Leman terasa dunianya berputar-putar tidak tentu arah. Kepalanya terasa sengal dan berdenyut. Matanya kabur dan tidak dapat melihat dengan jelas.
" aku dekat mana ni?" Suaranya sangat perlahan terasa kerongkongnya tersekat. Tiba-tiba rambutnya di tarik ke atas, dalam samar-samar dia melihat seseorang melangkah ke arahnya.
" kau ni memang tak tau serik Leman, kau janji nak bagi aku perempuan itu, tapi bayang pun tak ada," satu suara berkata agak garau. Leman berusaha melihat gerangan orang itu.
" siapa kau?," katanya lemah. Mendengar pertanyaan Leman membuatkan semua yang ada di situ ketawa.
" hey..ada orang sudah syokk...apa macam bang, sedap telan barang ka, sampai muka aku pun kau tak cam, bukan banyak pun aku sumbat, baru hujung jari," lelaki yang bersuara garau itu berkata dengan sisa tawanya.
Leman berusaha mengigat segalanya. Dia keluar rumah pagi itu untuk menghantar Aisyah pada Ah Seng kerana dia mahu melangsaikan hutangnya pada tauke judi itu. Tetapi dia tidak menyangka Aisyah nekad melarikan diri ke hutan belakang rumah Mak Teh.
" hey bang Leman... kalau mau kasi itu perempuan biar betul-betul, jangan tipu aku, kau yang hutang bukan aku mey... ," Ah Seng menepuk-nepuk pipi Leman yang kelihatan bingung.
" dia dah lari, bukan salah aku..., lepaskan aku, aku janji aku bayar hutang kau, aku janji," Leman yang sedikit sedar terus merayu. Ah Seng menggelengkan kepalanya sambil merenung tajam Leman.
" woiii....macam mana lu nak bayar bro, duit pun wa yang bagi..,"
" kau bagi aku kerja, aku boleh je buat apa yang kau nak...janji kau lepaskan aku," Leman masih merayu dan meronta ingin di lepaskan. Kaki dan tangannya terikat di bangku. Ah Seng yang tadinya merenung tajam tiba-tiba ketawa, di ikuti konco-konconya.
" kau nak kerja...boleh-boleh, aku bagi kerja sambil bercuti, aku boleh buat kau jadi kaya, tak payah mintak duit aku, kau nak?," Ah Seng mencengkam rambut Leman sebelum bertanya.
" aku nak..aku nak,"Leman terus tersengeh. Ah seng tersenyum sinis. Dia mengarahkan anak buahnya membuka ikatan Leman dengan isyarat mata. Leman terlepas dari ikatan dan di paksa berdiri. Mereka semua mengekori Ah Seng ke satu tempat.
***
Aisyah membuka pintu kereta sambil menjinjing beg plastik di tangan, semuanya barang-barang keperluan untuk membuat kuih. Kuih rempeyek yang Mak Dah buat dapat sambutan, ramai yang sudah menempah untuk majlis. Aisyah juga turut membantunya.
" Aisyah pegi letak dulu kat dapur, lepas tu tolong Mak Dah angkut yang ni ye,abang saya nak mintak tolong ambilkan kelapa..nak guna santan," Terdengar suara Mak Dah mengarah.
" kut ia pun Idah, bagi lah saya berehat, rasa nak tercabut dah pinggang ni ha, adoiii," Pak Wan tiba-tiba memegang pinggang.
" haaa....saya tau lah awak tu ada bakat berlakon, tapi rasa macam tak menjadi je," Mak Dah berkata bersahaja. Sudah masak benar dengan perangai suaminya itu.
"Cehhh,..," Pak Wan menjeling. Aisyah tertawa sambil melangkah ke dapur. Terasa kering pula tekaknya,'minum air sejuk sedap ni,aduhai tekak,'dia berbisik di dalam hati.
Sesampainya di dapur, lekas-lekas dia meletakkan bungkusan plastik di atas meja dan menuju ke peti sejuk. Dia mengambil cawan dan membuka peti sejuk beku. Cepat tangannya mencapai beberapa ketul air batu dan di masukkan ke dalam cawan. Bibirnya menyanyi riang. Dia menutup pintu peti sejuk beku dan terkejut melihat ada satu makhluk tegak berdiri di sebelahnya.
" HANTU!!!!!," Aisyah menjerit sambil memejamkan matanya. Nafasnya turun naik ketakutan. Apa tidaknya, masa dia membuka peti sejuk tadi, tiada siapa-siapa di situ, agaknya villa itu memang berhantu.
Tiba-tiba dahinya di jentik, Aisyah mengosok dahinya yang perit.
" auuu..."
" kau dah kenapa?,asal nampak muka aku je hantu, ke kau nak aku betul-betul menghantui kau?, boleh je," Aisyah mendongak.
Tuan Adam berdiri betul-betul di hadapannya dengan seluar dan tuala di bahu. Badannya yang terdedah membuatkan Aisyah menunduk kembali. Tuan Adam melangkah ke hadapan menghampiri Aisyah. Aisyah mengundur setapak.
'ni kenapa pulak dengan 'singa jadian' ni, lain je aku tengok, carik mangsa nak terkam la ni, baik aku lari' Aisyah ingin melangkah pergi tetapi cepat-cepat Tuan Adam meletakkan tangannya di meja membuatkan Aisyah tidak dapat ke mana-mana.
" Tuan nak apa, jangan kacau saya boleh tak?," Aisyah berkata gugup. Dia pun tidak tahu kenapa setiap kali berhadapan dengan Tuan Adam mesti dia gugup dan tidak tentu arah. Mungkin kerana renungan tajam Tuan Adam padanya.
" kalau aku cakap aku nak kau?," Tuan Adam tersenyum menggoda sambil mengangkat keningnya. Aisyah membutangkan matanya.' Dah mula dah gila dia muncul, mana Mak Dah ni,' Aisyah semakin gelisah bila Tuan Adam semakin menghampirinya.
" Aisyah..oh Aisyah, mana pulak budak ni, dah cakap suruh ambil barang..hilang pulak dia," terdengar suara Mak dah menuju ke dapur. Tuan Adam segera menarik kerusi dan duduk. Dia membuat muka selamba seperti tiada apa -apa. Aisyah masih tersandar di kabinet dapur.
" lah...bertuah punya budak, lupa lah tu Mak Dah soh ambik barang, ni tolong Mak Dah ni," Mak Dah membebel. Aisyah segera menyambut beg plastik di tangan Mak dah.
" eh, Tuan Adam...eh...Adam...kenapa kat dapur ni, nak apa-apa ke?," Mak Dah menegur Tuan Adam yang bersandar di kerusi.
" tak ada apa la Mak Dah, Adam baru balik dari sungai, tu ingatkan nak suruh Aisyah buatkan air," Tuan Adam berkata, sempat lagi dia mengenyetkan matanya pada Aisyah ketika Mak Dah membelakangi mereka. Aisyah hanya mampu membutangkan matanya dan membebel tanpa mengeluarkan suara.
" lah iya ke, patutlah tak datang-datang si Aisyahnya, rupanya nak buatkan air untuk Adam," Mak Dah terbongkok-bongkok menyusun tepung di kabinet.
" eh..Mak Dah rehat lah, biar Aisyah buat," Aisyah mencapai bungkusan tepung di tangan Mak Dah.
" Aisyah, nanti buatkan air yang saya suruh tu dan hantar ke bilik ye," Tuan Adam berkata dan cepat-cepat berlalu menuju tangga ke atas. Aisyah mengtap bibir geram.
" hah...dengar tu, dah pergi buatkan air, biar Mak Dah buat semua ni," Mak Dah mengambil kembali bungkusan tepung di tangan Mak Aisyah. Aisyah memuncungkan bibirnya.' Hai...Tuan Adam ni pun satu, air apa yang dia suruh aku buat ni,'.
Aisyah menapak menaiki tangga, sayup-sayup telinganya menangkap suara orang mengaji. Dia memperlahankan langkahnya. Suara itu mendayu-dayu.
Aisyah berhenti melangkah dan bersandar di dinding berhadapan pintu bilik Tuan Adam. Dia memejamkan matanya, menghayati alunan ayat suci al quran itu. Sungguh Asyik sehinggakan Aisyah terleka.
" ehemmm.....," Aisyah membuka mata.
" syok nampak, apa yang kau buat tercegat kat sini, mana air aku," Tuan Adam bersandar di pintu dengan tangan memeluk tubuh. Jelas wajahnya pelik melihat Aisyah yang sedang berdiri di hadapannya.
Aisyah hilang kata-kata, kelu lidahnya untuk membalas kata-kata Tuan Adam. Dia hanya mampu menghulur cawan yang berisi kopi di hadapan Tuan Adam. Tuan Adam memandang bersahaja, tidak menyambut huluran itu.
" letak kat dalam," dia berkata ringkas. Aisyah menarik nafas perlahan.
" tak manis rasanya saya masuk bilik Tuan Adam, nah ni kopi yang Tuan suruh buat tadi,"Aisyah menghulur lagi sekali. Tuan Adam tersenyum sumbing. Dia mendekati Aisyah, membuatkan Aisyah tersandar ke dinding.
" tapi boleh je maniskan, kan?..thanks," Tuan Adam sedikit berbisik sebelum mencapai cawan di tangan Aisyah dan berlalu ke dalam biliknya.
Aisyah memegang dada merasakan jantungnya seperti ingin tercabut.' Harap je muka handsome, tapi perangai...nauzubillah....lama-lama ,boleh sakit jantung aku di buatnya...tapi suara siapa yang mengaji tadi, takkan 'si singa' tu kot, tak mungkin lah...,' Aisyah membebel di dalam hati sambil menggelengkan kepalanya.
" apa yang tergeleng-geleng tu Aisyah,?" Mak Dah menegur Aisyah yang sedang menuruni anak tangga. Aisyah tersedar sebelum tersengeh.
" eh..tak ada apa lah Mak Dah, dah siap ke kemas barang?," Aisyah bertanya bila melihat Mak Dah melangkah menuju ke bilik.
" sudah, ni nak berehat kejap, nanti nak masak pulak, kamu pun rehat lah dulu ye, tadi Pak Wan ada letak barang kat bilik, untuk kamu, pergilah tengok," Mak Dah berkata sebelum menghilang ke biliknya.
" barang?,,"Aisyah, tertanya-tanya. Dia segera ke biliknya. Di atas katil ada satu bungkusan plastik. Cepat-cepat dia membukanya, Aisyah ternganga, bila mengetahui isi beg plastik itu.
Dia mengeluarkan sebuah kotak yang terpampang gambar talifon pintar di atasnya. Aisyah teruja dan terus membuka kotak itu, ada sebuah telifon pintar keluaran terkini di dalam.
" ya allah, kenapa Pak Wan dan Mak Dah sanggup belikan aku telifon, aku tak mintak pun,"Aisyah mengesat air mata. Terharu dengan pemberian itu. Tiba-tiba telifon itu berdering. Aisyah terkejut, terpapar satu nombor di skrin telifon itu. Dia mencapai dan mengangkat panggilan itu.
" he...hello..," Aisyah menjawab takut-takut.
" lambatnya kau nak angkat, apa yang kau buat tu, tgah berangankan aku ke," Aisyah mencampakkan telifon ke atas katil, terkejut bila mendengar suara Tuan Adam di hujung talian.
"Aisyah!!!!," cepat-cepat Aisyah mencapai kembali telifon itu dan di letakkan di telinganya.
" i..iya..Tuan, eh..tak Tuan, erkk..ok bye," Aisyah terus mematikan talian. Dia mengurut-urut dadanya. Belum reda dengan yang tadi, kali ini jantungnya kembali berdegup kencang.
" ni memang boleh membunuh ni, aduhai Tuan Adam, kenapa lah kau suka sangat nak kenakan aku, asyik nak usya aku aja... kang kalau aku dah syok kat kau betul-betul macam mana?," Aisyah membebel sendiri. Kini telifon itu kembali berdering. Aisyah teragak-agak untuk menerima panggilan itu.
" hello,"
" aku tau lah kau rindu nak dengar suara aku, sebab tu lah aku belikan kau phone tu, dapat lah dengar suara aku yang merdu ni, sekurang-kurangnya lepas lah rasa rindu kau tu kat aku," Aisyah mengetap bibirnya. Tuannya itu kalau pasal perasan, memang nombor satu.
"Saya atau Tuan yang rindu nak dengar suara saya," Aisyah menjawab dengan nada sakit hati sebelum menekan simbol off. Puas hatinya dapat membalas kembali. Kejap!!...Tuan Adam yang belikan telifon ni?.
Belum sempat Tuan Adam membalas, Aisyah sudah memutuskan talian. Dia tersenyum senang dapat mengganggu hidup gadis comel itu. Memang sengaja dia menyuruh Pak Wan membelikan sebuah telifon pintar untuk Aisyah, senang dia mahu menghubungi gadis itu, terngiang- giang kata-kata Aisyah di telinganya.
" betul ke aku yang rindu dia...rindu kalau tak kacau dia...Aisyah...seindah namamu...tapi, betul ke dia berbeza dengan Katrina?," wajah Tuan Adam kembali muram. Dia memandang ke luar jendela. Mengelamun entah ke mana.
***
"Kau bagi lah aku kerja lain Ah Seng, kerja ni bahaya sangat lah," Leman berkata tidak setuju. Sejahat-jahatnya, tidak terfikir untuk terlibat dengan dadah. Dia hanya berjudi sahaja.
" bro, aku bagi kau pilihan, kau nak buat atau kau nak...," Ah Seng menunjukkan isyarat mati. Leman menelan air liurnya.
" tapi aku tak pernah buat lah, kalau kantoi macam -mana,"
" itu lah kerja kau, seludup barang ni jangan sampai kantoi,"
" tapi...," Leman masih ragu-ragu.
" kau tak ada pilihan Leman, kalau dulu kau tak kencing aku, mesti kau dah senang, tapi perempuan yang kau janji tu dah lesap, kau sendiri kena tanggung lah," Ah Seng berkata sinis. Leman mengeluh berat.
" aku buat ni sekali je tau, kira hutang aku dah selesai. aku tak nak buat lagi," Leman terpaksa akur dengan pilihan yang ada di depannya. Kalau tidak kerana Aisyah, hidupnya pasti tidak terdesak seperti ini. Entah hidup ataupun tidak, dia sendiri tidak tahu keberadaan anak saudaranya itu.
" okay, esok kau akan hantar benda ni kat golok, ada budak aku yang ikut sama, tapi aku nak kau yang selesaikan , ingat Leman, ini barang bukan cikai tau, nilai dia 50 ribu, kalau apa-apa jadi, kau tau nasib kau kan," Ah Seng berkata dengan merenung Leman tajam. Leman menelan air liur, takut memikirkan nasibnya selepas ini.
***
" duh..aduh duh...aduh duh abang...duh aduh duh jangan kau temberang...," Aisyah menyanyi riang sambil menyiram pokok bunga di hadapan villa.
Asyik sungguh dia menyanyi mengikut rentak lagu yang dibukanya di telifon, sehinggakan tidak sedar ada yang memerhatinya dari belakang.
Tiba-tiba, salur getah yang di gunanya tidak mengeluarkan air, dia mengetuk-ngetuk salur getah itu pada tangannya sebelum menghalakan ke wajahnya ingin melihat kalau-kalau ada sampah yang tersekat di situ dan...
" arkhhh!!!!,"Aisyah menjerit apabila ada air terpancut keluar dari salur getah ke wajahnya. Habis seluruh badannya basah kuyup serta-merta. Terdengar suara orang tertawa terbahak-bahak. Dia menoleh ke belakang, Tuan Adam tertawa sambil memegang perut.
" Tuan Adam, saya dah mandi tau, suka sangat dengki saya," Aisyah berkata geram, habis badannya basah.
" oh..dah mandi ke, ingatkan belum..hahaha..," Tuan Adam masih galak mentertawakannya. Aisyah sudah tidak tahan dengan Tuan Adam, dia menghalakan salur getah ke arah Tuan Adam.
" wey...apa ni," Kali ini Tuan Adam pula yang basah kuyup. Aisyah tertawa puas.
" padan muka, kacau saya lagi, mendapat lah," Aisyah berkata selamba. Tuan Adam terus mengejarnya. Aisyah cepat-cepat melarikan diri sambil tertawa. Mereka saling kejar-mengejar.
" abang tengok tu, ada aja yang nak di sakatnya si Aisyah, geli hati saya tengok, abang bak meh henfon tu, cepat lah" Mak Dah meminta Pak Wan mengambilkan telifonnya.
Pak Wan menggelengkan kepalanya sambil menghulurkan telifon pada Mak Dah. Mak Dah menyambut dan terus merakam aksi Tuan Adam dan Aisyah.
" awak nak buat apa rakam dieorang tu?," Pak Wan bertanya pelik. Mak Dah tersenyum penuh makna.
" ada lah," dia merakam sambil tersenyum simpul. Pak Wan buat muka pelik melihat perangai isterinya itu.
" Mak Dah....," Aisyah berdiri di hadapan pintu dapur dengan badan basah kuyup. Tuan Adam yang berdiri di belakangnya juga basah satu badan. Mak Dah yang terdengar namanya di panggil terus menuju ke muka pintu. Jelas wajah Mak Dah menahan tawa.
" aik..hujan ke kat luar, tak perasan pula Mak Dah," sempat Mak Dah memerli. Aisyah mengeluh dan sempat menjeling ke belakang, Tuan Adam mengangkat keningnya.
" Mak Dah, ambilkan tuala, dah basah kuyup ni, semua salah Tuan Adam, pagi-pagi dah carik pasal," Aisyah mengadu.
" ambilkan saya juga Mak Dah, tak pun ambil tuala yang besar sikit, boleh kongsi," sempat lagi Tuan Adam menyakat Aisyah.
" hishhh...," Aisyah berpaling sambil menjeling Tuan Adam tajam.'dah macam ni pun sempat lagi nak sakat aku,'. Mak Dah tersenyum sambil menggelengkan kepalanya.' Macam budak-budak,' bisiknya dalam hati sebelum pergi mengambil tuala untuk mereka berdua.
***
Puan Afifah melabuhkan punggungnya di sofa. Dia bersandar ingin melegakan pinggangnya setelah selesai menyiapkan satu mangkuk besar kimci. Tiba-tiba telifonnya berbunyi. Dia melihat ada satu pesanan video dari Mak Dah. Dia tersengeh apabila melihat video yang dikirimkan. Senyuman di wajahnya semakin berseri. Dia bersandar senang di sofa.
" Aisyah..., hmmm..," Dia termenung sambil berangan. Tuan Kim yang baru menuruni anak tangga pelik melihat isterinya itu tersenyum seorang diri. Dia menghampiri Puan Afifah yang sedang termenung jauh sambil tersenyum.
" sayang..., termenung apa?," Tuan Kim bertanya. Puan Afifah sedikit terkejut dan menoleh ke sisinya.
" yeobo, sini... look...,," Puan Afifah menarik lengan Tuan Kim supaya duduk di sisinya dan menunjukkan video yang baru sahaja di lihatnya tadi. Tuan Kim melihat video Tuan Adam dan Aisyah sedang berkejaran antara satu sama lain dengan badan basah kuyup. Tuan Kim tersenyum senang.
" i..suka sangat dengan si Aisyah tu, kalau jadi menantu i, lagi i suka," Puan Afifah memasang angan.
"Hajiman...kita tak tau asal usul dia,," Tuan Kim bersandar di sofa. Dia memikirkan sesuatu.
" sayang, you tak pernah persoalkan asal usul sesoarang selama ni..wheyo?," Puan Afifah sedikit tidak puas hati. Tuan Kim tersenyum memandang Puan Afifah, tangannya menyisir rambut isteri kesayangannya itu.
"Miane...bukan itu maksud i, kalau you nak jadikan Aisyah tu menantu, kita kena jumpa family dia, takkan kita nak ambil macam tu saja," Tuan Kim menjelaskan dengan lemah lembut. Puan Afifah kembali tersenyum dan menyandarkan kepalanya di dada Tuan Kim.
" arraso..nanti i cakap dengan Mak Dah,"
***
Aisyah yang baru selesai menunaikan solat zohor terkejut mendengar pintu biliknya di ketuk dari luar. Dia bergegas membuka pintu dan melihat Tuan Adam yang sudah siap berpakaian 'simple' di hadapannya. Rambutnya di sikat kemas, ber t-shirt coklat dan berseluar jeans, ringkas.
" dah siap tenung?," pertanyaan itu buat Aisyah tersedar.
" ehemmm...ada apa-apa ke yang Tuan nak?," Aisyah bertanya.
" siap-siap, lepas tu ikut aku,"
" nak ke mana?,"
"Ke syurga...,"Tuan Adam menjawab selamba. Aisyah terus ingin menutup pintu biliknya tetapi sempat di tahan Tuan Adam.
" tu pun nak marah, aku gurau je...jom teman aku ke pekan, nak beli barang sikit," Tuan Adam menjelaskan. Aisyah mengerutkan dahi dan menggaru kepalanya yang masih bertelekung.
" kenapa tak suruh Pak Wan teman? Mak Dah ke...," Aisyah cuba mengelak.
" Aisyah, cuba ikut je arahan aku, kang aku masuk bilik kau, baru tau," Tuan Adam pura-pura ingin memasuki bilik Aisyah. Aisyah cepat- cepat menutup pintu.
" aku bagi masa sepuluh minit, kalau tak muncul depan aku, aku masuk bilik kau, aku ada kunci spare..," Tuan Adam berkata mengugut.
Aisyah sudah merungut-rungut di dalam bilik. Cepat-cepat dia menanggalkan telekungnya dan mencapai tudung di birai katil.
" suka paksa-paksa orang, sapa tah cakap aku nak ikut dia, huh...geram betul lah dengan si singa ni," Aisyah membebel sambil membetulkan tudungnya di cermin. Selang beberapa minit dia membuka pintu bilik. Tuan Adam yang masih bersandar di sebelah pintu melihat jam di tangannya.
" hemmm..cepat juga kau bersiap,"
" alah...pakai tudung jek," Aisyah berkata perlahan.
" Dah jom," Sempat lagi Tuan Adam menarik tudung Aisyah dari belakang sebelum melangkah pergi. Aisyah membuat gaya ingin menumbuk Tuan Adam, geram dengan segala tindakan sepontan Tuannya itu.
Setelah memberitahu Mak Dah, mereka terus menuju ke kereta. Aisyah membuka pintu kereta di bahagian belakang.
" ehemmm...hai cik adik, duduk depan, jangan perasan datin-datin nak duduk belakang, cepat," Aisyah menutup kembali pintu dengan wajah masam mencuka. Tuan Adam sempat melirik wajah Aisyah yang kelat.
" Tuan nak buat apa bawak saya, kan dah besar panjang, pegi je lah sendiri, tak payah lah suruh saya teman," Aisyah membebel melepaskan geram.
" baik kau tutup mulut tu, sebelum aku tutup mulut kau," Tuan Adam berkata selamba, Aisyah menutup mulutnya dengan tangan, bimbang dengan tindakan Tuan Adam yang tidak semena-mena.
Tuan Adam tertawa geli hati melihat tingkah Aisyah itu. Dia menghidupkan enjen kereta dan memulakan pemanduan. Aisyah terdiam kelu di sebelah.
***
Leman kelam kabut membuka pintu rumah. Matanya melilau ke sana-sini, bimbang ada sesiapa yang melihatnya. Setelah masuk dia terus mengunci pintu dari dalam. Dia bergegas ke biliknya dan mencapai beg di atas almari. Dia mencampakkan beg di atas katil sebelum memasukkan beberapa helai baju ke dalamnya. Terdengar suara ketukan di pintu hadapan rumah.
" sial!!!!," dia bergegas menuju ke dapur dan membuka pintu dapur sebelum berlari ke arah dusun belakang rumah dan bersembunyi di sebuah pondok.
Matanya mengintai dari celah papan. Terlihat beberapa orang lelaki mengelilingi rumahnya. Nafasnya turun naik, dia di kejar oleh konco-konconya Ah Seng.
Nasibnya tidak baik hari itu, belum sempat dia keluar dari pekan dengan membawa bungkusan dadah untuk di hantar ke golok, dia terserempak dengan polis di tengah jalan yang sedang membuat road block.
Dia yang sudah tahu apa akibatnya, terus membuka pintu kereta dan berlari ke dalam semak. Dia berjaya melepaskan diri dari anggota polis tetapi dua anak buah Ah Seng yang masih di dalam kereta tidak berjaya melarikan diri.
Dia terus berlari dan menahan sebuah lori untuk ditumpangkan pulang ke rumah. Sesampainya di lorong masuk rumahnya, sudah kelihatan sebuah kereta milik Ah Seng terpakir di tepi jalan. Leman terpaksa mengambil jalan jauh untuk pulang ke rumah, tetapi salah seorang anak buah Ah Seng perasan dengan kehadirannya dan terus mengejar Leman.
" bos, dia dah hilang, aku tengok dalam rumah tak ada orang, macam lipas kudung dia lari, okay bos," Leman mendengar suara anak buah Ah Seng yang tidak jauh dari tempatnya persembunyiannya . Dia mengintai di celah papan. Lelaki-lelaki tadi sudah kembali ke kereta dan berlalu pergi. Dia melepaskan nafasnya dan mengeluh berat.
" hidup kau memang sial Leman, sekarang bukan Ah Seng je yang kejar kau, dengan polis-polis sekali buru kau, ni semua kerana budak sial tu, " Leman menumbuk papan di hadapannya. Matanya di penuhi rasa dendam.
" kalau kau hidup, aku akan pastikan kau bayar apa yang jadi kat aku ni, kau tunggu ajalah," Leman mencari telifon di koceknya dan mendail satu nombor.
" hello, Sani, kau kat mana sekarang? Aku nak stay rumah kau dua tiga hari," Leman segera memulakan langkahnya. Dia kena lebih peka tika itu, bimbang ada yang tahu keberadaannya.
***
Share this novel