Tuan Adam menyentuh parut di belakang tubuh isterinya. Aisyah masih lena diulit mimpi. Hatinya sedih melihat tubuh isterinya yang penuh parut di sana sini.
Dia seakan dapat merasakan penderitaan Aisyah selama ini.'kuatnya kau Aisyah, macam mana kau boleh bertahan dengan semua ni, sesungguhnya kehadiran kau dalam hidup aku, satu anugerah terindah,' Tuan Adam bermonolog dalam hati.
Aisyah memusingkan badannya bila terasa badannya di sentuh dari belakang. Dalam samar-samar dia melihat Tuan Adam tersenyum padanya. Dia terus menarik selimut menutupi seluruh tubuh hingga ke kepala.
" hey...kenapa tutup muka?, sini lah," Tuan Adam menarik selimut perlahan.
" jangan lah tengok, muka Aisyah hodoh ni, kenapa buka suis lampu tak cakap?," Aisyah berkata dengan suara masih serak-serak basah.
" abang kesian tengok sayang tidur lena sangat, tak sampai hati nak kejut," Tuan Adam berkata lembut.
" abang mesti dah nampak parut dekat badan Aisyah kan, mesti abang menyesal kahwin dengan Aisyah yang hodoh ni," Aisyah berkata sayu.
" hey, apa cakap macam tu?, abang ikhlas kahwin dengan sayang, abang jadikan Aisyah isteri kerana Allah, bukan kerana benda atau sebab lain, bukan kecantikan luaran yang abang cari, tapi hati sayang yang cantik, jangan fikir yang bukan-bukan, biarlah abang sorang yang nampak kelemahan dan kelebihan sayang, okay, pada abang Aisyah tak ternilai dengan segala apa yang ada dalam dunia ni, abang dah cukup bersyukur, sayang terima abang sebagai suami" Tuan Adam meluahkan perasaannya. Dia menatap lembut wajah isterinya yang menunduk.
" ehh..jom solat, dah masuk waktu ni, tapi sayang kena mandi dulu lah, tau tak niat mandi wajib,?" Tuan Adam berkata sambil tersenyum nakal. Wajah Aisyah sudah memerah menahan malu.
" er..abang tolong ambilkan baju Aisyah tu," Aisyah meminta Tuan Adam mengambil bajunya yang masih di sofa memandangkan di badannya tidak ada seurat benang.
" lambat lah nak pakai-pakai baju, meh sini abang tolong," Tuan Adam berkata sebelum menyelak selimut dan mengangakat Aisyah selamba.
Aisyah menjerit terkejut sebelum menutup wajahnya dengan tangan, masih malu dengan suaminya itu. Mereka menuju ke bilik mandi bersama. Terdengar suara gelak tawa bahagia dan jeritan kecil di bilik mandi.
***
Syahira mencapai telifon bimbitnya. Tertera satu nombor yang tidak di kenali. Dia mengerutkan dahi, pelik.
" nombor siapa pulak ni?, call orang pagi-pagi," Syahira berbisik sendirian.
Kini telefonnya berbunyi buat kali kedua, dan tertera nombor yang sama. Dengan teragak-agak Syahira menjawab panggilan itu.
" assalamualaikum...sapa ni?,"
" waalaikumsalam..." terdengar suara lelaki menjawab salam. Syahira semakin pelik.
" maaf ye, encik ni siapa?,"
" saya crush awak..," terdengar lelaki itu menjawab dan tertawa kecil.
" apa crush-crush ni?, kenal pun tak...baik kau cakap siapa kau, pagi-pagi sibuk call orang, aku sibuk lah," Syahira sudah mula berangin.
" tak sangka awak ni garang..., tapi garang-garang tetap cute," lelaki itu berkata selamba.
" urhhhh....aku pun tak tau lah kau ni mkhluk dari mana, jangan kacau aku boleh tak...assalamualaikum," Syahira berkata dan cepat-cepat memutuskan talian. Selang dua saat, ada satu pesanan suara di whatsupnya.
- bila depan saya nanti, garang macam tadi tau, saya suka perempuan garang....?? annyo...
" annyo??, siapa dia ni, stalker ke?," Syahira terasa seram dan menoleh ke sana-sini. Takut ada yang sedang mengintainya di kebun sayur itu. Dia kembali meneruskan kerjanya.
***
" aku benci kau Adam!!!," Katrina menjerit sendiri. Dirinya bagai tidak terurus, rambutnya kusut masai, makeupnya comot sana sini.
Air matanya berjuraian di pipi.'kau yang bodoh Rina, dulu kau yang curang...bukan dia,' tiba-tiba ada satu suara berbisik halus di telinganya.
" Diammm!!!! Aku tak salah, dia yang salah, aku sunyi...dia yang buat aku jadi curang, aku tak salah...Adam yang salah, dia saja aja kawin dengan budak kampung tu, sebab nak buat aku sakit hati," Katrina berkata sambil menekup kedua telinganya dengan telapak tangan.
" aku akan balas balik, kau tunggu Adam...aku tak akan biarkan kau bahagia, kau milik aku, tak ada siapa yang boleh ganti tempat aku," Katrina merenung dirinya di cermin. Bibirnya terketar-ketar menahan marah.
***
" betul ke kamu dah bersedia nak ke offis?" Tuan Kim bertanya pada Tuan Adam. Mereka sedang minum petang di halaman villa. Tuan Adam menghirup air kopinya perlahan.
" dah lama sangat Adam tinggalkan offis appa, dah bertahun Adam berkurung dalam villa hutan ni,"
" baguslah, appa harap kamu dah betul-betul bersedia, bukan apa...Adam kan baru je berkahwin," Tuan Adam hanya tersenyum mendengar kata-kata appanya.
" Adam mana boleh berpisah dengan Aisyah, mestilah Adam bawa dia pergi kerja,"
" ishhh....kesian dia Adam, takut dia bosan, Adam kan selalu ada meeting," Tuan Kim menghirup air kopi yang sudah suam.
" kalau dia tak ada depan mata, Adam tak boleh buat kerja appa," Tuan Kim menggelengkan kepala mendengar kata-kata anaknya itu.
" suka hati Adam lah, tapi janji dengan appa jangan susahkan Aisyah,"
" ok bos,"
" omma, banyaknya barang, " Aisyah teruja melihat buah tangan yang Puan Afifah bawa balik. Tengah hari tadi mereka semua selamat tiba di villa setelah tiga hari bercuti ke cameron highland.
Masing-masing kepenatan. Reza,Lisa dan Min Ho awal-awal sudah masuk ke bilik masing-masing. Tuan Kim dan Tuan Adam pula sedang minum petang di luar.
***
Akhirnya, tiba masa Tuan Kim dan keluarganya kembali semula ke korea. Tuan Adam, Aisyah, Mak Dah dan Pak Wan menghantar mereka ke lapangan terbang. Syahira juga turut serta bila Aisyah mengajaknya. Mereka saling berpelukan, Lisa memeluk erat kakak iparnya sambil mengesat airmata.
" unni, nanti ajak oppa pergi korea tau, nanti Lisa boleh bawak jalan-jalan," Lisa berkata, hidungnya sudah memerah kerana menangis.
" insyaallah, Lisa belajar rajin-rajin okay, nanti jangan lupa call unni," Aisyah membalas sambil tersenyum.
Syahira juga ikut tersenyum melihat adegan itu. Tiba-tiba bahunya di cuit.
" mak kau rimau!!!," Syahira melatah kerana terkejut. Reza sudah tersengeh di sebelahnya.
" awak nak apa? Terkejut tau tak, lain kali bagi la salam dulu, maunya saya ni ada sakit jantung, lama dah jadi arwah," Syahira membebel sambil mengurut dadanya. Reza tertawa kecil.
"Garang macam ni lah yang saya suka, cute...saya dah nak balik, annyo..," Reza berbisik sebelum melangkah pergi menghampiri omma dan appanya. Syahira ternganga.
" annyo?, macam pernah dengar," dia menggaru dagunya sambil berfikir.' Jadi yang call aku hari tu dia lah..., mat stalker.., tapi mana dia dapat no aku?,' Syahira berkata dalam hati.
" kau ada bagi nombor aku pada Reza ke?," Syahira terus bertanya pada Aisyah bila mereka berdua di bilik air. Aisyah mengerutkan dahinya.
" urmm...tak ada pulak.. kenapa?," Aisyah menjawab.
" errr...tak ada apalah, saja aja tanya," Syahira tersengeh.
" dah jom, Tuan Adam nak ajak pergi makan tempat best tu, nanti bising pulak dia kita lambat," Aisyah berkata dan mengatur langkahnya.
" jom, bab makan ni aku on," Syahira merangkul tangan temannya itu. Aisyah tersenyum.
Share this novel