"Aisyah..., Mak Dah ada belikan sate yang Aisyah pesan ni," Terdengar suara Mak Dah di luar villa.
Aisyah berlari anak mendapatkan Mak Dah, terlupa dia Tuan Adam masih duduk di sofa ruang tamu. Wajahnya riang menyambut bungkusan sate di tangan Mak Dah. Mereka beriringan masuk. Mak Dah menghela nafas sebelum terpandang Tuan Adam di ruang tamu dan...
" mak kau singa terlepas... eh..kenapa ko tengok aku...eh..cocok kang..eh..heyyy!!" Mak Dah melatah tidak berhenti kerana terkejut melihat Tuan Adam sedang tersenyum melihatnya. Aisyah menutup mulut menahan tawa. Dia terlupa memberitahu Mak Dah tentang Tuan Adam.
" amboi Mak Dah, sampai hati panggil saya singa," Tuan Adam berkata dengan wajah merajuk. Mak Dah ternganga tidak percaya. Dia memandang Aisyah dengan penuh tanda tanya, Aisyah mengangkat bahunya sambil menyimpul senyum. Seronok dia melihat wajah Mak Dah yang terkejut itu.
" ha..dah kenapa dengan awak ni Idah, macam nampak hantu je, pucat semacam muka tu," Pak Wan baru masuk dengan menjenjeng beg plastik di tangannya.
Mak Dah kelu hendak berkata-kata, tangannya menunjuk ke arah Tuan Adam. Pak Wan menoleh ke arah yang di tunjuk Mak Dah. Jelas wajah Pak Wan terkejut melihat Tuan Adam sudah seperti dulu, jambang dan rambutnya yang panjang sudah di potong.
Dia dan Mak Dah saling berpandangan sebelum keduanya menoleh ke arah Aisyah. Aisyah hanya mampu tersengeh, laju dia mengatur langkah ke dapur, takut di soal Mak Dah dan Pak Wan.
" betul ke Tuan Adam dah okay ni?"Mak Dah bertanya dan menghampiri Tuan Adam di ruang tamu villa.
" kenapa Mak Dah? Saya tak okay ke sebelum ni?"
" eh..Tuan ni,Mak Dah tanya je," Mak Dah tersengeh. Sebenarnya dia amat gembira melihat perubahan Tuan Adam. Memang tepat jangkaan Tuan Kim dan Puan Afifah dahulu, Aisyah boleh memulihkan semangat Tuan Adam. Dia benar-benar ingin tahu bagaimana Aisyah boleh buat Tuan Adam berubah. Sedangkan bertahun mereka memujuk Tuan Muda itu.
"Alhamdulillah, akhirnya doa kami termakbul, senang hati Pak Wan tengok Tuan Adam dah kembali macam dulu, lega rasanya, okaylah Pak Wan nak ke dapur dulu, banyak beli barang ni, Mak Dah ni sibuk nak meniaga kuih katanya," Pak Wan berlalu ke dapur dengan senyuman di bibir.
"Mak Dah dengan Pak Wan ni asyik panggil Adam ni Tuan aja, kan Adam cakap hanya panggil nama Adam , " Tuan Adam berkata tidak puas hati. Dia dari kecil memang di ajar supaya merendah diri oleh omma dan appanya.
Walau setinggi mana darjat mereka, tidak bermakna mereka berbeza dengan golongan bawahan. Mereka semua tetap hamba Allah. Pesan yang selalu appa ingatkan padanya. Lagi- lagi dengan orang yang lebih tua.
"Okay..okay...maaf, emm...Adam ada nak makan apa-apa tak, boleh Mak Dah masakkan," Mak Dah berkata ingin melangkah ke dapur.
" tak apa Mak Dah, perut dah kenyang makan cucur ikan bilis tadi, habis sepinggan saya makan," Tuan Adam menepuk-nepuk perutnya.
" Aisyah yang buat ke?,"Mak Dah bertanya.
" haah, sedap sangat tu yang habis sepinggan," Tuan Adam tersengeh sambil menyandarkan kepalanya ke sofa.
" cehhh... ni yang Mak Dah cemburu ni," Mak Dah pura-pura merajuk, tetapi dia tersenyum senang akhirnya. 'Syukur, Tuan dah pulih, Aisyah memang satu rahmat dalam keluarga ni,' bisik Mak Dah dalam hati.
Kakinya di hayun menuju ke dapur, cepat- cepat dia menghampiri Aisyah. Aisyah husyuk menyusun sate di dalam pinggan, dia buat-buat tidak nampak kedatangan Mak Dah di dapur. Dia tahu, Mak Dah pasti ingin bertanya bagaimana Tuan Adam boleh berubah drastik seperti itu, dia tidak mahu bercerita peristiwa pagi tadi pada sesiapa. Hatinya masih sakit bila teringat sikap Tuan Adam padanya pagi tadi.
" Aisyah, tak nak cerita ke macam mana Tuan Adam boleh jadi gitu?" Mak Dah bertanya tidak sabar ingin mendengar penjelasan dari Aisyah. Aisyah hanya mampu tersenyum.
" cerita lah...cerita lah, dengan Mak Dah tak kan kamu nak berahsia," Mak Dah menyenggol lengan Aisyah. Aisyah bangun dan menuju ke singki, dia pura-pura tidak mendengar pertanyaan Mak Dah. Mak Dah mengekorinya, dia tidak putus asa ingin tahu kisah disebalik semua yang telah berlaku.
" nak cerita ke tak nak, Mak Dah mogok tak nak cakap baru tau," Mak Dah cuba mengugut Aisyah. Aisyah menggigit bibirnya,serba salah melihat kesungguhan Mak Dah. Dia menghela nafasnya perlahan.
" Mak Dah jangan marah kalau Aisyah cerita," Aisyah berkata perlahan. Mak Dah mengangguk setuju. Aisyah menarik nafas dalam-dalam sebelum menceritakan apa yang telah di lakukannya pada Tuan Adam seperginya Mak Dah dan Pak Wan ke pekan pagi tadi. Mak Dah ternganga tidak percaya Aisyah berani melakukan sesuatu yang tidak tercapai di fikirannya.
" lepas tu?..kejap..bukan ke pagi tadi bekalan air kita terputus, macam mana Tuan Adam mandi? Elok je Mak Dah tengok dah bercukur segala jambang," Mak Dah bertanya sambil menggaru dagunya memikir.
"Errr...dia mandi sungai kot," Aisyah menjawab bersahaja. Dia teringat kembali peristiwa yang telah berlaku. Selepas dia sedar dari pingsan, dia berlari ke biliknya dan menangis semahunya.
Setelah puas menangis, dia ke bilik air untuk mandi, tika itu bekalan air sudah ada. Bakul besisi baju yang di bawanya ke sungai juga terletak elok di bilik air. Mungkin Tuan Adam yang meletakkannya di situ. Mak Dah memikirkan sesuatu.
" memang dulu, hampir setiap pagi selepas subuh Tuan Adam suka mandi di sungai, segar katanya. Mak Dah pun pelik macam mana dia boleh tahan dengan air sejuk di sungai tu...errr..," Mak Dah menggigil, mungkin membayangkan kesejukan air sungai pada waktu pagi.
Aisyah tersenyum, berharap Mak Dah tidak terus- menerus bertanya. Dia membasuh tangannya dan segera ke meja dapur untuk menjamah sate yang Pak Wan dan Mak Dah belikan untuknya. Tetapi bayang sate yang di susunya itu tidak ada di meja, lenyap entah ke mana.
"Mak Dah, mana pergi sate Aisyah, dah hilang, tadi kan kat sini,"Aisyah melilau ke sana sini pelik. Mak Dah juga hairan sate itu boleh hilang, sedangkan tadi Aisyah meletakkannya di atas meja.
" mana ni Mak Dah, ada hantu ke kat villa ni?,"Aisyah memegang lengan Mak Dah dengan wajah takut.
" hish..budak ni, mulut tu...,mana ada benda-benda macam tu, dah bertahun Mak Dah duduk sini, tak ada benda pelik-pelik lah, Tuan Adam je yang pelik...eh kejap..Tuan Adam...," Mak Dah dan Aisyah saling berpandangan. Mereka segera mengatur langkah ke ruang tamu dan mengintai di balik dinding. Terlihat Tuan Adam dengan santai menggunyah sate sambil menonton televisyen.
