BAB 11

Romance Completed 1960

“Rindu pada siapa? Arwah mak Bella dengan Pakcik Kardi dah meninggal pun. Kalau tidak, boleh kita balik ke sana,” jawabnya.

Ya, selepas 2 tahun di Kuala Lumpur, mereka mendapat berita yang Pak Kardi sakit. Rizky terus mengajak Bella pulang ke kampung walaupun Bella berat hati untuk mengikut. Alhamdulillah, lelaki itu menerima kedatangan mereka dengan baik malah sudah meminta maaf atas perbuatannya memisahkan Mak Enah dengan Bella.

Bahagia sungguh Bella kerana sejak hari itu, mereka sentiasa balik ke kampung untuk menziarahi kedua-dua orang tuanya. Malah sewaktu majlis konvokesyen Bella, Mak Enah dan Pak Kardi turut hadir menyambut kejayaannya.

Pak Kardi meninggal dunia tidak lama selepas itu dan Mak Enah pula mengikut jejaknya dua bulan kemudian. Tidak sempat masing-masing melihat cucu mereka lahir namun Rizky dan Bella puas kerana dapat berkhidmat kepada kedua-dua orang tua tersebut, menjadi anak dan menantu yang disayangi juga akhirnya.

“Rindu dah tentu rindu, Bella. Mereka yang membesarkan abang. Walau dah tahu siapa diri ni, abang masih anggap mereka emak dan ayah abang. Tapi, abang tak boleh nak lupa kata-kata penghinaan mak dulu tu. Rasa kecik hati betul sampai sekarang tak boleh dilupakan. Sebenarnya, Bella, setiap kali kita balik ke Teluk Intan ke rumah Mak Enah, abang mesti pergi ke kampung abang. Tapi, langkah kaki sampai di tempat kerja abang dulu aje, kat kedai si Ah San. Tersekat dan tak mampu nak terus melangkah ke rumah mak. Abang teringat semuanya dan abang tak boleh teruskan langkah.” Rizky berbisik sedih.

Bella mengusap tangan suaminya, membawa telapak tangan lelaki itu ke pipi, dan diciumi serta dikucupi penuh kasih sayang.

“Satu masa dulu, abang pernah cakap pada Bella tentang tanggungjawab seorang anak. Abang cakap, Bella kena belajar menerima pak cik, sebab dia suami mak. Abang cakap, kalau Bella menganggap pak cik orang asing, mak akan rasa terasing. Kalau Bella buang pak cik, Bella sebenarnya turut membuang mak yang sayangkan pak cik. Bella dah turut kehendak abang supaya menerima pak cik. Alhamdulillah, hidup Bella amat bahagia sejak Bella berubah. Bolehkah Bella buat yang sama pada abang?”

Rizky merenung wajah isterinya lagi. Menanti!

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience