**
"AISYAH!!!!," Aisyah yang sedang menyapu sampah di koridor terkejut mendengar suaranya di panggil. 'Suara Tuan Adam tu, dia nak apa pagi-pagi ni, ada yang tak kena ke?apa yang aku buat kali ni,' Aisyah berbisik di dalam hati. Kakinya di atur ke ruang tamu, kepalanya terpusing-pusing mencari kelibat Tuan Adam.
" ehemm...," cepat-cepat dia mendogak ke atas tangga. Tuan Adam berdiri sambil bersandar di dinding, tangannya disilangkan,memeluk tubuh.
" ada apa tuan panggil saya?," Aisyah bertanya cuak. Dia melihat wajah Tuan Adam yang bersahaja, tidak pula menunjukkan riaksi marah.
" buatkan aku kopi, hantar kat bilik,...kurang kan susu..ingat tu," Tuan Adam berkata sebelum melangkah menaiki tangga. Aisyah menggaru kepalanya yang tidak gatal.
" nak kopi pulak, ada-ada aja 'singa jadian' ni nak aku buat, itu lah ini lah, semua nak aku buat, tau lah aku menumpang, kejap-kejap Aisyah...Aisyah..erkhhh," Aisyah membebel pada dirinya sambil berjalan menuju ke dapur.
Rupanya Tuan Adam tidak terus naik ke atas, dia mengintai di balik tangga, mendengar segala bebelan Aisyah. Bibirnya terukir senyuman nakal. Akhir-akhir ini, suka benar dia mengusik Aisyah. Gadis kecik molek itu memang jauh beza dengan ketinggiannya. Jika berdiri bersebelah, kepala Aisyah betul-betul di paras bahunya saja.
"Eh..Aisyah buatkan air untuk siapa tu, untuk Pak Wan ke," Pak Wan yang sudah lengkap bertopi dan berseluar sukan menghampiri Aisyah di dapur. Seperti biasa, rutin hariannya setiap pagi akan pergi menjenguk kebun sayur di belakang villa. Aisyah tersenyum pada Pak Wan.
" air untuk Tuan Adam Pak Wan, kalau Pak Wan nak, Aisyah boleh buatkan," Aisyah menjawab sambil mengacau air di dalam cawan.
" eh, tak apalah, Pak Wan saja aja, tadi sarapan dah kenyang dah, tapi kopi Aisyah memang sedap, tu agaknya Tuan Adam mintak buatkan lagi," Pak Wan memuji.
" ada je Pak Wan kan, nanti Mak Dah dengar mesti dia merajuk dengan Aisyah," Aisyah tersenyum sambil berkata.
" apa merajuk..merajuk ni, hah...mengata Mak Dah ea, patutlah telinga ni berdesing je..baik mengaku cepat," tiba-tiaba suara Mak Dah kedengaran dari arah belakang mereka.
" ehhh...tak terniat nak mengata awak Idah, saya cuma puji air kopi Aisyah ni sedap," Pak Wan menjelaskan. Aisyah tersenyum lucu melihat wajah Pak Wan yang kalut.
" ohhhh...yang tu memang saya akui, air kopi Aisyah memang sedap, memang untung Aisyah tinggal dengan kita bang, dia pandai buat kerja rumah, pandai memasak, pandai buat air, comel pulak tu, tapi yang paling best, kerja saya semua jadi senang, boleh layan drama korea lebih sikit,"Mak Dah membebel panjang lebar aambil menarik kerusi untuk duduk. Aisyah tiba-tiba tersedak air liur.
" Mak Dah layan drama korea?" Dia bertanya lucu.
" kenapa?...tak boleh ke? Mak Dah pun boleh cakap korea tau," Mak Dah memuncungkan mulutnya bila Aisyah mentertawakannya.
" cuba cakap sikit Aisyah nak dengar..," Aisyah masih dalam sisa tawa.
" annyohasayo...hah..kan boleh tu,"
" apa yang korea nya Idah?, abang dengar macam ayo hah sayur je," Pak Wan berkata lurus. Aisyah mengekek-ngekek ketawa.
" itulah abang, majikan kita tu orang korea, tapi abang tak tau bahasa korea," Mak Dah tidak puas hati.
" dah Tuan Kim selalu cakap melayu, bukan salah abang," Pak Wan tidak mahu kalah. Aisyah menggelengkan kepalanya melihat telatah dua manusia yang di sayanginya itu. Dia mengatur langkah ke tangga, malas mahu melayan mereka bergaduh. Sesampainya di hadapan bilik Tuan Adam dia mengetuk pintu bilik.
" masuk," Tuan Adam berkata sepatah. Aisyah teragak- agak untuk membuka pintu, masih segar di ingatannya peristiwa yang berlaku di bilik itu kemarin.
Di beranikan juga dirinya untuk menolak daun pintu. Perlahan-lahan dia melangkah masuk, memang jauh beza suasana bilik itu sebelum ini. Kali ini sangat kemas dan teratur, semua langsir di singkap ke tepi. Segala buku sudah tersusun rapi. Matanya mencari kelibat Tuan Adam tetapi tiada. 'Mana dia pergi, hai..'singa jadian 'ni pun ada ilmu halimunan ke,' dia berkata dalam hatinya.
Tiba- tiba pintu di belakangnya tertutup, Aisyah menoleh ke belakang, Tuan Adam betul-betul berdiri di belakangnya sehinggakan sikit lagi wajahnya tersembam di dada Tuan Adam. Aisyah yang terkejut terus memejamkan matanya. Tuan Adam menunduk sedikit sambil tersenyum. Dia menjentik dahi Aisyah.
" auuu..sakit," Aisyah membuka matanya sambil menggosok dahi yang sakit di jentik Tuan Adam.
" tula..berangan je, dah jom ikut aku," Tuan Adam membuka pintu dan melangkah keluar bilik. Aisyah mengekorinya dengan rasa curiga.
" nak pergi mana?,"dia bertanya Tuan Adam yang berjalan menuju ke satu sudut tingkat tiga Villa itu.
" ikut je, jangan banyak bunyi," Tuan Adam menjawab. Kakinya berhenti melangkah di hadapan sebuah bilik. Aisyah tertanya-tanya, bilik apakah itu. Tuan Adam memulas tombol pintu dan menolak perlahan, bilik itu gelap gelita, Aisyah menelan air liurnya, bila melihat Tuan Adam masuk ke dalam, kakinya kaku di depan pintu.
Selang beberapa minit, bilik itu terang benderang, Aisyah ternganga tidak percaya, dia melangkah masuk dengan wajah kagum, dia berpusing-pusing melihat seluruh bilik itu dengan perasaan tidak percaya. Bilik itu di penuhi buku. Rak buku tinggi hingga ke syiling, siap ada tangga di sisinya. Tuan Adam menghampiri Aisyah yang sedang teruja.
" letak kopi atas meja tu, lepas tu tarik langsir ke tepi," Dia menyuruh Aisyah. Aisyah mengangguk, dia masih terpukau melihat buku yang bersusun rapi.
Segera dia meletakkan cawan kopi di atas meja dan menuju ke langsir yang berada di satu sudut panjang. Dia menarik langsir yang berat itu ke tepi. Buat kali ke dua mulutnya ternganga luas, rupanya langsir itu menutupi dinding kaca yang betul-betul menghadap ke hutan, jika sesiapa berdiri di situ pasti dapat melihat dengan jelas anak sungai mengalir di bawah. Pemandangan itu seperti sebuah lukisan. 'Wahhhh...'
Tuan Adam duduk di sofa sambil melihat gelagat Aisyah yang teruja. Dia sudah mengagak pasti Aisyah akan terkejut bila melihat pemandangan hutan dari dinding kaca itu. Aisyah menghampiri Tuan Adam dengan wajah kagum.
" cantik tak?,"
" cantik sangat Tuan, Mak Dah tak pernah cerita pun pada saya?," Aisyah bertanya pelik.
" sebab aku suruh rahsiakan, kalau kau nak tau bilik ni banyak memori aku dengan Katrina, setiap kali dia datang ke sini, tempat pertama yang dia tuju adalah perpustakaan. Dulu dia suka membaca dan melukis," Tuan Adam termenung menghadap keluar dinding kaca. Aisyah mendengar dengan serba salah.
" emm...kalau tak ada apa-apa, saya turun dulu lah," Aisyah ingin cepat-cepat berlalu pergi. Belum sempat dia melangkah, Tuan Adam sudah menarik tangannya kuat, menyebabkan dia terduduk di atas riba Tuan Adam. Wajahnya merah padam dan segera bangun.
" sorry, aku cuma nak kau temankan aku kat sini, aku tak tau sapa yang aku nak ajak berbual, please," Tuan Adam berkata lembut. Aisyah dengan rasa serba salah duduk di sofa tetapi agak jauh dari Tuan Adam. Lidahnya kelu hendak berkata-kata.
" mesti dah banyak cerita kau korek dari Mak Dah kan,"Tuan Adam memandang Aisyah yang masih diam kaku.
" mana ada, sa..saya tau sikit aja," Aisyah menjawab perlahan hampir tidak kedenganran. Tuan Adam tersenyum melihat Aisyah yang polos.
" selama kau kat villa ni, aku tak pernah dengar tentang kisah hidup kau, nama penuh..umur kau..keluarga, setau aku tiba-tiba kau muncul dari hutan,..ke sebenarnya kau orang bunian?," Tuan Adam bertanya dengan wajah pelik. Sejak Aisyah tiba di villa hutan, dia tertanya-tanya siapa Aisyah sebenarnya. Asal usul gadis yang telah menarik perhatiannya.
Aisyah mengetap bibirnya, dia serba salah untuk bercerita.
" cerita lah, rasanya tak adil hanya kau je yang tau tentang hidup aku, aku pun nak tau asal-usul kau, mana tau selama ni kau lari rumah," Tuan Adam melirik Aisyah di sebelah.
"Betul...memang betul saya lari rumah," Aisyah akhirnya memulakan bicara. Tuan Adam sedikit terkejut tetapi riaksinya dikawal.
"Kalau Tuan nak tahu, hidup saya sama ja macam orang lain, semuanya sempurna di mata saya, bahagia dengan keluarga, walaupun tidak semewah mana, tapi..semuanya berubah bila arwah abah dan umi kemalangan dua tahun lalu.. mereka meninggal, tinggal kan saya sorang-sorang, lepas tu Pak Ngah saya yang bela saya, waktu tu saya baru tujuh belas tahun,saya tertekan sebab dalam waktu yang sama, saya akan menduduki peperiksaan SPM.."
"mula-mula Pak Ngah saya okay sebab arwah abah ada tinggalkan sedikit harta...tetapi bila semuanya sudah habis di buat judi, keadaan makin berubah, boleh dikatakan setiap hari dia akan belasah saya, tubuh saya ni tempat dia melepaskan geram akibat kalah berjudi... saya cuba bertahan, kerana hanya tinggal rumah pusaka arwah umi belum tergadai..."
"sehinggakan satu tahap saya dapat tahu dia ingin menjual saya pada tauke judi di pekan, saya gagahkan diri untuk lari dari dia, semua pengenalan diri pun saya tak ada, semua tertinggal..tapi saya tak kisah, kalau Tuan kata saya ni orang bunian, kad pengenalan pun tak ada." Aisyah ketawa sambil mengesat matanya yang berair.
Tuan Adam tidak berkata-kata, lidahnya kelu seribu bahasa. Dia tidak menyangka, wajah comel dan ceria Aisyah menyimpan beribu kesakitan. Jika di bandingkan dengan kekecewaannya, amat jauh beza. Dia kagum dengan kekuatan Aisyah untuk teruskan hidup walaupun kisah hidupnya penuh liku.
" sebenarnya Tuan, saya bersyukur sangat sebab jumpa keluarga Tuan yang baik, sangat baik dengan saya, saya tak mampu balas apa pun yang ada di dunia ni, segala kebaikan yang keluarga ni beri pada saya, saya syukuri sangat...Tuan patut bersyukur sebab dikelilingi orang yang sangat sayangkan Tuan, tak macam saya ni, tak ada yang hirau, walaupun ada pak cik," Aisyah meneruskan kata-katanya.
"Maafkan aku, Aisyah...perasaan ingin tahu aku dah buat luka lama berdarah kembali, sebenarnya aku kagum bercampur malu bila tau kisah kau, walau umur kau masih muda, semangat kau kuat untuk bertahan hidup...tak macam aku, baru di tinggal kekasih, dah tak nak hidup, menyiksa diri sendiri, sedangkan aku tau, apa yang aku buat tu salah," Tuan Adam berkata sambil memandang wajah Aisyah yang masih bersisa airmata. Aisyah hanya mampu tersenyum mendengar pujian yang di berikan.
" cik Katrina tu kekasih pertama Tuan ke?" Aisyah bertanya lurus. Tuan Adam mengangguk.
" aku kenal dia masa kami belajar di universiti, kami berkawan setahun sebelum menjadi pasangan kekasih, dia terkenal dengan kecantikannya dan aku terkenal dengan muka kacukan asia aku, kami pasangan yang secocok, walaupun ramai yang datang menggoda, tapi aku jenis yang setia, aku ingin jadi macam appa dan omma..setia sampai bila-bila,"
" tapi...harapan dan usaha aku tu sia-sia, sejak Katrina jadi model, hubungan kami makin renggang, sebab tu aku cepat-cepat melamar dia, kami bertunang sendiri tanpa adat, hanya Mak Dah dan Pak Dah yang tau pertunangan kami, omma dan appa tak tahu menahu...sampailah satu saat bila Allah tunjuk kat aku, sikap sebenar dia, masa tu aku rasa segala impian aku musnah, semangat aku untuk hidup terus hilang...aku hayal dalam dunia aku sendiri... solat bila aku rasa nak solat...makan bila aku rasa nak makan...mandi bila aku rasa nak mandi..., tu yang sampai Mak Dah panggil aku singa," Tuan Adam bercerita sambil bersandar di sofa. Aisyah tersenyum mendengar luahan hati Tuan Adam.