Aisyah merenung Tuan Adam dengan geram. ' dia ni memang nak kena tau, kalau macam nilah perangai sebenar dia, seribu kali aku sanggup dia tak berubah, jadi je 'singa jadian' sampai bila-bila, arkhhh...geramnya, aku punya sate pun dia nak songlap ke,? Dah lah teringin sangat, hurm,'Aisyah membebel dalam hati.
Wajahnya masam mencuka. Nampaknya Tuan Adam bakal menjadi 'musuhnya', baru satu hari dia berubah sudah bermacam-macam di lakukan lelaki itu yang buatkan Aisyah geram.
Mak Dah melihat wajah Aisyah yang masam mencuka. Serba salah pula dia melihat gadis itu bersedih. Memang sudah seminggu Aisyah teringin makan sate yang di jual di pasar tani, tetapi baru hari ini dia dan suaminya berkesempatan untuk singgah.
"Aisyah!!,"tiba-tiba mereka di kejutkan dengan suara Tuan Adam memanggil. Aisyah dan Mak Dah yang sedang bersembunyi di sebalik dinding kelam kabut akibat terkejut.
" Aisyah!!,"Tuan Adam memanggil Aisyah lagi sekali. Aisyah menarik nafas dan melepaskannya, sebelum mengatur langkah ke arah Tuan Adam. Manakala, Mak Dah masih mengintai di balik dinding.
Aisyah menghampiri Tuan Adam dan berdiri di sebelahnya. Wajahnya yang masih dalam mood geram itu jelas kelihatan. Tuan Adam mendongak, dia perasan raut wajah tidak puas hati Aisyah.' Mesti dia marah aku makan sate dia, tulah sapa suruh mengumpat aku...kan mendapat' Tuan Adam berkata dalam hati, teringat sewaktu dia kedapur ingin menyuruh Aisyah memasak, dia terdengar Aisyah bercerita pada Mak Dah tentang dirinya, senyap-senyap dia mencapai pinggan sate dan kembali ke ruang tamu. Seronok pula dia menyakat gadis genit itu.
" ada apa Tuan panggil,"Aisyah berkata tanpa memandang wajah Tuan Adam, nada suaranya jelas masih marah dengan tindakan Tuan Adam. Tuan Adam tersenyum penuh makna.
" ni ada sate tinggal satu cucuk, awak kata teringin nak makan sate, nak tak?"Tuan Adam menayang secucuk sate di wajah Aisyah. Aisyah buat wajah tidak mahu melayan. Tuan Adam mengangkat keningnya,'oo..sombong ye,'.
"Kalau, tak nak saya makan,"Tuan Adam menganga mulutnya ingin menggigit sate di tangan, tetapi Aisyah terlebih dahulu mnggigitnya. Wajah mereka terlihat amat dekat. Aisyah menjeling Tuan Adam dan terus merampas sate itu sebelum sempat Tuan Adam bersuara.
Cepat-cepat dia melangkah kedapur. Kali ini Tuan Adam pula yang terkesima. Dia tidak menyangka tindakan Aisyah itu berjaya membuat lidahnya terkelu..'wahhhh...'.
"Padan muka, ingat dia je boleh buat sesuka hati, huh...silap besar Tuan Adam Shah...suka suki je makan sate aku, dah la suruh orang buat itu ini, mentang-mentang aku menumpang, sesuka je nak buli aku, tau la dia tinggi macam galah, eeee...geramnya aku, nak je aku tendang kaki dia," Aisyah membebel di singki, tangannya lincah menyusun sayur yang baru dibasuh ke dalam penapis.
Mak Dah sudah ke biliknya untuk menunaikan solat Zohor. Aisyah masih mengomel dengan mulut terkumat kamit, entah apa yang dibicarakan.
"Ehemmm...," Aisyah terkejut tiba-tiba Tuan Adam muncul di sebelahnya sambil meletakkan pinggan di singki.
" orang kata, jangan benci banyak sangat, nanti jatuh suka,...orang yang cakap, bukan aku," Tuan Adam berkata sebelum memercikkan air pada Aisyah. Aisyah terdiam kaku, dia menjeling Tuan Adam yang menyanyi-nyanyi sambil melangkah ke tangga. Dia menggenggam penumbuknya sambil meniup-niup tudungnya.
"Erkhhh...geramnya!!!" Aisyah menjerit halus. Tuan Adam yang mendengar jeritan Aisyah, tersenyum senang. Dia menaiki anak tangga dengan senang hati.
***
" Mak Dah, nak tanya sikit boleh?," Aisyah menoleh pada Mak Dah yang sedang membetulkan duduknya di bangku.
" cakap lah apa dia,"Mak Dah menjawab sambil khusyuk mencabut rumput di dalam pasu bunga.
" sebelum Tuan Adam berkurung dalam bilik, dia orangnya macam mana? Maksud Aisyah, dia tu peramah ke serius ke atau suka kenakan orang," Aisyah berkata sambil mengangkat bangkunya mendekati Mak Dah. Mak Dah duduk menegak meluruskan pinggangnya.
" Tuan tu dulu orangnya baik sangat, sebijik macam Tuan Kim, sopan, peramah, baik hati, suka menolong...banyak lagi lah, tapi ada satu yang membimbangkan Mak Dah, "
Mak Dah memandang wajah Aisyah yang khusyuk mendengar.
"Apa dia Mak Dah?" Tanya Aisyah teruja.
" dulu Tuan Adam tu rajin ke mesjid hujung kampung tu bila dia balik kerja awal, tiap solat magrib dan isyak dia ke masjid, dia selalu ajak kariah mesjid ke villa ni, dan jamu mereka, tapi sejak dia berkurung dalam bilik, semuanya terhenti, cuma Pak Wan aja ke masjid," Mak Dah bercerita. Dia masih ingat Tuan Adam berbual mesra dengan kariah mesjid di villa itu. Sikapnya bulat-bulat seperti Tuan Kim, berhati lembut dengan orang sekeliling.
" Mak Dah berharap sangat dia macam dulu balik, tak pernah tinggal solat..rajin ke mesjid," Mak Dah berkata sayu. Aisyah mengangguk setuju dengan kata-kata Mak Dah.
" insyaallah Mak Dah, kita doa sama-sama okay, Aisyah yakin, Tuan Adam tu akan pulih seperti dulu," Mak Dah tersenyum mendengar kata-kata Aisyah.
" eh..dah nak masuk waktu asar ni, jom kita masuk, lepas asar dah nak masak dah," Mak Dah berdiri sambil meluruskan pinggangnya ke kiri dan kekanan di susuli Aisyah.
" malam ni Mak Dah nak masak apa?" Aisyah merangkul lengan Mak Dah sambil berjalan beriringan dengan wanita itu ke pintu dapur. Mak Dah tidak terus menjawab dia masih berfikir-fikir.
" urmm...Mak Dah nak masak..apa ye..nak masak.." Mak Dah menggaru-garu dagunya. Aisyah tersenyum nakal, dia mencucuk pinggang Mak Dah.
" Nak masak kau!!..eh..buat gulai sodap..eh..heyyy!!!Aisyah!!!" Mak Dah memekik marahkan Aisyah yang sudah berlari anak masuk ke dapur sambil ketawa mengekek. Mak Dah terkedek-kedek mengejarnya. Mereka tidak sedar ada sepasang mata sedang memerhati dari tingkat atas.
" Aisyah...hmm," dia mengukir senyum di bibir.
Dalam diam, Mak Dah sudah memberitahu Tuan Kim dan Puan Afifah tentang perkembangan Tuan Adam. Majikannya itu amat gembira dan bersyukur dengan perubahan Tuan Adam. Puan Afifah sempat lagi berpesan pada Mak Dah, jika Aisyah perlukan apa-apa, dia sanggup menunaikannya.
Penantian mereka selama bertahun akhirnya membuahkan hasil. Tuan Kim berharap yang Tuan Adam akan kembali bekerja di syarikatnya, sudah lama dia menanti Tuan Adam kembali.
*
Share this novel