BAB 2

Romance Completed 1960

Sedar tidak sedar dia sudahpun sampai di hadapan rumah. Dari dalam, suara Rose sedang bertingkah dengan suara Bella. Rizky mengukir senyum. Entah apa pula yang direngekkan kepada ibunya kali ini! Rose! Rose! Ada-ada sahaja ragamnya.

“Kawan-kawan Rose semua balik kampung raya ni, ibu!”

Di luar, Rizky yang sudah duduk di atas buaian mengerutkan dahi.

Suara lembut isterinya kedengaran. “Semua?”

“Ya, bu! Semua! Habis tu, macam mana Rose nak pergi ke rumah dia orang? Tak ada siapa nak bagi Rose duit, kan? Sebab semua uncle dengan aunty balik kampung,” balas Rose.

Bella ketawa.

“Rose, Rose pergi berhari raya tu nak duit lah, ya? Isy, tak baik tu! Patutnya, bila beraya, Rose bersalam-salam dan minta maaf sambil makan-makan,” katanya.

“Alah, ibu dengan ayahpun bagi duit raya pada kawan-kawan Rose jugak, kan? Rose pun hendak juga dapat duit raya daripada dia orang!”

Rizky menggelengkan kepala mendengar kepetahan anaknya. Memang Rose, kalau pasal berdebat, hmm, mesti hendak menang sahaja.

Lama suasana bisu sebelum Rose bertanya. “Ibu, kenapa kita tak balik ke kampung?”

Rizky terkedu mendengar soalan itu. Kaki yang sedang mengayun buaian, terhenti dengan sendiri.

“Kita mana ada kampung?”

“Ibu bohong!”

“Rose ?” keras suara Bella menegur.

“Sori!”

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience