BAB 12

Romance Completed 1960

“Jomlah kita balik ke Durian Sebatang. Mana tahu, kut-kut mak rindukan abang? Mana tahu, kut-kut ayah akan sambut kepulangan abang? Dah 10 tahun, bang! Tentu hati yang keras menjadi lembut. Alangkan kerikil menipis dihakis air, apatah pula hati manusia yang kerdil, kan? Lagipun, Rose kan nak beraya di kampung? Tentu dia seronok kalau tahu yang kita nak balik kampung.”

Bella tidak tahu mengapa Rizky tersenyum secara tiba-tiba. Tangannya pula terus sahaja merangkul tubuh isteri, menarik rapat tubuh itu kepada dirinya. Rizky kemudian menghadiahkan suatu kucupan syahdu di dahinya sebelum membisikkan kata.

“Abang beruntung dijodohkan Allah dengan Bella. 10 tahun lamanya, Bella tak pernah jemu mengajak abang balik berjumpa mereka. Dengan lembut! Dengan pujukan. Ya, mungkin betul cakap Bella. Mungkin mereka juga rindukan abang. Rindukan Bella. Lagipun, sekarang abang dah tak risau dah. Abang dah berjaya memiliki ijazah. Abang dah berjaya membina hidup abang. Bisnes pun bagus. Anak comel. Isteri pulak seorang cikgu yang komited. Apa lagi, ek?”

“Hmm, Allah cakap, Dia paling benci dengan hambanya yang ujub, riak, takbur, som....”

Rizky menutup mulut isterinya dengan tapak tangannya.

“Terima kasih kerana menasihati abang, ya, sayang.”

Melrose terlalu gembira. Di sepanjang perjalanan, keletihan mengerjakan ibadah puasa tidak langsung melelahkannya untuk memerhati persekitaran. Mulut kecilnya tidak berhenti-henti bertanya.

Sawah padi di sepanjang pekan Sekinchan menarik perhatiannya. Gerai-gerai yang menjual buah-buahan turut menjadi tumpuan. Buah jambu madu sudah dibeli. Dia kata, dia ingin makan buah itu bersama-sama dengan datuk dan neneknya, waktu berbuka nanti.

Mereka singgah di Bazaar Ramadan untuk membeli makanan. Sudah kurang yang berjual di hari terakhir bulan mulia ini. Rizky membeli popiah dan nasi ayam untuk Pak Sood. Untuk Mak Intan, dia membeli mi bandung dan air tebu.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience