Tuan Adam kelam kabut menekan nombor untuk membuka kunci di pintu hinggakan tersilap beberapa kali kata laluan. Tiba-tiba pintu di buka dari dalam.
Lisa berdiri di muka pintu dengan wajah masamnya. Tanpa berkata walau sepatah, dia terus meninggalkan abangnya di muka pintu tanpa menyambut kedatangan abang sulungnya itu.
Tuan Adam melangkah masuk dengan membawa beg pakain. Rupanya semua ahli keluarganya sudah berkumpul di ruang tamu rumah, hanya Aisyah saja yang tidak kelihatan. Tanpa berfikir panjang, dia bergegas menuju ke arah tangga dengan niat mahu mencari Aisyah di bilik.
" Adam..," Tuan Kim memanggil, tegasi sungguh suara Tuan Kim di pendengaran Adam. Dia yang baru menjejakkan kaki di anak tangga pertama, terus mematikan niatnya tadi.
Perlahan-lahan dia memusingkan badannya menghadap Tuan Kim dan ahli keluarganya yang lain. Masing-masing melihatnya dengan pandangan 'maut'. Perasaannya tika itu bagaikan mahu menerima hukum gantung sahaja.
" appa nak tanya satu aja, kenapa Aisyah datang sini tanpa kamu?," Tuan Kim memulakan pertanyaan bila Tuan Adam berdiri di sebelahnya.
" maaf Appa, Adam tau Adam salah, Adam buat silap sebab jumpa dengan Rina lagi, Adam tak patut percaya pada dia, sekarang Adam betul-betul menyesal, Adam tak sangka benda akan jadi besar macam ni," Tuan Adam berkata sedih. Pasti Aisyah sudah mengadu pada mereka apa yang berlaku, tetapi tidak semuanya betul.
" bwo!!!??? Adam jumpa Rina!!?? Apa nak jadi dengan Adam ni, Aisyah tu kan tengah sarat, kenapa Adam tak fikir jauh sebelum buat sesuatu, omma memang tengah geram sangat dekat Adam tau tak,!!!" Puan Afifah menjerit kecil. Patutlah menantunya itu makan hati.
" Adam di aniaya omma, Rina kata dia nak pinjam duit sebab kena kejar ah long, siap menangis bagai, tapi Adam tak sangka itu semua perangkap, masa Adam jumpa dia, dia bagi Adam ubat tidur," Tuan Adam tiada pilihan lain selain berkata jujur.
" oppa!!!..." Lisa menjerit tidak percaya. Dia paling benci bila nama Rina di sebut. Bekas kekasih oppanya itu pernah memarahinya kerana cemburu dia berpeluk dengan abangnya sendiri. Merepek sungguh!!.
Sekarang ni pula, kakak ipar kesayangannya sakit hati di sebabkan perempuan gila itu? memang patut pun abangnya kena tinggal.
" apa jadi lepas tu?," Tuan Kim menyambung pertanyaannya.
" A..Adam tak ingat apa-apa? Adam terbangun bila dah pagi lepas tu...,"
" ehemm..," belum sempat Adam menghabiskan ayatnya, terdengar satu suara berdehem. Mereka semua menoleh serentak.
Aisyah selamba berjalan keluar dari dapur. Rupanya sedari tadi dia mencuri dengar perbualan mereka di sebalik dinding dapur. Tuan Adam terus berlari dan memeluk isterinya erat. Terasa rindunya yang menyesak dada kini terubat.
" sayang..maafkan abang...maafkan abang, baby maafkan appa," Tuan Adam mencium dan memeluk perut isterinya. Mereka yang memerhati hanya menggelengkan kepala. Aisyah tersenyum.
" amboii...., siapa cakap Adam boleh peluk cium Aisyah? kami nak penjelasan dulu, susah payah omma ni nak korek dari Aisyah, tapi tetap juga dia tak nak cerita...sekarang omma nak dengar betul-betul...cepat sambung apa yang Adam cakap tadi," Puan Afifah menolak tubuh Adam dan menarik Aisyah supaya mengikutinya.
Adam terkulat-kulat kerana di tolak begitu. Dia duduk di sofa dengan wajah kesal. Kini mereka semua berada di situ. Tuan Adam menghela nafasnya perlahan. Mahu atau tidak, dia perlu menjelaskan segalanya.
" pagi tu bila Adam bangun..Rina..,"
" sudahlah, Aisyah dah faham...kita tak payah teruskan lagi ye sesi soal siasat ni, sebenarnya... Aisyah pun salah jugak, sebab buat tindakan terburu-buru, patutnya Aisyah tunggu penjelasan dari Abang Adam, tapi Aisyah lari..., sekarang kita dah tau yang semuanya angkara Rina, Aisyah minta maaf abang sebab tanpa izin abang Aisyah keluar rumah," Aisyah memotong kata-kata Tuan Adam.
" omma tak puas hati..apa yang dah jadi..bila kamu dah bangun, apa yang Rina buat? lagi satu..kamu bangun dekat mana? kamu tidur dengan dia ke?," Puan Afifah bertanya bagaikan peluru berpandu.
" ermmm...abang mesti penat kan? jom kita naik bilik.., " Aisyah tiba-tiba berdiri dan memberi isyarat mata pada Tuan Adam. Tuan Adam faham dan terus mengekori Aisyah.
" tengok tu...., Aisyah senang sangat percaya cakap Adam, omma dan appa masih tak puas lagi dengan penjelasan Adam tau," Puan Afifah berkata tidak puas hati.
" Lisa pun, senang-senang aja unni maafkan oppa, entah betul ke tak dia cakap tu," Lisa tidak mahu kalah. Aisyah hanya tersengeh sambil memaut lengan suaminya. Tuan Adam menjelirkan lidah pada Lisa. Lisa pula menunjukkan penumbuknya.
" sudahlah..., appa tak kisah, janji Aisyah happy, kalau boleh Appa tak nak perkara macam ni berulang lagi masa akan datang,"Tuan Kim berkata dengan suara mendatar. Jauh di sudut hatinya, dia bersyukur yang anak dan menantunya itu kembali akur.
" baik appa," Mereka berdua menjawab serentak sebelum beriringan menaiki tangga.
***
Sesampainya di bilik Aisyah melepaskan pelukannya di lengan Adam. Tuan Adam dapat rasakan yang Aisyah masih berjauh hati dengannya. Dia menghampiri Aisyah yang sudah duduk di birai katil.
" sayang masih marahkan abang?," Tuan Adam bertanya lembut.
" bukan marah, tapi merajuk..," jawab Aisyah.
" abang betul-betul minta maaf dekat sayang, abang menyesal sangat-sangat,"
" abang tau tak apa kesalahan abang?,"Aisyah menoleh ke belakang sekilas.
" jumpa dengan Rina?," Tuan Adam bertanya jujur.
" kesilapan abang bila tipu Aisyah...kenapa abang tak jujur yang abang nak jumpa dengan Rina? Kenapa abang kata abang ada kerja?... kalau abang tak tipu Aisyah, dan mintak pandangan Aisyah waktu tu, perkara macam ni tak akan berlaku abang," Aisyah menjawab tenang. Tuan Adam baru tersedar kesilapannya. Dia meraup wajahnya dengan telapak tangan.
" abang sedia terima hukuman dari Aisyah, janji Aisyah tak lari lagi dari Abang, please...abang memang dah tersilap kali ni," Tuan Adam melutut sambil memeluk perut isterinya dari belakang. Aisyah mengeluh perlahan.
" Kalau abang nak Aisyah maafkan abang, bawa Aisyah jumpa Rina," Tuan Adam terkejut mendengar permintaan isterinya itu. Dia seakan tidak percaya apa yang di dengarinya.
" ke...kenapa? Tak payah lah sayang, cukup lah apa yang dah jadi," Tuan Adam jelas tidak bersetuju. Dia masih serik dengan apa yang Rina buat kelmarin.
" abang tak perlu bimbang, Aisyah cuma nak jumpa dengan dia kejap aja, abang teman lah," Aisyah berkata selamba. Tuan Adam mengeluh, berat sungguh hatinya untuk menurut kehendak isterinya yang satu itu.
***
Tuan Kim dan Puan Afiffah menghantar Aisyah dan Tuan Adam di lapangan terbang. Puas Puan Afifah memujuk Aisyah supaya tinggal lebih lama, tetapi Aisyah dan Tuan Adam berkeras ingin pulang ke Malaysia. Reza, Lisa dan Min Ho tidak turut serta, mereka sibuk dengan aktiviti masing-masing.
***
Tuan Adam melihat wajah Aisyah dengan rasa resah gelisah. Dia masih ragu-ragu dengan keputusan yang di buat isterinya itu. Dia tidak mahu perkara buruk berlaku lagi. Hubungan mereka baru sahaja membaik.
Tetapi Aisyah hanya bersikap selamba, dia duduk tenang di sebelah Tuan Adam. Tidak lama kemudian orang yang mereka tunggu-tunggu tiba juga.
" well..., ada apa nak jumpa i, i tak banyak masa nak layan you all," Katrina berkata sebelum menarik kerusi di hadapannya. Dengan gaya belagaknya, dia duduk berhadapan Aisyah.
" nak order makan? Ke minum?," Aisyah bertanya ramah. Tuan Adam hanya mendiamkan diri.
" ...i nak minum je," Katrina berkata sambil mengipas-ngipas wajahnya dengan tangan. Aisyah mengangkat tangan memanggil pelayan. Mereka bertiga hanya memesan air sahaja.
" cepat lah cakap, apa tujuan you nak jumpa i, kalau membisu aja macam ni, baik tak payah jumpa, by the way... i terkejut jugak you tak serang i, iyalah...kan i kacau suami you," Katrina berkata dengan sinis. Aisyah hanya tersenyum.
" buat apa saya nak marah cik Rina? Buang tenaga aja, baik saya simpan tenaga saya ni waktu nak bersalin nanti, tak gitu abang," Aisyah memeluk lengan Tuan Adam manja. Tuan Adam sekadar mengangguk. Berbulu mata Katrina melihat kemesraan mereka berdua.
"Huh...patutlah Adam nak kahwin dengan you...sebab you bodoh...senang dia nak tipu you," Katrina ketawa mengejek.
" RINA!!! Jaga sikit mulut you tu," Tuan Adam berkata geram.
" abang tak baik marah-marah," Aisyah mengurut dada Tuan Adam.
Belum sempat Katrina menjawab, pelayan datang membawa pesanan. Katrina terus menyambar gelas berisi air milo ais dan meminumnya.
Panas hatinya melihat dua manusia di hadapannya itu, ikutkan hati, mahu dia mencekik-cekik Aisyah dan Tuan Adam. Aisyah tersenyum sumbing melihat Katrina meneguk air milo di dalam gelas hingga separuh. Dia memang sengaja buat hati Rina panas melihat kemesraan dia dan Tuan Adam.
" sebenarnya, saya nak tau, tentang video yang cik Rina hantar tu, Cik Rina edit ke?," Aisyah bertanya selamba. Bibirnya tidak lekang dengan senyuman.
" what??..hey..you ingat i ni ada masa ke nak edit-edit bagai?.., hello!!.video tu i sendiri yang rakam okay...you ni tak ada perasaan ke? Kenapa you tak marah i langsung ea? " Katrina bertanya pelik.
" kan saya dah cakap, buang tenaga,"Aisyah menjawab sambil minum airnya dengan tenang. Bukan Katrina sahaja yang pelik dengan sikap Aisyah hari itu, tetapi Tuan Adam juga tidak dapat membaca apa yang sedang di fikirkan Aisyah. Apa rancangan isterinya itu agaknya?
" you..," Katrina bangun tetapi dia tidak jadi meneruskan kata-katanya. Dia memegang kepalanya yang pening tiba-tiba, pandangannya berpinar-pinar.
Matanya terasa berat dan sangat mengantuk. Aisyah tiba-tiba ketawa, tetapi ketawanya seperti di buat-buat. Katrina terduduk sambil memejamkan matanya, bila matanya dibuka, semuanya jadi berganda.
" damn..what you have done to me?," Katrina bertanya dengan suaranya yang semakin mengendur.
" Lahh.....kenapa kau tanya aku? Bukan idea ni kau yang buat dulu? Macam mana? Okay tak rasa air milo tu? Kalau dulu kau bawa suami aku naik bilik hotel, sekarang kau nak aku bawa kau pergi mana? syurga!!?" Aisyah melontarkan pertanyaan demi pertanyaan berbaur sindiran. Tuan Adam juga terkejut dan tidak menyangka tindakan Aisyah itu, dia langsung tidak tahu menahu.
"Siapa kau sebenarnya?," Katrina bertanya lemah. Dia terasa tertipu dengan perwatakan Aisyah yang lemah-lembut selama ini.
" siapa aku? Aku perempuan kampung bodoh yang kau nak rampas laki dia!!!.." Aisyah berkata geram. Katrina mahu membalas, tetapi dia tertidur di meja restoran. Aisyah tersenyum puas.
" sayang..," Tuan Adam menegur. Dia masih terkejut dengan apa yang berlaku di hadapan matanya.
" abang tolong Aisyah angkat perempuan ni naik," Aisyah memotong kata-kata Tuan Adam. Tuan Adam mengeluh berat sebelum memapah Katrina dan mengekori Aisyah dari belakang. Buat pertama kali dia melihat sikap Aisyah seperti itu.
Sesampainya mereka di tingkat tiga, pintu lif terus terbuka. Aisyah terus menonong keluar di ikuti Tuan Adam. Dia berhenti di hadapan pintu bilik bernombor 204 sebelum mengeluarkan sekeping kad . Setelah membuka pintu, Aisyah masuk ke dalam di susuli Tuan Adam dan Katrina. Tuan Adam hanya menurut apa yang di pinta Aisyah, dia meletakkan Katrina di atas katil.
" okay..thanks abang...sekarang abang tunggu Aisyah dekat luar ye..., Aisyah masih ada kerja," Aisyah berkata sambil meregangkan tangannya.
" sayang...apa sebenarnya yang sayang nak buat ni?, abang risau lah, jom kita balik, biar dia dekat sini," Tuan Adam memujuk.
" opss... no..no...no...selagi tak selesai, Aisyah tak nak balik, abang tunggu luar dulu ye," Aisyah menolak Tuan Adam ,menyuruhnya tunggu di luar bilik.
***
Katrina membuka matanya, dia memicit kepala yang masih berdenyut dan meraba tubuhnya yang terasa sejuk. Dia terus terbangun dan melihat tubuhnya tanpa seurat benang. Dia cuba mengingat kembali apa yang berlaku.
Matanya melilau ke sana ke mari mencari bajunya. Dia terpandang bajunya yang di lipat kemas atas sofa, cepat-cepat dia capai. Sedang kelam kabut menyarung baju, tiba-tiba telifon bimbitnya berbunyi beberapa kali menandakan ada mesej baru.
" arkhhhhh...," Dia menjerit histeria. Dia membaling telofonnya ke dinding. Marahnya memuncak bila melihat gambar-gambar yang ada di whatsupnya.
Semuanya gambar dirinya terbaring bogel dengan pelbagai gaya. Ada mesej juga di hantar.
-aku tak ada masalah dengan kau, tapi kau suka sangat nak carik pasal dengan aku..., kau ingat aku bodoh sangat ke perempuan?.. siapa yang bodoh sekarang?... aku malas nak cakap banyak dengan orang tak faham bahasa macam kau ni...sekarang kau rasalah apa yang laki aku rasa...ni padahnya kau buat aku sakit hati..., ingat baik-baik Rina, kalau kau sentuh orang yang aku sayang..., berpuluh kali aku boleh sentuh kau...., aku tak susah2 pun...kau faham kan..nice gambar...
***
Aisyah menyanyi riang sambil mengusap perutnya. Tuan Adam menghampiri Aisyah dengan senyuman dibibir. Sedari tadi dia melihat Aisyah asyik benar melihat keluar dinding kaca di perpustakaan itu.
" sayang, abang nak minta maaf...abang buat sayang susah hati, dalam keadaan macam ni, kesian dekat baby, maafkan abang," Tuan Adam berbisik di telinga Aisyah sambil memeluk isterinya itu dari belakang. Aisyah menyimpul senyum.
" abang, walau macam mana pun, abang kan suami Aisyah, syurga Aisyah ada pada abang, Allah bagi kita ujian untuk kita tempuh bersama, maafkan Aisyah juga sebab tinggalkan abang macam tu saja, jujur Aisyah menyesal sangat bila sampai korea, rasa nak patah balik, tapi Aisyah ego," Aisyah berkata sambil menyandarkan kepalanya di dada Tuan Adam.
" abang dah maafkan segala dosa sayang pada abang dari dulu sampai bila-bila. Sebenarnya.. sayang tak ada dosa apa pun, abang yang patut berterima kasih, sebab sayang masih percayakan abang, abang bersyukur sangat," Mata Tuan Adam berkaca-kaca.
" abang pun tak ada dosa dengan Aisyah, terima kasih kerana jadikan Aisyah isteri Abang, i love you," Aisyah memusingkan badannya dan memeluk Tuan Adam erat. Tuan Adam mengucup ubun-ubun isterinya penuh kasih.
***
" yahhh!!! Nona, Min Ho nak pegang," Min Ho menjerit bila Lisa sudah mendahuluinya mendukung bayi perempuan abangnya.
" kau pegang lah baby lelaki, nona nak baby perempuan," Lisa buat muka tidak bersalah.
" hey, korang ni, anak orang pun nak di rebutkan, bagi balik pada omma dia, kesian budak tu," Mak Dah membebel. Lisa tersengeh dan menghulurkan bayi itu kembali pada Aisyah.
" unni, dah bagi nama belum?" Lisa bertanya.
" belum lagi, tapi nama tu dah fikir dah," Aisyah menjawab senang.
" nama anak oppa comel tau," Tuan Adam mencelah sambil membawa dulang berisi makanan untuk Aisyah.
" apa dia?" Semua orang teruja ingin tau.
"Aera Sofea dan Han Daniel..," Aisyah dan Tuan Adam berkata serentak. Mereka semua bersorak gembira. Aisyah dan Tuan Adam saling berpandangan dengan penuh makna. Allah memberikan dugaan untuk menguji hambanya supaya bersabar dan di balas dengan hikmah di sebaliknya.
-tamat-
yeyyy!!! tamat akhirnya cerita si Tuan Adam dan Aisyah... jujur sis nak bagitau...cerita Tuan Adam ni, sis tulis dalam buku tau... entah macam mana sis dapat idea pun..sis tak tau.. dah lupa dah.. masa sis kemas2 barang lama...ehh..terjumpa pulak buku ni... tergelak2 sis baca... iyalah.. masa ni masih budak2 kan... ayat bersepah.. tapi..jalan cerita dia best juga..tak terlalu berat dan sarat dengan konflik... apa pun...trima kasih pada pembaca semua... <(^~^)>
Share this novel