" Tuan ajak saya ke pekan ni nak beli apa?,"
Aisyah bertanya sambil melirik ke arah Tuan Adam.
'aduhai...cutenya muka Tuan aku ni....agaknya semua orang korea tu handsome-handsome kot, macam artis k pop yang Su selalu tunjuk kat aku dulu, tapi dia ni, kacuk melayu...hurmmm...lagi handsome,'.
"Dah puas dah tenung muka aku?," Aisyah tersedar, mukanya terus memerah, cepat-cepat dia memalingkan wajahnya.
" mana ada, perasan...," Tuan Adam tersenyum nakal. Lagi tadi dia perasan Aisyah merenung wajahnya, tetapi dia membiarkan. Dia suka melihat wajah Aisyah yang kemerah-merahan menahan malu, comel.
" nak tenung tu boleh je, tak salah menikmati keindahan ciptaan Allah," Tuan Adam berkata selamba. Bibirnya megutum senyum.
" Tuan Adam ni memang spesis yang suka perasan ke? Macam la handsome sangat," Aisyah berkata sambil menjeling.' Memang handsome pon,' hatinya berbisik, tidak seiring dengan kata-kata.
" nak buat macam mana, memang kenyataan," Tuan Adam tidak mahu kalah. Aisyah menjuihkan bibirnya tanda meluat. Tuan Adam memakir kereta di hadapan sebuah pasaraya.
" dah jom keluar," katanya ringkas sebelum membuka pintu kereta. Aisyah hanya menurut. Dia mengekori Tuan Adam yang sudah mengatur langkah memasuki pasaraya.
" kau pilih je mana yang kau nak, nanti aku bayar," Tuan Adam berkata bila mereka berhenti di hadapan kedai baju. Aisyah mendongak melihat Tuan Adam, pelik.
" kenapa saya pulak?, bukan Tuan ke yang nak beli?," Aisyah bertanya.
" memang aku nak beli,...tapi belikan untuk kau, kesian aku tgok pakai baju sama je," Tuan Adam berkata selamba.
" tapi..." Aisyah serba-salah.
" banyak bunyi la kau ni, cepat sini," Tuan Adam menarik lengan Aisyah tetapi cepat-cepat Aisyah menarik tangannya.
" okay, saya ikut cakap Tuan, jangan la tarik-tarik, orang nampak," Aisyah berkata seperti berbisik.
Dia masuk ke dalam kedai dan diekori Tuan Adam. Kalau ikutkan hatinya mahu satu kedai di borong, tetapi cukuplah lima helai baju yang di beli, takut juga Tuannya itu minta bayaran balik.
" Tak cukup, ambil lagi...," Tuan Adam berkata tidak puas hati.' Dia ingat aku tak mampu nak bayar ke?' Dia berkata dalam hati.
" Tuan Adam Shah bin Tuan Kim Tai Joon, saya ni bukannya model, asyik nak tukar pakaian je," Aisyah menjawab geram. Tiba-tiba wajah Tuan Adam berubah kelat.
" ni kad, aku tunggu luar," Tuan Adam berkata dingin. Aisyah mengetap bibirnya.' Aisyah!!! Kenapa kau cakap macam tu, aduhai....mesti Tuan Adam terasa dengan aku, cik Katrina kan model...macam mana ni...,' Aisyah menepuk2 mulutnya.
Dia segera membuat pembayaran di kaunter sebelum menyusul Tuan Adam di hadapan kedai. Tetapi Tuan Adam tiada di situ, dia melilau kesana sini mencari kelibat Tuan Adam.
" takkan dia merajuk terus tinggalkan aku sorang-sorang, macam mana nak balik ni," Aisyah berkata sndirian.
" iya lah, baik aku call dia," Dia menyeluk telifon di kocek seluarnya.
" Ouch!!!..," tiba-tiba bahunya di langgar seseorang. Aisyah memegang bahunya yang sakit. Ada seorang wanita tinggi lampai dan berpakaian cantik di hadapannya. Orangnya cantik dan bergaya bak artis.
" hey...jalan tak tengok orang ke, mata you tu letak kat mana?, dasar kampung, menyusahkan...," Aisyah terpaku apabila mendengar kata-kata yang keluar dari mulut wanita cantik di hadapannya. ' harap je muka cantik, tapi perangai...nauzubillah,' kutuknya di dalam hati.
" err...,"
" you ingat baju i ni murah?,kalau rosak, you mampu ke nak ganti, jalan tu jangan nak langgar orang, hishhh...habis baju i," Belum sempat Aisyah berkata, wanita itu sudah memotongnya.
Tiba-tiba,ada satu tangan memeluk bahunya. Dia menoleh ke sisi. Tuan Adam berdiri di sebelah. Aisyah terkejut dengan tindakan Tuan Adam. Dia ingin mengelak, tetapi tangan Tuan Adam kuat mencengkam bahunya.
" sayang, kenapa ni? Ada masalah ke,?" Tuan Adam memandang Aisyah sambil bertanya lembut. Aisyah kelu hendak berkata-kata. ' sayang?,'
" she hit me with...,"wanita itu tidak meneruskan kata-katanya. Wajahnya menunjukkan riaksi terkejut. Tuan Adam memandangnya selamba.
" Adam...,"
" yes...i Adam, kita kenal ke?," Tuan Adam bertanya.
" Adam it's me... your Rina, you tak ingat i ke? Impossible," Wanita itu mahu meraih tangan Tuan Adam tetapi Tuan Adam mengelak.
" i'm sorry miss, rasanya i tak pernah ada member nama Rina, so...i nak say sorry for my wife...sebab langgar you tadi, okay...jom sayang kita dah lambat ni," Tuan Adam mengenyitkan matanya pada Aisyah. Dia memeluk bahu Aisyah dan mengajaknya pergi. Aisyah hanya menurut, dia masih tertanya-tanya apa yang berlaku ketika itu.
" wait.. Adam, you tak boleh ignore i macam ni, i tak percaya you tak ingat kat i, i'm your girlfreind, remember..., sayang...," wanita itu menghalang laluan mereka dan meraih tangan Tuan Adam tetapi tangannya di tepis. Tuan Adam memandang Aisyah seperti memberi isyarat. Aisyah serba-salah,' Tuan nak aku buat apa ni?,'.
"Sayang...ni i..Rina," wanita itu tidak putus asa dan kembali mencapai tangan Tuan Adam. Aisyah memandang Tuan Adam yang jelas tidak selesa dengan keadaan itu.
" hey...you pekak ke...suami i dah cakap kan dia tak kenal you, syuh...tepi sikit....let's go sayang," Aisyah memeluk pinggang Tuan Adam dan mengajaknya pergi. Tuan Adam tersenyum dan mengangguk. Mereka cepat-cepat melangkah meninggalkan wanita itu.
" Adam...," mereka tidak menghiraukan pekikan wanita itu. Tuan Adam tersenyum melihat Aisyah di sebelahnya. Aisyah melepaskan pelukannya di pinggang Tuan Adam, tetapi Tuan Adam tetap masih memeluk bahunya.
" ehemm...Tuan lepaskan bahu saya, dia dah tak ada," Aisyah menepis tangan Tuan Adam.
" boleh tahan kau ni ya? garang pulak tu," Tuan Adam tersenyum simpul.
" saya memang garang," Aisyah menjawab selamba.
" tadi tu siapa?.... dia ke cik Kat...,"
" dah...nak tanya..kat dalam kereta, aku dah lapar...jom pergi makan kedai mamak," Tuan Adam memotong kata-kata Aisyah.
" tapi macam best pulak kau peluk pingang aku tadi...boleh buat lagi?," Tuan Adam menangkat kening menggoda Aisyah.
Aisyah menunjukkan penumbuknya.' Amboi...peluk pinggang dia dua minit je dah cukup aku rasa berdosa ya amat, ni nak suruh aku buat lagi, banyak cantik..,' Aisyah membebel dalam hati sambil mengekori Tuan Adam yang masih tertawa.
Aisyah masih tertanya-tanya, benarkah wanita cantik yang melanggarnya itu Katrina. Kalau betul wanita itu Katrina, kenapa Tuan Adam seperti tidak kisah, sedangkan bertahun dia tidak dapat
melupakan Katrina.
" Aisyah...cepat sikit jalan tu, aku lapar ni...dah lama aku tak makan kari kambing dekat mamak," Tuan Adam menoleh ke belakang apabila Aisyah berjalan perlahan di belakangnya.
" iya lah, saya jalan lah ni," Aisyah mempercepatkan langkahnya dan berjalan seiring dengan Tuan Adam. Mereka tidak sedar ada yang sedang memerhati mereka dari jauh.
***
Leman berkurung di dalam bilik, sudah dua hari dia menumpang di rumah kawannya, Sani. Dia tidak berani kemana-mana, bimbang anak buah Ah Seng yang masih mencarinya.
" macam mana kau boleh seteruk ni Leman?, setau aku kita ni berjudi aja, tak pernah pun kisah nak sentuh 'barang', aku perhati je kau lagi semalam, muka dah macam ketagih aja," Sani menegurnya ketika bersarapan. Leman mengeluh berat.
" Ah Seng bagi aku telan benda tu masa aku pengsan...aku pun tak tau kenapa hidup aku boleh sampai teruk macam ni, sejak aku bela budak Aisyah tu, macam-macam aku kena...bila judi, asyik kalah aja, sampai hutang beribu... aku bukan nak jual dia pun sebenarnya, ada jugak kesian...tapi aku tak ada pilihan masa tu, tak sangka pulak dia berani masuk hutan larikan diri, sampai bayang pun aku tak dapat kesan..., entah hidup ke mati, aku pun tak tau..., kau taulah apa yang Ah Seng buat kat aku lepas tu,"Leman bercerita sambil menghirup kopi. Sani menggelengkan kepalanya.
" awal-awal aku dah ingtkan kau, jangan berhutang dengan Ah Seng tu, kau degil," Sani memandang Leman.
" aku mana ada duit nk judi Sani, aku bukan kerja pun...dulu aku selalu menang...sebab itu duit aku berkepuk.. bila aku duduk rumah abang aku tu...terus tak berduit...asyik kalah aja, budak tu punya sial lah, nasib abang aku tu ada tinggalkan harta sikit...tapi semua aku dah habiskan, tinggal rumah Kakak ipar aku," Leman bersandar di kerusi dengan keluhan di bibir.
" habis sekarang ni kau nak buat apa...aku memang la tak kisah kau nak menumpang, aku bukannya berkeluarga pun...cuma aku tak nak terlibat dengan Ah Seng..lagi-lagi polis...kau kata polis ada nampak muka kau hari tu," Sani berkata khuatir. Sejahat-jahatnya tidak pernah melibatkan polis.
" aku pun tak tau lagi Sani, aku masih berharap budak Aisyah tu hidup, ,"
" kalau dia hidup dan kau jumpa..apa kau nak buat?...nak jual pada Ah Seng?,"
" itu aja harapan aku sekarang...," Leman berkata tanpa belas kasihan. Sani hanya mampu menggelengkan kepalanya.
***
Aisyah ternganga melihat pelbagai makanan yang terhidang di atas meja, kari kambing..ayam kurma..rojak..dia melihat Tuan Adam di hadapannya. Lelaki itu berlagak biasa.
" banyaknya Tuan order...sapa nak makan,"
" kau dengan aku lah,"
" habis ke ni?.."
" habis... jangan risau...,aku nampak je macm ni, tapi kuat makan," Tuan Adam berkata sebelum bangun dan menuju ke sinki untuk membasuh tangan.
Aisyah mencapai sudu dan garfu. Dia menadah tangan membaca doa sebelum menjamah makanan. Dia teringat kata-kata Tuan Adam di dalam kereta tadi.
"Yes...perempuan yang kau tengok tadi tu Katrina...," Tuan Adam menghela nafas panjang. Aisyah memandangnya pelik.
" jangan risau, aku dah tak heran dah dengan dia, aku dah maafkan dia pun...cuma nak berkawan dengan dia balik...susah...hati aku dah serik dengan dia..walaupun sebagai kawan," Tuan Adam menjelaskan, seperti tahu apa yang sedang bermain di fikiran Aisyah.
" saya cuma takut Tuan balik semula macam dulu, nanti makan tak nak, mandi pun tak nak, rambut panjang...sia-sia je saya sapu tempo..," Aisyah tidak meneruskan kata-katanya. Tuan Adam sudah merenung tajam ke arahnya.
" kau memang berani letak tempoyak tu kat rambut aku kan, nasib baik aku tak gila betul-betul...kalau tak...," Aisyah terus teringat kisahnya di bilik Tuan Adam dulu.
" maaf Tuan Adam, masa tu saya yang gila, tapi kira okay apa, berjaya jugak ujikaji saya, Tuan dah okay," Aisyah membela diri.
" nasib kau comel..," Tuan Adam berkata seperti berbisik.
" apa dia Tuan?," Aisyah bertanya kerana kurang jelas.
" tak ada apa, aku cakap kau memang gila,"
" Tuan patut bersyukur tau, orang gila ni buat Tuan semangat semula nak hidup..," Aisyah mula membebel.
" baik kau diam, aku dah lama geram dengan bibir kau tu, aku gigit jugak nanti, membebel aja tak berenti, aku tengah lapar ni, jangan cabar aku," Tuan Adam melirik, menggoda Aisyah.
Aisyah menekup mulutnya dengan kedua tapak tangan, badannya di rapatkan ke tepi tingkap. Tuan Adam mengetap bibirnya sambil mengenyitkan mata, saja ingin menyakat Aisyah. Aisyah menggelengkan kepalanya. Tuan Adam tidak dapat menahan tawa.
" apa yang kau tenung nasi tu?,makan...," Aisyah tersedar bila Tuan Adam menegurnya. Tuan Adam sudah menyuap nasi menggunakan tangannya.
" Tuan rasa, kenapa cik Katrina ada kat pekan ni ye," Aisyah bertanya perlahan.
" entah...jangan kacau hidup aku sudah," Tuan Adam menjawan ringkas. Aisyah memerhati Tuan Adam, dia ingin tahu sama ada Tuan Adam benar-benar sudah tidak kisah atau hanya pura-pura.
" kenyang ke asyik tenung muka aku, tau lah aku ni handsome sangat, sampai tak ingat nak makan," Tuan Adam berkata tanpa memandang Aisyah.
Aisyah berdehem sebelum menyuap makanan ke mulutnya. Dia tertunduk malu. Tuan Adam tersenyum melirik Aisyah. Suka dia melihat riaksi Aisyah yang tersipu malu. Comel.
***
Katrina duduk di birai katil sambil menangis. Dia mencampak beg tangannya ke tepi. Dia menjerit sekuat hati sebelum mencampak segala barang di atas meja solek.
" kau tak boleh lupakan aku Adam, kau tak boleh bahagia dengan orang lain, aku tak percaya kau dah kahwin, kau tipu kan, tak mungkin kau kahwin dengan perempuan kampung macam tu, yes...mesti kau tipu, sampai bila-bila pun kau milik aku," Katrina bercakap dengan dirinya sendiri.
Selama bertahun-tahun dia tidak mendengar khabar Adam, bila di tanya pada PAnya, Adam sudah kembali ke korea. Sebab itu dia tidak pernah pergi ke villa hutan. Tika itu dia pasti, marah Adam padanya hanya sementara. Tetapi dia tidak menyangka terserempak dengan Adam dan wanita lain di pekan itu.
" aku akan pastikan, kau jadi milik aku Adam," Katrina berkata sambil merenung cermin.
***
Aisyah membuka pintu kereta dan mengatur langkah ke pintu villa, di ikuti Tuan Adam di belakang. Dia terus mendapatkan Mak Dah di dapur.
" amboi...untunglah ada orang belanja shopping, Mak Dah ni siapa lah yang nak belanja," Mak Dah berkata apabila melihat Aisyah menjinjing beg di tangan.
" kalau untuk Mak Dah, Adam boleh je belanja," Tuan Adam berkata sambil bersandar di dinding dapur.
" eh...tak apalah, Mak Dah gurau je, saja mengusik Aisyah ni," Mak Dah tersipu malu kerana tidak sedar kehadiran Tuan Adam di situ.
" Tuan yang paksa Aisyah suruh beli, Aisyah tak nak pun," Aisyah berkata.
" awak tu dah jadi tanggungjawab saya cik Aisyah, semua yang tinggal dalam villa ni, dah jadi tanggungjawab saya, termasuk awak, saya hargai budi awak pada saya, sebab tu saya nak awak beli semua tu," Tuan Adam berkata lembut sambil merenung Aisyah di hadapannya.
Aisyah tidak dapat berkata-kata, lidahnya kelu bila mendegar Tuan Adam berkata seperti itu. Mak Dah yang melihat berdehem.
" urmm...Aisyah letak barang dalam bilik dulu lah, nanti Aisyah tolong Mak Dah masak ye," Aisyah berkata sambil melirik Tuan Adam. Dia cepat-cepat berlalu ke bilik. Tuan Adam menyimpul senyum di bibir.
***
" Leman, aku ada benda nak cakap dengan kau ni,," Sani yang baru sahaja pulang dari kerja mengetuk pintu bilik Leman. Leman membuka pintu, jelas dirinya yang tidak terurus, rambutnya kusut masai dan berjambang, matanya merah.
" ada apa Sani?,"
" tadi...masa aku makan dekat kedai mamak, aku macam ternampak anak saudara kau si Aisyah, tapi aku tak tegur..takut salah orang, sebab dia dengan lelaki tadi," Sani berkata serba salah.
" dekat mana Sani, bagi tau aku," Leman menggoncang bahu Sani.
" dekat kedai mamak yang tepi simpang kat pekan tu, tapi rasanya pelanduk dua serupa kot," Sani berkata tidak pasti.
" Sani, kau tolong aku tengok-tengokkan... nanti kau ikut dia tinggal kat mana, tolonglah...aku dah tak tahan hidup macam ni, lepas aku dah jual dia dekat Ah Seng aku nak lari ke golok, tolong ya Sani," Leman merayu.
" aku tak boleh janji Leman, takut bukan dia," Sani berkata. Dia hanya melihat dari jauh kelibat budak perempuan yang mirip Aisyah itu tadi.
***
" Mak Dah,...nak tau tak?,"Aisyah berbisik di sebelah Mak Dah.
"Tau apa?," Mak Dah juga turut berbisik.
" semalam masa Aisyah ikut Tuan ke pekan kami terserempak dengan seseorang," Aisyah memulakan cerita.
" siapa?..," Mak Dah bertanya curiga.
" cik Katrina," Aisyah melihat sekeliling, bimbang Tuan Adam ada berdekatan dengan mereka. Wajah Mak Dah jelas terkejut dengan cerita yang baru di dengarnya.
" betul ke Aisyah...habis tu Tuan Adam macam mana, dia mengamuk ke?,"
" tu yang Aisyah pelik, dia okay je...kitaorang siap berlakon jadi suami isteri sebab nak lari dari cik Katrina...kelakar pun ada, seram pun ya jugak, tengok cik Katrina jerit kat kitaorang," Aisyah masih berbisik sambil bercerita.
" lah..tapi syukur lah Tuan Adam okay," Mak Dah menarik nafas lega.
" kan...Aisyah pun syukur sangat, siap dia boleh melantak kat kedai mamak lagi masa nak balik tu," Aisyah tersenyum membayangkan Tuan Adam berselera makan kari kambing semalam. Mak Dah tertawa kecil.
***
" assalamualaikum...," tiba-tiba mereka di kejutkan dengan suara perempuan memberi salam. Mereka saling berpandangan sebelum Mak Dah melangkah ke pintu depan Villa.
Aisyah menjenguk dari dapur. ' siapa yang datang, takkan Puan Afifah dan Tuan Kim kot,' Aisyah tertanya-tanya. Tidak lama kemudian, Mak Dah kembali dengan wajah mencuka. Aisyah pelik.
" Aisyah kamu pergi panggil Tuan Adam kat atas," Mak Dah berkata, ada nada geram.
" siapa tu Mak Dah,?,"
" Katrina..," Mak Dah menjawab. Aisyah terkejut.
" kamu lah yang panggil Tuan Adam ye, Mak Dah kenal benar dengan Katrina tu, degil..selagi tak dapat apa yang di hajati, dia tetap tak nak balik,"
" tak apalah, biar Aisyah panggil Tuan," Aisyah berkata dan berlalu menaiki anak tangga ke atas. Dia mengetuk pintu bilik Tuan Adam.
" ada apa?," Terdengar Tuan Adam bertanya.
" Tuan ,ada orang nak jumpa" Aisyah berkata. Selang beberapa minit pintu dibuka dari dalam, Tuan Adam muncul di muka pintu dengan songkok di kepalanya. Dia mencabut songkok dan meletakkannya di atas meja tepi pintu.
" siapa?,"
" err..cik Katrina," Aisyah berkata sambil menunduk. Takut melihat riaksi Tuan Adam. Tuan Adam menarik nafas panjang sebelum melepaskannya dengan keras.
Dia sudah mengagak semua itu akan berlaku, dia kenal benar dengan Katrina. Dia melirik pada Aisyah yang menunduk di hadapannya.
" jom, kita kena lah sambut tetamu...kan?," Tuan Adam berkata selamba. Aisyah mendongak melihat Tuan Adam yang tersenyum padanya. Dia mengerutka dahi, pelik.
" tapi, aku nak kau tolong aku,"
" tolong apa?," Aisyah makin pelik dengan sikap Tuan Adam.
" jadi isteri aku," Tuan Adam berbisik di telinga Aisyah. Aisyah membutangkan matanya.
" tapi..,"
" jangan banyak bunyi, jom," Tuan Adam menarik lengan Aisyah menuruni anak tangga. Aisyah terpaksa menurut. Dia mengekori Tuan Adam ke pintu villa. Katrina sedang duduk di kerusi sambil melihat telifonnya.
" Assalamualaikum, cik cari saya ke,?" Tuan Adam menegur. Tangannya masih memegang lengan Aisyah. Katrina menoleh dia tersenyum, tetapi senyumannya hilang bila terpandang Aisyah di sisi Tuan Adam.
" hai Adam, i saja singgah sini, sebab esok i dah gerak balik KL...you sihat, i rindu kat you," Katrina menghampiri mereka. Dia menjeling Aisyah tanda tidak suka. Tuan Adam tersenyum sinis.
" maaf cik, rasanya saya dah bagi tau yang saya tak kenal pun cik siapa..., macam mana cik boleh sampai ke rumah saya ni, pelik lah..kan sayang" Tuan Adam berkata sambil memandang Aisyah di sisinya.
" Adam...takkan you balik korea terus lupa kat i, ni perempuan kampung ni siapa? I tak percaya dia wife you, dia bukan taste you pun...kalau orang gaji you, i percaya lah...please lah jangan pura-pura depan i..okay..sayang," Katrina cuba mencapai tangan Tuan Adam. Tetapi cepat-cepat dielak Tuan Adam. Wajah Tuan Adam sedikit berubah.
" cik..siapa nama you..,"
" i Rina lah...Katrina..girlfriend you,"
" yes...cik Rina, saya rasa baik you balik, saya dah cukup berlembut dah, awak langsung tak hormat isteri saya, suka-suka awak nak sentuh-sentuh saya, saya memang tak kenal dengan awak, mungkin awak salah orang," Tuan Adam berkata sedikit keras. Aisyah hanya diam membisu. Katrina melihat Aisyah benci, dia buat-buat ketawa.
" salah apanya.. satu villa hutan ni ,i dah pernah masuk, kecuali bilik you je Adam, i ingat segala memori kita berdua, semua i ingat, takkan you dah lupa semua tu, i tak percaya, you tipu, i tau you upah je perempuan ni kan, sebab you nak balas dendam kat i, i mengaku, dulu memang i salah, i kecewa kan you, tapi semua tu sebab you selalu sibuk, i boring sorang-sorang, salah you sebab biarkan i keseorangan... you asyik dengan kerja you aja, masa dengan i tak ada langsung, dah lah dady i dekat England.. masa tu i betul-betul sunyi you tau tak, i tak ada pilihan lain bila ada orang ambil berat pasal i, i sedar i salah sebab bagi ruang pada orang lain di antara kita...please Adam, i masih cintakan you, buktinya i tak ada siapa-siapa bila you tinggalkan i dulu, i masih menunggu you, i pun tau you sangat cinta kan i, bagi i peluang please...you tak kesian dekat i ke Adam," Katrina merayu. Dia mencapai tangan Tuan Adam, tetapi Tuan Adam menepis. Dia merenung Katrina tajam.
" Maaf cik Katrina, saya bukan Adam yang cik maksudkan tu, Adam tu dah lama mati, sekarang saya bagi dua pilihan, Cik Katrina balik dengan kerelaan sendiri, atau saya panggil polis ke sini, sebab cik dah mengganggu ketenteraman kami, pilih...," Tuan Adam berkata tegas.
Aisyah melihat wajah Tuan Adam yang sudah berubah dingin. Aisyah risau jika jiwa Tuan Adam kembali terganggu. Dia memegang baju di pinggang Tuan Adam. Tuan Adam menoleh padanya, Aisyah menghadiahkan senyuman ikhlas bagaikan memberi sumber kekuatan. Tuan Adam mengehembus nafas perlahan sebelum membalas senyuman Aisyah. Katrina yang melihat adegan itu mendegus geram.
" i tak kan putus asa Adam, bila you dah jadi milik i, you milik i sampai bila-bila," Katrina berkata sebelum menuju ke keretanya, sempat dia menjeling pada mereka berdua. Hilang sahaja kereta Katrina dari pandangan, Tuan Adam terus bersandar di pintu Villa. Dia memejamkan matanya.
" Tuan okay?," Aisyah bertanya lembut. Dia diasak rasa bimbang.
" aku nak rehat kat bilik, nanti hantar makan malam kat bilik," Tuan Adam berkata dingin sebelun melangkah ke tangga, tanpa melihat wajah Aisyah. Aisyah mengeluh berat. ' Tuan...tolonglah
kuatkan hati,' Aisyah berbisik dalam hati. Mak Dah menghampirinya.
" macam -mana Aisyah?," Aisyah tidak menjawab pertanyaan Mak Dah. Dia mengeluh sambil mengangkat bahunya.
Share this novel