" patutnya kan, Tuan tunjuk pada cik Katrina yang Tuan pun ada ramai yang nak, saya tengok Tuan ni dah cukup sempurna dah, rupa ada, harta ada, dan yang penting hati Tuan baik," Aisyah memuji. Tuan Adam duduk tegak bila mendengar pujian dari Aisyah.
" kalau macam tu, kau sanggup tak nak tolong aku,?" Tuan Adam mengalihkan duduknya menghadap Aisyah. Aisyah memandang Tuan Adam dengan wajah penuh tanda tanya.
"To..tolong apa?,kalau pelik-pelik saya tak nak," Aisyah sudah berfikir untuk cabut lari. Dia tahu benar yang Tuannya itu masih tidak boleh dipercaya, ada sahaja perkara pelik yang ingin di lakukan.
" apa yang kau fikir tu Aisyah?," Tuan Adam mengecilkan matanya, memandang Aisyah penuh curiga. Wajah Aisyah tiba-tiba memerah. Tuan Adam tersenyum nakal. ' Dia ni memang tak pandai nak menipu..hai lah Aisyah,' Dia berbisik dalam hati.
" mana ada saya fikir apa-apa, dah lah..saya banyak kerja nak buat ni, saya turun dulu," Aisyah bergegas bangun dan menonong keluar bilik tanpa menghiraukan Tuan Adam. Tuan Adam tersenyum simpul.
***
Hari ini, Pak Wan dan Mak Dah akan ke pekan, katanya ingin menghantar kuih rempeyek di kedai kawan Pak Wan. Mereka mengajak Aisyah sekali, memandangkan Aisyah tidak pernah ikut mereka keluar dari villa sejak Aisyah tiba di villa itu dua bulan yang lalu.
Aisyah serba salah, dia sebenarnya takut jika ada orang yang akan mengenalinya. Pekan yang selalu Pak Wan dan Mak Dah pergi, juga pekan yang sama Pak Ngahnya selalu pergi berjudi. Dia takut akan terserempak dengan Pak Ngahnya.
"Insyaallah Aisyah, tak ada yang nak di risaukan, Allah akan lindung Aisyah, Pak Wan dan Mak Dah kan ada, jom kita ke pekan, dah sebulan Aisyah tak kemana-mana, tak bosan ke?," Pak Wan cuba memujuk. Dia bersimpati apa yang dilalui Aisyah.
" tapi..,"
" awak tak takut ke tinggal berdua dengan saya?," tiba-tiba ada satu suara menegur mereka. Muncul Tuan Adam dengan secawan kopi di tangan. Wajahnya di hiasi dengan senyuman nakal. Aisyah membutangkan matanya, terus dia terfikir sesuatu yang tidak sepatutunya.
"Errr..."Aisyah serba salah. Tuan Adam mengangkat kening sambil merenungnya tajam. 'Hishh...seram aku, betul jugak, takut aku duduk berdua dengan dia ni, naya hidup aku karang,' Aisyah berkata dalam hati sambil menggelengkan kepalanya.
" apa yang awak fikirkan tu... terbayangkan saya ke?" Tuan Adam berbisik di telinga Aisyah bila Pak Wan dan Mak Dah sudah mengatur langkah menuju kereta.
"MAK DAH!!!! tunggu, Aisyah nak ikut," Aisyah menjerit sebelum berlari mengejar Mak Dah dan Pak Wan. Dia menoleh pada Tuan Adam yang duduk di bangku. Tuan Adam membuat gaya ingin mencakar, serta-merta Aisyah membuat aksi menggigil takut.'tak guna betul tau 'singa jadian' ni ada je nak menyakat aku, karang aku jadi hantu baru tau,'. Tuan Adam menghantar mereka dengan senyuman manis di bibir. Jika sehari dia tidak menyakat Aisyah, terasa kosong hidupnya. Tangan kanannya menyeluk kocek seluar dan mengeluarkan telifon bimbit. Dia mendail satu nombor dan meletakkan telifon di telinga.
"Assalamualaikum, Annyeonghaseyo appa, gwencanayo, arasso..arasso..emm, aresemida..ne.., emm..," Tuan Adam meletak ganggang telifon. Dia mengeluh lembut, terasa rindu pula dengan keluarganya. Dia menekan pula nombor telifon yang lain.
"Assalamualaikum omma, ..Adam okay, ya!!.omma jangan bebel lah, Adam baru nak call tau, karang tak call baru tau, biane omma, bo ta kam nida emm..arassoyo..ne..anniyo," Tuan Adam tersenyum, rindu dengan bebelan ommanya. Dia bangun dan mencapai cawan di atas meja sebelum berlalu ke dapur.
***
Aisyah melilau ke sana kemari, wajahnya berkerut-kerut sedari tadi, dia khuatir ada yang melihatnya dalam kereta, Mak Dah yang perasan tingkah laku Aisyah itu, menggelengkan kepalanya.
" Aisyah, kenapa kalut sangat ni,"Mak Dah menepuk tangan Aisyah. Aisyah sedikit terkejut. Dia mengeluh berat.
"Saya fobia,Mak Dah, saya takut Pak Ngah atau kawan-kawan dia nampak saya dekat sini, saya takut kena heret dan berjumpa dengan Pak Ngah saya, saya tak nak kembali hidup macam dulu, saya betul-betul takut Mak Dah," Mata Aisyah sudah berkaca-kaca.
" dah, jangan risau ye, kalau apa-apa jadi sekali pun, Pak Wan, Mak Dah dan Tuan Adam mesti tolong Aisyah. Selama sebulan Aisyah tinggal dengan kami, banyak perkara yang dah berlaku, tengok Tuan Adam sekarang, dah kembali normal macam dulu, Mak Dah pun ada teman nak bersembang, kami dah sayang kamu macam keluarga kami Aisyah, ada hikmahnya Allah hantar kamu pada kami," Aisyah memeluk Mak Dah erat, air matanya tidak dapat di bendung lagi.
Terasa amat rindu dengan pelukan umminya. Mak Dah mengusap lembut belakang Aisyah. Pak Wan yang baru menuju ke kereta pelik melihat dua orang itu saling berpelukan.
" hah, kenapa ni? Ada apa-apa masalah ke?" Pak Wan bertaya setelah duduk di kerusi pemandu.
" tak ada apa abang, saja main peluk-peluk, kan Aisyah," Mak Dah berkata sahaja,Aisyah hanya mampu tersenyum, air matanya yang masih bersisa, di kesat menggunakan hujung lengan baju.
" hurmm...tu lah orang perempuan, suka betul berahsia," Pak wan membebel. Aisyah dan Mak Dah tersengeh di tempat duduk belakang.
"Bang, jom kita ke warung Mak Teh, teringin pulak tekak ni nak makan nasi lemak kerang dia," Mak Dah berkata sambil membayangkan makanan kegemarannya itu.
" warung Mak Teh tu yang tepi hutan tu kan, warung depan rumah," Aisyah bertanya. Dia mula tidak sedap hati.
"Eh...Aisyah pernah pergi ke?,"Mak dah bertanya pelik.
" warung tu dekat dengan kampung Aisyah, selalu pak ngah dengan kawan dia lepak dekat situ," Aisyah menjelaskan.
" lah iya ke, kalau macam tu tak payah la kita pergi, jom kita balik aja ye"
" Mak Dah jangan la macam tu, Mak Dah selalu bagi apa yang Aisyah minta, Mak Dah pergilah makan dekat warung tu, Aisyah duduk dalam kereta pon tak pe, okay," Aisyah memeluk Mak Dah sambil tersenyum, ingin menyembunyikan perasaannya tika itu.
" kalau macam tu, kita bungkus je bawak balik, tak lah lama sangat Aisyah tunggu dalam kereta," Pak Wan berkata sebelum membelokkan kereta ke satu simpang.
" Aisyah tunggu dengan Pak Wan ye, Mak Dah pergi beli," Mak Dah mengorak langkah ke dalam warung, apabila mereka sudah sampai di situ.
Aisyah menunduk, dia tidak berani untuk melihat ke dalam warung. Pak Wan menggelengkan kepalanya.'kesian kau Aisyah, hidup dalam ketakutan, manusia jenis apa lah pak cik kau tu, tak mengapa Aisyah, selagi Aisyah ada dengan Pak wan, insyaallah, Pak Wan akan lindungi Aisyah,' Pak Wan hanya mampu berkata dalam hati. Selang beberapa minit, Mak Dah sudah kembali dengan bungkusan di tangannya.
" jom kita balik," terserlah senyuman lebar di bibir Mak Dah. Aisyah lega dapat membahagiakan Mak dah. Mereka berlalu pergi dari warung itu.
Share this novel