BAB 1

Romance Completed 1960

Rizky melangkah dengan tenang dalam samar-samar sinaran lampu di sepanjang jalan pulang ke rumahnya.

Mendongak ke atas, hati terasa damai melihat kerlipan bintang-bintang yang bertaburan di dada langit. Bulan sudah mula mengecil, menandakan bilangan hari berpuasa sudah mahu sampai ke penghujungnya.

Ya, malam ini, malam ke 21 bulan Ramadhan, bererti tinggal 9 hari lagi untuk umat Islam mengerjakan ibadah puasa, 9 hari sahaja lagi untuk meningkatkan amalan sebelum Syawal menjelang.

Terasa sayu hendak berpisah. Hati dilanda risau dan gelisah bila memikirkan apakah tahun hadapan mereka akan diketemukan lagi. Apakah dirinya masih diizinkan Tuhan untuk menikmati keindahan Ramadhan seperti mana yang dikecapi pada tahun ini?

Wallahu’alam. Hanya Dia yang Maha Mengetahui!

Malam ini dia agak lambat sampai ke rumah. Sebaik sudah mengerjakan solat sunat terawih tadi, dia berjalan kaki menuju ke gerai Pak Amir untuk membeli kuih pau inti kacang hitam yang dipesan oleh si cilik, Rose, kepadanya, sejak pagi-pagi lagi.

Rose, satu-satunya permata hati, baru berusia 5 tahun. Tahun ini, anak sulungnya itu menjalani ibadah puasa buat kali pertama.

Alhamdulillah sehingga ke hari ini, Melrose, berjaya menyempurnakannya. Tapi, itulah, ada sahaja yang diidamkan semasa berbuka. Semalam, Rose mahu makan nasi ayam.

Hari ini, dia mahukan mi bandung dan esok katanya dia teringin hendak makan mertabak pula. Rizky amat bersyukur kerana mendapat isteri yang sangat sabar melayan kerenah anak mereka.

Bella tidak pernah merungut malah bila Rizky mahu membeli sahaja apa kehendak Rose di Bazar Ramadhan, Bella menghalang. Katanya, dia boleh menyediakan semua makanan itu.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience