BAB 5

Romance Completed 1960

Geramnya Rizky namun ditahankannya.

“Kata Mak Enah, cukuplah sekadar duit mas kahwin RM101.00. Lain-lain tak perlu!” Dia memberitahu.

“Hah! Jual lelonglah tu!” Mak Intan mengutuk.

“Mak?” Suara Rizky bergema nyaring.

Tanpa restu daripada kedua-dua ibu dan ayahnya, dia dan Bella berkahwin juga. Pak Kardi, walaupun pada asalnya berasa marah, namun demi isterinya, dia merelakan perkahwinan ini dengan syarat, Bella dan Rizky tidak lagi menjejakkan kaki ke rumahnya. Mak Enah terpaksa akur dengan kehendak Pak Kardi.

Pilihan yang ada? Tebalkan muka dan tinggal bersama Pak Sood dan Mak Intan. Hati Rizky terusik melihat layanan ibu dan ayahnya terhadap Bella berbanding layanan mereka kepada menantu-menantu perempuan yang lain. Bella lah yang akan memasak. Bella lah yang akan membasuh dan melipat kain, mencuci rumah, mengelap habuk. Bella dianggap sebagai orang gaji di dalam rumah itu.

“Ah, dah dia sorang yang tak ada pelajaran. Orang bodoh mestilah buat kerja berat!” kata ibunya. Kata-kata yang disambut senyuman sinis Along Rahman dan isterinya, Asiah. Sementara Angah Reza dan isterinya, Fida, ketawa besar. Kak Noni? Tersengih tentunya.

Rizky berasa amat bersalah terhadap Bella.

“Kalau Bella kahwin dengan Ashraf, anak Pak Hamid tu, tentu hidup Bella tak macam ni,” bisiknya di dalam bilik kecil mereka yang terletak berhampiran dengan dapur.

Bella ketawa.

“Tapi, Bella dah serahkan diri Bella pada abang. Tentu Ashraf dah tak mahu,” usiknya.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience