BAB 4

Romance Completed 1960

Rizky mengeluh. Balik-balik, itulah yang dilakukan oleh kedua-dua orang tuanya. Asyik sahaja membanding-bandingkan dirinya dengan abang-abang dan kakaknya.

Menyesal sungguh mereka mendapat anak yang bodoh sepertinya. Menyesal sungguh mereka mendapat anak bongsu ini yang malas belajar. Dirinya digelar dengan pelbagai nama. Pemalas? Manusia bodoh? Bahlul? Macam-macam yang tidak disertakan.

“Ni, dah nak kahwin pulak! Umur baru 22 tahun dah gatal nak kahwin. Dah banyak duit yang kamu simpan untuk belanja kahwin tu?” Mak Intan bertanya sambil menjeling.

Rizky membayangkan wajah buah hatinya, Bella Ishak. Gadis itu juga masih muda. Baru berusia 20 tahun. Baru sahaja menamatkan persekolahan di Tingkatan Enam dan sudah mendapat keputusan Peperiksaan STPM yang baik. Malangnya, gadis itu tinggal bersama-sama ayah tiri dan ibunya. Ayah tirinya, Pak Kardi mahu mengahwinkan Bella dengan anak kawan karibnya. Dia sudah menyatakan bahawa dia mahu perkahwinan itu berlangsung dalam masa terdekat.

Bella yang bercita-cita untuk menyambung pelajaran hingga ke universiti menolak dengan kerasnya. Dia tidak mahu berkahwin apatah lagi dia sudah mempunyai kekasih hati, iaitu Rizky. Katanya, kalau dia berkahwin, tentu pilihannya ialah Rizky!

Ibu yang memahami, meminta supaya Rizky datang ke rumah. Apabila diceritakan apa yang berlaku, tanpa berfikir panjang tentu sahaja Rizky mengaku mahu berkahwin dengan Bella.

Yalah, tak mungkin dia sanggup melepaskan buah hati kepada lelaki lain, kan? Namun wang simpanan selama 3 tahun hasil penat lelah sebagai seorang buruh kasar tidaklah sebanyak mana, hanya ada dalam RM 1500 sahaja.

“Ai, si Enah tu sanggup jugak nak kahwinkan kamu berdua? Kenapa? Dia nak bagi percuma aje ke anak perempuan dia tu?”

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience