BAB 15

Romance Completed 1960

Arghh, kenapa terlalu lambat aku pulang? Kenapa setelah dia tiada baru hati ini tergerak untuk kembali? Tuhan, beri aku keampunanMu. Bukan niatku menyisihkan mereka. Bukan niatku membuang mereka.

“Dahlah tu, Rizky. Kalau kamu rasa kamu nak menebus balik masa 10 tahun yang hilang tu, pergilah kamu ambil Kak Intan dan bawak dia balik duduk dengan kamu.” Mak cik Minah memujuk.

“Mak di mana, Pak Maon ?”

Di pagi raya, takbir bergema daripada corong-corong masjid. Alunan suara beralun memuji kebesaran Ilahi dan kekuasaanNya, menyentuh hati nurani. Kaum lelaki berpusu-pusu menuju ke arah masjid dengan memakai pelbagai fesyen Baju Melayu. Corak pelbagai warna membuat semua orang kelihatan bergaya.

Sudah lama waktu berlalu. Hari juga sudah meninggi. Matahari memancar sinarnya dengan terang. Namun, wanita tua itu masih duduk termenung di atas kerusi batu, di dalam taman. Wajah yang disimbahi terang tetap tidak mengganggu khayalan.

“Bencilah aku dengan perempuan tua ni! Hisy, kalau tangan tu asyik bergoyang, buat apa pegang gelas kaca. Pakailah gelas plastik yang aku dan beli untuk kau tu!”

Masih terngiang-ngiang bunyi herdRose n itu. Rasa tersentap tangkai hati. Tidak disangka-sangka menantu kesayangan sanggup berbuat begitu kepadanya.

“Eh, giliran you all lah pulak jaga orang tua tu! Ingat Noni ni apa? Mentang-mentang Noni ni anak perempuan dia, jadi Nonilah yang kena jadi pengasuh dia? Sorry! Noni dah penat, okey! Noni dah tak sanggup!”

Itu, kejadian sewaktu dirinya demam. Tidak berupaya untuk bangun dan banyak kali pula terpaksa ke tandas. Si anak hanya perlu memimpin namun itupun dirasakan amat membebankannya.

“Mak, mak tahu tak berapa harga cadar ni? Dekat seribu, tahu tak? Boleh mak berak kat atas katil ni? Huh! kalau dah tahu awak tu pengotor, lain kali tidur aje kat atas simen! Tak pun tidur aje kat dalam tandas!”

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience