Tuan Adam |Ep.8

Romance Completed 32128

Aisyah menatang dulang berisi nasi dan sup ayam sambil menaiki anak tangga dengan berhati-hati. Dia melangkah menuju pintu bilik Tuan Adam.

" Tuan...saya ada bawakkan makanan ni," Aisyah berkata tetapi tiada sahutan dari Tuan Adam.

" Tuan...,"

" masuk lah...," Terdengar Tuan Adam menjawab dari dalam. Aisyah menarik nafas perlahan sebelum menolak daun pintu.

Dia menelek ruang bilik itu yang masih kemas tersusun. Dia menarik nafas lega. Bimbang Tuan Adam mengamuk kerana peristiwa petang tadi. Tuan Adam bersandar di tepi tingkap sambil merenung ke luar, langsung tidak menoleh ke arah Aisyah. Aisyah meletakkan dulang berisi makanan di atas meja.

" kalau tak ada apa-apa, saya turun dulu," Aisyah berkata sebelum mengatur langkahnya.

" kahwin dengan aku Aisyah," Tuan Adam tiba-tiba bersuara membuatkan langkah Aisyah terhenti di muka pintu. Aisyah seraya menoleh pada Tuan Adam.

Kini Tuan Adam sudah menghampirinya dengan satu pandangn yang susah di tafsir oleh Aisyah.' Dah kenapa singa jadian ni, kesan dari jumpa cik Rina ke, terus jadi gini' Aisyah berbisik dalam hati.

" jadi isteri aku Aisyah," Tuan Adam berkata sambil merenung Aisyah.

" hah!??," Aisyah masih tidak percaya dengan apa yang baru didengarinya.

" pekak ke" Tuan Adam berkata selamba. Mungkin geram melihat Aisyah yang masih terkulat-kulat di hadapannya. Dia mendekatkan wajahnya pada Aisyah. Aisyah mengundur ke belakang kerana terkejut.

" Tuan tak sihat ke? Tak pelah Tuan rehat dulu ye, saya nak turun ni," Aisyah cuba melepaskan diri tetapi Tuan Adam lebih pantas menghalang langkahnya.

" kau ingat aku main-main?, aku nak kau jadi isteri aku yang sah!!" Tuan Adam berkata serius. Aisyah menelan air liur. ' sah Tuan ni dah tak betul, Mak Dah..Pak Wan tolong!!!,' Aisyah menjerit di dalam hati.

"Ta...tapi...kenapa pulak?, Tuan tak cinta kan saya pun, saya pun tak cintakan Tuan, macam mana nak jadi suami isteri...lagi pun saya ni mana lah sesuai jadi isteri Tuan, saya tak setaraf dengan Tuan, saya orang biasa jek," Aisyah membebel panjang lebar, dengan harapan Tuan Adam menarik balik kata-katanya tadi.

" tak semua pernikahan tu mesti didulukan dengan rasa cinta cik Aisyah, anggap kita kahwin kerana memerlukan antara satu sama lain," Tuan Adam masih serius.

" maksud Tuan," Aisyah tidak faham.

" kau masih melarikan diri dari pakcik kau, dan aku berusaha nak lupakan Katrina, kalau kau kahwin dengan aku, tak ada yang nak kacau kau dan kalau aku kawin dengan kau aku harap Katrina berhenti kacau hidup aku," Tuan Adam menjelaskan. Aisyah masih dalam keadaan terkejut.

" memang alasan Tuan tu logik...tapi benda ni bukan main- main..., lagi pun saya tetap kena jumpa pakcik saya, sebab dia wali untuk nikahkan saya..., sama je Tuan, saya kalau boleh, siapa yang nak jadi suami saya tu boleh terima saya dengan ikhlas, bukan kerana simpati, saya tak nak tuan menyesal kahwin dengan saya, Tuan fikir betul-betul okay, saya turun dulu," Aisyah berkata serius sebelum meminta diri.

Walaupun Tuan Adam tu majikan dan banyak berbudi padanya, tidak bermakna dia perlu mengikut segala kemahuan Tuan Adam, lagi-lagi soal masa depannya.

Tuan Adam sekadar melihat langkah Aisyah yang sudah menuruni anak tangga. Dia mengeluh dan masuk ke biliknya. Dia memikir kembali kata-kata Aisyah. ' betul ke apa yang aku buat ni?...,' Tuan Adam meraup wajahnya dengan kedua tapak tangan.

Dia sendiri tidak yakin dengan hatinya tika itu. Dia melihat makanan di atas meja, tetapi selera makannya tiada.

" Ya Allah berikanlah aku pertunjukmu...," Tuan Adam mengatur langkah ke bilik air. Selang beberapa minit dia keluar dan mencapai sejadahnya. Dia mahu mengadu pada sang pencipta.

Aisyah tidak terus ke dapur, tetapi dia menuju ke biliknya. Perasaannya tidak tentu arah. Sekejap dia duduk..sekejap dia berdiri.. bibirnya digigit lembut...

" kenapa tiba-tiba Tuan Adam cakap macam tu kat aku, apa yang dia nak dari aku yek...ke sebab dia nak lari dari cik Rina...tapi takkan lah sampai ajak aku kahwin kot, ni yang musykil ni, bukan boleh percaya sangat Tuan tu, ke dia saja nak kenakan aku, nasib baik aku tak berhora hore tadi, silap-silap kena perli free...tapi muka dia serius jek...ahhhh...pening," Aisyah membebel sendiri.

Dia menghempaskan badannya ke katil dan cuba memejamkan mata. Tiba-tiba wajah Tuan Adam muncul dengan senyuman menggoda dan kenyitan mata. Aisyah terus terduduk dan mengeleng-gelengkan kepalanya.

" kenapa terbayangkan 'singa jadian' tu pulak, ni yang seram ni, dah kenapa dengan kau Aisyah, takkan kau dah tersangkut dengan Tuan tiga suku kau tu, jangan Aisyah, naya kau nanti," Aisyah membebelkan dirinya sendiri. Dia bangun dan kembali kehulu hilir seperti tadi.

" YaAllah, kenapa dengan aku ni, tak boleh jadi ni," Aisyah membuka pintu dan menuju ke dapur.

Mak Dah yang berada di dapur ingin menegur Aisyah, tetapi Aisyah terus sahaja menonong ke bilik air. Mak Dah dan Pak Wan saling berpandangn, pelik... selalunya Aisyah yang akan menegur mereka dahulu. ' mungkin..Tuan tu problem lagi..,' Pak Wan berkata guna bahasa isyarat pada Mak Dah, mereka masing-masing mengangguk.

Selang beberapa minit Aisyah kembali dengan wajah dan tangan yang masih basah. Dia baru sedar yang dirinya di perhatikan lantas dia tersenyum.

" Aisyah masuk bilik dulu yek," Aisyah berkata dan terus mengatur langkah laju ke biliknya.

" apa lah nasib Tuan kita tu kan bang, saya pun pelik lah dengan perempuan gedik tu, kenapa dia muncul lagi...baru Tuan tu nak pulih semangat, hish...risau saya bang," Mak Dah berbicara sambil menyusun pinggan yang baru di lapnya.

" nak buat macam mana Idah, awak bukan tak tau perangai cik Katrina, dulu masa dia dengan Tuan Adam, awak pun nampak kan perangai dia yang suka mengongkong tu, asyik nak menang, ni abang rasa...bila dia tau yang Adam dah baik semula..lepas tu nampak pulak si Aisyah ada dalam rumah ni, lagi dia tak puas hati," Pak Wan bersandar di kerusi sambil mengeluh.

" biar dia tau, ingat dia je cantik, saya ni bang...kalau lah Tuan Adam tu berkenan nak jadikan Aisyah isteri, saya sokong seratus peratus...dari perempuan gedik tu..eee..tak sanggup tau," Mak Dah mencebikkan bibirnya.

" hati orang Idah, kita bukan tau, doakan ajalah...kita tetap akan jaga Aisyah walaupun Tuan tu tak suka dengan dia, betul kan," Pak Wan memandang isterinya sambil tersenyum dan di balas oleh Mak Dah.

***

" Abah! Ummi!...." Aisyah berlari dalam gelap aambil memanggil Abah dan Umminya. Suasana gelap itu amat menakutkan Aisyah. Aisyah menggigil ketakutan sambil memeluk tubuh. Dia terduduk dan menangis.

" Abah Ummi, Aisyah takut...jangan tinggalkan Aisyah..." dia menangis teresak-esak.

Tiba -tiba ada satu cahaya terang di hadapannya. Aisyah melihat ada seseorang sedang berjalan menghampirinya, tetapi dia tidak dapat melihat wajah orang itu kerana silau. Orang itu berdiri di hadapan Aisyah dan menghulurkan tangannya. Aisyah teragak-agak untuk menyambut.

" Aisyah....," orang itu memanggil Aisyah dengan lembut. ' suara ni....' Aisyah seperti sudah biasa mendengar suara orang di hadapannya itu.

Dengan tanggan yang menggeletar, dia menyambut huluran tangan lelaki di hadapannya. Dia bangun dari duduknya dan memandang lelaki di hadapannya itu.

" awak ni...,"

" Aisyah..." kini wajah lelaki itu jelas kelihatan. Dia tersenyun pada Aisyah sambil mengenyetkan matanya. Aisyah terkejut bila melihat siapa lelaki itu.

" TUAN!!" Aisyah terbangun dari tidurnya dan terus terduduk. Wajahnya berjuraian dengan peluh. Dia menyusun nafasnya kembali.

" Ya Allah, apa petandanya ini," Aisyah berkata sambil memegang dadanya. Kalau itu pertunjuknya, kenapa hatinya masih ragu-ragu. Aisyah memejamkan matanya, wajah Tuan Adam muncul kembali.

" betul ke dia, atau bukan," Aisyah meraup wajahnya dengan tangan. ' Ya Allah, sungguh aku keliru,'.

***

Pak Wan dan Mak Dah saling memandang. Mereka hairan melihat tingkah Tuan Adam dan Aisyah yang membisu sejak pagi tadi. Masing-masing seperti mengelak untuk bertembung.

" diaorang ni bergaduh ke Idah?" Pak Wan bertanya sedikit berbisik.

" mungkin kot, sejak kita sarapan tadi, senyap aja masing-masing, kenapa ye..tak ada angin tak ada ribut, tiba-tiba bergaduh," Mak dah menggaru dagunya berfikir. Aisyah berjalan menghampiri Mak Dah dan Pak Wan sambil memeluk bakul baju, dia baru siap menyidai baju di luar.

" Aisyah...," Mak Dah ingin bertanya tetapi dia menyenggol lengan Pak Wan.

" Mak Dah, tengah hari ni kita nak masak apa ye," Aisyah bertanya sambil menarik kerusi untuk duduk.

" errr...dekat peti tu ada ikan pari, boleh lah nak masak asam pedas, sayur kailan pon baru Pak Wan petik pagi tadi," Mak Dah menjawab sambil tersengeh. Pak Wan sekadar jadi pemerhati.

" kalau macam tu Aisyah pergi petik bunga kantan dengan daun kesum la kat luar," Aisyah tersenyum sebelum melangkah ke pintu dapur.

" Aisyah, aku nak ikut," Tiba-tiba mereka di kejutkan dengan suara Tuan Adam. Dia melangkah menghampiri Aisyah di pintu. Aisyah menjawab dengan anggukkan. Mereka beriringan menuju ke kebun sayur.

" memang pelik diaorang hari ni, mesti ada benda yang diaorang sorokkan dari kita," Mak Dah berkata curiga.

***

" Aisyah...,"

" ye saya,"

" kau marah ke apa yang aku cakap semalam?," Tuan Adam memandang Aisyah yang sedang mencangkung sambil memetik pucuk kesum.

" kenapa pulak saya nak marah, Tuan Adam bukan buat salah pada saya pun," Aisyah menjawab tanpa menoleh pada Tuan Adam.

" so..kau dah buat keputusan?,"

" keputusan apa?,"

" jadi isteri aku," Tuan Adam berkata serius. Aisyah menelan air liur. Lidahnya kelu, tidak tahu untuk berkata apa.

" kenapa kau diam?, kau rasa aku ni tak layak jadi suami kau ke? Ataupun kau memang dah ada boyfriend?," pertanyaan demi pertanyaan keluar dari mulut Tuan Adam.

Aisyah menarik nafas dan dilepaskan perlahan. Dia bangun dan berdiri menghadap Tuan Adam. Dia mendongak memandang wajah lelaki bermuka Korea itu.

" Tuan, soal jodoh ni biarlah Allah yang tentukan, Tuan yakin ke saya ni jodoh Tuan, saya ni bukan siapa-siapa, gadis biasa je, saya tak setaraf pun dengan Tuan, takut Tuan malu jadikan saya isteri," Aisyah berkata lembut. Tuan Adam tersenyum mendengar jawapan Aisyah.

" kalau aku yakin, kau akan kahwin dengan aku?," Tuan Adam bertanya sambil mengangkat keningnya.

" errr...Tuan cari pakcik saya dulu, dia yang walikan saya," Aisyah berpaling dan berkata perlahan. Dia tidak berani berhadapan dengan Tuan Adam, jantungnya berdegup kencang.

Aisyah mengatur langkah menuju pokok bunga kantan dan meninggalkan Tuan Adam yang sedang menguntum senyum.

" aku akan usahakan..," Tuan Adam menjawab sebelum melangkah ke pintu dapur. Setelah memastikan Tuan Adam masuk ke dalam villa, Aisyah menarik nafas lega.

" Ya Allah, kenapa dada aku macam nak meletup ni, nak pandang muka dia pun lutut aku dah menggigil," Aisyah berkata dengan bibir menggeletar.

Tuan Adam masuk ke dapur dengan menyanyi riang, Mak Dah dan Pak Wan sekadar memerhati tingkahnya.

" hai Pak Wan Mak Dah, cantik Mak Dah hari ni," Tuan Adam menegur serta memuji Mak Dah. Dia melangkah menuju ke tangga sambil menyanyi kecil.

" makin pelik saya tengok Tuan Adam tu ya," Mak Dah berkata pada Pak wan.

" nanti kita tanya Aisyah,"

***

Tuan Adam mencapai telifon bimbitnya dan mendail satu nombor.

" Faiz, aku nak kau buat satu kerja, penting, petang ni jumpa aku dekat pekan," Dia berkata serius sebelum mematikan talian.

Dia memandang ke bawah dan terpandang Aisyah sedang menyiram pokok bunga di laman villa sambil menyanyi. Bibirnya mengukir senyuman.

" Aku harap kau tak kecewakan aku Aisyah," Dia berbisik pada dirinya.

***

" jangan lah berahsia dengan Mak Dah," Mak Dah memujuk Aisyah yang sedang membasuh sayur di singki.

" sampai hati Aisyah tak nak bagi tau, Mak Dah tau, Mak Dah ni bukan Ummi Aisyah, yelah...," Mak Dah berkata merajuk. Aisyah lantas menoleh dan memeluk Mak Dah.

" jangan la cakap macam tu,sedih Aisyah tau," Aisyah melepaskan pelukan.

" cepat bagi tau Mak Dah," Aisyah mengeluh lembut.

" Tuan ajak Aisyah kahwin," Aisyah berkata perlahan.

" be..betul ke ni, Alhamdulillah, termakbul doa Mak Dah,"Mak Dah berkata gembira.

" tapi Aisyah takut, baru berapa bulan Aisyah kat sini, Tuan pun tak kenal Aisyah lagi, tiba-tiba dia ajak kahwin, Aisyah takut bila dia dah tau siapa Aisyah, dia tinggalkan Aisyah," Aisyah berkata sedih. Dia tahu dirinya dan Tuan Adam jauh berbeza.

" Aisyah, doa banyak-banyak ye, Mak Dah yakin Tuan Adam tu baik dan bertanggungjawab, insyaallah dia akan jaga Aisyah sampai bila-bila," Mak Dah memberi kata semangat.

" Aisyah tau Tuan Adam tu baik Mak Dah, cuma Aisyah je yang tak layak untuk dia, keluarga Aisyah pun Tuan Adam tak kenal,"

" Mak Dah yakin, Tuan Adam betul-betul nak kahwin dengan Aisyah, dia tu Mak Dah kenal dah lama, setiap keputusan yang dia buat dia akan bertanggungjawab, jadi Aisyah jangan ragu-ragu dengan dia ye," Mak Dah mengusap belakang Aisyah.

Aisyah hanya tersenyum dan meneruskan kerjanya. Sebenarnya dia segan dengan Tuan Adam dan keluarganya, jika nak dibandingkan Tuan Adam dan dirinya, memang jauh beza. Kehidupan Tuan Adam yang sempurna sedangkan dirinya tidak bekeluarga. ' ada pak cik pun, nak jual aku, hai nasib badan...,' Aisyah mengeluh.

***

Hafiz menarik kerusi sebelum duduk dan bersandar. Dia melihat jam di tangannya dan matanya melilau ke sana sini seperti mencari seseorang.

" Assalamualaikum bro," Tidak lama kemudian ada satu suara memberi salam, dia menoleh dan tersengeh. Dia bangun dan memeluk lelaki di hadapannya.

" sihat bro?, lama aku tak dengar khabar kau, tiba-tiba carik aku apa cerita," Faiz kembali duduk di kerusinya.

" aku nak kahwin Faiz," Tuan Adam berkata selamba.

" uiiii....ni bergurau ke, betul-betul ni," Faiz ketawa kecil.

" kali ni aku yakin insyaallah, lagi pun aku tak sanggup dah asyik kena kacau dengan Rina tu," Tuan Adam berkata sambil mengangkat tangannya, memberi isyarat pada pelayan.

" dia masih cari kau ea, bukan dia dah lama ke tak jenguk kau?, almaklumlah kau kan dekat empat tahun lebih macam mayat hidup, aku datang pun kau tengok aku macam nak makan," Faiz mengusik temannya itu.

Memang jauh benar keadaan Tuan Adam dulu dan sekarang, jauh di lubuk hatinya, dia bersyukur temannya itu sudah kembali pulih.

" dulu aku jahil Faiz, terlalu ikutkan perasaan, tapi kerana seseorang ni, yang buat aku terus nak berubah dan lebih positif, syukur Allah hantar dia untuk sedarkan aku," kata-kata Tuan Adam membuatkan Faiz ingin tahu siapa yang dimaksudkan itu.

" hebat orang tu, share la dengan aku,"

" bakal isteri aku lah," Tuan Adam tersenyum, saja ingin memancing perasaan ingin tahu Faiz.

" hah ni pelik, dari mana kau kenal awek?, sedangkan kau terperuk je dalam hutan tu, nak kata fac ke instagram ke, semua kau dah buang, ni yang buat aku musykil," Faiz menyedut air minumannya. Tuan Adam tidak terus menjawab, kerana pelayan datang untuk mengambil order.

" cepatlah bagi tau aku, kau jumpa gadis bunian ke?," Faiz ingin bergurau.

" haah, gadis bunian,"

" hahh..," Faiz terbatuk kecil kerana tersedak, terkejut dengan jawapan selamba Tuan Adam.

" aku main-main je bro,"

" hish kau ni, terkejut aku..."

" tapi aku anggap dia bidadari aku, dan aku yakin nak jadikan dia isteri aku,"

" okay, kalau kau tak nak cerita takpe, nanti aku korek juga, ni kau beria suruh aku datang kata ada kerja, apa dia?" Faiz bertanya.

" aku nak kau cari maklumat seseorang, tapi aku tak ada gambar dia, yang aku tau, nama dan alamat je, aku nak kau cari maklumat dia dan bila kau dah jumpa orang ni kat mana, kau contact aku," Tuan Adam menghantar nama dan alamat orang itu pada Faiz di whatsap.

" baik, aku cuba, kalau aku tanya kau mesti tak nak bagi tau, nanti aku cari dah jumpa baru kau cerita kat aku," Faiz berkata. Tuan Adam tersenyum,dan mengangguk.

***

"Leman, budak aku bagi tau, ada orang carik kau dekat rumah abang kau tu," Sani berkata sambil meletakkan helmetnya di atas meja. Leman yang sedang mengunyah nasi terus berhenti mengunyah.

" orang Ah Seng ke?,"

" bukan, ni gaya macam bukan orang sini, macam orang bandar, kau kenal ke?," sani bertanya dan menghenyakkan punggungnya di sofa.

" siapa pulak?, aku bukan ada kawan lain,"

" tapi beria betul dia nak jumpa kau, siap tanya dengan jiran kau, katanya ada hal penting, lagak macam orang berduit," Sani berkata lagi. Dia sendiri mendengar kawannya di kilang bercerita.

" siapa pulak?," Leman bertanya pelik.

"Nanti aku suruh budak aku tanya kalau dia ada datang lagi, sebab dah dua kali dia pergi rumah tu," Sani memberi cadangan.

" kalau ada kena-mengena dengan budak Aisyah tu, aku nak jumpa dia," Leman berkata serius.

***

" hah Faiz, macam mana?," Tuan Adam bertanya di telifon. Dahinya berkerut-kerut sambil mendengar.

" tak apalah, aku bagi kau masa lagi, tapi kalau boleh aku nak cepat," Tuan Adam berkata sebelum mengangguk -anggukkan kepalanya. Selang beberapa minit dia memutuskan talian.

" Ya Allah permudahkanlah urusan aku," Dia meraup tangannya ke muka.

" ADAM!!!!," tiba-tiba Tuan Adam dikejutkan dengan satu suara menjerit namanya. Dia bergegas turun ke ruang tamu. Sesampainya di sana sudah ada Katrina yang sedang bercekak pinggang sambil merenung Aisyah tajam.

" apa yang kecoh-kecoh ni," Tuan Adam masih terkejut dengan kehadiran Katrina di villa itu. Aisyah sudah menunduk dengan wajah ketakutan. Tuan Adam memandang Katrina geram.

" apasal you jerit-jerit dalam rumah i ni,?" Tuan Adam bertanya dalam nada geram.

" you tanya maid you ni, i nak jumpa you, tapi dia tak bagi, dia kata you tak ada, sebab tu i jerit nama you tadi sayang," Katrina mengadu pada Tuan Adam. Sempat lagi dia buat suara gediknya.

" saya tak cakap apa pun Tuan...," Aisyah membela dirinya. Wajahnya sudah memerah menahan tangis.

" menjawab!!..eh..perempuan busuk, semak betul aku tengok muka kau, baru jadi maid dah belagak macam mem besar dekat rumah ni...ikut ajalah apa yang aku cakap," Katrina menjegilkan matanya pada Aisyah. Ikutkan hati, mahu aja dia menampar wajah Aisyah yang pura-pura baik itu.

" Katrina!!!," Tuan Adam menjerit. Hatinya panas bila mendengar kata-kata yang di lemparkan Katrina pada Aisyah.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience