BAB 9

Romance Completed 1960

“Kenapa? Sebab abang miskin dan tak mampu nak tanggung pelajaran Bella ? Gitu?” marah Rizky.

“Bella tak cakap macam tu pun!” balas Bella lembut.

“Abang dah fikirkan tentang ini semua. Abang dah pergi ke pejabat zakat. Mereka beritahu, Bella boleh isi borang untuk meminta bantuan memasuki U nanti. Ni, PTPTN pun dah bagi pendahuluan sebanyak RM1500. Percayalah, abang akan bekerja keras untuk kejayaan Bella. Yang penting, Bella berjaya!”

Pengorbanan suaminya terlalu besar. Bella hanya perlu belajar dan belajar. Segala perbelanjaan hidup, Rizky telah bertungkus lumus menyediakannya. Rizky bekerja keras untuk menampung hidup mereka.

Selain bekerja di stesen minyak, Rizky mengambil inisiatif menjadi pemotong rumput di rumah-rumah di sekitar Gombak. Hanya bermodalkan tulang 4 kerat, mesin pemotong rumput dan minyak, mereka dapat hidup di KL dengan ceria. Hati pun senang sentiasa.

Kelahiran Rose tentu sahaja menambahkan kasih sayang dan rasa cinta.

Kini, dia sudah dapat membalas pengorbanan suaminya. Bella sudah memegang segulung ijazah dan bekerja sebagai seorang guru di SMK Taman Kosas. Ya, mereka sudah berpindah kerana Bella sudah membuat pinjaman bank untuk membeli sebuah rumah teres dua tingkat di Taman Bukit Indah. Itupun, duit muka dibayar oleh suaminya yang sangat berjimat orangnya.

“Abang, Bella nak buat permintaan,” pintanya pada suatu hari.

Rizky merenung wajah isteri yang kelihatan manis di matanya.

“Hmm, abang tahu! Bella nak anak lagi. Nak bagi adik pada Melrose, kan?” usiknya nakal.

“Itu pun okey jugak. Tapi, ada yang lebih utama.”

“Apa dia?” tanya Rizky sambil menepuk-nepuk tubuh Rose yang sedang lena. Tidak jemu-jemu juga pipi si kecil diciuminya.

“Hmm, Bella nak abang sambung belajar.”

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience