BAB 7

Romance Completed 1960

Rizky tidak mampu bergerak mendengar caci maki Mak Intan. Hasrat untuk mempertahan diri turut berkubur. Kata-kata ibunya menyentap pedih tangkai hati.

Yang lain-lain juga turut terpaku di tempat mereka berdiri. Masing-masing sedang mencerna apa yang baru sahaja didengari.

Pak Sood yang baru naik ke atas rumah, terkedu.

“Apa yang bising-bising ni, Intan ?” tanya dia.

Mak Intan masih belum puas hati lagi. Segala rahsia laju dibongkar. Lupa pada janji untuk merahsiakan segala-gala.

“Ni, anak pungut ni! Anak adik awak yang mati kat penjara tu!”

“Intan ?” Suara Pak Sood bergetar, seolah cuba memberi amaran kepada isterinya.

“Apa, bang? Sampai bila nak dirahsiakan? Memang si Rizky ni anak adik awak, si Tiara, penagih dadah tu! Adik yang sudah dibuang oleh mak dan bapak awak, kan? Awak aje yang kesian pada dia. Yang sanggup bela anak dia! Tengoklah! Perangai jahat tu dah turun dah. Ni, mula-mula jadi pencuri. Kalung Rafidah dicuri, dijual. Lepas tu beli gelang tangan untuk bini dia. Baguslah tu! Padan dah! Lama-lama nanti jadi pengedar dadah pulak!”

Sesungguhnya, tidak ada yang lebih melukakan selain mendengar umpat keji daripada wanita yang selama ini dianggap sebagai ibu kandungnya. Kelukaan yang amat dalam yang tidak mungkin akan sembuh sampai bila-bila. Dia yang selama ini dibesarkan oleh mereka, sudahnya dicerca dan dihina. Jahat sangatkah dia?

Rizky terus menarik tangan Bella. Dibuka gelang tangan itu dan diletakkan di atas lantai. Dia kemudian menarik tangan Bella lagi, kali ini mereka memasuki bilik pula. Beg pakaian dikeluarkan. Baju mereka suami isteri dicampak ke dalamnya. Kemudian, mereka melangkah keluar.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience