan air matanya tetapi tetap juga gugur di pipi.

Puan Afifah mengeluh lembut. Dia mengusap belakang Aisyah supaya menantunya itu bertenang. Aisyah memeluk Puan Afifah sambil menangis teresak-esak. Puan Afifah membalas pelukannya. Hatinya turut sedih bila melihat Aisyah menangis begitu.

" sabar ye sayang, omma ada," dia memujuk lembut. Dia mesti bertanya dengan Adam apa yang terjadi, tidak mungkin Aisyah akan menagis begitu kalau perkara tidak serius.

***

Sudah dua hari Tuan Adam terbaring di katil seperti itu. Dia tidak menghiraukan Mak Dah dan Pak Wan yang menasihatinya untuk makan dan mandi. Keadaannya kembali seperti dulu.

Wajahnya kusut masai, badannya sudah mula berbau. Sedang dia leka merenung ke syiling, telifon bimbitnya berbunyi. Dia menoleh ke sisi, hanya membiarkan saja tanpa mencapai telifon itu. Selang beberapa minit Mak Dah muncul di muka pintu dengan termengah-mengah.

" Tuan, Puan telifon, katanya suruh Tuan jawab panggilan kalau Tuan masih sayangkan Aisyah," mendengar nama Aisyah di sebut, Tuan Adam segera mencapai telifonnya. Dia terus mendail nombor ommanya.

" he..hello...Aisyah..," Tuan Adam berkata tidak sabar bila talian bersambung.

" assalamualaikum..," terdengar suara Puan Afifah memberi salam dengan nada menyindir.

" omma, waalaikumsalam...," suara Tuan Adam yang teruja tadi kini kembali biasa.

" omma cakap sekali aja, omma tak akan ulang-ulang...., kalau Adam masih sayangkan Aisyah, datang sini pujuk dia, pastikan mandi dulu, omma tak nak dia termuntah tengok suami dia yang tak terurus tu, ok assalamualaikum," Puan Afifah berkata laju dan memutuskan talian.

Zuppp!! Tuan Adam terus berdiri, semangatnya membali semula. Tanpa berlengah dia mencapai tualanya dan menuju ke bilik mandi. Sempat kakinya tersandung di bucu almari kerana kelam kabut. Mak Dah menggelengkan kepalanya tetapi tersenyum senang.

***

Tuan Adam yang sudah kemas berkemeja-t bergegas turun dengan mengheret sebuah beg pakaian. Mak Dah dan Pak Wan sudah menunggunya di muka pintu.

" biar Pak Wan dan Mak Dah hantarkan, kami risau takut terjadi apa-apa," Pak Wan berkata. Dia faham tika itu, Tuan Adam pasti akan memandu laju tanpa menghiraukan keadaan sekeliling. Almaklumlah, jasad aja berada di Malaysia, hati sudah lama berada jauh di Korea.

" tapi..,"

" ikut ajalah Adam cakap Pak wan tu, kamu boleh berehat, biar Pak Wan yang memandu," Mak Dah memotong. Tuan Adam mengangguk faham. Mereka bergegas menaiki kereta dan berlalu pergi le lapangan terbang.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience