BAB 8

Romance Completed 1960

Di tengah-tengah ruang tamu, Rizky bersuara lirih.

“Terima kasih mak, ayah sebab sudi besarkan saya, anak pungut ini. Terima kasih sebab memberitahu asal usul saya hari ini. Terima kasih kerana cuba membesarkan saya menjadi orang yang berguna dan memang bukan salah mak atau ayah, saya jadi macam ni. Mulai hari ini, saya tak mahu membebankan mak ayah lagi. Halalkan makan minum saya. Halalkan semua yang dah mak ayah beri kepada saya. Sebab saya tahu, sampai saya mati, budi baik ini tak akan mampu saya balas. Izinkan saya keluar dari rumah ini. Cuma satu saya nak bagi tahu. Saya mungkin susah, mungkin miskin. Tapi, demi Allah, saya tak curi kalung berlian kak long tu. Tapi, saya bagi rantai ni. Ambiklah! Bella tak perlukannya."

Dari tadi, Bella asyik memerhati suami yang termenung jauh di atas buaian. Sewaktu Melrose pergi mengambil kuih pau dari tangannya, diserahkan begitu sahaja tanpa mengusik seperti selalu. Sewaktu dia sendiri menghidangkan air dan meletakkan di meja di tepi buaian, suaminya hanya tersenyum tanpa berkata apa-apa.

Melihat suami menyeka air mata, Bella tahu, lelaki itu sedang mengimbau kenangan dulu. Begitulah selalunya di setiap Ramadhan. Pasti hati Rizky akan terusik. Apatah lagi di pagi hari raya, air mata pasti menitis kerana kenangan tak bisa dilupakan.

Mereka membawa diri ke Kuala Lumpur, mencari kawan karib suaminya, Musa. Mereka menumpang di rumah lelaki itu selama dua hari. Musa membantu Rizky mendapatkan kerja di sebuah stesen minyak.

Mereka berpindah ke sebuah rumah sewa satu bilik di Sri Gombak. Di sana, Bella meminta kerja di sebuah taska. Hanya sebulan dia di situ kerana Bella mendapat tawaran menyambung pelajaran di UKM. Dia tersenyum mengingati kejadian yang berlaku di suatu hari.

“Bella ? Apa ni?”

Bella mengerdipkan mata. Dia kemudian menjawab acuh tak acuh, “Surat tu! Alah, buangkan aje, bang!”

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience